Pages

Wednesday, December 28, 2011

Dah nak datang dah... :)

Tinggal tiga hari jer lagi nak masuk tahun baru. Cepat tol ek. Hehehe... Apa2 pun macam biasa la... Aku takde azam. Aku cuma ada plan jer. Tu pun tak tau lagi menjadi ke idak. Harap2 la menjadik dengan jayanya. Dan kalau menjadik, sedikit sebanyak hidup aku akan berubah. Tak tau la berubah camana. Wait and see jer la. Hehehe...

Kali ni takde conclusion yang aku nak buat untuk tahun 2011. Bagi aku, yang lepas biarla lepas. Bak kata orang2 Melayu – barang yang lama jangan dikenang. Jadik, jom la kita kenangkan barang yang baru ek. :)

Harapan aku di penghujung tahun ni... Moga2 kita semua akan bergembira dan berbahagia selalu hendaknya. Hepi dan senyum2 slalu. Pikir2 yang baik2 belaka. Tak mau dah pikir negatif. Buat sakit kepala jer. Hahaha...

Akhir kata – adios! :)


Thursday, December 22, 2011

Sakit

Lately nih aku memanjang jer tak berapa sihat. Minggu sudah aku kena sakit mata. Mujur tak teruk mana. Lepas tu pulak aku aku kena selsema. Boleh tahan gak la teruknya. Kemudian bila macam dah ok skit, aku rasa cam badan tak berapa nak stabil. Gi klinik, tapi doktor kata takde apa2. La ni aku rasa macam nak demam. Selsema datang balik. Tekak sakit. Asyik batuk jer.

Agaknya ni semua petanda supaya aku sedar diri kot. Betapa kerdilnya aku di sisi Tuhan....

Thursday, December 8, 2011

Malas!

"Asyik2 malas!" Tu yang orang selalu cakap ngan aku sebab aku suka sangat sebut perkataan tu. Hahaha... tak tau la naper. Tapi memang betul. Aku memang suka sangat sebut MALAS. Perkataan tu cam best jer. Hehehe...

Tapi walaupun aku suka menyebutnya, idak ler aku malas setiap masa. Kata orang, nak malas pun berpada2 gak la. Cam kat opis nih... kalaupun aku cakap malas nak buat keje,  aku still gak buat. Sebab tu kan ker dah amanah yang mesti aku setelkan. Nanti kalau tak siap, aku gak yang susah. Tol tak? Cuma kalau dah tahap boring atau blur, kenalah buat mender lain jap. Untuk refreshment gitu... :D

Tapi aku tetap gak setuju kalau orang kata bila kita asyik dok menyebut perkataan MALAS akan menyebabkan kita betul2 malas. Sebab tu pun selalu gak berlaku kat aku. Apa2pun yang penting aku hepi. Yup, I'm hepi now! Hehehe...

Tuesday, December 6, 2011

Eksiden Ngan Budak

Semalam masa drive kat area Shah Alam, aku dah terlanggar sorang budak sekolah nih. Hangin tol aku ngan dia. Tak pasal2 bercalar dah keta aku. Mujur tak kemek. Kalau dia ikut undang2 jalan raya, insya allah aku tak melanggar dia dan keta aku pun takde la tercalar macam tu sekali. Sempat la aku marahkan budak tu tepi jalan. Aku cakap kat dia, kalau tak sayang nyawa, buat ler lagi macam tu. Bila aku tanya dia camana nak buat nih, dia senang jer cakap, "Saya repair motor saya, akak repair la keta akak. Keta akak calar skit. Motor saya teruk." Betul2 bikin aku meradang. Rasa cam nak kasi pelempang jer.

Kepada adik2 sekalian terutamanya yang baru dapat lesen P tu, sila ikut peraturan jalan raya. Kalau tak nak ikut, tak yah pakai transport. Jalan kaki jer lagi bagus! Macam aku dolu2. Senang, tak menyusahkan orang.

Saturday, December 3, 2011

Masej Untuk Kawan :)

Kawan,

Hakikat kadang2 memang menyakitkan. Tapi itulah kehidupan. Apa saja yang berlaku, kita kena terima dengan redha. Sesakit dan sesukar mana pun ia, kita kena telan. Tapi usahlah bersedih. Sebab percayalah cakap aku, dalam apa jua keadaan pun, ko tak akan bersendirian kerana Allah sentiasa ada di samping ko. Dia maha mendengar, maha pengasih, maha penyayang dan maha mengetahui. Jadi, mengadulah kepada Dia. Sebab dia saja yang boleh bantu ko, bukan aku atau sesiapa pun. Hanya Dia.

Dan simpanlah aib orang tu baik2. Sebab kalau kita bukak aib orang, suatu masa nanti Allah juga akan bukak aib kita. Banyakkan bersabar dan bertenang. Jadiklah orang yang positif agar ko akan nampak lebih banyak jalan di hadapan nanti.

Aku sentiasa doakan ko hepi dan ceria selalu - sama macam ngko yang aku kenal dulu. So, senyum2 slalu ok! :)