Pages

Wednesday, February 24, 2010

Putih atau kuning?

Baru2 nih masa gi umah member kat Nilai, kitorang ada citer pasal bab kawin. Dan dia tanya kat aku - aku pilih cincin emas putih atau emas kuning? Kalau korang, apa pilihan korang? :)

Dulu masa kawan aku kawin, dia pilih cincin emas kuning. Aku tanya kenapa? Jawabnya mudah ajer. Kalau emas kuning, sentiasa laku. Bila2 masa leh jual balik. Tapi kalau emas putih tak.

Bila dia jawab camtu, aku diam jer. Malas nak balas balik. Tapi dalam kepala otak aku nih dah tentu la bercakap jugak. Aku tahu jawapan itu logik. Cuma aku agak kurang paham. Kenapa jawapan itu yang dijadikan alasan?

Kalau korang pun memberikan jawapan ataupun alasan yang sama, meh sini aku nak tanya. Apa sebenarnya tujuan cincin kawin @ tunang dibeli? Adakah kerana ia hendak dijadikan sebagai perlaburan jangka panjang (untuk dijual semula) ataupun ia sebenarnya menjadi simbol ikatan, hadiah, kasih sayang dan penghargaan buat korang? Apa pun jawapannya, terserah kat korang.

Cuma bagi aku, tak sepatutnya timbul isu sama ada ia boleh dijual semula atau tak. (Ini tak kisahlah emas jenis apa sekalipun). Sebabnya cincin risik, tunang mahupun nikah adalah hadiah dan pemberian daripada orang yang cukup istimewa dalam hidup kita. Ia adalah tanda kasih sayang dan penerimaannya kepada kita. Jadi, ia tak harus dijual. Dan kalaulah belum apa2 kita dah pikir tentang 'jual', adakah itu tanda kita betul2 sayang dan menghargai pasangan kita? Atau adakah kita ingin menunjukkan bahawa nilai cincin itu sama seperti nilai cinta kita yang boleh dijual beli? Adakah tergamak untuk kita menjual sesuatu yang menjadi petanda bahawa dia telah memilih kita? Erm... Entahlah... Tepuk dada, tanyalah selera... :)

No comments: