Pages

Wednesday, May 12, 2010

Kisah aku ngan seorang cikgu...

Semalam semasa aku menggodek facebook, tiba2 sahaja aku rasa cam terdetik untuk menaip satu nama di bahagian search. Hasilnya – nama tu takdepun tersenarai dalam facebook. Tapi ada satu link yang namanya ada kat situ.
Orang tu baik ngan aku. Dia cikgu praktikal masa aku darjah 4. Selain aku, ada lagi dua orang member aku yang baik gak ngan dia. Tapi, yang paling baik dan paling manja ngan dia dah tentulah aku. Hehehe... Dulu banyak kali gak dia datang makan kat umah aku ngan sorang lagi member dia yang jugak cikgu praktikal.
Aku panggil dia Cikgu Rosli. Dia tak lama kat sekolah aku. Lepas dia tamat praktikal, aku masih lagi contact dia sampailah aku masuk tingkatan 1. Kami ada gak berbalas surat. Tapi tak selalu. Aku tak ingat isi surat terakhir yang aku terima dari dia. Tapi dia kasi aku gambar kawin dia. Sebelum dia kawin, memang dia ada datang jemput aku satu famili. Tapi sebab jauh, maka tak dapek la kami nak pegi.
Aku ingat lagi, Cikgu Rosli nak bawak aku ngan dua member aku gi jalan2 kat Taman Tasik SM Noor, Batu Gajah. Jadi, dia bagi alasan kat mak ngan bapak aku kononnya dia nak buat kelas tuisyen kat umah salah seorang member aku ni. Bila dah dengar reason camtu, maka mereka pun bagilah kebenaran. Aku ingat lagi - kami study kejap jer. Lebih kurang setengah jam. Lepas tu kitorang terus cabut gi taman tasik tu naik bas. Memang best betol waktu tu. Tak banyak yang aku ingat. Maklumlah dah 2 dekad pun. Nth2 dia pun dah tak berapa ingat kat aku. Hehehe... Antara yang aku ingat, kitorang berempat naik ala2 basikal (tak ingat nama sebenarnya) kat atas tasik, jalan2 kat atas titi, melepak kat gua kecik...

Masa aku tengok gambar Cikgu Rosli kat dalam blog dia semalam, mukanya memang tak banyak yang berubah. Aku agak, umur dia sekarang lebih kurang 40 tahun. Anak2nya pun mesti dah besar sebab dia kawin masa umurnya awal 20an.

Teringinnya aku nak jumpa dia... :)

No comments: