Pages

Wednesday, August 25, 2010

Nak share skit :)

Hidup kita ni tak selalunya indah. Dan kalau kita berada kat atas pun, any time kita boleh tiba2 berada kat bawah. Sebab tu aku ingatkan diri aku dan jugak korang, jangan fikir kita sentiasa berada di tempat yang selamat. Kalau itu yang kita selalu pikir, percayalah.... kita akan jatuh terduduk bila tiba2 kita diduga tuhan.
Aku bukan nak membebel, bagi tazkirah ataupun nak tunjuk bagus. Aku cuma cakap berdasarkan pengalaman. Kerana sekarang ini, itulah yang sedang aku alami. Dan sekarang nih jugak aku menempuhnya seorang diri. Bukan maksud aku takde saper2 yang nak tolong aku. Memang ada. Tapi diorang cuma boleh tolong tengok dan mungkin jugak tolong berdoa. Dan orang yang sepatutnya menolong dan boleh menolong, sayangnya tak cuba nak menolong. Aku tak salahkan diorang. Sebab itulah lumrah dunia. Selagi tak kena batang idung sendiri, selagi itu kita tak rasa betapa susah dan sakitnya orang yang menanggung.
Aku bercerita kat sini bukan sebab aku nak tagih simpati saper2. Lagipun setakat simpati tidak akan membawak aku ke mana2. Cuma aku nak share. Supaya kita sentiasa beringat. Jangan kita terus hanyut. Kalau kita ada masalah, jangan sangka kita sahaja yang bermasalah. Kalau kita rasa diri hebat, jangan sangka kita akan terus hebat. Kalau kita tak kisah orang susah, jangan sangka kita tak akan rasa susah. Allah maha agung. Dia lebih mengetahui dari kita... Bersiap sedialah sebab kita tak tau apa yang akan berlaku esok hari...

No comments: