Thursday, September 29, 2011
citer pasal pakcik jaga
La ni aku nak citer pasal sorang pakcik jaga kat umah aku. Aku tak pernah sembang ngan pakcik tu. Namanya pun aku tak pernah tau.Tapi aku suka pakcik tu. Sebabnya antara banyak2 jaga kat situ, dia jer yang rajin bagi salam tiap kali ada orang lalu nak touch access kad kat tempat guard tu. Aku selalu gak cuba nak bagi salam dulu kat dia. Tapi memanjang jer dia yang bagi dulu. Mana taknya. Baru jer tingkap aku turun separuh, dah dengar dia bagi salam. Kadang2 rasa cam berebut bagi salam lak ngan pakcik tu. Hahaha... Bagus la pakcik tu. I like! Hehehe...
Wednesday, September 21, 2011
~maap~
Maap… Memang mudah untuk dituturkan sebab perkataan tu pendek jer. Kalau nak taip pun takde hal. Pejam mata leh taip. Paling2 pun makan masa 40 saat. Bagi orang yang dah hafal lagi la cepat.
Masa aku baca paper utusan tadi pun ada sebut fasal maap. Mintak maap tu perkara biasa yang orang selalu sebut. Kita pun selalu cakap, kalau dah buat salah kena mintak maap. Betul! Memang kena mintak maap dan mengaku salah sendiri. Tapi kita jarang sebut maapkanlah orang tu.
Kadang2 bila kawan kita bercerita ada orang tu mintak maap kat dia, kita perangatkan lagi keadaan – “Buat apa nak maapkan orang tu? Dah orang tu buat salah, cari fasal, memalukan dan bla.. bla... blaaa...” Waktu kita cakap camtu, sure kita rasa best jer. Maklumlah... menambah perasa. Hahaha... Tapi bagi orang yang mengapi2kan macam tu, udah2la tu... Takde paedahnya buat camtu! J
Memberi kemaafan kat orang memang susah. Itu memang aku ngaku. Tapi percayalah cakap aku. Takde kesudahannya kalau kita tak mahu nak maapkan orang, lebih2 lagi kalau orang tu dah banyak kali mintak maap ngan kita. Selagi kita tak nak maapkan, selagi tu hati kita tak tenteram. Sakit hati jer memanjang. Jangan kata nak memandang, nak menengok bayang2 dia pun takleh. Panas jer hati. Jadik, kalau dah camtu gayanya, cam mana kita nak idup aman? Leh ke kita hepi camtu?
Kata orang, barang yang berlaku jangan dikenang. Tapi kita amik pengajaran dan muhasabah diri. Tak yah nak simpan dendam. Tak yah nak simpan benci kat orang tu. Sebab bila ada orang buat tak baik kat kita, tentu ada bahagiannya nanti dari Tuhan. Kalau tak dapat kat dunia, insya-allah dapat kat akhirat. Lagipun saper la kita untuk tidak memaafkan orang, sedangkan Allah yang maha agung lagi hebat sebagai pencipta manusia pun Maha Pemaaf.
Jadik, marilah kita sama2 memaafkan agar dosa kita pun ada yang sudi mengampunkan...
Thursday, September 15, 2011
Tanduk kluar sudaa... Hahaha..
Dah berhari2 aku poning. Nih gara2 sorang mamat yang tak mau kluar dari umah kakak aku. Menyusahkan tol la. Report polis dah dibuat dua kali. Tapi leh lagi dia buat bodo. Kang kalau bawak ke court, aku lak yang susah. Nak kena bayar lawyer lagi. Takper2... Kali nih aku nak buat jahat. Kita kasi potong api air umah tu. Hahaha... (tandukku kluar sudaaa...) Aku gelak lagi sekali. Hahahaha.....
Pesanan kepada kengkawan semua... Kalau nak sewakan umah kat orang, kena tengok2 dulu saper orang tu. Jangan main kasi jer. Paling penting buat buat proper agreement ngan tenant. Jangan secara verbal jer atau buat agreement tanpa saksi.
