
Dulu tok buat dangau kecik kat dusun durian dekat ngan umah dia. Dia buat bukan setakat untuk jadi tempat dia menunggu durian, tapi jugak tempat kitorang bermain pada waktu siang. Mula2 dangau tu dia buat betul2 kat dalam dusun. Tapi lepas tu dia pindah kat tepi jalan nak masuk ke rumah dia. Mungkin tujuan dia adalah untuk menyenangkan dia, opah ataupun mak bapak kami memantau kami yang suka main kat situ. Sebenarnya dah banyak kali tok pindahkan dangau tu. Tapi dangau yang terakhir memang betul2 kat tepi jalan. Kalau kitorang balik kampung, dah tentu kitorang lalu kat dangau tu dulu sebelum sampai kat laman rumah tok ngan opah. Sekarang kat dusun tu dah takde dangau. Buah durian pun dah makin sikit. Agaknya sebab tok dah takde nak teman pokok2 tu kot. Bila tiba musim durian, kalau tak opah, tok la yang akan bukak buah tu untuk aku. Bestnyer masa tu.
Dulu tok suka buat asam keping sendiri. Dia akan petik buah tu dari pokok. Lepas dah cerai2kan (aku sebenarnya tak berapa ingat cara tok buat), dia akan jemur kat depan umah. Dan aku adalah antara orang yang jadik tukang jaga asam keping tu. Bila tok jemur padi, aku pun jadik tukang jaga gak. Bila nampak ayam datang, terus aku kejar. Kesian ayam tu. Naik mengah dia lari. Hehehe...
Sebut pasal ayam, aku ingat lagi dulu2 tok la tukang sembelih ayam. Pernah sekali dia sembelih ayam, ayam yang dah separuh nyawa tu sempat kejar aku ngan sepupu aku sebelum mati. Apa lagi, lintang-pukang la kitorang lari. Memang kelakar tol masa tu.

Mata tok rabun. Bila ada orang ketipkan kuku dia, dia mesti suruh orang tu ketip sampai ke dalam. Kadang2 dia berkeras nak buat sendiri sampaikan berdarah jari kaki atau tanganya. Tok suka bersembang ngan kitorang. Tapi tok tak suka marah2 atau berleter. Tok baik sangat. Beberapa bulan sebelum meninggal, tok banyak citer pasal zaman dulu2nya dan asal-usulnya.
Tapi sedihnya masa tok meninggal, aku tak tau langsung. Aku tak dapat tengok tok buat kali terakhir. Aku cuma tau seminggu selepas tu. Ralat dan kesal betul aku. Tapi nak buat camana. Benda dah berlalu. Aku harap, arwah tok berbahagia dan cucuri rahmat hendaknya. Amin...
1 comment:
terbuai baca kisah silam ko..huhuhu.....
Post a Comment