Dan apabila sekali kita membuat pilihan, secara automatik juga kita kena bertanggungjawab atas setiap kesannya. Sama ada baik atau buruk, kita tetap kena terima. Sejauh mana kita cuba lari atau mengelak, ia tetap akan datang pada kita. Jadi, usah menyesal! Kalau ia sesuatu baik, maka bersyukur dan beringatlah. Tapi kalau sebaliknya, belajarlah supaya ia tak akan diulangi lagi. Kalau masih berulang, bermakna kita masih belum cukup belajar dan menginsafi diri. Atau barangkali juga Tuhan sengaja mahu terus menduga.
Macam yang aku sebut tadi, Tuhan memberikan kuasa untuk kita membuat pilihan. Kita boleh memilih untuk membiarkan diri sendiri mengawal dan menguasai diri, ataupun membiarkan orang lain mengawal dan menguasai diri kita. Maksudnya, kita boleh menggunakan akal fikiran, ilmu dan iman yang ada untuk menilai sejauh mana apa yang kita dengar, lihat dan baca itu betul, boleh dipercayai mahupun boleh diterima pakai. Jangan biarkan diri kita dengan mudah mengikut sahaja kata2 orang hanya kerana kita percaya, sayang dan taksub akan dia. Nanti diri kita tidak ubah seperti patung bertali yang mana setiap gerak geri dan tindakan kita dikawal oleh si pemegang tali. Bukankah itu suatu yang menyedihkan?
No comments:
Post a Comment