Pages

Tuesday, December 25, 2012

Slmt thn baru masihi :)

Cptnya masa berlalu. Kdg2 rasa mcm x sbr jer nak abihkan thn ni. Tp bila dipikirkan bnyk lg mender yg lom siap, ada baiknya masa tu kasi pause skjp. Lps semua setel, br leh kasi jln balik. Hahah... sesuka hati sy jer. :p

Lps dah setel semua, sy nak amik cuti brg 3 @ 4 hari. Sy nak bertapa sat. Biar kpla otak nih berehat ngan bestnyer. Bnyk tol masalah negara sy thn ni. Tak tau la thn dpn mcm mana. Makin teruk ke makin bagus ke, sy serah je kpd Allah sbb Dia je yg lbh tau. Lg pun kata org, lps pahit br rasa manisnya. Klu xde ujan, mcm mana nak ada pelangi, ye x? Hehehe...

Memandangkan dah nak thn baru masihi, sy wish kat semua hepi new year. Jumpa lg klu panjang umur ek.

Babai n adios! :)

Thursday, November 29, 2012

Cerita hari ni...

Bila kita semakin jauh menjadi hamba wang ringgit, kita semakin terlupa siapa diri kita yang sebenarnya. Sampaikan kita sanggup merendahkan dan memperlecehkan orang lain, sedangkan sebelum ni orang tu la yang bersusah-payah menolong kita. Kita dok kecoh kata orang tak reti bersyukur dan kita dok kecoh suruh dia berterima kasih dengan apa yang kita dah bagi pada dia. Tapi pernah ke kita terfikir untuk melakukan perkara yang sama?

Kita dok sebok annouce kat orang luar yang kita nih tak kejam, tahu menjaga kepentingan dan kebajikan orang di bawah kita. Tapi adakah dengan memaksa orang pergi dengan kata lain menghalau (walaupun dengan bagi duit sejemput sebagai bekalan) kita boleh menganggap diri kita sangat baik, bagus dan berperikemanusiaan?

Janganlah jadi kacang lupakan kulit.
Janganlah jadi manusia yang terlupa tentang tinggi rendahnya langit.
Dan janganlah juga terlupa akan daratan bila sudah seronok naik cruise mewah kat tengah lautan.

Kalaupun orang yang kita aniaya itu tidak membalas ataupun mendoakan yang buruk2 kepada kita, tapi Tuhan tu kan tahu segala-galanya.

Semoga Allah merahmati kita semua. Amin...

Tuesday, November 20, 2012

Palestine-Israel-us

Israel is attacking Palestine. And lots of people are saying that they want to boycott McDonald and other Israel products. But the funny part is they are still keep updating their Facebook every minutes they have. Well, I'm really sure they know who created and own the Facebook. So I think, instead of boycott all these things, it's better if we started to boycott anything that embedded by Israel inside our mind. Erm... can we do that?

Wednesday, November 7, 2012

Thank you..

To whom it may concern, I really appreciate and thankful for whatever you did to bring me down. You make me realise the true colour of you. And it also train me to become tougher and better person. Eventhough you will never admit your fault, but it is okay because I still forgive you. And please forgive me because maybe it is my fault that makes you do whatever you just did.
Thank You.

Thursday, November 1, 2012

cuti!

welcome to november! hehehe...
november ni saya kebizian. bnyk tol mende pending yg nak kena siapkan. saya terpikir gak nak bercuti. tapi schedule saya pack giler. saya free ahad je. tu pun kdg2 ahad pun kena keje. so, nak tak nak kena la bersbr. erm... memandangkan thn ni agak susah saya nak bercuti, mungkin saya terpaksa tukar plan bercuti pd ujung jan dpn. tp tu pun saya risau gak. kot clash ngan keje. adehh.. susah tol nak bercuti ni! :(

Friday, October 26, 2012

Slmt hari raya aidil adha

Double three is just around the corner. Well, I don't really care about it as to me it is just number that shows how long i have been living in this world. But the most important thing is how am I going to appreciate my life n make every single of my days become meaningful to me.

