Pages

Monday, December 20, 2010

Meh senyum... :)

Beberapa hari sudah, ada something happen kat aku. Aku tak akan citer mender tu, sebab tak penting mana pun, apa lagi kat korang. Memang takde kepentingan! Cuma bagi aku itu warning untuk aku supaya dok diam2. Tak yah susah payah nak nolong atau nasihat orang. Takde paedah skit pun even aku buat tu atas dasar caring. Mungkin gak adalah lebih baik orang terbabit kantoi dulu. Lepas tu baru dia belajar dari kesilapan. Cuma jangan bila kantoi, tempiasnya kena kat aku udah. Aku malas nak layan dah!
Sempena tahun baru Islam yang baru jer berlalu nih, aku nak cuba perbetulkan banyak mender. Bukan untuk orang, tapi untuk aku sendiri. Biar hidup aku akan jadik lebih indah dan happening. Tak nak nangis2 dah... :)

Wednesday, December 15, 2010

Bila nak baik daa.. :((

Dah seminggu aku demam. Hari nih baru nak ok. Tapi takde la ok mana pun. Tak tau la naper. Darah banyak kali amik. Naik berbekas dah kulit aku nih hah. Tapi still tak dapat nak kesan apa sebab demam aku liat sangat nak baik. Sebab badan aku tak sihat, mood aku pun jadik tak sihat gak. Tensen tol la! Dan dah beberapa hari gak aku malas nak jawab call. Lantaklah hp tu melalak sorang2. Aku betul2 takde hati nak jawab. Aku cuma jawab call orang tertentu termasuk mak aku. Tak pernah2 dalam sejarah hidup aku, aku mc 4 hari hanya sebab demam. Kalau ikutkan hati, nak jer aku amik mc lagi hari nih. Tapi kang kalau memanjang mc, bila keje nak siap? Adess... serius... Aku betul2 tak larat nih. Dah berpinar mata aku mengadap laptop nih. Lambatnyer kol 6! Arghh...

Saturday, December 4, 2010

Dah balik dahh...

Dah dekat seminggu aku balik dr Selatan Thailand. Tapi aku tak sempat nak tulih apa2 kat sini. Agak bz sbb deadline dah diubah dr Isnin next week ke Jumaat semalam.

Alhamdulillah aku selamat pegi dan selamat balik.Sepanjang beberapa hari aku kat sana, apa yg boleh aku kata, kat sana takde la seburuk yg digambarkan oleh kebanyakan kita kat sini. Aman dan tenang jer. Orang2 sana kat sana tak nampak ketakutan pun. Cuma kehidupan mereka x semaju kita ataupun sekaya orang kat sini.

Orang2 kat sana baik dan peramah. Siap bawak aku jalan2 lagi. hehehe.. Kat sana sempat la jugak aku bergambar ngan askar siam. Hahaha.. Jangan jeles! hensem tuh!! hahaha..

Ok la. Takat ni dulu aku tulih. Lain kali sambung lg. Adios!

Wednesday, November 24, 2010

Lepak kat Old Town :)

Lepak sorang2 kat Old Town WhiteCoffee sambil mengadap laptop rasa macam best pulak. Mana taknyer.. selalu mengadap laptop kat dalam opis, mengadap muka yang sama, melayan environment yang sama dan bla.. bla... blaa... Aduhai... Sungguh membosankan! So, hari nih luar daripada kebiasaan. Buat keje opis di Old Town WhiteCoffee. Hahaha... Korang jangan jeles ekk... :D

Pagi2 morning lusa aku akan bergerak ke pantai Timur. Kemudian sehari selepas tu aku akan tinggalkan sekejap Malaysia. Isnin depan baru aku tayang muka balik ke sini. Insya Allah aku akan menghabiskan masa beberapa hari di Thailand. Entahlah... Excited campur gabra. Sebab tempat2 yang aku nak pegi nanti agak glamor gak ngan peristiwa2 tak best. So, korang doa2kan ler keselamatan aku nanti ek. :)

Okehla.. Dah nak kol 5.30pm. Time to go. Kang kalau lambat (memang dah lambat pon :D), jalan nak balik umah jem. So, adios...

Bye...

Monday, September 27, 2010

Amanah

Baru2 nih ada seorang hamba Allah kata aku gila. Sedangkan sepatutnya aku yang kata dia gila - gila sebab tanpa ada sebab munasabah dia menceritakan hal aku kepada orang lain. Sebelum nih dulu aku pernah bagi tau dia bahawa perkara itu aku memang sengaja hendak aku diamkan dulu. Belum tiba masanya untuk aku menceritakan. Dan jugak belum perlu untuk aku bercerita. Ini bermakna secara tak langsung aku telah mengamanahkan dia untuk tidak berkata apa2 tentang hal tersebut kepada sesiapa sahaja. Tapi sayangnya, dalam diam2 dia membuka citer.

Mungkin sekarang nih hamba Allah itu sedang membaca apa yang aku tulis. Dia nak marah aku tulis di sini? Biarlah... Sekurang2nya aku tidak menghebahkan nama atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan dirinya. Orang lain tak kenal siapa dia. Jadi takde timbul isu aku memalukan dia. Yang kenal dia cuma aku dan dirinya sendiri. Tapi aku terkilan. Hamba Allah nih macam 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. Mengata orang lain ego. Tapi diri pun sama ego. Kalau sudah salah, mengaku salah. Mengapa pula hendak cari salah orang? Bagus sangatkah berperangai begitu?

Banyak mender berlaku dalam hidup aku. Aku tidak kata semuanya salah orang. Memang banyak juga berpunca daripada salah aku. Aku tersilap kerana salah percaya dan salah menilai orang. Itulah kesilapan paling besar yang aku dah buat menyebabkan hidup aku jadik haru biru. Aku mintak tolong pada salah orang. Aku jugak bercerita pada salah orang. Aku cuba bersandar pada salah tempat. Memang aku ada bercerita. Tapi cerita itu bukan untuk dijaja, disensasikan atau dimanipulatekan. Ia hanya untuk si pendengar sahaja yang kononnya dapat membantu aku. Tapi sayangnya apabila orang2 itu tidak pegang amanah, maka jadilah aku sebagai mangsa keadaan. Terima kasih kepada mereka semua sebab memberikan pengajaran kepada aku supaya jangan lagi percaya kat orang! Dan juga sebab mengingatkan aku bahawa terlalu banyak talipon karat kat luar sana!

Kadang2 terlintas jugak kat kepala otak aku... Lebih baik aku jatuh tersungkur dan terluka kerana cuba menolong diri sendiri seorang diri daripada aku cedera teruk gara2 mengharapkan pertolongan daripada orang2 yang tak amanah (yang mungkin tanpa mereka sengaja atau berniat telah membuatkan keadaan aku makin parah). Erm... Tapi boleh ker aku berpikir begitu??

Kepada aku dan jugak saper2 sajer... kalau dah orang bagi amanah tu, pegang elok2. Kalau tak nak tolong atau pikul, cakap terus terang. Jangan hanya cakap nak tolong, tapi lepas dengar citer, terus buat 'jualan langsung' secara FOC...

Tuesday, September 21, 2010

Pilihan...

Apa sahaja yang berlaku sebenarnya telah direncanakan oleh Allah. Tapi tak bermakna kita tak mampu mengubah sesuatu. Tuhan pun pernah cakap, Dia tak akan ubah nasib seseorang tanpa orang itu cuba mengubahnya sendiri. Tapi apa2 pun, setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya, tersurat dan tersirat serta hikmah di sebaliknya. Cuma terpulang kepada kita untuk bagaimana melihatnya sama ada melalui mata hati atau mata kasar. Sebab secara fitrahnya, kita hanya akan nampak apa yang kita hendak nampak, dan kita hanya akan dengar apa sahaja yang kita hendak dengar. Benda2 lain semuanya jadik invisible. Tengoklah... betapa hebatnya Tuhan memberikan kita kuasa untuk membuat pilihan.

Dan apabila sekali kita membuat pilihan, secara automatik juga kita kena bertanggungjawab atas setiap kesannya. Sama ada baik atau buruk, kita tetap kena terima. Sejauh mana kita cuba lari atau mengelak, ia tetap akan datang pada kita. Jadi, usah menyesal! Kalau ia sesuatu baik, maka bersyukur dan beringatlah. Tapi kalau sebaliknya, belajarlah supaya ia tak akan diulangi lagi. Kalau masih berulang, bermakna kita masih belum cukup belajar dan menginsafi diri. Atau barangkali juga Tuhan sengaja mahu terus menduga.
Macam yang aku sebut tadi, Tuhan memberikan kuasa untuk kita membuat pilihan. Kita boleh memilih untuk membiarkan diri sendiri mengawal dan menguasai diri, ataupun membiarkan orang lain mengawal dan menguasai diri kita. Maksudnya, kita boleh menggunakan akal fikiran, ilmu dan iman yang ada untuk menilai sejauh mana apa yang kita dengar, lihat dan baca itu betul, boleh dipercayai mahupun boleh diterima pakai. Jangan biarkan diri kita dengan mudah mengikut sahaja kata2 orang hanya kerana kita percaya, sayang dan taksub akan dia. Nanti diri kita tidak ubah seperti patung bertali yang mana setiap gerak geri dan tindakan kita dikawal oleh si pemegang tali. Bukankah itu suatu yang menyedihkan?

Thursday, September 16, 2010

Nite... :)

Lately nih memanjang aku tido lambat. Dan paling lambat adalah malam nih. Tensen tol la... Naper la mata aku nih tak mau tido? Getek tol la! Kang kalau sembab esok jangan nak bising! Hahaha... Kan dah membebel macam makcik2.. hehehe....

Erm... Lagi 3 minit kol 4am. Kol berapa nak tido nih ek??? Adess...

Erm... Esok dah khamis. Tak lama lagi jer nak hari ahad. Entahlah. Aku rasa macam tak best jer. Kakak aku nak fly dah. Bila dia takde nanti, takde saper dah nak gaduh ngan aku. Dan takde saper gak nak masak untuk aku bila aku malas masak. Jugak takde saper dah nak berleter kat aku macam mak nenek. Hahaha... Nth apa2 jer aku nih.

Sebenarnya aku tak tau naper aku rasa tak best. Maybe aku rasa cam hilang something kot. Tak tau la... Kalau ikutkan, bukannya aku tak biasa dia takde kat tanah malaya nih. Tapi betul la... aku pun tak tau nak citer macam mana. Musykil gak sebenarnya. Dulu aku tak rasa sangat family aku kecik. Tapi kali nih memang aku rasa family aku sangat2 kecik, lebih2 lagi bila kakak aku dah takde kat sini nih. Erm... Harap2 takde ujan air mata la nanti kat klia.

Takper2... Sebelum apa2, meh aku cakap dulu...

"Mak jangan nangis ek... Yong jangan nangis ek... Aku jangan nangis ek... Semua orang jangan sedih2 ek... :) "

Ok la... Nak try tido balik.

Nite semua. Aku sayang kat korang2 semua yang sayang aku! Muahsss... Hahaha.... (sebijik cam orang dah tak betul dan weng2! :P )

Erm... Gasaklah! Apa2 pun, gute nacht... :)

Wednesday, September 8, 2010

Sedikit luahan

Pejam celik, pejam celik... sedar tak sedar tak lama lagi umur aku akan berganjak kepada satu lagi angka. Dan dalam pada masa yang sama dugaan dan pengalaman juga semakin banyak yang aku alami dan timba.

Ada kawan kata, dia nampak aku semakin matang. Entah... Yang aku rasa sekarang nih lebih kepada serabut dan bercelaru. Erm... Tak kisahlah apa pun. Anggapan orang tak penting. Yang penting adalah tanggapan dan penerimaan aku sendiri. Dan itu pun tak payah aku sebut sebab ia dah tentu tak penting dan takde kaitan langsung dengan orang lain. :)

Cuma aku masih rasa ralat yang amat sangat. Mungkin juga aku rasa tersinggung dengan pihak2 tertentu yang aku rasa bias dan tidak ubah seperti talam dua muka. Dan mungkin juga kepada pihak2 yang sekadar berbibir manis, tetapi dalam diam2 menabur racun. Aku amat benci orang macam tu!

Baru2 nih berlaku argument antara aku dengan seseorang yang selayaknya aku hormati. Dengan nada yang angkuh dia seolah2 mahu aku telan bulat2 apa yang dilakukan seseorang terhadap aku, menerima apa sahaja yang berlaku hanya dengan redha dan pasrah, menyuruh aku menyelesaikan masalah (yang sepatutnya dia sendiri boleh menyelesaikannya sendiri) serta dengan mudah meletakkan kesalahan atas bahu aku seorang.

Erm... Manusia memang mudah bercakap. Manusia juga cukup mudah untuk menyalahkan orang. Dan manusia senang sekali cuba memperbetulkan orang, sedangkan diri sendiri yang harus diperbetulkan dulu.

Maaf... Aku memang bukan seorang tukang angguk yang bagus ataupun untuk mengiyakan sesuatu secara 'plastik'. Jadi bila mana aku dilihat membantah, itu tanda aku betul2 tak setuju. Bukan hidup aku langsung tidak berpura2. Tapi aku tak pandai berpura. Dan aku juga tak pandai hendak menahan diri bila mana ada orang menuduh aku sewenang2nya.

Selagi mana kata-kata dan perbuatan orang tidak menyusah dan menyentuh hidup aku ataupun keluarga aku, aku tidak berminat untuk amik kisah. Tapi bila itu yang berlaku, maaf. Aku tidak mampu untuk berdiam diri.

Wednesday, August 25, 2010

Nak share skit :)

Hidup kita ni tak selalunya indah. Dan kalau kita berada kat atas pun, any time kita boleh tiba2 berada kat bawah. Sebab tu aku ingatkan diri aku dan jugak korang, jangan fikir kita sentiasa berada di tempat yang selamat. Kalau itu yang kita selalu pikir, percayalah.... kita akan jatuh terduduk bila tiba2 kita diduga tuhan.
Aku bukan nak membebel, bagi tazkirah ataupun nak tunjuk bagus. Aku cuma cakap berdasarkan pengalaman. Kerana sekarang ini, itulah yang sedang aku alami. Dan sekarang nih jugak aku menempuhnya seorang diri. Bukan maksud aku takde saper2 yang nak tolong aku. Memang ada. Tapi diorang cuma boleh tolong tengok dan mungkin jugak tolong berdoa. Dan orang yang sepatutnya menolong dan boleh menolong, sayangnya tak cuba nak menolong. Aku tak salahkan diorang. Sebab itulah lumrah dunia. Selagi tak kena batang idung sendiri, selagi itu kita tak rasa betapa susah dan sakitnya orang yang menanggung.
Aku bercerita kat sini bukan sebab aku nak tagih simpati saper2. Lagipun setakat simpati tidak akan membawak aku ke mana2. Cuma aku nak share. Supaya kita sentiasa beringat. Jangan kita terus hanyut. Kalau kita ada masalah, jangan sangka kita sahaja yang bermasalah. Kalau kita rasa diri hebat, jangan sangka kita akan terus hebat. Kalau kita tak kisah orang susah, jangan sangka kita tak akan rasa susah. Allah maha agung. Dia lebih mengetahui dari kita... Bersiap sedialah sebab kita tak tau apa yang akan berlaku esok hari...

Sunday, August 8, 2010

cerita sorang kwn

Ada sorang kwn pernah citer pasal bunga dan rama2 kat aku. katanya, ada sorang hamba allah ni berdoa kat allah. dia suka dan hendakkan sgt bunga dan rama2. jadi suatu hari allah kabulkan doanya. tp allah x bg bunga dan rama2. allah bg dia kaktus dan ulat bulu. dia berasa sgt terkilan, lantas tidak mengendahkan kedua2 yg diperolehnya. lama slps itu, dia teringat balik kedua2nya. lantas dia pegi mendptkannya semula. alangkah terkejutnya dia apabila kaktus itu telah mengeluarkan bunga yg sgt indah dan ulat bulu itu sudah bertukar menjadi rama2 yg sgt cantik. so, moralnya bersabar. hargai apa yg kita ada. insya-allah,wlupun lmbt,allah akan kabulkan permintaan hambanya... :)

Friday, July 30, 2010

Galau

Aku keliru sebenarnya... Apa yang patut aku percaya? Apa yang patut aku dengar? Dan apa yang patut aku buat? Aku lost! Aku macam tengah mengagau dalam gelap. Aku mendengar banyak suara bercakap itu dan ini. Tapi aku tak tau itu mulut saper. Sekejap aku ditarik ke kiri, sekejap aku ditarik ke kanan. Tapi aku tak tau ke mana aku hendak dibawa. Sudahnya aku tutup telinga. Kemudian duduk diam2, tak nak bergerak2. Tp itu tandanya aku tak ke mana2. Dan masalah tak akan selesai. Jadi, bagaimana? Solution??

Dan semalam aku hampir tahu di mana duduknya aku. Dan di mana hala tujunya aku. Tapi masih buntu. Mana solutionnya?

Dan hari ini, keadaan menjadi bertambah buruk. Tapi air mata aku dah tak keluar lagi. Mungkin dah kehabisan air mata ataupun mata aku sebenarnya dah letih.
Semalam dia bertanya aku, aku kuat? Aku geleng tak tahu. Dia tanya lagi, di mana dan bagaimana aku dapatkan kekuatan? Lagi aku menggeleng. Dan tanpa sedar, aku sebenarnya dah ada jawapannya. Aku yakin dengan jawapan itu? Dan antara menangis dan ketawa, akhirnya aku mengangguk lesu.

Ya Allah, rahmatilah aku.... pimpinlah aku....

Monday, July 26, 2010

Kesal

Hidup ini sebenarnya indah. Namun, banyak benar dugaannya. Kalau diikutkan, rasa macam dah tak mampu je. Letih sangat2. Rasa macam dah hilang daya. Tapi aku yakin aku di pihak yang benar. Dan aku yakin Allah akan berpihak kepada aku. Biarlah apa pun orang tu nak buat, biar apa pun dia nak aniaya kami, aku takkan mengalah. Aku akan lawan sampai ke titisan darah terakhir, sampai aku betul2 dah tak leh nak buat apa2.

Cuma aku kesal. Kenapa dalam usia yang terlalu muda dia sudah sanggup membiarkan dirinya menjadi hamba setan? Kenapa dalam zaman yang sudah moden ini dia mahu bermain sihir? Tidak takutkah dia pada Tuhan? Kalaupun aku tewas, adakah dia fikir dia akan menang? Adakah dia fikir dia akan bahagia? Percayalah... Aku tak akan sebodoh dia hendak membalas apa yang dia buat. Cuma aku sentiasa berdoa kepada Allah... berilah balasan kepadanya setimpal dengan apa yang dia dah buat kat kami. Hidup dia tak akan aman sebab doa orang teraniaya insya-allah dimakbulkan Tuhan.

Bagi saper2 antara kita yang terlibat dengan semua tu, bertaubatlah. Mensyirikkan Allah adalah satu dosa benar. Meruntuhkan kebahagiaan orang juga suatu yang berdosa. Kalau orang yang kita aniaya tak ampunkan kita, sampai akhirat kita akan terus terbeban dengannya. Lagipun hidup ini ibarat roda. Kalaupun hari ini di atas, esok lusa kita akan dibawah. Jadi, sudah2la tu. Kalaupun teringin sangat hendakkan sesuatu, gunakanlah cara baik supaya kita menjadi orang yang bermaruah. Bukan sebagai manusia murahan yang tidak ada harga diri. Dan kalaupun sakit hati dengan orang, kenapa perlunya kita mencipta dosa sendiri?

Wednesday, July 7, 2010

Nak cuti!

Jumaat nih ramai pakat nak amik cuti. Bila dengar camtu, aku pun terpikir - aku nak amik cuti gak la.. hahaha... menyebok jer aku nih! Aku cuma plan jer. Buat lom tentu lagi. Macam biasa la. Lagipun aku ada satu lagi page tak setel. So, kena setelkan tu dulu before lunch. Dah setel baru leh amik cuti. Tapi kalau aku amik cuti pun, aku tak tau nak gi mana. Ermm... PD? Saper nak ikut jom! Hehehe... Iyo2 jer.. Bagi aku kalau nak gi lepak kat pantai, better pegi weekdays. Kalau weekend, baik tak yah. Ramai orang! Kalau aku kat Ipoh, dah tentu aku pilih Teluk Batik (walaupun tak berapa nak best).
Erm... Ok la. Aku dah takde mender nak taip. Adios...

Tuesday, July 6, 2010

Sabarlah...

Hidup ini banyak dugaan. Antara sedar dengan tak. Dan antara terima dgn tidak... Itulah hakikat hidup. Ada masanya apabila kita kurang reda, kita akan rasa terbeban. Kita akan tertanya2 - kenapa kita? Kenapa tak orang lain? Menghadapi dugaan allah tidak semudah mengucap perkataan 'sabarlah...' . Percayala, org yg sedang berhadapan dengan masalah tidak begitu memerlukan perkataan itu. Yg penting baginya ialah ada yang memahami dan ada yang bagi sokongan. Sesiapa pun tahu perkataan sabar. Tapi bak kata orang. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul...

Monday, June 21, 2010

Aku melalut lagi

Ada banyak mender yang nak aku taip. Tapi nthla... Yang aku tau, lebih banyak yang tidak boleh ditaip daripada yang boleh ditaip. Jadiknya, aku tak jadik menaip semua tu. Teringat lagi istilah 'gatekeeper' yang aku belajar dulu. Dan sekarang nih, aku la 'gatekeeper'nya. Hahaha.... Tiba2 lak aku mengarut ke situ!

Cuma kat sini aku nak bagi tau - aku sangat lega bila amanah yang aku pegang lebih seminggu dah aku pulangkan balik pada tuannya. Sangat2 lega. Sekurang2nya ringan skit kepala otak aku. Aku tak yah dah pikir pasal nak jaga hati orang, nak mengarah orang, nak atur keje2 orang, dan bla... bla... blaa.... Aku sangat seronok! Dan kalau ditakdirkan aku kena pegang balik amanah yang sama, aku tak pasti masa tu aku akan mengangguk setuju. Nthla... Aku tak rasa sesuai untuk semua tu. Dan aku tak suka semua tu. Cukup2lah apa yang dah berlaku. Selama lebih seminggu. aku rasa aku bukan aku. Aku dah jadik macam orang lain - mengong, blur plus hampeh!

Tapi kat situ aku belajar banyak mender. Dan aku juga dapat banyak pengalaman. Buat saper2 yang tak puas hati kat aku, aku mintak maap. Dan buat yang maki hamun aku, terima kasih banyak2. Terima kasih sebab tunjukkan saper sebenarnya diri korang kat aku :)

Saturday, June 19, 2010

Yuhuu....

Salam buat semua....
Dah lama aku tutup blog aku. Tapi hari nih aku rasa macam nak bukak balik pulak. Korang jangan tanya kenapa dan mengapa. Sebab tak penting mana pon jawapan aku. Dan jangan pulak korang buat spekulasi sesuka hati. tak baik woo... Hahaha...
Apa2 pun semoga hari nih membawa keceriaan buat semua. Aminnn... :)

Monday, May 31, 2010

Salam....

Salam semua...

Erm... Lama dah aku tak update. Bukannya sebab takde masa. Tapi sebab aku takde mood dan takde citer. Rasanya lepas nih aku dah malas nak tulih apa2 kat dalam blog nih. Kalau rajin, aku akan biar jer blog nih. Kalau aku malas, aku kunci jer. So, takde saper2 dah boleh bukak. Kalau aku terlebih rajin, aku delete jer terus. Hehehe...

So, sementara berkesempatan nih, aku nak mintak maap kat semua kengkawan. Mana tau kot ada yang tersinggung hati ngan tulisan aku kat sini. Terlebih terkurang kira 0-0 la ek... :)

Wassalam....
~kopiehitam~

Wednesday, May 12, 2010

Kisah aku ngan seorang cikgu...

Semalam semasa aku menggodek facebook, tiba2 sahaja aku rasa cam terdetik untuk menaip satu nama di bahagian search. Hasilnya – nama tu takdepun tersenarai dalam facebook. Tapi ada satu link yang namanya ada kat situ.
Orang tu baik ngan aku. Dia cikgu praktikal masa aku darjah 4. Selain aku, ada lagi dua orang member aku yang baik gak ngan dia. Tapi, yang paling baik dan paling manja ngan dia dah tentulah aku. Hehehe... Dulu banyak kali gak dia datang makan kat umah aku ngan sorang lagi member dia yang jugak cikgu praktikal.
Aku panggil dia Cikgu Rosli. Dia tak lama kat sekolah aku. Lepas dia tamat praktikal, aku masih lagi contact dia sampailah aku masuk tingkatan 1. Kami ada gak berbalas surat. Tapi tak selalu. Aku tak ingat isi surat terakhir yang aku terima dari dia. Tapi dia kasi aku gambar kawin dia. Sebelum dia kawin, memang dia ada datang jemput aku satu famili. Tapi sebab jauh, maka tak dapek la kami nak pegi.
Aku ingat lagi, Cikgu Rosli nak bawak aku ngan dua member aku gi jalan2 kat Taman Tasik SM Noor, Batu Gajah. Jadi, dia bagi alasan kat mak ngan bapak aku kononnya dia nak buat kelas tuisyen kat umah salah seorang member aku ni. Bila dah dengar reason camtu, maka mereka pun bagilah kebenaran. Aku ingat lagi - kami study kejap jer. Lebih kurang setengah jam. Lepas tu kitorang terus cabut gi taman tasik tu naik bas. Memang best betol waktu tu. Tak banyak yang aku ingat. Maklumlah dah 2 dekad pun. Nth2 dia pun dah tak berapa ingat kat aku. Hehehe... Antara yang aku ingat, kitorang berempat naik ala2 basikal (tak ingat nama sebenarnya) kat atas tasik, jalan2 kat atas titi, melepak kat gua kecik...

Masa aku tengok gambar Cikgu Rosli kat dalam blog dia semalam, mukanya memang tak banyak yang berubah. Aku agak, umur dia sekarang lebih kurang 40 tahun. Anak2nya pun mesti dah besar sebab dia kawin masa umurnya awal 20an.

Teringinnya aku nak jumpa dia... :)

Sunday, May 9, 2010

Melayu ke?

Setelah sekian lama aku idup, baru jap tadi ada orang bertanya kat aku - aku nih betul ker orang Melayu? Hahaha... Tergelak aku kejap. Ntah aper2 jer la mamat sorang nih... :P

Jawapan aku senang jer - memang aku orang Melayu. Cuma nak kata aku betul2 pure orang Melayu tidak la. Aku rasa kat dalam Malaysia nih, amat susah nak jumpa orang yang betul2 Melayu. Rata2nya bercampur. Maklum ler dulu2 kan banyak berlaku penghijrahan. Contohnyer la... orang Siam datang pindah ke sini. Orang sini lak pindah ke Siam. Kalau tak pun orang Indon datang ke sini. Atau orang sini datang ke Indon. Macam korang pun, boleh jadik gak korang pun mix.

Jadi, isu sama ada Melayu pure atau tak, bagi aku tak patut timbul pun. Melainkan kalau aku atau korang nih sorang public figure. :)

Tuesday, May 4, 2010

Tok

Masa aku kecik2 dulu. Aku rapat ngan arwah tok aku. Aku memang manja ngan dia. Selalu teman dia kat surau (sebenarnya kacau dia jer yang lebih :) ) bersama ngan kakak dan sepupu aku yang lain. Main air surau. Ketuk kantung sesuka hati. Bila aku terluka, tok akan datang kat aku. Masa aku menangis teruk, dia pun usap tempat luka aku sambil mulutnya terkumat-kamit. Konon2nya baca jampi supaya luka aku baik cepat.

Dulu tok buat dangau kecik kat dusun durian dekat ngan umah dia. Dia buat bukan setakat untuk jadi tempat dia menunggu durian, tapi jugak tempat kitorang bermain pada waktu siang. Mula2 dangau tu dia buat betul2 kat dalam dusun. Tapi lepas tu dia pindah kat tepi jalan nak masuk ke rumah dia. Mungkin tujuan dia adalah untuk menyenangkan dia, opah ataupun mak bapak kami memantau kami yang suka main kat situ. Sebenarnya dah banyak kali tok pindahkan dangau tu. Tapi dangau yang terakhir memang betul2 kat tepi jalan. Kalau kitorang balik kampung, dah tentu kitorang lalu kat dangau tu dulu sebelum sampai kat laman rumah tok ngan opah. Sekarang kat dusun tu dah takde dangau. Buah durian pun dah makin sikit. Agaknya sebab tok dah takde nak teman pokok2 tu kot. Bila tiba musim durian, kalau tak opah, tok la yang akan bukak buah tu untuk aku. Bestnyer masa tu.

Dulu tok suka buat asam keping sendiri. Dia akan petik buah tu dari pokok. Lepas dah cerai2kan (aku sebenarnya tak berapa ingat cara tok buat), dia akan jemur kat depan umah. Dan aku adalah antara orang yang jadik tukang jaga asam keping tu. Bila tok jemur padi, aku pun jadik tukang jaga gak. Bila nampak ayam datang, terus aku kejar. Kesian ayam tu. Naik mengah dia lari. Hehehe...

Sebut pasal ayam, aku ingat lagi dulu2 tok la tukang sembelih ayam. Pernah sekali dia sembelih ayam, ayam yang dah separuh nyawa tu sempat kejar aku ngan sepupu aku sebelum mati. Apa lagi, lintang-pukang la kitorang lari. Memang kelakar tol masa tu.

Tok paling suka minum air kopi ngan makan kuih cakoi. Tak lama sebelum dia meninggal dunia, aku ingat lagi tok bersungguh2 nak minum kopi. Tapi balance kopi kat dalam tin sikit sangat. Sebab kesian kan tok, opah terpaksa kikis serbuk kopi yang melekat kat tepi2 dinding tin tu. Daripada serdak tu opah bancuhkan kopi untuk tok.

Mata tok rabun. Bila ada orang ketipkan kuku dia, dia mesti suruh orang tu ketip sampai ke dalam. Kadang2 dia berkeras nak buat sendiri sampaikan berdarah jari kaki atau tanganya. Tok suka bersembang ngan kitorang. Tapi tok tak suka marah2 atau berleter. Tok baik sangat. Beberapa bulan sebelum meninggal, tok banyak citer pasal zaman dulu2nya dan asal-usulnya.

Tapi sedihnya masa tok meninggal, aku tak tau langsung. Aku tak dapat tengok tok buat kali terakhir. Aku cuma tau seminggu selepas tu. Ralat dan kesal betul aku. Tapi nak buat camana. Benda dah berlalu. Aku harap, arwah tok berbahagia dan cucuri rahmat hendaknya. Amin...

Monday, May 3, 2010

Terkilan

Pagi nih aku berasa agak terkilan. Erm... Bukan agak, tapi sangat terkilan. Aku bukan hendak menyebok sebab selama nih pun aku bukan amik heran sangat pasal orang. Tapi dia kawan baik aku. Sangat2 baik ngan aku. Aku tak mau dia menyesal sorang2. Dan aku pun tak mahu menyesal hanya kerana aku buat bodoh macam selalu. Dan statement kawan aku yang lagi sorang betul2 buat aku tersinggung. Nthlah... Terserahlah kat korang. Aku dah buat apa yang boleh. Lepas nih kalau aku lepas tangan, maapkan aku. Cuma apa yang aku nak pesan, hargailah dan jagalah apa yang kita ada sekarang. Jangan bila sudah hilang, baru kita menangis kerana kehilangannya. Kita bukan doktor, jadi janganlah sesuka hati buat andaian sendiri.

Saturday, May 1, 2010

Musykil nihh!

Baru2 nih aku agak rajin pegi kedai perabot. Konon2nya nak menengok sofa L shape. Bukannya aku membeli pun. Sajer nak survey plus cuci mata. Cuma aku agak hairan. Dalam banyak2 kedai yang aku masuk, tak nampak pun kedai yang ownernya adalah orang Melayu. Kalau kedai Cina, adalah sebuah je. Lepas tu pulak, pekerja2 kat kedai2 perabot tu rata2nya orang luar macam Bangla ngan Pakistan. Ada tu, cakap Melayu pun tak berapa nak reti. Musykil gak aku. Mana pegi orang kita nih ekk???

Wednesday, April 28, 2010

Schedule 4 tuesday :)

Apa yang aku buat hari nih??
8.30 pagi -8.20 malam = opis
8.30 malam - 10.30 malam = assignment
10.45 malam = sampai opis - amik keta
11 malam = baru sampai kedai makan + makan sekali
11.50 malam = sampai umah + mandi + semayang
12.45 - sekarang = nengok naomei + tower 13 + mr.mama
2.10 pagi = tido

ish... cam tak menarik jer! ermm... esok???

Tuesday, April 27, 2010

Makan, makan dan makan...

Sekarang nih aku makin sebok. Sebok ngan macam2 mender. Paling menyebokkan aku ialah keje opis. Adess... boring sungguh arrr!!! Aku dah plan nak cuti dua minggu. Bos kata boleh. Tapi kena buat advance. Adusss... Masak aku cenggini!!

Minggu depan ada free trip gi Kuala Selangor. Nengok kelip2. Aku teringin gak nak pegi. Bos aku pun kata – jom la pegi! Aku sebenarnya bukan kisah sangat ngan kelip2 tu sebab sebelum nih pun aku dah pernah gi sana. Yang aku kisahkan ialah menu malam tu – IKAN BAKAR. Aduhai... Tergoda aku kejap. Nak jer aku bagi nama aku kat minah sorang tu. Tapi bila dipikir2kan balik masa yang sangat terhad, terpaksa la aku melupakan ikan bakarku. Alahai... Ruginya!! Iskk...

Tapi takper... Yang penting minggu sudah aku dah melantak hidangan yang memang sedap – chinese food. Dah lama giler aku tak makan shark fin soup. Jadi bila dah ada mender kat depan mata, makan ler puas2. Dua kali aku tambah. Makan cam tak ingat dunia jer. Tapi makanannya memang best! Cuma aku betul2 rugi bila tak dapat pegi naik belon panas kat padang belakang Bluewave Sabtu lepas. Leh naik free tu beb! Naik keta antik pun boleh! Tapi nak buat camana. Dah takde rezeki. Next time la ek...

Ishh... Aku nih asyik dok berciter pasal makan jer. Nampak benar aku nih kuat makan! Hahaha... Meh tutup muka skit mehhh.... :P

Friday, April 23, 2010

Selamat malam....

Pada waktu ini, masa ini dan jam ini... Aku masih lagi mencelikkan mata yang agak layu - mengetuk story yang sepatutnya aku siapkan pada jam 8 malam tadi. Adess... Apa nak jadik la ngan aku nih??

Erm... Takper la. Korang semua gi tido dulu ek. Jap gi aku menyusul lak...

Selamat malam semua.... gute nacht! :)

Monday, April 19, 2010

Peringatan Untuk Aku!

Last week aku berasa sangat2 tensen sampaikan aku kena migrain dua, tiga hari. Perutpun aku pun jadik senak sampaikan nak makan pun rasa cam nak terkeluar balik. Memang pressure giler masa tu. Tapi yang bagusnya aku belajar beberapa perkara:
1. Jangan amik jalan shortcut atau dengan kata lainnya nak senang! :P
2. Kalau reti buat, maka buatlah sendiri. Jangan ngada2 nak mintak tolong orang buat!
3. Kalau nak serahkan satu2 tugas kat seseorang, jangan main bagi jer. Cek betol2, dia tu bertanggungjawab ker tidak? Jangan nanti, keje tu terbeban lak kat orang lain. Menyusahkan orang jer!
4. Jangan amik mudah apa2pun. Dan bila buat satu2 mender, cek banyak kali. Sampai 100 kali pun takper!

Pssttt..... peringatan ini adalah khusus untuk aku jer! :P

Masjid


Last week, one of the board director bagi suggustion untuk next topic for our mag - masjid sebagai tempat orang kawin. Tapi bos aku kata, skop tu kecik sangat. So, dia suruh team aku cover pasal masjid dari macam2 angle selain daripada bab kawin. Erm... aku ok jer. :)

Sebut pasal bab kawin di masjid, aku teringat citer pasal tok kadi kat area umah aku kat ipoh. Macam2 citer aku dengar pasal dia - cerewet, banyak songeh, kerek, susah nak jumpa dan bla.. blaa... blaaa.... Yang citer pasal dia bukan sorang dua, tapi ramai. Kat sini aku bukan nak spesifik pasal dia. Cuma apa yang nak aku timbul kat sini, kenapa bab nikah kawin perlu dikomplikatedkan? Ia sepatutnya dipermudahkan. Bagi yang memegang amanah, kenalah tunaikan. Sebabnya tak amanah tu ciri2 orang munafik. Dan bagi orang yang berdepan dengan masalah tok kadi macam tu, janganlah komplen dan cakap belakang2. Gi la pejabat agama dan komplen kat situ. Kan lagi berbaloi!

Erm... Melayu... Melayuuu... Musykil kejap!

Monday, April 5, 2010

Sajer nak bagi tau! Hehehe...

Sekarang nih aku sangat2 sibok. Sibok ngan macam2 mender. Bab keje opis tu tak yah nak citer arr... Aku sekarang nih dah takde banyak masa sangat cam dolu. Kepala otak pun banyak mender kena pikir. Rasa cam nak stress pon ada nih. Takper2... Cuba bawak bertenang ek... Hehehe..

Ok lah. Tak leh nak tulih pepanjang. Seblum aku terlentok depan laptop nih, baik aku setelkan keje aku nih kejap. Nanti pending susah. Babai... Adios!!

Monday, March 29, 2010

Betul2 takde mood...


Pesta buku tahun nih dah berakhir. Tapi tahun nih aku langsung tak gi melawat booth saper2. Aku malas dan aku takde mood. Dok kat booth sendiri pun aku takde mood. Nthlah... Rasa meluat pun ada bila menengok perangai bebudak tu. Aku tak paham kenapa la diorang ditakdirkan bersebelah ngan kitorang. Dan aku jugak tak paham kenapalah presiden yang konon2nya hebat tu tak brief dan tak ajar betul2 anak buahnya. Kan tak pasal2 sorang budak tu kena sound ngan aku. Tu pun mujur sekali jer. Niat di hati macam nak sound berkali2 jer... Dan aku tak paham gak, kenapa team aku tak boleh jual produk sendiri? Biasnya...

Tuesday, March 16, 2010

Malam

Aku ngantuk. Mata aku dah berair2. Mulut pun dah banyak kali menguap. Tapi still aku tak leh tido. Maka terkebil2 la aku menengok siling yg hitam dek gelap malam.

Naper aku tak leh tido? Nth! Dah beberapa hari aku camni tanpa sbb yg jelas. Kalau gini slalu, leh stress nih!

Aduhai mata... Tidola sayang...

Si Polan...

Beberapa bulan sebelum ini, aku betul2 excited. Banyak mender yang menarik perhatian aku. Dan banyak mender jugak yang aku nak buat. Pendek kata memang aku seronok dan enjoy. Tapi itu dulu. Sekarang bila aku dah mula rasa ada campur tangan satu pihak (yang tidak sepatutnya), aku rasa macam tak best. Aku rasa tak bebas. Dan kadang2 aku rasa macam hampeh! Sampaikan sampai satu tahap, aku rasa nak berenti.

Bila setiap kali nama si polan disebut, aku rasa hangin ya amat. Bila setiap kali ada citer pasal dia, aku tau dah tentu itu citer yang tak best. Kalau diikutkan, mau ajer aku nak berterus terang ngan dia. Teringin jer aku nak suruh dia 'pi main jauh2'. Tapi takat manalah aku boleh bersuara bila suara aku sendiri tenggelam dek sesuatu yang amat sukar aku nak kalahkan. Memang sepatutnya aku puji dia sebab dia pandai amik peluang. Tapi hati aku berkeras kata yang dia tak layak dipuji. Sebab bagi aku, orang yang patut dipuji bukan hanya pandai amik peluang, tetapi juga tau menilai sama ada peluang itu wajar diamik atau tidak. Jangan kerana dek ketamakan dan kerakusan, kita sanggup menyusah dan menjatuhkan orang. Jangan kerana sedikit kelebihan yang Allah berikan, kita terlupa di mana kedudukan kita.

Apabila tiba masanya nanti, Insya Allah aku akan terus terang dengan dia. Kalau pun dia tak nak berubah, terserah.... Yang penting aku tak nak terus menerus bercakap belakang. Sebab aku tau cakap belakang tidak akan mengubah apa2.

Sunday, March 14, 2010

Blog

Aku tengok ramai orang yang menggunakan blog sebagai tempat bercerita dan meluahkan perasaan (termasuk juga aku kadang2). Dan aku tengok juga ada yang terlalu tidak bertapis sampaikan boleh menyinggung hati dan perasaan orang. Kadang2 secara tak sengaja juga boleh menyebabkan orang lain membuat silap tafsiran.

Memang betul, menulis blog tak seperti kita menulis dalam majalah atau suratkhabar. Tak ada editor yang akan tolong cek apa yang kita tulis. Tak ada gatekeeper untuk mengatakan bahawa sesuatu itu boleh dipublishkan ataupun tidak. Semuanya bergantung kepada yang empunya blog. Ini bermakna penulis dan pemilik blog bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang ada kat blog tersebut. Tapi adakah korang rasa camtu?

Apabila kita menulis tentang seseorang (lebih2 lagi kalau jelas siapa orang itu) dan pada masa yang sama ia berkaitan sesuatu yang tidak baik, adalah lebih baik kita berhati2 sebab kita ada harapan akan disaman. Kita kena ingat, nilai saman bukannya sekupang dua. Sekarang nih orang suka menyaman sampai beratus atau berjuta ribu. Paling koman pun mungkin ribu atau puluh ribu. Dengan duit saman tu jer, ada orang boleh jadik orang kaya dengan cepat. Kalau orang tu jenis yang materialistik, dah tentu dia suka. Tapi, masalahnya kalau kita yang kena saman, mampu ke kita bayar?

Kalau korang amik gambar saper2 yang korang jumpa kat internet, lepas tu sesuka hati letak kat blog korang, tu pun leh kena saman gak. Apalagi kalau dah terang2 ada copyright. Kalau gambar tu orang negara luar yang punyer, mungkin tuan empunya tak perasan ada orang lain pakai gambar dia tanpa kebenaran. Tapi, kalau orang tu pun orang Malaysia camana?

Apa yang aku perasan, kita selalu menulis (blog) tanpa berfikir. Dan kita publishkan hasil tulisan kita tu pun tanpa berfikir. Bagi aku, itu bahaya. Aku ingat lagi sorang pompuan telah kena berenti kerja gara2 statement dalam blognya. Kalau korang perasan, ada juga penulis blog yang sekarang tak ubah macam pelarian gara2 tulisannya jugak. Jadik, nasihat aku pada korang dan diri aku jugak - berhati2lah... :)

Friday, March 12, 2010

Klinik kesihatan

Ada beberapa perkara yang bermain di fikiran aku masa aku pegi ke klinik kesihatan last week.

Klinik kesihatan di Shah Alam sangat ramai orang. Nak dapat parking pun skit punyer sesak dan susah. Kalau nak amik HIV test lagi teruk. Setiap hari hanya 40 orang jer boleh amik. Tu pun kena datang kol 2pm. Kalau lambat, err... mintak maap ek. Sila datang lain hari. Aku ingat lagi sorang member aku nak cabut gigi kat situ. Tunggu turn skit punyer lama. Last2 kena datang the next day. Sian kat dia tak leh nak tido malam gara2 menahan sakit gigi.

Klinik kesihatan Kelana Jaya tak sesesak kat Shah Alam. Nak amik HIV test pun tak yah ada kuata. Yang penting datang sebelum pukul 4. Cuma aku agak musykil dengan prosedur kat klinik tu. Sepatutnya masa nak register ngan sebelum amik darah untuk HIV test, staff kat klinik tu kena nengok IC. Bila tengok, staff akan tau sama ada orang yang amik darah adalah orang yang sama daftar ngan diorang. Kalau diorang tak nengok IC, bermakna orang2 yang ada HIV (atau mungkin ada) bolehlah gunakan orang lain untuk cover diorang supaya diorang disahkan bebas HIV. Kan ini boleh membahayakan orang lain. Ish... Naper diorang boleh tak amik berat mender camni? Musykil tolll...

Wednesday, March 3, 2010

3 cita2

Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu. Bila masuk jer sesi persekolahan (sek. rendah), ada beberapa perkara yang cikgu akan tanya. Dan jawapannya nanti akan dimasukkan ke dalam rekod pelajar. Rekod pelajar tu seingat aku ada beberapa warna. Antaranya ialah warna kuning dan merah jambu. Rupanya pulak tak ubah macam kertas manila kad yang kemudiannya dilipat2 sampai menjadi tiga muka surat.


Memang banyak yang cikgu akan tanya dan tulis kat dalam kad tu. Tapi satu yang paling aku tak leh lupa ialah cita2. Bila cikgu panggil, aku dan bebudak lain kena nyatakan tiga cita2. Dan masa tu aku dengan excitednya akan bagi tau dia cita2 aku tanpa sikit pun terlintas nak tanya - kenapa cikgu nak tau dan kenapa nak tiga? Dan mungkin juga kerana aku bukan seorang cikgu, sampai sudah aku masih tak nampak dan tak tau apa rasionalnya cikgu nak tau cita2 aku masa tu.

Zaman sekolah rendah dah lama sangat berlalu. Jadi tak hairanlah kalau aku tak dapat nak ingat sejak dari darjah berapa aku kena bagi tau cikgu cita2 aku. Agak aku, mungkin mula dari darjah tiga. Tapi yang memang aku tak leh lupa ialah tiga cita2 aku yang sejak dari mula cikgu tanya sampailah aku darjah enam - cikgu, ustazah dan doktor. Bagi korang yang kenal aku, mungkin korang akan tergelak bila baca cita2 aku masa dulu. Alah... Tak payah tunggu korang, aku sendiri pun awal2 lagi dah gelak sorang2. Hehehe...


Kalau korang nak tau, tiga pekerjaan tu sebenarnya tak melekat pun kat dalam hati aku nih. Tapi kenapa aku letakkan itu sebagai cita2 aku? (Errr... Boleh tak kalau aku kata, cita2 tu hanya sekadar nak mengisi ruang kosong kat dalam kad tu?)


Mak bapak dulu ngan sekarang tak sama. Mak bapak dulu tak ramai yang mengatur cita2 anak. Bagi diorang, yang penting anak2 pegi sekolah dan belajar rajin2 sampai pandai. Sebab tu masa zaman aku dulu, aku ngan kawan2 yang lain kebanyakannya akan menjadikan pekerjaan cikgu sebagai salah satu cita2 kami. Sebabnya mudah ajer. Masa kami banyak dihabiskan kat sekolah dengan cikgu - lima hari dalam seminggu iaitu dari pagi sampai tengah hari ataupun kadang2 sampai ke petang. Sebab itu kami lebih nampak keje cikgu daripada keje2 lain.


Ini dah tentu berbeza ngan mak bapak sekarang. Anak2 sekarang, belum masuk sekolah, tapi ada antara mak bapak yang dah rancang apa bidang yang akan dipelajari dan diceburi anak nanti. Dan biasanya dah tentu kebanyakan mereka nak anak2 mereka amik bidang dan keje macam diorang. Kalau mak bapak tu seorang jurutera misalnya, anak pun sejak dari awal akan dididik ke arah tu. Sebab itu anak2 sekarang bila ditanyakan tentang cita2, kerja yang akan disebutnya banyak yang gempak dan hebat!


Dulu, apabila sakit jer, mak bapak aku akan cepat2 antar aku gi jumpa doktor. Dan setiap kali jumpa doktor, doktor akan bagi aku gula2, rasuah supaya aku tak menangis masa dia merawat aku. Oleh kerana aku rasa doktor nih baik orangnya, maka aku pun terlintaslah untuk menjadi seorang doktor gak macam dia. Hahaha...


Kenapa aku letak ustazah sebagai salah satu daripada cita2 aku dulu? Haa... yang nih jawapannya simple jer. Dulu mak aku seorang ustazah. Memandangkan aku bersama mak aku tiap2 hari, jadik aku pun terpikir - okeh gak kalau satu hari nanti aku keje sama macam mak aku. Sempoi kan??? Hehehe...


Tapi semua tu hanya sampai darjah enam. Bila masuk sekolah menengah, semuanya dah berubah. Takde satu pun yang tinggal. Aku tak nak jadik cikgu atau ustazah sebab aku tak suka mengajar orang. Aku tak nak jadik doktor sebab hari2 mengadap ubat dan orang sakit adalah perkara yang membosankan.


Masuk tingkatan 1, aku mula fikirkan 3 cita2 yang baru. Dan cita2 tu maintain sampai tamat sekolah menengah - wartawan, pemberita (tv) dan deejay radio. Hehehe...


Sejak aku kecik sampailah sekarang, aku suka menulis, berangan dan tak reti dok diam. Aku suka nak luahkan apa yang terbuku kat hati aku, pendapat aku... Aku mahu orang dengar suara hati aku. Sebab itu aku nak jadik wartawan. Lagipun keje wartawan susah dan mencabar. Dan kebetulan pulak pakcik ngan makcik aku dulu bekerja sebagai wartawan. Aku suka bercakap dan bercakap.... Dan itulah antara sebab aku bercita2 nak jadik pemberita dan deejay radio. Lagipun pakcik aku, selepas berhenti jadik wartawan, dia jadik pembaca berita kat tv3 pulak.


Walaupun aku suka nak jadik pemberita dan deejay, tapi ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak jadik nak teruskan hasrat aku.

- aku tak suka bergaya dan bermekap

- aku tak suka amik tau pasal artis, penyanyi dan pemuzik.


Jadik akhirnya aku memilih wartawan sebagai cita2 aku.


Maka, jadiklah aku seorang wartawan... :)


Begitulah alkisahnya.


Jadik wartawan memang seronok. Tapi bila sampai satu tahap, aku berasa sangat, sangat dan sangat letih. Kenapa ek? Penuaan? Uiksss...


Wednesday, February 24, 2010

Putih atau kuning?

Baru2 nih masa gi umah member kat Nilai, kitorang ada citer pasal bab kawin. Dan dia tanya kat aku - aku pilih cincin emas putih atau emas kuning? Kalau korang, apa pilihan korang? :)

Dulu masa kawan aku kawin, dia pilih cincin emas kuning. Aku tanya kenapa? Jawabnya mudah ajer. Kalau emas kuning, sentiasa laku. Bila2 masa leh jual balik. Tapi kalau emas putih tak.

Bila dia jawab camtu, aku diam jer. Malas nak balas balik. Tapi dalam kepala otak aku nih dah tentu la bercakap jugak. Aku tahu jawapan itu logik. Cuma aku agak kurang paham. Kenapa jawapan itu yang dijadikan alasan?

Kalau korang pun memberikan jawapan ataupun alasan yang sama, meh sini aku nak tanya. Apa sebenarnya tujuan cincin kawin @ tunang dibeli? Adakah kerana ia hendak dijadikan sebagai perlaburan jangka panjang (untuk dijual semula) ataupun ia sebenarnya menjadi simbol ikatan, hadiah, kasih sayang dan penghargaan buat korang? Apa pun jawapannya, terserah kat korang.

Cuma bagi aku, tak sepatutnya timbul isu sama ada ia boleh dijual semula atau tak. (Ini tak kisahlah emas jenis apa sekalipun). Sebabnya cincin risik, tunang mahupun nikah adalah hadiah dan pemberian daripada orang yang cukup istimewa dalam hidup kita. Ia adalah tanda kasih sayang dan penerimaannya kepada kita. Jadi, ia tak harus dijual. Dan kalaulah belum apa2 kita dah pikir tentang 'jual', adakah itu tanda kita betul2 sayang dan menghargai pasangan kita? Atau adakah kita ingin menunjukkan bahawa nilai cincin itu sama seperti nilai cinta kita yang boleh dijual beli? Adakah tergamak untuk kita menjual sesuatu yang menjadi petanda bahawa dia telah memilih kita? Erm... Entahlah... Tepuk dada, tanyalah selera... :)

Monday, February 22, 2010

Tak abih2 deadline!!!

Selasa nih deadline. Selasa depan dan lagi, lagi, lagiiii.... depan pun deadline gak. Adess... Makin lama aku rasa macam makin desperado la pulak. Kepala otak aku pun dah macam makin sengal. Hahaha... Padan ngan muka aku! Tu ler... Elok2 buat monthly, lepas tu gatal nak tukar buat weekly. Meh aku gelak lagi sekali kat diri aku... Hahaha...

Korang nak tau tak satu perkara... (off the record ek... heheheh... - poyo lak aku! :P) aku sebenarnya dah bosan idup macam nih. Aku dah bosan idup mengikut rentak orang. Aku dah bosan terpaksa buat keje bila mana aku sepatutya tengah tidur dan bermimpi yang best2 ataupun bila mana aku sepatutnya tengah bersantai @ bercuti tanpa pikir apa2 pasal story dan deadline. Aku memang betul2 dah bosan!

Lepas deadline bulan 5 nih nanti, aku nak plan something. Something untuk aku... :) Nak tau apa? Hehehe....

Aiseh... kena sambung ketuk story daa... :(

Friday, February 19, 2010

Dulu dan sekarang

Kelmarin aku bagi tau bos cadangan aku nak berenti keje. Hahaha... Cuak dia kejap! (Tapi takde la secuak masa member aku lagi sorang dulu nak berenti keje. Lagipun dia tau aku takkan berenti sekarang. Hehehe... )

Semalam dan kelmarin, aku ngan beberapa bebudak mag aku yang lain menggelabah giler nak kejar deadline PDF. Sampaikan nak lunch pun tak sempat. Patutnya kalau ikutkan belah editorial, editor aku yang patut fully incharge mender tu. Tapi sebab dia ada kursus dua hari, terpaksa la aku ngan member2 aku berkorban skit. Takper la. Bukan selalu kot. Hehehe... Tapi masa tu aku terpikir gak satu mender - kalaulah team aku nih ada assistant editor kan senang. Bila editor takde jer, dia yang akan take over. Dan aku plak leh lepak depan laptop ngan jayanya (dan konon2 buat keje :p).

Aku ingat lagi masa kat mag lama. Aku amat jarang pening kepala pasal mender nih. Yang aku aku kena make sure ialah story aku siap on time. Dan bila tiba masanya, aku akan cek layout (atas paper) lak dan buat payment. Kalau aku terlebih rajin, aku akan gi kat tempat grafik, dan cek layout kat pc budak grafik. Selebihnya aku memang tak amik tau. Bos aku dulu selalu bising sebab aku tak rajin nak amik tau pasal schedule, client dan bla... blaa.... blaaa... Assistantnya pulak bising kat aku sebab aku tak pernah ingat page berapa aku punyer kolum. Hahaha... Memang teruk betul aku masa tu! :P

Tapi masa tu aku boleh buat camtu sebab bos aku ada assistantnya. Bos aku yang sekarang pulak kena buat keje sorang2 sampaikan dia tak menang tangan nak buat semua tu dalam satu masa sebab takde assistant. Aku nak buat perangai cam dulu pun jadik tak sampai hati. Budak2 dalam team aku sekarang nih banyak budak baru. Yang lama aku ngan sorang lagi mamat. Jadik nak tak nak aku ngan mamat tu la yang kena banyak tolong bos aku nih. Tapi mujur gak ada lagi sorang budak team aku nih, walaupun baru dah banyak pengalaman. Jadik, dia pun banyak gak back up kitorang satu team.

Erm... Dah nak kol 12pm nih. Deadline untuk next issue hari selasa depan. Tapi satu story pun aku tak buat lagi. So, aku beransur dulu arr... Adios semua! :)

Saturday, February 13, 2010

Sebelum ayam berkokok!

