Pages

Monday, August 25, 2008

Hari boring plus malas sedunia..

hari nih ass. bos aku cuti. so, apa lagi! inilah masa yang sesuai untuk aku mencilok pc dia. hahahahh!!! (poyo jer lebih... D)

malasnya aku nak buat keje hari nih. mana taknyer... asyik mende yang sama gak aku buat. boring! boring!!! takde keje lain yang lagi best ke boleh aku buat?? dah la tu, pc pulak lembab nak mampuss! nih yang menambahkan keboringan dan kemalasan aku nihhh! erm... syoknyer kalau dapat tukar keje. tapi bila la agaknyer ekk..

jumaat nih patutnya aku kena gi outstation kat kuantan. tapi aku malas la nak pegi. lagipun aku dah plan nak balik ipoh. at least dapat gak aku meluangkan masa dan berpuasa ngan kakak aku. yer la... bulan depan dia dah nak fly gi london. raya nanti pon konfem dia tak raya sekali ngan kitorang. erm... last week aku dah cakap ngan bos aku. so far macam takde masalah jer. tapi tak tau la nanti camana.

ish.. best gak kalau amik cuti jumaat nih, kan? leh gak beristirehat. maklum ler.. malam tu mesti jalan kat highway jem.. alahh... lupa lak! jumaat pagi aku kena gi ikea la pulak. erm... takper arr.. try amik half day jer la.

esok ada assignment kat sunway lagoon lak. adusss!! malasnyer....

hisshh... memanjang jer malas! apa nak jadik nihh?? ahaksss...

Friday, August 22, 2008

Syok sendiri ekkk...

beberapa hari lepas, muka aku ada kluar kat sinar selangor. besau tuh!! glamor tol aku. byline pun letak nama aku. iyer la.. dah story tu pun aku yang nulih. hehehe... tapi aku tak simpanpun paper tu. malas aku nak gi beli kat kedai buku opis aku. lagipun muka aku memang dah selalu kluar kat majalah aku. so, setakat sinar harian, apa ada hal??? hahahaha!!! nak berlagak jap. hehehe...

hari ni aku bercuti. sajer amik 'cuti malas'. letih arr... asyik mengetuk story jer. naik kematu dah jari-jemari aku nih hah. alahh!!! nama jer cuti satu hari. tapi dari kol 9 sampai kol 11 tadi aku menaip story. nth apa2 jer aku nih. lunch pon lom lagi. hampeh tol!! mujur ada roti kelmarin. leh gak buat masuk mulut. malam esok aku kena gi gala nite kat kompleks kraf jalan conlay. kena buat story. ehhh.... lupa lak. ida, ko ada tak malam tu nanti?? adesss... iyer2 jer aku tanya. macam ler ida nak menjawab kat sini! poyo tol aku nih...

aiseh... dah kol 12. 57 nih. aku janji nak amik kak rusni kol 1! apa la aku nih. mandi pun lom lagi...

erm... out dulu arr.. nak gi siap2. lepas tu lunch ngan kak rusni. aku nak pow dia sebab dia dah lulus lesen p semalam. alahhh... lulus pun sebab markah kesian.... tol tak akak??? hehehhh... jangan marah arrr kak rusni. :)

adiosssssssssssss.......

Friday, August 1, 2008

Citer di batu pahat

sekarang nih aku tengah dok sorang2 kat coffee house hotel garden, batu pahat. bebudak opis aku yang lain semuanya kat dalam bilik. dah tido kot. aku pun tak sure.

aku gerak dari opis tadi kol 10.30 pagi. tapi kitorang singgah jap kat kilang sbb nak gi amik majalah. lama kat dalam keta, naik lenguh badan aku. sampai jer hotel, aku lepak2, gosip2. lepas tu gi sri medan (kalau tak silap aku) - area batu pahat gak. kitorang gi makan sate. sedap gak. member aku cakap soto pun sedap. orang yang bawak kitorang cakap tempat tu glamor. sultan johor pun turun gi makan kat situ. tapi, bila aku rasa memang sedap pun. dagingnya lembut jer. aku rasa cam nak order jer lagi. tak puas makan.tapi perut lak dah kenyang. orang tu kata esok nak bawak kitorang makan nasi beriyani yang sedap kat area sini.

tadi aku lepak jap ngan member aku kat bp walk (ala2 macam bintang walk. heheh...) ramai giler orang kat situ. kitoarang gi dah lewat. so, kedai semua dah tutup. yang bukak pun cuma kedai makan.

batu pahat nih kecik jer. aku rasa lebih kurang cam ipoh kot. tapi aku ngeri la tengok orang sini bawak keta. sebijik cam gangster. budak2 pun lebih kurang camtu gak. bayangkan ler... selamba jer budak sekolah rendah bawak basikal tengah2 jalan besar (kat double line). tak sayang nyawa tol. ish... aku memang tak berani arr drive kat sini. ngeri sungguh!

erm... ok la. aku nak gi naik atas dulu. nak tido. esok kena keje lak. lagipun aku takut la sorang2 kat sini. so, adiosss...