Pages

Tuesday, January 22, 2008

si adik yang bijak

Baru jap tadi aku sembang ngan 2 member aku pasal adi putra anak pak ghani tu. bukan main banyak lagi citer dia sejak-menjak nih. mengalahkan artis wooo.... heheh...

Erm... Tujuan aku sentuh pasal adi ngan pak ghani nih bukan aku nak mengumpat diorang. Cuma aku rasa cam ralat sangat ngan bapak dia. Dia begitu obses ngan anak dia. segala2 tentang anaknya hebat. mungkin dia terlupa yang semuanya tu pinjaman jer. sekali tuhan amik kelebihan anak dia, baru la dia terduduk.

bapak dia angkuh sangat. dia banyak kali cakap kat aku yang adi nih low profile. tapi dia sendiri tak macam tu. dan aku tengok adi sekarang nih pun dah ikut jejak langkah dia. aku sian ngan adi. pendidikan yang dia terima tak konsisten. sekejap sekolah kat situ, sekejap sekolah sini. memanjang jer berhenti. alasan yang dibagi - tak sesuai. kononnya adi nih sebuah kereta ferrari yang diubah menjadi kancil. angkuh betul bunyinya...

bagi aku, budak yang tak pandai, kalau mendapat pendidikan yang sesuai, konsisten dan betul cara didiknya, tentu budak tu boleh berjaya. tapi kalau pun budak tu sangat pandai, tapi sekolah pun tunggang langgang (dan mendakwa tahap pendidikan yang diterima tak sesuai), dia tentu takkan ke mana. silap hari bulan, dia boleh jadik tak makin pandai.

sekolah tak sesuai dengan tahap kepandaian adi selalu dijadikan alasan. tapi aku hairan. tak terfikir ke oleh ayahnya yang hidup anaknya tak boleh hanya tau matematik dan agama sahaja? bagaimana dengan subjek sejarah, georgrafi, kemahiran hidup, sains dll? bayangkan kalau suatu hari nanti dia menjadi seorang pakar matematik, tetapi tidak tahu sejarah negara diri sendiri. mesti kelakar. tapi lebih buruk lagi, tak tahu apa2 tentang sejarah negara sendiri akan menyebabkan kecintaan terhadap tanah air tidak ada. kalau ada pun, berapa percent la sangat. ini akan menyebabkan negara lain akan mudah mempengaruhi dia supaya dia memberikan sumbangan kepakarannya kepada negara lain. ini tentu merugikan kita - bukan sahaja negara dan bangsa, tetapi juga orang melayu sendiri.

tak lama lagi adi akan masuk unisel. aku tak tau berapa bulan dia leh bertahan. hairan gak aku. malaysia nih banyak ipta macam um dan ukm. kenapa ipts macam unisel yang offer adi, dan tidak ipta lain? agaknya unisel hendak gunakan idea math adi supaya unisel boleh naik kot. ermm.. cam ada agenda jer.. heheh... macam mana la agaknya kalau adi sambung belajar kat sana. boleh ke dia seimbangkan antara pemikiran kanak2 dia ngan pemikiran remaja dan dewasa. kalau selama nih ayah dia ada kat sebelah, kalau kat unisel dah tentu dia kena berdikari. mampu ker dia hadapi pengaruh student2 kat sana? ishh... kalau tak betul cara, aku rasa leh rosak budak nih.

bagi aku, walau segenius mana pun seorang budak, dia tetap budak2. jadi, layan dia pun kena sama mcam layan budak2. cuma apabila bercakap tentang perkara2 ilmiah dengan dia, tentulah kita tak boleh melayan dia macam bercakap ngan budak2 lain. pengalaman menjadi kanak2 cuma sekali seumur hidup. dan ia bukan sekadar pengalaman, tetapi juga satu proses pembelajaran. jadik bagilah peluang kanak2 walaupun budak genius seperti adi menikmatinya puas2. jangan nanti bila dia dah besar akan timbul rasa bebal dan tertekan dalam diri dia kerana dia tak pernah rasa pengalaman sebenar jadik kanak2 seperti orang lain. bila dia dah besar dan ada ada anak suatu hari nanti, aku tak terkejut kalau adi didik anak dia macam ayah dia didik dia..

ermm... sekadar memberikan pendapat... :)

Monday, January 21, 2008

Alkisah tentang baju

Just want to share an interesting feature from utusan... :)

Tidak berbaju bukan isu

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN

KETIKA para moralis kita tiba-tiba sibuk bercakap tentang moral penyanyi Faizal Tahir yang membuka baju semasa menyanyi, saya teringat kembali isu Sofea Jane berkemban dalam filem Perempuan, Isteri dan Jalang (1993). Dalam filem arahan U-Wei Haji Saari itu, Sofea berkemban ketika mandi di sungai.

Di luar panggung, banyak yang menjadi ahli moral menganggap filem itu menghina wanita. Salah satunya menonjolkan wanita dalam keadaan berkemban. Tetapi dalam majlis-majlis hiburan sama ada disiarkan di televisyen atau tidak, banyak juga wanita yang berkemban. Cuma mereka tidak berkemban dengan kain batik tetapi dipergayakan secara lebih moden. Ini tidak menjadi isu. Kenapa?

Saya percaya semua ini kerana sesetengah daripada kita tidak melihat secara luas dan menyeluruh. Mereka melihat sesuatu isu pada sesuatu masa saja. Sofea tidak boleh berkemban dengan kain batik tetapi kalau diperbuat daripada kain yang lebih mahal barangkali tidak menjadi isu. Maka mereka ini bukan prihatin fasal moral.

Apa isunya Faizal Tahir menyanyi dengan tidak berbaju? Secara jujur apakah yang para moralis kita bangkitkan? Memang banyak baiknya kita prihatin bab-bab moral seperti ini tetapi jangan memilih sesuatu isu saja. Malah memang tidak elok menyanyi tanpa memakai baju.

Tetapi sejak bila stesen televisyen kita tidak boleh menyiarkan lelaki yang tidak berbaju? Sejak bila persembahan pentas kita melarang lelaki tidak berbaju atau hanya bercawat membuat persembahan? Stesen televisyen kita selalu menyiarkan sukan bina badan dan kita tidak pernah melihat lagi peserta sukan bina badan pakai baju.

Kita juga selalu melihat persembahan kesenian tradisi yang menampilkan penari lelaki hanya bercawat. Penari tarian klasik India juga tidak berbaju. Apabila kita semua senyap sebelum ini bermakna kita telah menerima ini sebagai biasa. Adakah sekiranya Faizal diletakkan di pentas bina badan, dia mesti memakai baju? Kalau kita menerima Faizal tidak berbaju dalam sukan bina badan, isunya bukanlah tidak berbaju.

Isunya ialah persepsi. Kita tidak boleh menjadikan persepsi yang selalu berubah-ubah itu sebagai peraturan segera. Ini bukan tidak adil malah memperlihatkan pengendali dasar tidak ada pendirian yang boleh dihormati. Kita sendiri tidak pasti apakah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mempunyai satu peraturan yang jelas mengenai ‘lelaki tidak berbaju’ dalam program televisyen?

Jangan mengukur isu daripada kontroversi. Apabila tercetus kontroversi maka isu itu dilihat berasingan daripada perlakuan lain yang tidak menjadi bahan kontroversi. Maka arahan yang dikeluarkan bolehlah dianggap seperti mi segera yang tiba-tiba saja dibuat sebagai reaksi kepada kontroversi. Kalau kita mengakui Faizal tidak berbaju sama seperti peserta bina badan atau penari yang hanya bercawat, tentu kita tidak melayan kontroversi ini.

Thursday, January 17, 2008

Rindu

Aku persis si pungguk
berteleku di dahan kayu
mendendangkan lagu rindu
sambil mata melirik asyik
pada sang rambulan
yang nun jauh meninggi
dan aku terus di sini
meriba malam menadah sinar
agar kejauhan mengakrabkan
antara aku dan si wulan pujaan...

weiii... windu arr kat korang semua. bila nak jumpa ekk??

Wednesday, January 16, 2008

Blurr..

Syoknyer keje dah siap. deadline pun dah abih. Lega betul. Leh ler aku tido lena malam nih. Erm... kalau amik cuti esok pun ok gak nih. Lepak kat umah dan tido... best woo... Tapi kalau dapat massage lagi best. Hehehe...