And today is aidil adha. So, hepi hari raya. Hopefully we can learn something from this special day. Amin... :)

Tuesday, October 23, 2012

Lagi saya mengomel :)

Kita tak mungkin dpt mengubah org. Itu amat mustahil. Kita cuma boleh ubh diri kita. Tp istimewanya kita mungkin boleh mempengaruhi org utk melakukan sesuatu. Tp bukan semua org ada kebolehan mcm tu. Dan saya mungkin antara org yg x ditakdirkan utk ada kebolehan tu. Sbb itu saya kena pikir - apa yg patut saya buat utk berdepan dgn org2 yg sdg merancang kejatuhan saya.
Saya slalu gak tertanya2, apa yg saya dah buat smpi org nak buat mcm tu kat saya. Klu ada yg x puas hati dgn saya, kan lagi baik berterus terang? Tp x apalah. Selagi saya boleh berthn, saya akan terus berthn. Mungkin org berkenaan ter'aniaya' saya. Dlm kata lain dia x berniat macm tu pun. So x apa lah.Saya maapkan dia. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Amin.. :)

Tuesday, October 16, 2012

kenal dulu

kdg2 sblum beli buku...
- ada org suka baca sinopsis dulu
- ada org suka tanya pendapat org lain dulu.
- ada org suka belek isi dlm dulu
- ada org suka tgk nama penulisnya dulu
TAPI ada jugak org yg main beli je - cinta pandang pertama

sama la jugak keadaannya kita sblum memilih utk berbaik ngan seseorg.
- kita baca dulu tingkah laku dia
- kita tanya pendapat org lain
- kita belek hati budi dia
- kita tgk apa status dia
TAPI ada jugak kdg2 kita berbaik dgn dia tanpa sbb apa2.

cuma kita kena ingat. tak kenal maka x cinta. jd jgn mudah buat penilaian tanpa cuba mendekatinya sbb takut penilaian kita slh.

wallahu a'lam...

Saturday, October 13, 2012

mumbling..

There are a lot of things that I need to do. But currently I'm not in mood to do all those things. I'm lying in my bed, staring at the spinning fan with empty stomach and my mind starts to think - why I am so lazy nowadays? Well, I need to stay focus so that I can achieve my golden dream next year. But how? Erm... And now before I can start anything, my eyes become watery and now I'm very sleepy. Erm...can I sleep now?

anyway... hepi besday to my dearest... :)

Tuesday, October 9, 2012

Alloo...

Dah lama dah saya tak update blog saya rupanya. hehehe... Erm.. tak apalah. Lagipun saya bukannya ada cerita menarik yang dikongsikan. Dan lagi penting saya bukan saper2 sampaikan orang mesti diberi tahu tentang cerita terbaru saya.

Lately nih banyak gak mender yang berlaku dalam hidup saya yang bikin aku maigraine selalu. Tapi tak apalah. Macam yang saya selalu cakap ngan member. Hidup nih kena selalu positif. Walaupun air mata tu dah nak bergenang kat kelopak mata, bibir kena senyum. Kalau nak sengih pun ok gak. Gelak pun bagus. Sebab itulah yang menjadi penawar hati selain daripada berdoa, berserah diri dan bertawakal kepada Allah.

Tapi member saya tu selalu gak cakap kat saya. Dia kata saya lain, dia lain. Masalah kitorang tak sama. Dia tak kuat. Sata lak kuat (kononnya la.. hahhaha..). Sebenarnya dalam hidup ni, memang tak akan ada orang yang masalahnya sebijik sama ngan masalah orang lain. Kalau sama pun mungkin sipi2. Dan penyelesaiannya pun tetap berbeza2. Pokok pangkalnya ialah sejauh mana kita menerima dugaan tu dan macam mana kita berhadapan serta menyelesaikannya. Yang paling penting ialah bersabar dan kita kena ingat bahawa setiap dugaan yang datang itu adalah daripada Allah tanda dia sayang pada kita. Mana tahu dengan sikit pahala daripada kesabaran itu dapat cover balik sikit dosa yang kita buat sebelum ini. Dan daripada dugaan tu gak kita boleh belajar banyak benda termasuk menjadi lebih matang, lebih menginsafi diri dan lebih menghargai.

Dan saya juga berharap sesuatu yang terbaik dalam hidup saya. Saya berharap aku dapat bertahan sehingga tahun depan. Dan semoga Allah menganugerahkan saya kehidupan yang lebih baik pada masa depan. Amin.. :)

Friday, August 17, 2012

Tetiba teringat kengkawan lama...

Pertemuan dan perpisahan adalah suatu yang biasa. Tak ada yang aneh pun. Cuma kadang-kadang terasa sedih pulak bila mengingatkan kenalan yang amat rapat, tapi terputus hubungan atas sebab yang memang susah nak dielakkan. Selalunya bila nak raya nih la ingatan macam tu datang bertandang. Dan pada masa itu jugaklah tangan saya mula menggatal menaip nama2 diorang - kalau tak dekat google, saya buat kat facebook. Tapi cam biasa la... gagal. :(

Azham Ujang - best friend saya masa tengah belajar kat IPT. Ssya panggil dia Azam. Dia banyak kasi saya moral support especially masa saya tengah kronik giler 'dipulaukan' orang. Dia jugak banyak ajar saya macam2 perkara. Ajar says supaya lebih tough dan lebih bersabar. Kitorang sangat rapat sampai ada orang salah tafsir hubungan kitorang. Disebabkan salah tafsiran tu la kitorang lost contact. Saya ingat lagi, dulu saya selalu cakap. Azam kawan saya yang paling baik. Tapi dia jugakla kawan yang paling hampeh. Hahaha...

Dan Shark pulak - sahabat  merangkap abang angkat saya. Sangat baik ngan saya. Dia menjadi pendengar setia saya. Tapi menghilang tak lama lepas saya bagi tau saya nak kawin. Saya cuba gak cari dia. Tapi hilang terus. Satu perkara yang saya tak pernah lupa bila saya tendang shark kat puduraya. Hahaha.. Terkejut beruk mamat tu sebab dia tak sangka saya akan buat camtu kat dia. Tu la... cabar saya lagi. Kan dah kena. Hehehe..

Saya sebenarnya tak tau naper hampir semua kawan2 baik saya yang lelaki kebanyakan hilang macam tu jer. Tapi alhamdulillah kawan2 baik saya yang pompuan masih lagi keep in touch ngan saya. Tak kisahlah kat mana kawan2 baik saya berada, sama ada masih keep in touch ngan saya atau tak... saya doakan korang semua hepi selalu. Saya doakan jugak semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi. Insya-Allah... Aminn...

Salam Aidilfitri 1433H

Macam biasa, masa berlalu dengan cepat. Tak lama lagi kita dah nak raya. Jadik kat sini saya nak ucapkan kepada semua - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. Saya minta maap di atas segala kesilapan saya sama ada sengaja dan tidak sengaja, besar mahupun kecil. Jikalau saya ada terambil, termakan atau terminum hak anda semua atau termungkiri janji, mohon dihalalkan.

Saya juga doakan semoga Allah memberikan rahmat dan kebahagiaan kepada kita semua sepanjang menyambut Syawal. Semoga Aidilfitri kali ini memberikan sejuta kebahagiaan dan kegembiraan bersama rasa syukur kita kepada-Nya  Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat. InsyaAllah. Aminn... :)

Friday, July 20, 2012

Maaf

Yang dah berlalu biarlah berlalu. Betul. Saya setuju tentang tu. Tapi ada masanya untuk melupakan kenangan lalu bukan mudah, apalagi kalau ia memberikan kesan yang amat mendalam dalam hidup seseorang.
Saya bukan pendendam. Kalau saya orang yang begitu, sudah macam2 saya buat pada orang2 yang tak habis2 menyusahkan hidup says. Saya juga bukanlah orang yang lokek sangat memberi kemaafan kepada orang kalau orang tu meminta maap daripada saya. Tapi untuk seorang ‘manusia’ ini, hati saya amat berbelah bahagi. Saya tau sebagai orang Islam, kita patut memaafkan orang yang memohon maaf daripada kita walau sebesar mana pun salah yang dibuat. Jadi saya tau secara seharusnya, saya memang patut maapkan dia. Erm... tapi entahlah. Sekarang kalau disuruh melafazkan – ya, saya maafkan kamu – kepada dia, insya allah ssya boleh melakukannya. Tapi hati saya sangat tidak ikhlas (buat masa ini).
Ringan sahaja saya nak cakap dengan dia – kalau betul kamu ikhlas mintak maap, boleh tak kamu kembalikan balik keadaan kepada asal? Boleh tak kamu perbetulkan semuanya? Boleh tak kamu jangan menyusahkan idup saya lagi? Erm... tapi saya dapat merasakan dia takkan melakukannya dan besar kemungkinan dia memang tak mampu atau tak mahu melakukannya. Sebab dia adalah dia.
Kepada dia, tolonglah pergi jauh daripada saya. Saya tak mahu lagi dengar apa2 daripada kamu. Saya pun tak nak tahu apa2 pun pasal kamu. Sebab kamu betul2 membuat saya sangat2 menderita. Plss... I’m begging you. Pls stay out of my life!

Slmt berpuasa!

Alhamdulillah... ramadan dtg lg. Selamat menjalani ibadah puasa kpd semua. Semoga segala ibadah kita khususnya pada bulan ini diterima-Nya. Dan semoga hidup kita lbh ceria dan diberkati. Aminnn..

Friday, July 13, 2012

Rindu...

Tiba2 jer aku rasa rindu...
Aku ingat lagi masa aku masuk ke kawasan hijau buat kali pertama aku rasa sebak. Tapi tak sesebak kali kedua aku masuk ke kawasan tu. Kali pertama leherku panjang, cuba meninjau2 di manakah makamnya. Amat susah aku nak gambarkan macam mana perasaan aku bila aku melangkah ke kawasan hijau - syurga-Nya.
Kali kedua, aku cuma beberapa kaki dari makamnya. Memang aku berasa sangat seronok sebab dapat peluang kali kedua. Tapi aku sebak dan aku sedih. Apa yang berlaku di kawasan hijau tu amat mengecewakan aku. Kebanyakan yang datang ke situ berebut2 nak melepaskan rindu. Solat rakaat demi rakaat. Tapi sayangnya ramai juga yang bertolak-tolakan, berpijak-pijakan, mencium tiang dan dinding.
Aku rindu untuk ke sana lagi. Sangat rindu. Bila aku tengok kubah hijau tu, aku terus teringatkan dia. Ya Allah, aku betul2 rindu...

Tuesday, July 3, 2012

Hari ni Allah menduga lagi...

Lately nih banyak benda yang berlaku betul2 menduga saya. Kadang2 saya rasa macam nak jatuh tersembam jer. Tap8 saya cuba gak bertahan. Takkan saya nak biarkan orang nampak saya terjatuh? Walau seberat mana pun dugaan yang mendatang, saya yakin tentu ada hikmah di sebaliknya. Dan saya  yakin Allah hanya akan menduga umatnya berdasarkan kemampuannya. Bukan ke Allah Maha Adil? Allah takkan bersikap kejam pada hamba-Nya.

Ya Allah... Saya mohon pada-Mu. Dugalah sata hanya berdasarkan kemampuanku. Berilah saya ketabahan dan kekuatan agar aku dapat meneruskan kehidupan ini tanpa terpesong dari landasan-Mu. Ya Allah... Saya reda dengan ketentuan dan takdir Mu. Dan saya yakin dengan rahmat dan bantuan dari-Mu. Peliharalah saya dan orang di sekelilingku. Aminnn...

Friday, June 15, 2012

Tak sabarnya....

Lately nih saya sangat2 letih. Banyak tol mender nak kena buat dan kena setelkan. Naik poneng kepala den nih hah! Tapi takper la. Insya Allah start next month, saya dah leh lega skit. Dah leh beristirahat dengan jayanya... tido, tengok tv, tengok movie... hahahaa... (Punyer banyak aktiviti lain kat dalam dunia nih, aktiviti tu gak yang jadik pilihan says. ish2...) Apa2 pun semoga segala urusan saya dipermudahkan Allah. Aminn... :)

Monday, June 11, 2012

speechless..

Speechless... That’s the only word I can say after I found out the real thing is not really as sweet as I thought. Well, it’s ok. I’m sure I will get use with it soon. Yupp... hopefully , insya allah. :)
**still trying to be positive**

Tuesday, May 15, 2012

Boring dah nih!

La ni kadang2 nak bercakap ngan member pun susah. Almaklum ler... dah nak pilihan raya nih. Tambah2 pulak penangan bersih pun masih lom habis lagi. Cakap skit jer, terus lencong ke parti politik. Naik rimas tol saya. Tu blom sebut lagi apa yang dok terpampang kat FB.  Adehh... serius! Saya memang boring dan menyampah tahap gaban dah ni!
Saya sebenarnya tak kisah pon bab sokong menyokong. Nak sokong saper pun sokong la. Tapi jangan la sampai obses sangat. Dah macam si polan yang disokong tu baik bebenor rupanya, cam takde salah dan takde kekurangan langsung. Lepas tu mencari pulak salah dah silap orang yang tak disokong (dalam kata lain pihak yang sangat2 tidak disukai). Ish2... Mana leh cenggitu wehh... Tak adil namanya tu.
Dan lagi satu, bagi saya tak yah la kita jadikkan FB tu medan untuk share mender2 yang kita tak pasti betul ke tidak. Kang tak fasal2 kita tersebarkan fitnah. Ermm... kalau terjadik gitu camana ek?? Ish2... Tak tau nak kata apa dah. :(

Monday, April 30, 2012

bersihnya citer..

Saya tau ada contact saya dlm fb sokong bersih, obses ngan bersih. Sbb tu bila saya kata bersih 'bongok', ada yg tembak saya kat wall diorg. Hahaha... Saya x kisah. Sgt2 x kisah! Suka hati la diorg. (sama konsep ngan suka hati la saya). Klu korg nak maki @ mengata saya pun, saya x pedulik. ikut korang la.

Mmg sejak awl lg saya dah tak setuju bersih buat kat dtaran merdeka. Byk buruk dr baik. Dan bila saya bantah jer, terus org label saya pro gomen. Bila saya ckp lbh skit jer, trus org kata - saya tak tau apa2 sbb kononnya saya baca mainstream newspaper je. Senang tol buat andaian. Tp dia mungkin lupa satu benda. Saya x fanatik kat saper2. Saya pun x sokong mana2 parti pun. Jadi secara logiknya, org yg mcm saya ni la lg senang nampak 'kenyataan' dan susah untuk diperkotak-katikkan, x mcm org yg obses ngan satu2 pihak.

Kat sini saya bukan nak ckp saya betul. yang saya nak ckp ialah, pikir2 la dulu sebelum bertindak. Ikut akal bukan ikut emosi dan amarah. itu saj. TQ :-)

Friday, April 27, 2012

Kenapa, kenapa dan kenapa?

Aku sedih sgt. Naper org kita masih nak sokong org yg dah terang2 nak jatuhkan Islam? Kenapa kita masih nak ikut org yg perjuangkan supaya melayu boleh murtad? Kenapa kita masih nak biarkan diri kita terpengaruh pada org yg cuba nak halalkan gay dan lesbian? Knp kita tak nampak apa agenda sebenar di sebalik semua ni? Kita terlalu emosi. Kita terlalu mudah diprovoke. Kita terlalu mudah dipengaruhi. Setiap sesuatu maslh ada penyelesaiannya. Knp kita tak gunakan saluran yg sepatutnya?

Sunday, April 22, 2012

Cer pikir2kan... ;-)

Kita ni mudah tol terikut ngan org. Dpt plak klu kita mmg taksub ngan org tu ataupun kita mmg dioffer reward utk mengikut.

Kesian kat kita org Melayu... Kita mudah atau mungkin cpt terlupa sejarah. Sdgkan sejarah bnyk kali tunjuk kat kita padah tak berpikir panjang menggunakan akal yg tuhan kasi.

Kita lupa atau mungkin tak sdr yg ada org nak pergunakan kita utk kepentingan peribadi. Dan kita juga ada kemungkinan mls nak pikir apa akibat tindakan kita hari ni utk masa dpn kita dan anak cucu kita. Kita jugak malas atau barangkali tak terdidik utk memikirkan semua tu sbb ia kononnya remeh dan tak perlu.

Jd kpd adik2 mahupun kwn2 yg nak sokong pemansuhan ptptn dan berkampung kat dataran tu, pikir2 la balik ek... :-)

Saturday, April 14, 2012

Aktiviti pagi Sabtu :)

La ni kat tempat servis keta. Appointment kol 9.50am. Tapi aku dtg 7 min kemudian. Terlambat skit. Diorg x ckp apa2. meaning ok la tu... (gamaknya). Hehehe...

Perut lapar ni. Takde idea nak mkn apa. Erm... jap lg boleh dipikirkan. :D

Ehh, korang dah tengok citer hunger games? Interesting movie! Citer tu nampak mcm xde kaitan ngan kita. Tapi kalau kita teliti btol2, itulah real life kita. Kita sanggup berbunuhan semata2 nak slmtkan diri sendiri. Tapi kita lupa... klu kita bersatu, kita leh menang without harming or killing anyone. Tapi masalahnya leh ke kita bersatu? Benda skit pun kita nak gaduh.. Kalau bab politik x yah ckp la.. tol tak? :)

Thursday, April 12, 2012

It's up to u...

If we know something, it doesn't mean we know the whole things about it. Furthermore, the things we know may not as true and accurate as we thought. The things we believe might be true in our own perception and observation, but it may not so true on the other hand.

