
Kadang2 orang tertentu sengaja mereka2 peraturan atau prosedur yang tak perlu. Kononnya memudahkan keadaan, lebih tersusun, lebih berdisiplin, lebih bagus dan bla... bla... Tapi betul ke itu matlamatnya yang sebenar? Kalau itulah tujuannya peraturan dan prosedur dibuat, ia sepatutnya tidak akan menyusahkan orang, lebih praktikal, lebih sistematik. Dan pada masa yang sama, orang terbabit kena bersedia menerima teguran dan berani melakukan perubahan selagi matlamat tersebut tidak berjaya dicapai. Tapi, kalau ini semua tidak berlaku, baru ditegur sedikit sudah melenting seolah2 dialah bagus dalam serba-serbi, itu tandanya syok dan perasan sendiri. Boleh jadi, dia juga mewujudkan peraturan dan prosedur itu kerana ada agenda yang tersirat ataupun sengaja mahu meraih populariti.
Aku juga musykil dengan beberapa golongan yang 'lurus bendul' yang kononnya tidak berani mengubah hanya kerana itu atas arahan bos. Bukankah bos itu juga manusia? Kalau kita berjumpa dia dan memberikan sebab kenapa kita mencadangkan sesuatu itu diubah, tentu dia akan menerimanya jika ia relevan. Kalau dia menolak, itu tak mengapa. Sekurang2nya kita dah meluahkan pendapat kita. Tapi kalau kita cuma berdiam diri dan mengikut, erm... entahlah... aku tak nampak di mana letaknya tahap kepuasan kita bekerja. Dalam melakukan sesuatu, kita harus membebaskan diri daripada hanya berada dalam satu skop atau ruang kecil kepada yang lebih luas supaya kita lebih kreatif. Dan bagi orang yang menerima idea, cubalah lihat dengan fikiran yang lebih terbuka. Bukalah luas2 empati diri anda...
No comments:
Post a Comment