Pages

Wednesday, March 3, 2010

3 cita2

Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu. Bila masuk jer sesi persekolahan (sek. rendah), ada beberapa perkara yang cikgu akan tanya. Dan jawapannya nanti akan dimasukkan ke dalam rekod pelajar. Rekod pelajar tu seingat aku ada beberapa warna. Antaranya ialah warna kuning dan merah jambu. Rupanya pulak tak ubah macam kertas manila kad yang kemudiannya dilipat2 sampai menjadi tiga muka surat.


Memang banyak yang cikgu akan tanya dan tulis kat dalam kad tu. Tapi satu yang paling aku tak leh lupa ialah cita2. Bila cikgu panggil, aku dan bebudak lain kena nyatakan tiga cita2. Dan masa tu aku dengan excitednya akan bagi tau dia cita2 aku tanpa sikit pun terlintas nak tanya - kenapa cikgu nak tau dan kenapa nak tiga? Dan mungkin juga kerana aku bukan seorang cikgu, sampai sudah aku masih tak nampak dan tak tau apa rasionalnya cikgu nak tau cita2 aku masa tu.

Zaman sekolah rendah dah lama sangat berlalu. Jadi tak hairanlah kalau aku tak dapat nak ingat sejak dari darjah berapa aku kena bagi tau cikgu cita2 aku. Agak aku, mungkin mula dari darjah tiga. Tapi yang memang aku tak leh lupa ialah tiga cita2 aku yang sejak dari mula cikgu tanya sampailah aku darjah enam - cikgu, ustazah dan doktor. Bagi korang yang kenal aku, mungkin korang akan tergelak bila baca cita2 aku masa dulu. Alah... Tak payah tunggu korang, aku sendiri pun awal2 lagi dah gelak sorang2. Hehehe...


Kalau korang nak tau, tiga pekerjaan tu sebenarnya tak melekat pun kat dalam hati aku nih. Tapi kenapa aku letakkan itu sebagai cita2 aku? (Errr... Boleh tak kalau aku kata, cita2 tu hanya sekadar nak mengisi ruang kosong kat dalam kad tu?)


Mak bapak dulu ngan sekarang tak sama. Mak bapak dulu tak ramai yang mengatur cita2 anak. Bagi diorang, yang penting anak2 pegi sekolah dan belajar rajin2 sampai pandai. Sebab tu masa zaman aku dulu, aku ngan kawan2 yang lain kebanyakannya akan menjadikan pekerjaan cikgu sebagai salah satu cita2 kami. Sebabnya mudah ajer. Masa kami banyak dihabiskan kat sekolah dengan cikgu - lima hari dalam seminggu iaitu dari pagi sampai tengah hari ataupun kadang2 sampai ke petang. Sebab itu kami lebih nampak keje cikgu daripada keje2 lain.


Ini dah tentu berbeza ngan mak bapak sekarang. Anak2 sekarang, belum masuk sekolah, tapi ada antara mak bapak yang dah rancang apa bidang yang akan dipelajari dan diceburi anak nanti. Dan biasanya dah tentu kebanyakan mereka nak anak2 mereka amik bidang dan keje macam diorang. Kalau mak bapak tu seorang jurutera misalnya, anak pun sejak dari awal akan dididik ke arah tu. Sebab itu anak2 sekarang bila ditanyakan tentang cita2, kerja yang akan disebutnya banyak yang gempak dan hebat!


Dulu, apabila sakit jer, mak bapak aku akan cepat2 antar aku gi jumpa doktor. Dan setiap kali jumpa doktor, doktor akan bagi aku gula2, rasuah supaya aku tak menangis masa dia merawat aku. Oleh kerana aku rasa doktor nih baik orangnya, maka aku pun terlintaslah untuk menjadi seorang doktor gak macam dia. Hahaha...


Kenapa aku letak ustazah sebagai salah satu daripada cita2 aku dulu? Haa... yang nih jawapannya simple jer. Dulu mak aku seorang ustazah. Memandangkan aku bersama mak aku tiap2 hari, jadik aku pun terpikir - okeh gak kalau satu hari nanti aku keje sama macam mak aku. Sempoi kan??? Hehehe...


Tapi semua tu hanya sampai darjah enam. Bila masuk sekolah menengah, semuanya dah berubah. Takde satu pun yang tinggal. Aku tak nak jadik cikgu atau ustazah sebab aku tak suka mengajar orang. Aku tak nak jadik doktor sebab hari2 mengadap ubat dan orang sakit adalah perkara yang membosankan.


Masuk tingkatan 1, aku mula fikirkan 3 cita2 yang baru. Dan cita2 tu maintain sampai tamat sekolah menengah - wartawan, pemberita (tv) dan deejay radio. Hehehe...


Sejak aku kecik sampailah sekarang, aku suka menulis, berangan dan tak reti dok diam. Aku suka nak luahkan apa yang terbuku kat hati aku, pendapat aku... Aku mahu orang dengar suara hati aku. Sebab itu aku nak jadik wartawan. Lagipun keje wartawan susah dan mencabar. Dan kebetulan pulak pakcik ngan makcik aku dulu bekerja sebagai wartawan. Aku suka bercakap dan bercakap.... Dan itulah antara sebab aku bercita2 nak jadik pemberita dan deejay radio. Lagipun pakcik aku, selepas berhenti jadik wartawan, dia jadik pembaca berita kat tv3 pulak.


Walaupun aku suka nak jadik pemberita dan deejay, tapi ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak jadik nak teruskan hasrat aku.

- aku tak suka bergaya dan bermekap

- aku tak suka amik tau pasal artis, penyanyi dan pemuzik.


Jadik akhirnya aku memilih wartawan sebagai cita2 aku.


Maka, jadiklah aku seorang wartawan... :)


Begitulah alkisahnya.


Jadik wartawan memang seronok. Tapi bila sampai satu tahap, aku berasa sangat, sangat dan sangat letih. Kenapa ek? Penuaan? Uiksss...


No comments: