Pages

Friday, July 20, 2012

Maaf

Yang dah berlalu biarlah berlalu. Betul. Saya setuju tentang tu. Tapi ada masanya untuk melupakan kenangan lalu bukan mudah, apalagi kalau ia memberikan kesan yang amat mendalam dalam hidup seseorang.
Saya bukan pendendam. Kalau saya orang yang begitu, sudah macam2 saya buat pada orang2 yang tak habis2 menyusahkan hidup says. Saya juga bukanlah orang yang lokek sangat memberi kemaafan kepada orang kalau orang tu meminta maap daripada saya. Tapi untuk seorang ‘manusia’ ini, hati saya amat berbelah bahagi. Saya tau sebagai orang Islam, kita patut memaafkan orang yang memohon maaf daripada kita walau sebesar mana pun salah yang dibuat. Jadi saya tau secara seharusnya, saya memang patut maapkan dia. Erm... tapi entahlah. Sekarang kalau disuruh melafazkan – ya, saya maafkan kamu – kepada dia, insya allah ssya boleh melakukannya. Tapi hati saya sangat tidak ikhlas (buat masa ini).
Ringan sahaja saya nak cakap dengan dia – kalau betul kamu ikhlas mintak maap, boleh tak kamu kembalikan balik keadaan kepada asal? Boleh tak kamu perbetulkan semuanya? Boleh tak kamu jangan menyusahkan idup saya lagi? Erm... tapi saya dapat merasakan dia takkan melakukannya dan besar kemungkinan dia memang tak mampu atau tak mahu melakukannya. Sebab dia adalah dia.
Kepada dia, tolonglah pergi jauh daripada saya. Saya tak mahu lagi dengar apa2 daripada kamu. Saya pun tak nak tahu apa2 pun pasal kamu. Sebab kamu betul2 membuat saya sangat2 menderita. Plss... I’m begging you. Pls stay out of my life!

Slmt berpuasa!

Alhamdulillah... ramadan dtg lg. Selamat menjalani ibadah puasa kpd semua. Semoga segala ibadah kita khususnya pada bulan ini diterima-Nya. Dan semoga hidup kita lbh ceria dan diberkati. Aminnn..

Friday, July 13, 2012

Rindu...

Tiba2 jer aku rasa rindu...
Aku ingat lagi masa aku masuk ke kawasan hijau buat kali pertama aku rasa sebak. Tapi tak sesebak kali kedua aku masuk ke kawasan tu. Kali pertama leherku panjang, cuba meninjau2 di manakah makamnya. Amat susah aku nak gambarkan macam mana perasaan aku bila aku melangkah ke kawasan hijau - syurga-Nya.
Kali kedua, aku cuma beberapa kaki dari makamnya. Memang aku berasa sangat seronok sebab dapat peluang kali kedua. Tapi aku sebak dan aku sedih. Apa yang berlaku di kawasan hijau tu amat mengecewakan aku. Kebanyakan yang datang ke situ berebut2 nak melepaskan rindu. Solat rakaat demi rakaat. Tapi sayangnya ramai juga yang bertolak-tolakan, berpijak-pijakan, mencium tiang dan dinding.
Aku rindu untuk ke sana lagi. Sangat rindu. Bila aku tengok kubah hijau tu, aku terus teringatkan dia. Ya Allah, aku betul2 rindu...

Tuesday, July 3, 2012

Hari ni Allah menduga lagi...

Lately nih banyak benda yang berlaku betul2 menduga saya. Kadang2 saya rasa macam nak jatuh tersembam jer. Tap8 saya cuba gak bertahan. Takkan saya nak biarkan orang nampak saya terjatuh? Walau seberat mana pun dugaan yang mendatang, saya yakin tentu ada hikmah di sebaliknya. Dan saya  yakin Allah hanya akan menduga umatnya berdasarkan kemampuannya. Bukan ke Allah Maha Adil? Allah takkan bersikap kejam pada hamba-Nya.

Ya Allah... Saya mohon pada-Mu. Dugalah sata hanya berdasarkan kemampuanku. Berilah saya ketabahan dan kekuatan agar aku dapat meneruskan kehidupan ini tanpa terpesong dari landasan-Mu. Ya Allah... Saya reda dengan ketentuan dan takdir Mu. Dan saya yakin dengan rahmat dan bantuan dari-Mu. Peliharalah saya dan orang di sekelilingku. Aminnn...