Pages

Tuesday, March 16, 2010

Si Polan...

Beberapa bulan sebelum ini, aku betul2 excited. Banyak mender yang menarik perhatian aku. Dan banyak mender jugak yang aku nak buat. Pendek kata memang aku seronok dan enjoy. Tapi itu dulu. Sekarang bila aku dah mula rasa ada campur tangan satu pihak (yang tidak sepatutnya), aku rasa macam tak best. Aku rasa tak bebas. Dan kadang2 aku rasa macam hampeh! Sampaikan sampai satu tahap, aku rasa nak berenti.

Bila setiap kali nama si polan disebut, aku rasa hangin ya amat. Bila setiap kali ada citer pasal dia, aku tau dah tentu itu citer yang tak best. Kalau diikutkan, mau ajer aku nak berterus terang ngan dia. Teringin jer aku nak suruh dia 'pi main jauh2'. Tapi takat manalah aku boleh bersuara bila suara aku sendiri tenggelam dek sesuatu yang amat sukar aku nak kalahkan. Memang sepatutnya aku puji dia sebab dia pandai amik peluang. Tapi hati aku berkeras kata yang dia tak layak dipuji. Sebab bagi aku, orang yang patut dipuji bukan hanya pandai amik peluang, tetapi juga tau menilai sama ada peluang itu wajar diamik atau tidak. Jangan kerana dek ketamakan dan kerakusan, kita sanggup menyusah dan menjatuhkan orang. Jangan kerana sedikit kelebihan yang Allah berikan, kita terlupa di mana kedudukan kita.

Apabila tiba masanya nanti, Insya Allah aku akan terus terang dengan dia. Kalau pun dia tak nak berubah, terserah.... Yang penting aku tak nak terus menerus bercakap belakang. Sebab aku tau cakap belakang tidak akan mengubah apa2.

No comments: