Pages

Wednesday, February 16, 2011

New Opis!

Hari nih aku masuk opis baru. Meja baru, kerusi baru... pendek kata macam2 yang baru. Tapi tak tau la naper, dapat mender baru tak dapat nak renew semangat keje aku hari nih. Serius, aku cam blur jer... Hahaha... Maybe sebab aku letih memindah barang sejak Isnin lepas buat aku takde mood nak buat keje. Sengal satu badan aku!
Erm... Ok la. Takde mender pun aku nak citer. Adios :D

Sunday, February 6, 2011

Qarin

Tetiba pagi ni aku rasa nak share citer pasal Qarin. Err.. Saper Qarin??Hehehe... Meh sini aku nak citer... :D

Qarin ni maknanya teman. Dia ni bukanlah spisis orang ataupun binatang. Tapi dia ni jin. Kalau korang nak tau, dlm diri setiap manusia ada pendamping drp golongan jin @ syaitan. Dan itulah Qarin. Nabi pun ada gak Qarin. Tapi Qarin nabi dah ditundukkan Allah.


Nih dipetik daripada satu hadis Muslim:

"Sudah dtg kepadamu syaitanmu." Aisyah bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah dalam diriku ini ada syaitan?"
Nabi Muhammad menjawab: "Ya benar. Pada diri setiap manusia itu ada syaitan penggodanya."
"Bagaimana dgn mu?" tanya Aisyah.
Kata Nabi Muhammad: "Pada diri aku ada syaitan, tetapi Allah sudah menundukkan sehingga syaitan itupun menyerah."