Friday, January 29, 2010
Lepak :)
okeh la... dah lewat nih. Nak gi tido. Adios :)
Wednesday, January 27, 2010
Cuti ~ letih!
Tapi alhamdulillah, aku sempat setelkan beberapa perkara. Kurang skit beban kat kepala otak aku nih.
Erm... Ngantuk arr... Gud nite :)
Friday, January 22, 2010
Cikguku... :)
Tadi cikgu sekolah rendah call aku. Terkejut tol aku. Tak sangka dia ingat lagi kat aku. Bayangkanlah.. Masa dia ajar aku, waktu itu umur aku baru 11, 12 tahun. Sekarang nih umur aku dah pun 30. Uishh... Memang terharu tol aku. Mana taknya, cikgu yang mengajar aku masa sekolah menengah pun dah lupa kat aku. Add aku kat facebook pun tak sudi. Tapi takper. Yang penting aku masih diingati orang, lebih2 lagi orang tu adalah cikgu yang memang baik ngan aku, ngajar aku sampai aku betul2 paham, tak anggap aku nih bodoh dan menyusahkan dan dia memang betul2 seorang cikgu. Tak macam beberapa orang cikgu lain yang nama jer cikgu tapi tak serupa cikgu! Uikss.... cam berpusing2 lak ayat aku nih!! Hahahaha....
Okeh... Nak blah dulu. Banyak mender nak buat lepas nih. Adioss... :D
Tuesday, January 19, 2010
Horoskop
Siang tadi sorang kawan aku menyuruh aku baca horoskop. Dengan horoskop dia kata kita boleh mengenal orang. Dan kita jugak boleh tau sejauh mana keserasian kita dengan seseorang. Korang percaya?
Sejak zaman budak sampai la sekarang, aku tak pernah percaya horoskop. Dulu masa sekolah aku suka gak baca. Tapi bukan aku percaya pun. Sajer suka2. Sebenarnya kawan aku tu bukan orang yang pertama. Ada lagi beberapa orang kawan aku yang lain mencadangkan aku perkara yang sama - baca horoskop! Entahlah... Banyak sebab sebenarnya aku tak berapa nak layan horoskop. Dan kadang2 aku rasa horoskop mengarut. Tapi bagi orang yang percaya ngan horoskop dah tentu tak setuju ngan pendapat aku.
Mengenali dan memahami personaliti seseorang memang suatu perkara yang patut dibuat. Tapi menggunakan horoskop sebenarnya tak begitu tepat. Dan kalau terlalu percaya sangat dengan horoskop pun tak elok juga. Cubalah korang nilai betul2 - sejauh mana horoskop korang sama ngan korang? :)
Saturday, January 16, 2010
Panjang tol aku membebel.. Musykil nih!
Selalunya aku guna nick yang langsung takde ciri feminin. Tapi bila tiba masa aku dah betul2 tak leh nak buat keje, boring plus blur, konfem aku guna nick pompuan. Masa tu berebut2 la lelaki satu malaya menegur sapa aku. Kalau diikutkan aku sebenarnya tak kisah pun borak ngan lelaki ke pompuan ker. Mana2 pun boleh. Cuma aku rasa layan pompuan bersembang nih kadang2 cam boring skit. Satu yang aku perasan (masa tu) - kebanyakan pompuan bila borak ngan lelaki, ayatnya cukup membosankan. Jiwang karat... cam baik... cam bersopan...pendek kata, diorang nih suka kontrol ayu. Bila dapat tau jer aku pompuan, terus senyap tak nak layan aku sembang dah. Nth apa2 jer. Lelaki pulak lain skit. Ngan sesama lelaki pun diorang leh berborak. Cuma cara borak dan topik yang disembangkan tak sama dengan kalau diorang sembang ngan pompuan (nih pemerhatian aku pada masa tu sahaja). Tapi satu mender yang paling aku tak suka masa berchatting bila pihak lagi satu bertanya - asl. Ish.. Meluat tol aku nak jawab! Cam takde soalan lain! Biasanya kalau orang tanya camtu, aku buat tak tau jer. Padan muka! Hehehe..
Dolu2 aku nih agak nakal skit. Bila chat ngan lelaki, kadang2 aku akan mintak nombor talipon mamat tu. Lepas tu aku akan talipon dan kacau dia. Cam biasa la. Mamat tu konfem ayat aku. Dan aku pun layan la dia. Kasi dia syok skit. Tapi selalunya lepas tu aku dah tak talipon dia dah. Tapi bukan semua nombor yang aku amik tu aku akan talipon.Ikut mood aku gak. Bila aku rasa boring, takde mender nak buat, masa tu la aku start kacau orang. Tapi bukanlah tiap2 hari. Lagipun aku buat mender tu pun sajer suka2. Apa yang mamat2 tu cakap pun bukannya masuk kat kepala aku. Sebab tu diorang ayat aku camana dasat pun, aku tak cair.
Selalunya aku guna public phone. Masa bercakap ngan mamat tu semua, aku pakai nama lain. Lokasi sebenar aku pun aku kelentong. Tak kuasa aku nak jadik orang jujur masa tu. Dulu2 bila ada orang mintak nombor talipon, aku memang tak bagi. Lagi pulak dulu aku memang takde handphone. Tapi kalau dah orang tu mengada2 sangat, nak gak nombor, aku pun bagi la satu nombor nih. Nombor tu sebenarnya bukan untuk bergayut. Tapi just tempat nak tinggalkan masej. So, ramai la mamat yang menalipon nombor tu. Semuanya tensen sebab setiap kali talipon jer, suara operator yang kluar. Sian diorang. Hehehe... Seingat aku, aku pakai handphone masa hujung part 2. Tu pun bersebab. Lepas aku pakai hp, ada gak la aku bagi nombor tu kat orang yang aku chat. Tapi tak semua. Dan aku tak bagi terus masa tu pun. Biasanya bila orang tu memang leh ngam dan boleh dipercayai sebagai kawan, baru la aku kasi number tu. Tu pun leh dibilang ngan jari.