Serabut! Aku memang tengah serabut. Banyak mender nak kena pikir. Banyak mender nak kena buat. Lepas raya cina nih aku akan start ngan weekly deadline. Adesss... Leh mengah aku camni!

Esok pagi2 morning sebelum ayam berkokok, aku akan balik Ipoh. First time dalam sejarah hidup aku, aku balik time camtu. Pecah rekod nih. Hehehe... Dan pecah rekod gak tadi, aku stay back sampai kol 9 lebih sebab nak siapkan keje. Rajinnyer aku. Cam tak caya jer! Hehehe... Err... Leh ker aku bangun awal nih??? Musykil kejap.... :(

Erm... okehla... Nak bersiap2an untuk gi beradu. So, gute nacht everybody! :)

Monday, February 8, 2010

Resign!

Lately ada satu mender yang asyik dok menyinggah kat kepala otak aku - berenti keje! Errr... Leh ker aku pikir gitu?? Hehehe...

Kalau diikutkan hati, mau ajer aku antar surat resign sekarang. Tapi aku masih ingat lagi pesan orang2 tua - ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadik kesimpulannya idak ler aku jadik aku berenti. Iyer la... Kalau aku berenti, camana la aku nak bayar utang aku yang keliling pinggang tu ek. :D

Tapi apa pun, kalau tak leh nak resign sekarang, suatu hari nanti aku tetap akan resign gak. Tak tau bila... Ujung tahun nih kot. Kalau tak pun, anjak jer la tahun depan. Kalau tak pun, tahun lagi2 depan. Uikss... Sesuka hati aku jer... Hahaha... Belasah jer lahhh! :P

Monday, February 1, 2010

Susah bercakap dengan enggang!

Sebenarnya ada banyak mender aku tak puas hati tentang sesuatu. Kalau ikutkan hati, aku nak cakap terus-terang. Aku nak bagi tau kat dia betapa dia sebenarnya sedang menempah @ mencari masalah. Aku nak bagi tau kat dia yang kalau dia terus leka, padahnya bukan sahaja kat dia. Tapi padahnya akan menimpa gak kat aku ngan kawan2 aku. Aku tau dia sayangkan orang tu. Tapi kalau orang yang disayang dah mula amik kesempatan, wajarkah dibiarkan? Tak bolehkah dia bukak mata luas2. Tengok balik hidden agenda orang tersayang. Tak bolehkah dia nampak yang orang tu sudah mula susun strategi? Tak nampakkah dia satu persatu tembelang orang tersayang? Kalau pun betul matanya buta kerana cinta, tak bolehkah mata hatinya melihat sesuatu yang semakin jelas. Alahai... Susahnya nak bercakap apabila berada di level yang berbeza. Erm... Bilalah agaknya si enggang sudi mendengar bicara si pipit ek? :(

Friday, January 29, 2010

Lepak :)

Malam tadi aku lepak2 ngan Zawie, Mennie dan Khairil kat Old Town White Coffee kat Sunway. Ralit bersembang, tak sedar dah nak kol 11pm. Lama dah aku tak jumpa Mennie ngan Khairil. So, bila dapat bersembang, maka panjangla citernya. Yang sadisnya bila aku nak balik, keta aku kena block ngan van. Jenuh aku dok tekan hon. Lama gak la. Naik panas hati aku dibuatnya. Mujur si Zawie nemankan aku. Kalau tak, tak tau ler aku nak buat apa sorang2 menekan hon. Hehehe..
okeh la... dah lewat nih. Nak gi tido. Adios :)

Wednesday, January 27, 2010

Cuti ~ letih!

4 hari aku bercuti. Tapi sepanjang 4 hari, aku tak rasa bercuti pun. Letih arr... Memanjang jer dalam keta sampaikan lenguh dah pinggang aku nih hah. Nih pun kepala kena pikir bab keje opis yang tak siap. Adess... leh pressure ini macam!

Tapi alhamdulillah, aku sempat setelkan beberapa perkara. Kurang skit beban kat kepala otak aku nih.

Erm... Ngantuk arr... Gud nite :)

Friday, January 22, 2010

Cikguku... :)

Tadi cikgu sekolah rendah call aku. Terkejut tol aku. Tak sangka dia ingat lagi kat aku. Bayangkanlah.. Masa dia ajar aku, waktu itu umur aku baru 11, 12 tahun. Sekarang nih umur aku dah pun 30. Uishh... Memang terharu tol aku. Mana taknya, cikgu yang mengajar aku masa sekolah menengah pun dah lupa kat aku. Add aku kat facebook pun tak sudi. Tapi takper. Yang penting aku masih diingati orang, lebih2 lagi orang tu adalah cikgu yang memang baik ngan aku, ngajar aku sampai aku betul2 paham, tak anggap aku nih bodoh dan menyusahkan dan dia memang betul2 seorang cikgu. Tak macam beberapa orang cikgu lain yang nama jer cikgu tapi tak serupa cikgu! Uikss.... cam berpusing2 lak ayat aku nih!! Hahahaha....

Okeh... Nak blah dulu. Banyak mender nak buat lepas nih. Adioss... :D

Tuesday, January 19, 2010

Horoskop

Korang percaya pada horoskop?

Siang tadi sorang kawan aku menyuruh aku baca horoskop. Dengan horoskop dia kata kita boleh mengenal orang. Dan kita jugak boleh tau sejauh mana keserasian kita dengan seseorang. Korang percaya?

Sejak zaman budak sampai la sekarang, aku tak pernah percaya horoskop. Dulu masa sekolah aku suka gak baca. Tapi bukan aku percaya pun. Sajer suka2. Sebenarnya kawan aku tu bukan orang yang pertama. Ada lagi beberapa orang kawan aku yang lain mencadangkan aku perkara yang sama - baca horoskop! Entahlah... Banyak sebab sebenarnya aku tak berapa nak layan horoskop. Dan kadang2 aku rasa horoskop mengarut. Tapi bagi orang yang percaya ngan horoskop dah tentu tak setuju ngan pendapat aku.

Mengenali dan memahami personaliti seseorang memang suatu perkara yang patut dibuat. Tapi menggunakan horoskop sebenarnya tak begitu tepat. Dan kalau terlalu percaya sangat dengan horoskop pun tak elok juga. Cubalah korang nilai betul2 - sejauh mana horoskop korang sama ngan korang? :)

Saturday, January 16, 2010

Panjang tol aku membebel.. Musykil nih!

Siang tadi masa aku buat story tentang cinta siber, terus aku teringat masa zaman muda belia dulu. Nak kata aku ketagih chatting masa tu, tak jugak. Biasanya aku chat masa buat assignment kat CC. Kira macam selingan la. Dengan kata lain menjadi tempat aku melepaskan boring, tension dan blur. Hehehe..

Selalunya aku guna nick yang langsung takde ciri feminin. Tapi bila tiba masa aku dah betul2 tak leh nak buat keje, boring plus blur, konfem aku guna nick pompuan. Masa tu berebut2 la lelaki satu malaya menegur sapa aku. Kalau diikutkan aku sebenarnya tak kisah pun borak ngan lelaki ke pompuan ker. Mana2 pun boleh. Cuma aku rasa layan pompuan bersembang nih kadang2 cam boring skit. Satu yang aku perasan (masa tu) - kebanyakan pompuan bila borak ngan lelaki, ayatnya cukup membosankan. Jiwang karat... cam baik... cam bersopan...pendek kata, diorang nih suka kontrol ayu. Bila dapat tau jer aku pompuan, terus senyap tak nak layan aku sembang dah. Nth apa2 jer. Lelaki pulak lain skit. Ngan sesama lelaki pun diorang leh berborak. Cuma cara borak dan topik yang disembangkan tak sama dengan kalau diorang sembang ngan pompuan (nih pemerhatian aku pada masa tu sahaja). Tapi satu mender yang paling aku tak suka masa berchatting bila pihak lagi satu bertanya - asl. Ish.. Meluat tol aku nak jawab! Cam takde soalan lain! Biasanya kalau orang tanya camtu, aku buat tak tau jer. Padan muka! Hehehe..

Dolu2 aku nih agak nakal skit. Bila chat ngan lelaki, kadang2 aku akan mintak nombor talipon mamat tu. Lepas tu aku akan talipon dan kacau dia. Cam biasa la. Mamat tu konfem ayat aku. Dan aku pun layan la dia. Kasi dia syok skit. Tapi selalunya lepas tu aku dah tak talipon dia dah. Tapi bukan semua nombor yang aku amik tu aku akan talipon.Ikut mood aku gak. Bila aku rasa boring, takde mender nak buat, masa tu la aku start kacau orang. Tapi bukanlah tiap2 hari. Lagipun aku buat mender tu pun sajer suka2. Apa yang mamat2 tu cakap pun bukannya masuk kat kepala aku. Sebab tu diorang ayat aku camana dasat pun, aku tak cair.

Selalunya aku guna public phone. Masa bercakap ngan mamat tu semua, aku pakai nama lain. Lokasi sebenar aku pun aku kelentong. Tak kuasa aku nak jadik orang jujur masa tu. Dulu2 bila ada orang mintak nombor talipon, aku memang tak bagi. Lagi pulak dulu aku memang takde handphone. Tapi kalau dah orang tu mengada2 sangat, nak gak nombor, aku pun bagi la satu nombor nih. Nombor tu sebenarnya bukan untuk bergayut. Tapi just tempat nak tinggalkan masej. So, ramai la mamat yang menalipon nombor tu. Semuanya tensen sebab setiap kali talipon jer, suara operator yang kluar. Sian diorang. Hehehe... Seingat aku, aku pakai handphone masa hujung part 2. Tu pun bersebab. Lepas aku pakai hp, ada gak la aku bagi nombor tu kat orang yang aku chat. Tapi tak semua. Dan aku tak bagi terus masa tu pun. Biasanya bila orang tu memang leh ngam dan boleh dipercayai sebagai kawan, baru la aku kasi number tu. Tu pun leh dibilang ngan jari.

Ada gak budak2 chatting yang aku pernah jumpa. Dan ada gak antaranya yang aku pernah jumpa sekali jer dan lepas tu aku tak hingin nak jumpa dia dah. Biasanya orang2 camni memang takkan tau nama betul dan nombor talipon aku. Tapi ada gak antara mereka yang jadik kawan baik aku. Tapi sayang, lepas sorang2 lost contact ngan aku terutama lepas aku tukar nombor. Ada beberapa orang yang aku masih ingat sampai sekarang. Paling baik ngan aku ialah Azam. Lepas tu Mael. Mael nih pun rapat gak ngan aku. Kadang2 aku rasa cam dia nih abang aku lak. Lepas tu Firdaruddin (ish.. betulker ejaan aku nih?). Dia pun baik gak ngan aku. Sangat baik... Ada gak beberapa nama lain. Tapi aku tak berapa nak ingat dah. Lama sangat... Semuanya tu masa zaman aku tengah study. Habih study, aku dah tak rajin nak berchatting kat internet. Kalau chat pun, aku dah tak rajin nak jumpa2 semua. Aku malas dan tak berminat!

Dalam tahun 2005 atau 2006 kot (tak sure), aku selalu masuk alamak. Masa tu aku tak rajin pun chat. Aku masuk situ setakat nak ilangkan bosan - baca sembang mengarut (selalunya kelakar) bebudak kat situ, kemudian aku gelak sorang2. Letih gelak, aku sambung balik buat keje. Tapi ada gak sesekali aku menyebok kat situ. Sekadar nak ilangkan bosan. Tapi walaupun aku jarang bersembang kat situ, aku ada geng aku sendiri kat situ. Dulu aku pernah gak melepak ngan diorang gi minum ngan jalan2. Masa tu memang best. Tapi lepas aku dah dapat memo daripada opis pasal alamak, aku dah stop. Hubungan aku ngan bebudak tu pun renggang. Kemudian aku masuk TDC lak. Yang nih memang aku tak aktif. Hehehe...

Kadang2 bila aku nengok berita pasal citer budak pompuan kena rogol atau kena tipu ngan kawan internet, aku rasa cam sedih pulak. Naper leh jadik camtu? Sedangkan dulu pun aku pernah gak buat camtu. Erm.. Nih cuma pendapat peribadi aku jer la.... Budak2 zaman sekarang nih walaupun dah ramai yang bijak dari segi IQ, tapi dia lemah dari segi lain. Sebab dia pikir dia pandai, jadik apa yang dia buat semuanya dipikirkan betul. Dia tak pikir panjang dan tak cuba belajar macam mana nak menilai ataupun nak meletakkan kepercayaan pada seseorang. Diorang nampak matang, tapi sebenarnya masih kebudak2an. Bagi yang kurang kasih sayang keluarga pulak, bila disogok dengan ayat2 lentok oleh lelaki, dia mula mudah lentok. Siannya aku ngan diorang.

Erm... panjangnya aku membebel malam nih. Err... Kalau ada yang tiba2 terasa hati, aku mintak maap ek. Okeh la. Masuk tido dulu. Gud nite bebeh... Hehehe...

Wednesday, January 13, 2010

Quit! Not quit?

Awal tahun nih ramai budak kat opis aku yang berenti keje. Ada antaranya yang memang aku dah sedia maklum akan sebabnya. Apa pun aku harap diorang hepi dengan apa pun keputusan yang diorang amik. Dan aku pulak... Tempoh maksimum lima tahun yang pernah aku letak dulu dah lama berlalu. Dan setiap kali ada staff yang berenti terutama yang baik ngan aku, tentu aku akan rasa jeles. Aku akan bertanya kat diri aku – Kenapa aku tak berhenti macam diorang? Kenapa aku tak amik keputusan camtu? Kenapa aku tak dapat peluang sebaik diorang? Apa jadik ngan cita2 aku? Adess... Bila timbul soalan2 camni, aku mula sakit hati ngan tensen.


Aku pernah cakap ngan seseorang pasal mender nih. Dan dia kata kat aku, kalau ada rezeki dan izin Tuhan, dia akan realisasikan cita2 aku. Erm... Bunyinya cam best jer. Tapi masalahnya, itu cita2 aku. Bukannya cita2 dia. Kenapa aku perlu bergantung harap pada orang lain semata2 nak jadikkan impian aku satu kenyataan? Erm... Tapi masalahnya sekarang, aku masih lagi di sini. Aku masih tak berusaha ke arah tu. Naper ek??


Erm... kalaulau impian aku tercapai... :)


Tuesday, January 12, 2010

Lagi aku mengomel...

Dalam banyak2 jalan untuk ke satu tempat, mengapa perlu mengikut jalan yang bengkang-bengkok dan bersimpang-siur kalau sudah ada jalan lurus yang lapang? Adakah dengan memilihnya, itu menunjukkan kita ini seorang yang hebat, berani dan bijak? Tidak mengapa kalau kita memilihnya hanya kerana kita tidak tahu jalan yang lain. Tapi, kalau sudah tahu, kenapa masih mahu menyusahkan diri dan juga orang lain. Bukankah itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran kita?

Kadang2 orang tertentu sengaja mereka2 peraturan atau prosedur yang tak perlu. Kononnya memudahkan keadaan, lebih tersusun, lebih berdisiplin, lebih bagus dan bla... bla... Tapi betul ke itu matlamatnya yang sebenar? Kalau itulah tujuannya peraturan dan prosedur dibuat, ia sepatutnya tidak akan menyusahkan orang, lebih praktikal, lebih sistematik. Dan pada masa yang sama, orang terbabit kena bersedia menerima teguran dan berani melakukan perubahan selagi matlamat tersebut tidak berjaya dicapai. Tapi, kalau ini semua tidak berlaku, baru ditegur sedikit sudah melenting seolah2 dialah bagus dalam serba-serbi, itu tandanya syok dan perasan sendiri. Boleh jadi, dia juga mewujudkan peraturan dan prosedur itu kerana ada agenda yang tersirat ataupun sengaja mahu meraih populariti.

Aku juga musykil dengan beberapa golongan yang 'lurus bendul' yang kononnya tidak berani mengubah hanya kerana itu atas arahan bos. Bukankah bos itu juga manusia? Kalau kita berjumpa dia dan memberikan sebab kenapa kita mencadangkan sesuatu itu diubah, tentu dia akan menerimanya jika ia relevan. Kalau dia menolak, itu tak mengapa. Sekurang2nya kita dah meluahkan pendapat kita. Tapi kalau kita cuma berdiam diri dan mengikut, erm... entahlah... aku tak nampak di mana letaknya tahap kepuasan kita bekerja. Dalam melakukan sesuatu, kita harus membebaskan diri daripada hanya berada dalam satu skop atau ruang kecil kepada yang lebih luas supaya kita lebih kreatif. Dan bagi orang yang menerima idea, cubalah lihat dengan fikiran yang lebih terbuka. Bukalah luas2 empati diri anda...

Sunday, January 10, 2010

Mana peginya idea? Blurrr...

Aku nak tulih something kat sini. Tapi aku takde idea. Idea aku dah kering kontang. Mungkin sebab aku dah banyak sangat perah kepala otak last week kot. Ataupun mungkin gak aku takde idea sebab kepala otak aku nih dah letih sangat dan berserabut dengan macam2 mender.

Bermula dari Januari nih, keje aku kat opis memang berlambak. Kalau dulu, kol 6 lebih skit jer, sure aku dah blah tinggalkan opis. Tapi sekarang nih kol 7 lebih aku masih lagi tercangak kat opis. Lagi lambat bila aku kena dok check layout dan mengedit kat grafik macam last week. Sangat letih dan sangat stress! Tapi takper la. Yang penting hasil yang dah diprint nanti (yang akan korang tengok nanti) lebih baik daripada 1st edition yang dah kitorang keluarkan bulan Disember tahun lepas.

Erm... Tak sabar nak bercuti. Aku nak balik kampung! Aku nak rehat!! Nak relax puas2... Erm... Tapi leh ker??? :(

Wednesday, January 6, 2010

Gud nite lagi...

Beberapa hari pertama pada Januari 2010 tak ada banyak yang menarik. Cuma yang ketaranya aku makin sibuk. Sangat2 sibuk ngan keje opis yang menimbun. Semalam ngan hari ini aku menghabiskan masa dari pagi sampai petang kat tempat bebudak grafik. Esok pagi lepas meeting jap ngan bos dan bebudak lain, aku akan melepak semula kat tempat grafik. Sambil2 tu melayan mamat dua orang tu bersembang. Ok gak tu... At least kurang skit ketensenan aku mengadap skrin monitor nih hah. Hehehe...

Lately banyak mender yang kena aku pikir dan jugak yang kena aku setelkan. Adess... Poning kepalo den. :( Harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Aminnn....

Erm... Dah start ngantok dah mata nih. So, aku gi tido dulu ek. Gud nite semua... :)

Monday, January 4, 2010

:)

Hepi birthday mak... :)