We can believe whatever we want. It's our right. But remember one thing... creating imagination based on little things we know is not a really good thing to do. Because it will lead us to defamation. :)

Wednesday, April 11, 2012

Aku yg bz!

24 hours just not enough for me. I need more! But is it possible? Hahaha.. Bestnya klu ada extra hours. But still cukup ke? Doubt it! :p Hehehe... Tapi seriously aku mmg bz giler. Byk mender nak kena setel ni. Byk gak mender nak kena pikir. Waduh! No wonder why that migraine keep atacking me. Hahaha...

Monday, March 26, 2012

Silingnya bocor!

Takde mende aku nak membebel kat sini sebenarnya walaupun kalau ikutkan hati, banyak mender aku nak membebel. Tapi tu ler... bila dipikirkan bukan semua mender aku boleh membebel kat sini, maka aku amik keputusan untuk membebel sorang2 tanpa didengari oleh sesiapa. Amacam? Bagus tak keputusan yang aku amik??? Hahahah.... cam poyo pun ada... :P
Esok sedara aku nak datang tido umah aku. Tapi aku terpaksa kata jangan datang. Adehh... Bila dipikirkan balik, aku tak sampai hati nak buat camtu. Tapi nak buat camana... Siling umah aku leaking teruk. Kadang2 bila imagination melampau aku datang, mula la aku membayang kan citer hantu (korea kot) yang siling umahnya berair2 sebab antu punyer keje.  Hahaha... cam scary jer.. Tapi siling umah aku leaking teruk bukan sebab mender2 mistik ni. Aku pun tak tau pesal. Dah diinform ngan orang rumah atas. Tapi tu la... Jawapannya sempoi jer.. “sabar, tengah investigate lagi,” Sampai bila nak investigate, tau tau la aku. Yang aku tau, satu lampu ngan kipas siling kat hall tak leh nak switch on sebab kena ngan leaking tu. Tinggal satu jer lagi lampu leh pakai. Itu pun kalau leaking merebak sampai ke lampu yang lagi satu, nampaknya terpaksa ler aku bercahayakan lampu lilin. Kesian kat aku. Tapi aku nak buat camana lagi??
Ermm... Lepas nih nak kena cari baldi lagi. Nak tadah air :(

Thursday, March 8, 2012

TQ cikgu! :)

Aku ingat lagi masa aku dah dekat2 nak SPM dulu, aku submit esei kat cikgu BM. Kononnya esei aku tu bagus la sangat. Perasan tol aku masa tu. Sebijik cam syok sendiri. Hahaha...
Bila aku gi amik buku esei tu kat cikgu dalam bilik guru, selamba jer dia campak buku aku. Mujur la dia campak atas meja gak. Kalau atas lantai, mau meraung aku tujuh hari tujuh malam. Hehehe... Lepas tu dia sound aku kow2. Tapi kata2 ‘best’  dia yang paling aku ingat sampai sekarang, “Karangan awak macam budak sekolah rendah!” Tersentap aku. Tapi bagus gak dia sound aku camtu. Kalau tak, sampai bila2 aku akan terus jadik syok sendiri. Terima kasih cikgu. I luv u! :D

Tolong jangan banyak komplen, leh?

