Pages

Saturday, January 16, 2010

Panjang tol aku membebel.. Musykil nih!

Siang tadi masa aku buat story tentang cinta siber, terus aku teringat masa zaman muda belia dulu. Nak kata aku ketagih chatting masa tu, tak jugak. Biasanya aku chat masa buat assignment kat CC. Kira macam selingan la. Dengan kata lain menjadi tempat aku melepaskan boring, tension dan blur. Hehehe..

Selalunya aku guna nick yang langsung takde ciri feminin. Tapi bila tiba masa aku dah betul2 tak leh nak buat keje, boring plus blur, konfem aku guna nick pompuan. Masa tu berebut2 la lelaki satu malaya menegur sapa aku. Kalau diikutkan aku sebenarnya tak kisah pun borak ngan lelaki ke pompuan ker. Mana2 pun boleh. Cuma aku rasa layan pompuan bersembang nih kadang2 cam boring skit. Satu yang aku perasan (masa tu) - kebanyakan pompuan bila borak ngan lelaki, ayatnya cukup membosankan. Jiwang karat... cam baik... cam bersopan...pendek kata, diorang nih suka kontrol ayu. Bila dapat tau jer aku pompuan, terus senyap tak nak layan aku sembang dah. Nth apa2 jer. Lelaki pulak lain skit. Ngan sesama lelaki pun diorang leh berborak. Cuma cara borak dan topik yang disembangkan tak sama dengan kalau diorang sembang ngan pompuan (nih pemerhatian aku pada masa tu sahaja). Tapi satu mender yang paling aku tak suka masa berchatting bila pihak lagi satu bertanya - asl. Ish.. Meluat tol aku nak jawab! Cam takde soalan lain! Biasanya kalau orang tanya camtu, aku buat tak tau jer. Padan muka! Hehehe..

Dolu2 aku nih agak nakal skit. Bila chat ngan lelaki, kadang2 aku akan mintak nombor talipon mamat tu. Lepas tu aku akan talipon dan kacau dia. Cam biasa la. Mamat tu konfem ayat aku. Dan aku pun layan la dia. Kasi dia syok skit. Tapi selalunya lepas tu aku dah tak talipon dia dah. Tapi bukan semua nombor yang aku amik tu aku akan talipon.Ikut mood aku gak. Bila aku rasa boring, takde mender nak buat, masa tu la aku start kacau orang. Tapi bukanlah tiap2 hari. Lagipun aku buat mender tu pun sajer suka2. Apa yang mamat2 tu cakap pun bukannya masuk kat kepala aku. Sebab tu diorang ayat aku camana dasat pun, aku tak cair.

Selalunya aku guna public phone. Masa bercakap ngan mamat tu semua, aku pakai nama lain. Lokasi sebenar aku pun aku kelentong. Tak kuasa aku nak jadik orang jujur masa tu. Dulu2 bila ada orang mintak nombor talipon, aku memang tak bagi. Lagi pulak dulu aku memang takde handphone. Tapi kalau dah orang tu mengada2 sangat, nak gak nombor, aku pun bagi la satu nombor nih. Nombor tu sebenarnya bukan untuk bergayut. Tapi just tempat nak tinggalkan masej. So, ramai la mamat yang menalipon nombor tu. Semuanya tensen sebab setiap kali talipon jer, suara operator yang kluar. Sian diorang. Hehehe... Seingat aku, aku pakai handphone masa hujung part 2. Tu pun bersebab. Lepas aku pakai hp, ada gak la aku bagi nombor tu kat orang yang aku chat. Tapi tak semua. Dan aku tak bagi terus masa tu pun. Biasanya bila orang tu memang leh ngam dan boleh dipercayai sebagai kawan, baru la aku kasi number tu. Tu pun leh dibilang ngan jari.

Ada gak budak2 chatting yang aku pernah jumpa. Dan ada gak antaranya yang aku pernah jumpa sekali jer dan lepas tu aku tak hingin nak jumpa dia dah. Biasanya orang2 camni memang takkan tau nama betul dan nombor talipon aku. Tapi ada gak antara mereka yang jadik kawan baik aku. Tapi sayang, lepas sorang2 lost contact ngan aku terutama lepas aku tukar nombor. Ada beberapa orang yang aku masih ingat sampai sekarang. Paling baik ngan aku ialah Azam. Lepas tu Mael. Mael nih pun rapat gak ngan aku. Kadang2 aku rasa cam dia nih abang aku lak. Lepas tu Firdaruddin (ish.. betulker ejaan aku nih?). Dia pun baik gak ngan aku. Sangat baik... Ada gak beberapa nama lain. Tapi aku tak berapa nak ingat dah. Lama sangat... Semuanya tu masa zaman aku tengah study. Habih study, aku dah tak rajin nak berchatting kat internet. Kalau chat pun, aku dah tak rajin nak jumpa2 semua. Aku malas dan tak berminat!

Dalam tahun 2005 atau 2006 kot (tak sure), aku selalu masuk alamak. Masa tu aku tak rajin pun chat. Aku masuk situ setakat nak ilangkan bosan - baca sembang mengarut (selalunya kelakar) bebudak kat situ, kemudian aku gelak sorang2. Letih gelak, aku sambung balik buat keje. Tapi ada gak sesekali aku menyebok kat situ. Sekadar nak ilangkan bosan. Tapi walaupun aku jarang bersembang kat situ, aku ada geng aku sendiri kat situ. Dulu aku pernah gak melepak ngan diorang gi minum ngan jalan2. Masa tu memang best. Tapi lepas aku dah dapat memo daripada opis pasal alamak, aku dah stop. Hubungan aku ngan bebudak tu pun renggang. Kemudian aku masuk TDC lak. Yang nih memang aku tak aktif. Hehehe...

Kadang2 bila aku nengok berita pasal citer budak pompuan kena rogol atau kena tipu ngan kawan internet, aku rasa cam sedih pulak. Naper leh jadik camtu? Sedangkan dulu pun aku pernah gak buat camtu. Erm.. Nih cuma pendapat peribadi aku jer la.... Budak2 zaman sekarang nih walaupun dah ramai yang bijak dari segi IQ, tapi dia lemah dari segi lain. Sebab dia pikir dia pandai, jadik apa yang dia buat semuanya dipikirkan betul. Dia tak pikir panjang dan tak cuba belajar macam mana nak menilai ataupun nak meletakkan kepercayaan pada seseorang. Diorang nampak matang, tapi sebenarnya masih kebudak2an. Bagi yang kurang kasih sayang keluarga pulak, bila disogok dengan ayat2 lentok oleh lelaki, dia mula mudah lentok. Siannya aku ngan diorang.

Erm... panjangnya aku membebel malam nih. Err... Kalau ada yang tiba2 terasa hati, aku mintak maap ek. Okeh la. Masuk tido dulu. Gud nite bebeh... Hehehe...

No comments: