Pages

Friday, November 14, 2014

Salam hujung tahun :)

Pejam celik, pejam celik... rupa-rupanya dah hampir ke hujung tahun. Cuma hujung tahun pada tahun ni, terasa ada bezanya sedikit dengan tahun lepas.

Pada masa ini pada tahun lepas, saya seperti orang 'gila' - makan tidak tentu, tidur pun seumpama macam tak tidur. Hari-hari macam nak pecah kepala memikirkan tesis. Tak sabar nak tunggu siap. Alhamdulillah, dalam keadaan yang serabut dan bercelaru si dia masih setia di sisi saya.

Di penghujung tahun ini, saya masih lagi berhadapan dengan tesis. Cuma dalam versi yang berbeza, dengan cabaran yang lebih berganda. Dan berbeza dengan penghujung tahun lalu yang kesibukan saya cuma pada tesis, hujung tahun kali ini saya perlu berdepan dengan komitmen yang lebih berat.

Semoga segalanya dipermudahkan. Amin..

Salam hujung tahun buat semua.

Friday, May 2, 2014

Salam Mei

Dah lama tak update blog ni. Makin lama makin tak ada idea dan malas. Tak tau nak tulis apa. Mungkin gak sebab umur yang dah makin meningkat. mungkin gak sebab memang dah takde apa nak dikongsikan. Entahlah... Banyak sangat mungkinnya.

Dari sehari ke sehari akan berlaku perubahan dalam hidup kita sama ada kita sedar atau tak.  Suatu masa dulu kita cuma anak kecil yang tak tau apa-apa. Kemudian kita menjadi lebih dewasa dan matang. Dan secara beransur-ansur cara kita melihat dan menilai manusia serta kehidupan juga menjadi tidak sama - kadang-kadang lebih positif dan kadang-kadang sebaliknya. Sudah tentu diri kita yang menentukannya.

Dalam melewati perubahan yang berlaku saban waktu, jangan yakin kita berada di zon selamat. Jangan juga yakin yang kita cukup hebat sehingga kita berhak membuat apa jua andaian pada orang lain. Berdoalah semoga kita bahagia dan dipelihara selalu. Berdoalah juga semoga orang lain pun begitu.  :)

Saturday, February 22, 2014

Tamat dah.. :D

Alhamdulillah berakhir juga akhirnya selepas dua tahun dok layan tensen, stress dan pening kepala. La ni dok pikir langkah yang seterusnya. Terpikir gak nak sambung. Tapi masih konpius nak buat mender yang mana satu. Tapi belum pon decide apa2, dah dapat warning lak. Hahah... potong stim btol tukang bagi warning tu. :D
Apa-apapun, tetap mendoakan semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua. Amin... :)

Saturday, January 25, 2014

Welcome to February...

Lagi seminggu nak masuk Februari. Cepatnya masa berlalu. Tak sabar pulak rasanya. Macam-macam perasaan ada. Teruja, berdebar-debar, gementar... tak tau nak cerita macam mana. Apa-apa pun dah tentu saya mengharapkan sesuatu yang baik dan menyeronokkan walaupun mungkin tidak terlalu sempurna. Semoga ia menjadi permulaan terbaik dalam hidup saya. Amin...  :)