Sepanjang aku jadik wartawan mahupun dalam pekerjaan sekarang, bagi aku kualiti karya amat penting. Sebab ia akan bawak nama kita sebagai penulis mahupun editor selama2nya selagi tulisan tu tak hilang atau terpadam daripada artikel atau buku yang dicetak. Tapi walaupun aku cakap macam tu, tak bermakna aku hendak bagi tau semua orang yang apa yang aku hasilkan selama nih amat berkualiti. Betul, tak semua karya aku  begitu berkualiti. Tapi aku cuba untuk memastikan ia berkualiti. Bagi aku itu lebih baik daripada menghasilkan sesuatu karya sambil lewa. Biar lambat siap. Jangan bila cepat siap, tapi hasil macam hampeh!
Bila nak menjadik seorang pengkarya yang baik dan hebat, jangan sombong dan jangan angkuh. Mungkin kita sudah berpengalaman bertahun2 sebagai penulis, mungkin kita pernah menjadi seorang guru atau pensyarah bahasa bertahun2 sebelum nih... tapi semuanya tu tak guna kalau kita dah set kat kepala yang kita nih terlalu hebat. Kononnya takde saper yang layak menegur atau merejek karya kita, apalagi  si penegur atau perejek itu adalah ‘budak-budak’. Kalaulah kita nih masuk kategori orang yang cenggitu, sedarlah yang kita sebenarnya sangat bodoh, tak cerdik, tak profesional dan ego yang sangat tak bertempat. Kalaulah kita di kalangan orang yang macam tu, tak yah la cuba2 nak hasilkan karya lagi, sebab karya tu nanti tak mustahil boleh jadi serupa sampah.
Dalam hidup nih, proses belajar sentiasa berterusan. Tak kisah la apa pun position kita, takat mana level pendidikan kita dan berapapun umur kita. Jadik bagi orang yang nak hasilkan karya, cubalah buat betul2. Bila manuskrip tu  dikomen editor, janganlah banyak sangat komplen dan argument. Nanti tak pasal2 menampakkan kebodohan dan ketidakmatangan kita. Setiap komen tu mesti bersandarkan sebab tertentu. Bukannya editor sesuka hati nak mengomen. Orang yang tulis karya pun kena ingat, kalau karya yang dihasilkan itu bagus, berkualiti dan direprint banyak kali, yang kayanya korang juga. Editor cuma dapat gaji yang sama tiap bulan.
Apa2pun... maap kalau terlebih kata..



Wednesday, February 29, 2012

Apa2 jer...

Setelah agak lama, hari nih aku dengar balik ada orang cakap kat aku, “Ko pelik.” Aku pun tanya la, “Apa yang peliknya?” Dia pun jawablah ala-ala serba salah. Takut aku tersentap kot. “Nth... Tak tau nak explain. Tapi bukan la pelik cam alien. Ko jangan salah anggap lak,” katanya lagi buat aku terus tergelak.  Aku pun dengan selamba cakap la ngan dia, “Kalau tak reti nak cakap, cer tulih.” Hahahaha... Jahat tol aku nih :P
Aku sebenarnya tak kisah pun apa orang nak kata. Katalah apa yang korang nak kata. Yang penting aku bahagia. Hehehe...
Lagipun pelik tu menjadi aku nih unik kan, kann, kannn??? Hahahaha.... i likee!!

Wednesday, February 15, 2012

Free trip

Aku ada banyak keje nak buat. Tapi takper la. Kasi aku rehat kejap setelah berhempas pulas menyiapkan story untuk kawan aku. Bukan mengelat ek. Tapi tarik nafas.. hehehe...
Kejap tadi anak bos datang kat area meja aku. Aku dengar dio dok borak2 ngan staff lain pasal trip ke Bali yang opis nak sponsor. Aku diam jer. Mana idaknya, walaupun aku dah dekat 10 tahun bekerja ngan company nih, tapi aku tetap dikatakan tidak layak untuk join trip tu sebabnya aku dengan anak syarikat nih baru beberapa bulan. So, mendiamkan diri adalah lebih baik. Idak ler aku jeles. Cuma takde sebab aku nak komen apa2  ngan diorang. Baguslah untuk diorang. Lagipun aku bukannya tak pernah gi Bali.
So, masa diorang syok2 bersembang, adalah sorang nih tegur aku. Dia tanya aku pegi tak? Aku sajer buat terpinga2 macam aku tak tau apa yang diorang sembang. Hahhaa.... berlakon kejap. :D Lepas tu anak bos cakap kat orang tu yang aku tak boleh pegi sebab tak layak. Tapi lepas tu dia tukar balik ayat. Dia kata aku boleh pegi, tapi kena sponsor sendiri – RM1500. Hahaha... Thanks but no thanks. Daripada aku kluar duit banyak tu semata2 nak pegi tempat yang aku dah pegi, baiklah aku kluar duit banyak tu gi negara lain. Err... tapi kat mana ek? Erm... takper. Lain kali leh pikir. Hehehe..

Friday, February 3, 2012

Citer pasal landlord ngan tenant..

