Aku tengok ramai orang yang menggunakan blog sebagai tempat bercerita dan meluahkan perasaan (termasuk juga aku kadang2). Dan aku tengok juga ada yang terlalu tidak bertapis sampaikan boleh menyinggung hati dan perasaan orang. Kadang2 secara tak sengaja juga boleh menyebabkan orang lain membuat silap tafsiran.
Memang betul, menulis blog tak seperti kita menulis dalam majalah atau suratkhabar. Tak ada editor yang akan tolong cek apa yang kita tulis. Tak ada gatekeeper untuk mengatakan bahawa sesuatu itu boleh dipublishkan ataupun tidak. Semuanya bergantung kepada yang empunya blog. Ini bermakna penulis dan pemilik blog bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang ada kat blog tersebut. Tapi adakah korang rasa camtu?
Apabila kita menulis tentang seseorang (lebih2 lagi kalau jelas siapa orang itu) dan pada masa yang sama ia berkaitan sesuatu yang tidak baik, adalah lebih baik kita berhati2 sebab kita ada harapan akan disaman. Kita kena ingat, nilai saman bukannya sekupang dua. Sekarang nih orang suka menyaman sampai beratus atau berjuta ribu. Paling koman pun mungkin ribu atau puluh ribu. Dengan duit saman tu jer, ada orang boleh jadik orang kaya dengan cepat. Kalau orang tu jenis yang materialistik, dah tentu dia suka. Tapi, masalahnya kalau kita yang kena saman, mampu ke kita bayar?
Kalau korang amik gambar saper2 yang korang jumpa kat internet, lepas tu sesuka hati letak kat blog korang, tu pun leh kena saman gak. Apalagi kalau dah terang2 ada copyright. Kalau gambar tu orang negara luar yang punyer, mungkin tuan empunya tak perasan ada orang lain pakai gambar dia tanpa kebenaran. Tapi, kalau orang tu pun orang Malaysia camana?
Apa yang aku perasan, kita selalu menulis (blog) tanpa berfikir. Dan kita publishkan hasil tulisan kita tu pun tanpa berfikir. Bagi aku, itu bahaya. Aku ingat lagi sorang pompuan telah kena berenti kerja gara2 statement dalam blognya. Kalau korang perasan, ada juga penulis blog yang sekarang tak ubah macam pelarian gara2 tulisannya jugak. Jadik, nasihat aku pada korang dan diri aku jugak - berhati2lah... :)
2 comments:
Makcik, nak gambar masjid yg real size tak?
takper arr.. dah print pon.. hehehe... :)
Post a Comment