Hidup ini sebenarnya indah. Namun, banyak benar dugaannya. Kalau diikutkan, rasa macam dah tak mampu je. Letih sangat2. Rasa macam dah hilang daya. Tapi aku yakin aku di pihak yang benar. Dan aku yakin Allah akan berpihak kepada aku. Biarlah apa pun orang tu nak buat, biar apa pun dia nak aniaya kami, aku takkan mengalah. Aku akan lawan sampai ke titisan darah terakhir, sampai aku betul2 dah tak leh nak buat apa2.
Cuma aku kesal. Kenapa dalam usia yang terlalu muda dia sudah sanggup membiarkan dirinya menjadi hamba setan? Kenapa dalam zaman yang sudah moden ini dia mahu bermain sihir? Tidak takutkah dia pada Tuhan? Kalaupun aku tewas, adakah dia fikir dia akan menang? Adakah dia fikir dia akan bahagia? Percayalah... Aku tak akan sebodoh dia hendak membalas apa yang dia buat. Cuma aku sentiasa berdoa kepada Allah... berilah balasan kepadanya setimpal dengan apa yang dia dah buat kat kami. Hidup dia tak akan aman sebab doa orang teraniaya insya-allah dimakbulkan Tuhan.
Bagi saper2 antara kita yang terlibat dengan semua tu, bertaubatlah. Mensyirikkan Allah adalah satu dosa benar. Meruntuhkan kebahagiaan orang juga suatu yang berdosa. Kalau orang yang kita aniaya tak ampunkan kita, sampai akhirat kita akan terus terbeban dengannya. Lagipun hidup ini ibarat roda. Kalaupun hari ini di atas, esok lusa kita akan dibawah. Jadi, sudah2la tu. Kalaupun teringin sangat hendakkan sesuatu, gunakanlah cara baik supaya kita menjadi orang yang bermaruah. Bukan sebagai manusia murahan yang tidak ada harga diri. Dan kalaupun sakit hati dengan orang, kenapa perlunya kita mencipta dosa sendiri?
No comments:
Post a Comment