Pages

Monday, March 26, 2012

Silingnya bocor!

Takde mende aku nak membebel kat sini sebenarnya walaupun kalau ikutkan hati, banyak mender aku nak membebel. Tapi tu ler... bila dipikirkan bukan semua mender aku boleh membebel kat sini, maka aku amik keputusan untuk membebel sorang2 tanpa didengari oleh sesiapa. Amacam? Bagus tak keputusan yang aku amik??? Hahahah.... cam poyo pun ada... :P
Esok sedara aku nak datang tido umah aku. Tapi aku terpaksa kata jangan datang. Adehh... Bila dipikirkan balik, aku tak sampai hati nak buat camtu. Tapi nak buat camana... Siling umah aku leaking teruk. Kadang2 bila imagination melampau aku datang, mula la aku membayang kan citer hantu (korea kot) yang siling umahnya berair2 sebab antu punyer keje.  Hahaha... cam scary jer.. Tapi siling umah aku leaking teruk bukan sebab mender2 mistik ni. Aku pun tak tau pesal. Dah diinform ngan orang rumah atas. Tapi tu la... Jawapannya sempoi jer.. “sabar, tengah investigate lagi,” Sampai bila nak investigate, tau tau la aku. Yang aku tau, satu lampu ngan kipas siling kat hall tak leh nak switch on sebab kena ngan leaking tu. Tinggal satu jer lagi lampu leh pakai. Itu pun kalau leaking merebak sampai ke lampu yang lagi satu, nampaknya terpaksa ler aku bercahayakan lampu lilin. Kesian kat aku. Tapi aku nak buat camana lagi??
Ermm... Lepas nih nak kena cari baldi lagi. Nak tadah air :(

Thursday, March 8, 2012

TQ cikgu! :)

Aku ingat lagi masa aku dah dekat2 nak SPM dulu, aku submit esei kat cikgu BM. Kononnya esei aku tu bagus la sangat. Perasan tol aku masa tu. Sebijik cam syok sendiri. Hahaha...
Bila aku gi amik buku esei tu kat cikgu dalam bilik guru, selamba jer dia campak buku aku. Mujur la dia campak atas meja gak. Kalau atas lantai, mau meraung aku tujuh hari tujuh malam. Hehehe... Lepas tu dia sound aku kow2. Tapi kata2 ‘best’  dia yang paling aku ingat sampai sekarang, “Karangan awak macam budak sekolah rendah!” Tersentap aku. Tapi bagus gak dia sound aku camtu. Kalau tak, sampai bila2 aku akan terus jadik syok sendiri. Terima kasih cikgu. I luv u! :D

Tolong jangan banyak komplen, leh?

Sepanjang aku jadik wartawan mahupun dalam pekerjaan sekarang, bagi aku kualiti karya amat penting. Sebab ia akan bawak nama kita sebagai penulis mahupun editor selama2nya selagi tulisan tu tak hilang atau terpadam daripada artikel atau buku yang dicetak. Tapi walaupun aku cakap macam tu, tak bermakna aku hendak bagi tau semua orang yang apa yang aku hasilkan selama nih amat berkualiti. Betul, tak semua karya aku  begitu berkualiti. Tapi aku cuba untuk memastikan ia berkualiti. Bagi aku itu lebih baik daripada menghasilkan sesuatu karya sambil lewa. Biar lambat siap. Jangan bila cepat siap, tapi hasil macam hampeh!
Bila nak menjadik seorang pengkarya yang baik dan hebat, jangan sombong dan jangan angkuh. Mungkin kita sudah berpengalaman bertahun2 sebagai penulis, mungkin kita pernah menjadi seorang guru atau pensyarah bahasa bertahun2 sebelum nih... tapi semuanya tu tak guna kalau kita dah set kat kepala yang kita nih terlalu hebat. Kononnya takde saper yang layak menegur atau merejek karya kita, apalagi  si penegur atau perejek itu adalah ‘budak-budak’. Kalaulah kita nih masuk kategori orang yang cenggitu, sedarlah yang kita sebenarnya sangat bodoh, tak cerdik, tak profesional dan ego yang sangat tak bertempat. Kalaulah kita di kalangan orang yang macam tu, tak yah la cuba2 nak hasilkan karya lagi, sebab karya tu nanti tak mustahil boleh jadi serupa sampah.
Dalam hidup nih, proses belajar sentiasa berterusan. Tak kisah la apa pun position kita, takat mana level pendidikan kita dan berapapun umur kita. Jadik bagi orang yang nak hasilkan karya, cubalah buat betul2. Bila manuskrip tu  dikomen editor, janganlah banyak sangat komplen dan argument. Nanti tak pasal2 menampakkan kebodohan dan ketidakmatangan kita. Setiap komen tu mesti bersandarkan sebab tertentu. Bukannya editor sesuka hati nak mengomen. Orang yang tulis karya pun kena ingat, kalau karya yang dihasilkan itu bagus, berkualiti dan direprint banyak kali, yang kayanya korang juga. Editor cuma dapat gaji yang sama tiap bulan.
Apa2pun... maap kalau terlebih kata..