Pages

Wednesday, June 29, 2011

Ngomel pagi

Kalau orang dah tak suka, buat camana pun tak akan suka. Buatlah pertolongan banyak mana sekali pun, bukan senang dia nak ingat. Dalam 50 kebaikan yang kita buat kat dia, maybe satu dua jer yang dia ingat. Tu pun kalau dia ingat. Silap2 haribulan, dia tak ingat langsung. Yang paling senang dia ingat, benda2 tak comel yang aku buat. Hahaha... Bunyi cam tak berbaloi jer buat baik ngan orang macam tu. Tapi takper la... Yang penting buat baik kerana Allah. So, kena kasi iklas lebih sikit kat hati tu ek.. hehehe..

~pesanan penaja untuk diri aku sendiri :) ~

Monday, June 20, 2011

Aku mengomel...Hehehe..

Agak meluat gak aku sebenarnya. Takde sebab dia nak letakkan salah kat aku, tapi aku kena gak. Lebih baik sebelum bagi ‘tazkirah’ kat orang, tengok diri dulu. Bukan kata diri aku betul. Yup! Memang ada salah tang part aku. Tapi orang lain pun sama gak. Termasuk diri orang yang bagi tazkirah tu sendiri. Aku dah malas nak amik kisah. Mana2 jer la. Yang aku nak bagi tau kat sini, aku dah muak, jemu, boring dan bla.. blaa... Itu sahaja yang aku nak mengomel. Sekian terima kasih...  :)

Tuesday, June 14, 2011

Sharing pagi2.. :)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawaduk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya.” (Sahih Muslim)

Daripada Anas bin Malik r.a daripada Rasulullah SAW dalam doanya yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa penakut dan kikir, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan.” (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, maksudnya: “Wasiatkan kepadaku.” Sabda baginda: “Jangan marah.” Kemudian beliau berulang kali bertanya. Sabda baginda: “Jangan marah.” (Sahih Bukhari)

Abu Sa’id Al Khudri r.a. mengatakan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh solat sesudah solat Subuh sehingga matahari telah meninggi, dan tidak boleh solat sesudah solat Asar sehingga matahari telah sempurna terbenam.” (Sahih Bukhari)