Baru2 nih ada seorang hamba Allah kata aku gila. Sedangkan sepatutnya aku yang kata dia gila - gila sebab tanpa ada sebab munasabah dia menceritakan hal aku kepada orang lain. Sebelum nih dulu aku pernah bagi tau dia bahawa perkara itu aku memang sengaja hendak aku diamkan dulu. Belum tiba masanya untuk aku menceritakan. Dan jugak belum perlu untuk aku bercerita. Ini bermakna secara tak langsung aku telah mengamanahkan dia untuk tidak berkata apa2 tentang hal tersebut kepada sesiapa sahaja. Tapi sayangnya, dalam diam2 dia membuka citer.
Mungkin sekarang nih hamba Allah itu sedang membaca apa yang aku tulis. Dia nak marah aku tulis di sini? Biarlah... Sekurang2nya aku tidak menghebahkan nama atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan dirinya. Orang lain tak kenal siapa dia. Jadi takde timbul isu aku memalukan dia. Yang kenal dia cuma aku dan dirinya sendiri. Tapi aku terkilan. Hamba Allah nih macam 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. Mengata orang lain ego. Tapi diri pun sama ego. Kalau sudah salah, mengaku salah. Mengapa pula hendak cari salah orang? Bagus sangatkah berperangai begitu?
Banyak mender berlaku dalam hidup aku. Aku tidak kata semuanya salah orang. Memang banyak juga berpunca daripada salah aku. Aku tersilap kerana salah percaya dan salah menilai orang. Itulah kesilapan paling besar yang aku dah buat menyebabkan hidup aku jadik haru biru. Aku mintak tolong pada salah orang. Aku jugak bercerita pada salah orang. Aku cuba bersandar pada salah tempat. Memang aku ada bercerita. Tapi cerita itu bukan untuk dijaja, disensasikan atau dimanipulatekan. Ia hanya untuk si pendengar sahaja yang kononnya dapat membantu aku. Tapi sayangnya apabila orang2 itu tidak pegang amanah, maka jadilah aku sebagai mangsa keadaan. Terima kasih kepada mereka semua sebab memberikan pengajaran kepada aku supaya jangan lagi percaya kat orang! Dan juga sebab mengingatkan aku bahawa terlalu banyak talipon karat kat luar sana!
Kadang2 terlintas jugak kat kepala otak aku... Lebih baik aku jatuh tersungkur dan terluka kerana cuba menolong diri sendiri seorang diri daripada aku cedera teruk gara2 mengharapkan pertolongan daripada orang2 yang tak amanah (yang mungkin tanpa mereka sengaja atau berniat telah membuatkan keadaan aku makin parah). Erm... Tapi boleh ker aku berpikir begitu??
Kepada aku dan jugak saper2 sajer... kalau dah orang bagi amanah tu, pegang elok2. Kalau tak nak tolong atau pikul, cakap terus terang. Jangan hanya cakap nak tolong, tapi lepas dengar citer, terus buat 'jualan langsung' secara FOC...
No comments:
Post a Comment