Pejam celik, pejam celik... sedar tak sedar tak lama lagi umur aku akan berganjak kepada satu lagi angka. Dan dalam pada masa yang sama dugaan dan pengalaman juga semakin banyak yang aku alami dan timba.
Ada kawan kata, dia nampak aku semakin matang. Entah... Yang aku rasa sekarang nih lebih kepada serabut dan bercelaru. Erm... Tak kisahlah apa pun. Anggapan orang tak penting. Yang penting adalah tanggapan dan penerimaan aku sendiri. Dan itu pun tak payah aku sebut sebab ia dah tentu tak penting dan takde kaitan langsung dengan orang lain. :)
Cuma aku masih rasa ralat yang amat sangat. Mungkin juga aku rasa tersinggung dengan pihak2 tertentu yang aku rasa bias dan tidak ubah seperti talam dua muka. Dan mungkin juga kepada pihak2 yang sekadar berbibir manis, tetapi dalam diam2 menabur racun. Aku amat benci orang macam tu!
Baru2 nih berlaku argument antara aku dengan seseorang yang selayaknya aku hormati. Dengan nada yang angkuh dia seolah2 mahu aku telan bulat2 apa yang dilakukan seseorang terhadap aku, menerima apa sahaja yang berlaku hanya dengan redha dan pasrah, menyuruh aku menyelesaikan masalah (yang sepatutnya dia sendiri boleh menyelesaikannya sendiri) serta dengan mudah meletakkan kesalahan atas bahu aku seorang.
Erm... Manusia memang mudah bercakap. Manusia juga cukup mudah untuk menyalahkan orang. Dan manusia senang sekali cuba memperbetulkan orang, sedangkan diri sendiri yang harus diperbetulkan dulu.
Maaf... Aku memang bukan seorang tukang angguk yang bagus ataupun untuk mengiyakan sesuatu secara 'plastik'. Jadi bila mana aku dilihat membantah, itu tanda aku betul2 tak setuju. Bukan hidup aku langsung tidak berpura2. Tapi aku tak pandai berpura. Dan aku juga tak pandai hendak menahan diri bila mana ada orang menuduh aku sewenang2nya.
Selagi mana kata-kata dan perbuatan orang tidak menyusah dan menyentuh hidup aku ataupun keluarga aku, aku tidak berminat untuk amik kisah. Tapi bila itu yang berlaku, maaf. Aku tidak mampu untuk berdiam diri.
No comments:
Post a Comment