Itu sahaja buat hari ini. Sekian terima kasih... :D
Pesanan kepada kengkawan semua... Kalau nak sewakan umah kat orang, kena tengok2 dulu saper orang tu. Jangan main kasi jer. Paling penting buat buat proper agreement ngan tenant. Jangan secara verbal jer atau buat agreement tanpa saksi.
Itu sahaja buat hari ini. Sekian terima kasih... :D
Friday, September 9, 2011
Mat Indera
Sekarang ini semua orang kalut bercerita tentang Mat Indera. Siapa Mat Indera? Komunis atau nasionalis? Aneh! Orang itu sudah lama mati. Kenapa baru sekarang mahu dipersoalkan lagi siapa dia?
Buat apa kita hendak bertegang leher untuk sesuatu yang sudah lama berlaku? Sebab ia tidak lebih daripada membuang masa dan menyakitkan hati antara kita. Lebih buruk lagi kita akan berpecah belah, tidak bersatu dan akhirnya memberi peluang kepada pihak tertentu untuk menjatuh serta meruntuhkan kita. Adalah amat tidak berbaloi untuk kita membuka ruang kepada kemusnahan kita sendiri. Sebaliknya adalah lebih baik kita saling ambil iktibar daripada sejarah silam berbanding bertelingkah tentang sejarah itu sendiri.
Bagi segelintir orang terutamanya yang berkait dengan mangsa komunis khususnya di Bukit Kepong, membangkitkan isu ini tentulah tidak ubah seperti membuka kembali luka lama – berdarah dan menyakitkan.
Dalam kalangan pejuang negara terdahulu seperti bekas askar dan polis, mengagungkan Mat Indera oleh pihak-pihak tertentu yang kini hidup dalam kemerdekaan hasil pengorbanan mereka sudah pastilah suatu penghinaan. Paling tidak pun tindakan itu sudah cukup kuat untuk mengguris hati mereka yang sanggup menumpahkan darah sendiri demi tanah air suatu masa lalu. Dan bagi sesetengah yang lain pula, ia tidak lebih daripada satu propaganda untuk memenuhi kepentingan peribadi.
Mungkin benar menentukan siapa sebenarnya Mat Indera adalah suatu yang penting. Namun, dalam keadaan rasa cinta rakyat yang kian luntur pada tanah air dan semangat kenegaraan mereka yang tambah pudar, bukankah ada baiknya pihak-pihak tertentu memikirkan cara terbaik untuk menanganinya?
Buat apa kita hendak bertegang leher untuk sesuatu yang sudah lama berlaku? Sebab ia tidak lebih daripada membuang masa dan menyakitkan hati antara kita. Lebih buruk lagi kita akan berpecah belah, tidak bersatu dan akhirnya memberi peluang kepada pihak tertentu untuk menjatuh serta meruntuhkan kita. Adalah amat tidak berbaloi untuk kita membuka ruang kepada kemusnahan kita sendiri. Sebaliknya adalah lebih baik kita saling ambil iktibar daripada sejarah silam berbanding bertelingkah tentang sejarah itu sendiri.
Wednesday, September 7, 2011
sedihnyer...
Aloha... hahaha...
Sajer jer aku nak ngadu domba kat sini. Bosan tol la keje skarang nih. Dok opis diam2. Dah tak leh nak kluar cam dolu2. Nak melawa pon cam takde mood jer. Hahaha.... Sian kat aku. L Tapi takper. Aku tetap lawa... Hahahaha... Jadik poyo lak kejap. :P
Tapi idup aku la nih memang rasa berbeza. Dulu tak yah cari keje. Keje tu datang sendiri kat aku. Tapi la nih aku lak yang terhegeh2 cari keje. Iyer la.. kalau tak, tak pasal2 makan gaji buta. Hehehe.. sian kat aku. Rindunya kat zaman dahulu kala... adehh...
Subscribe to:
Posts (Atom)