Ok la ek. Dah tak tau nak tulih apa. Syok sangat keje abih, sampaikan idea nak taip kat sini pun hilang. So... adiosss... :)

Tuesday, January 15, 2008

Antara aku dan dia

Tetiba jer tadi aku terjumpa nih. so, aku copy paste jer la kat sini ek..
psttt sally... nih spesel utk ko... hehehe....

Kisah ini perihal aku dan dia
tentang dua jiwa yang disatukan
oleh ego yang bercantum
membentuk keikhlasan kasih
kemudian terlerai dek bahang perbezaan
kerana sudah takdirnya
dia lelaki dan aku perempuan...

Persis fitrah berzaman
perbezaan itu cuma layak diijabkabulkan
dan bukan untuk dikongsi
lantaran jelik mata memandang
ekoran kotor fikiran bertandang
dia lelaki dan aku perempuan
pasrah meletak nokhtah
sedangkan ada naluri memberontak
namun harus akur dalam bantah
lantaran sedar takdirnya
dia lelaki dan aku perempuan...

Monday, January 7, 2008

Jantung di kanan dada

Sajer nak share cerita sebelum aku gi masuk tido jap lagi...

Petang semalam aku gi area Petaling Utama. Gi ziarah sorang baby nih. Umur dia baru lapan bulan. Tapi berat dia tak sampai pun 3 kg. Kecik jer... Sedih aku nengok dia. Sebelum aku gi sana, memang aku dah tau yang dia ada prob jantung yang kronik. Tapi rupa2nya prob dia bukan takat tu jer.

Normally, jantung terletak kat sebelah kiri dada. Tapi jantung budak nih terbalik sebab dia punyer kat belah kanan. Lepas tu pulak, jantung dia tak berapa nak lengkap menyebabkan darah bercampur. Paru2 dia pun prob gak. So, selepas beberapa bulan dok ICU, doktor lepaskan dia balik umah. Doktor kata baby nih dah takde harapan. Anytime jer boleh meninggal. Dia tak boleh menyusu cam biasa sebab jantung dia tak kuat. Jadik, bila nak bagi susu jer kena guna tiub. Dia tak boleh makan. Cuma amik susu jer. Tu pasal badan dia kecik.

Tak cukup dengan 2 prob tu, doktor sahkan ada saraf kat otak dia yang pecah. Jadik, ada pendarahan kat otaknya. Bila berlaku pendarahan, dia pun kena gak sawan. Aku nampak gak dia kena sawan masa aku pegi jenguk dia. Sian dia.

Aku cukup ngeri bila tengok dia nangis. Habis biru muka dia. Mak ngan nenek dia nampak cam relaks jer. Agaknya sebab dah lali kot. Tapi dalam hati sure diorang pun risau.

Erm... Ngantuk arr... Nak gi tido dulu.

Adiosss... :-)

Saturday, January 5, 2008

2008... welcome to uuuu....:D

Pejam celik, pejam celik... Sekarang dah pun masuk tahun 2008. Cepat tol aku rasa.

Walaupun tahun dah bertukar, tapi kehidupan aku still camtu gak. Bujang tetap bujang. Sengkek pun tetap sengkek. Memanjang jer gitu. entah bila nak berubah, aku pun tak tau.

Banyak mende yang berlaku sepanjang 2007 nih. Aku hilang kawan. Dan pada masa yang sama aku dapat kawan. Tapi lebih menyedihkan, tahun nih jugak (25 Disember) aku hilang sorang opah. Hubungan aku ngan opah tak serapat mana. Tapi frankly speaking, aku sedih sangat bila dia takde lebih2 lagi masa aku tengok muka dia ditutup dengan kain kapan. Tak sangka betul time tu aku leh ternangis. Aku ingat lagi masa jenazahnya masih kat dalam rumah. Aku tengok dadanya cam berombak jer. Sebijik cam orang tengah tido. Ish... Tiba2 jer aku teringat kat arwah tok dulu... adess... sadis lak rasanya. iskk... iskkk....

Tahun nih banyak mende yang aku plan kat kepala otak aku nih. nth menjadik, nth tak.... aku pun tak tau. Tapi harap2 menjadik la... Eh... Ehhh..... Leh masuk dalam list azam tahun baru ke tuh? Hehehe...

Sebelum aku lupa... Nih aku nak bagi tau. Aku dah tak pakai number 019 hari tuh. So, saper2 yang nak contact aku tu, call jer 012 aku - still lagi number yang sama ngan lima tahun dulu. :-)