Macam2 manusia nih. Kalau bab duit, akal panjang jer nak menipu. Kadang2 aku rasa cam kesian jer ngan orang2 yang menyewakan umah kat manusia yang ‘hampeh’ nih. Salah seorang mangsanya adalah kakak aku sendiri.
Tadi aku dengar fly FM. Ada sorang pompuan nih mintak tolong mamat DJ nih talipon tenant sebab tenant tu dah tak bayar tiga bulan, langsung tak jawab call. Kalau jawab call pun, bagi macam2 alasan supaya dia  boleh letak talipon. So, bila mamat DJ nih call, si tenant pun jawab la sebab tak sangka yang dia kena bercakap ngan owner. So, owner ngan tenant bertengkar kat stesen radio. Cam kelakar lak. Hehehe...
Berbalik kepada owner ngan tenant tu tadi, tenant tu bagi macam2 alasan. Mula2 dia kata dia dah gunakan monthly rental tu untuk repair kerosakan toilet kat dalam umah. Lepas tu bila owner ngan DJ tanya ada bukti tak macam resit ke gambar ke... dia kata takde. Lepas tu bila owner pertikaikan takkan repair semua tu kosnya RM3ribu. Si tenant kata ye. Cam mengarut jer. Lepas tu DJ katalah, apa2 pun yang bersalah ialah tenant sebab dia tak bayar dan dia takde bukti apa2 nak support dia. Last2 si tenant kata, dia takkan bayar rental tu sampai tuan umah betulkan kerosakan kat toilet. Hahaha... Nampak sangat dia memang mengelat. Dia tak repair apa2 pun dan pada masa yang sama tak bayar sewa.
Pening... peninggg....

Tuesday, January 31, 2012

Alhamdulillah... :)

Alhamdulillah... Akhirnya Tuhan makbulkan juga permintaan aku. Syukur sangat2. :)
So, start bulan 3, insya Allah kehidupan aku akan berubah. Tak tau la camana agaknya aku nanti. Tapi konpem aku akan bz memanjang. Tak dapek la aku nak melepak2, bersenang-lenang ataupun membuang masa macam sekarang. Tapi takper... Semoga pengorbanan aku kali ini akan membuahkan hasil. Dan semoga aku dapat upgrade kehidupan aku supaya menjadi lebih baik kelak. Aminnn...

Tiba2 jer rindu ngan itm... Heheh...

Thursday, January 26, 2012

Sorii... aku dah rejek! heheh...

Lama dah aku tak taip kat sini. Hahaha... Malasnya akuuu... :)

La ni aku tengah pening kepala membaca a few manuskrip nih. Geram dan rasa nak marah pun ada. Orang2 yang tulih cerita nih, tau menaip dan buat ayat. Tapi naper la tak reti nak buat citer tu berdasarkan logik akal? Kan ker Tuhan dah kasi akal. Jadik, tiap kali nak buat citer tu, gunalah akal yang Tuhan bagi tu. Takkan la nak mengharapkan editor buku tolong pikirkan pasal logik ke tak citer yang dibuat. Ermm.. Kalau bab langgar tatabahasa, aku leh terima lagi. Tapi kalau bab citer tak logik dan caca marba... mintak maap la. Memang nak kena rejek jer ngan aku. Nih pun aku baru jer rejek satu citer mengarut. Erm... Cam kejam lak aku nih ekkk.. Hehehe...

Kepada saper2 yang nak buat manuskrip novel ke dan seumpamanya... baguslah. Aku sokong jer. Tapi hasilkanlah karya yang bermutu ek. Jangan hasilkan 'sampah'. :)

Tuesday, January 3, 2012

Tahun baru sudaa...

Tiga hari melepasi tahun baru. :)

Hari nih aku betol2 bz - terkejar2 ngan deadline. Dah lama giler aku tak rasa suasana macam nih. Tapi elok la tu. Sekurang2nya bergerak la jugak minda dan badan aku nih. Idak ler statik jer. Hehehe... Pagi tadi aku dah submit satu advertorial. Petang nih lak aku kena submit satu lagi story. Insya Allah aku leh buat punyer. Cam tak biasa jer kan... Hahaha... Poyo tol aku nih! :P

Esok aku kena plan untuk interview orang lain lak. Dah janji ngan editor sorang nih nak kasi lagi dua advertorial tengah bulan nih. Tiba2 jer aku rasa macam dah jadik wartawan balik. Hehehe... Tapi banyak lagi mender lain aku nak kena setelkan. Manuskrip lom setel edit lagi nih. Projek wacana nih pun kena kasi jalan gak. Adesss.. Januari nih betul2 banyak keje. Tapi tak per. Bila banyak keje, barulah lebih berkat gaji aku tiap2 bulan ek tak? :D

Okeh la. Perut dah lapar. Nak gi tapau jap. Adios dan selamat tahun baru!
:)