Ada gak budak2 chatting yang aku pernah jumpa. Dan ada gak antaranya yang aku pernah jumpa sekali jer dan lepas tu aku tak hingin nak jumpa dia dah. Biasanya orang2 camni memang takkan tau nama betul dan nombor talipon aku. Tapi ada gak antara mereka yang jadik kawan baik aku. Tapi sayang, lepas sorang2 lost contact ngan aku terutama lepas aku tukar nombor. Ada beberapa orang yang aku masih ingat sampai sekarang. Paling baik ngan aku ialah Azam. Lepas tu Mael. Mael nih pun rapat gak ngan aku. Kadang2 aku rasa cam dia nih abang aku lak. Lepas tu Firdaruddin (ish.. betulker ejaan aku nih?). Dia pun baik gak ngan aku. Sangat baik... Ada gak beberapa nama lain. Tapi aku tak berapa nak ingat dah. Lama sangat... Semuanya tu masa zaman aku tengah study. Habih study, aku dah tak rajin nak berchatting kat internet. Kalau chat pun, aku dah tak rajin nak jumpa2 semua. Aku malas dan tak berminat!
Dalam tahun 2005 atau 2006 kot (tak sure), aku selalu masuk alamak. Masa tu aku tak rajin pun chat. Aku masuk situ setakat nak ilangkan bosan - baca sembang mengarut (selalunya kelakar) bebudak kat situ, kemudian aku gelak sorang2. Letih gelak, aku sambung balik buat keje. Tapi ada gak sesekali aku menyebok kat situ. Sekadar nak ilangkan bosan. Tapi walaupun aku jarang bersembang kat situ, aku ada geng aku sendiri kat situ. Dulu aku pernah gak melepak ngan diorang gi minum ngan jalan2. Masa tu memang best. Tapi lepas aku dah dapat memo daripada opis pasal alamak, aku dah stop. Hubungan aku ngan bebudak tu pun renggang. Kemudian aku masuk TDC lak. Yang nih memang aku tak aktif. Hehehe...
Kadang2 bila aku nengok berita pasal citer budak pompuan kena rogol atau kena tipu ngan kawan internet, aku rasa cam sedih pulak. Naper leh jadik camtu? Sedangkan dulu pun aku pernah gak buat camtu. Erm.. Nih cuma pendapat peribadi aku jer la.... Budak2 zaman sekarang nih walaupun dah ramai yang bijak dari segi IQ, tapi dia lemah dari segi lain. Sebab dia pikir dia pandai, jadik apa yang dia buat semuanya dipikirkan betul. Dia tak pikir panjang dan tak cuba belajar macam mana nak menilai ataupun nak meletakkan kepercayaan pada seseorang. Diorang nampak matang, tapi sebenarnya masih kebudak2an. Bagi yang kurang kasih sayang keluarga pulak, bila disogok dengan ayat2 lentok oleh lelaki, dia mula mudah lentok. Siannya aku ngan diorang.
Erm... panjangnya aku membebel malam nih. Err... Kalau ada yang tiba2 terasa hati, aku mintak maap ek. Okeh la. Masuk tido dulu. Gud nite bebeh... Hehehe...
Wednesday, January 13, 2010
Quit! Not quit?
Awal tahun nih ramai budak kat opis aku yang berenti keje. Ada antaranya yang memang aku dah sedia maklum akan sebabnya. Apa pun aku harap diorang hepi dengan apa pun keputusan yang diorang amik. Dan aku pulak... Tempoh maksimum lima tahun yang pernah aku letak dulu dah lama berlalu. Dan setiap kali ada staff yang berenti terutama yang baik ngan aku, tentu aku akan rasa jeles. Aku akan bertanya kat diri aku – Kenapa aku tak berhenti macam diorang? Kenapa aku tak amik keputusan camtu? Kenapa aku tak dapat peluang sebaik diorang? Apa jadik ngan cita2 aku? Adess... Bila timbul soalan2 camni, aku mula sakit hati ngan tensen.
Aku pernah cakap ngan seseorang pasal mender nih. Dan dia kata kat aku, kalau ada rezeki dan izin Tuhan, dia akan realisasikan cita2 aku. Erm... Bunyinya cam best jer. Tapi masalahnya, itu cita2 aku. Bukannya cita2 dia. Kenapa aku perlu bergantung harap pada orang lain semata2 nak jadikkan impian aku satu kenyataan? Erm... Tapi masalahnya sekarang, aku masih lagi di sini. Aku masih tak berusaha ke arah tu. Naper ek??
Erm... kalaulau impian aku tercapai... :)

Tuesday, January 12, 2010
Lagi aku mengomel...
Dalam banyak2 jalan untuk ke satu tempat, mengapa perlu mengikut jalan yang bengkang-bengkok dan bersimpang-siur kalau sudah ada jalan lurus yang lapang? Adakah dengan memilihnya, itu menunjukkan kita ini seorang yang hebat, berani dan bijak? Tidak mengapa kalau kita memilihnya hanya kerana kita tidak tahu jalan yang lain. Tapi, kalau sudah tahu, kenapa masih mahu menyusahkan diri dan juga orang lain. Bukankah itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran kita?Kadang2 orang tertentu sengaja mereka2 peraturan atau prosedur yang tak perlu. Kononnya memudahkan keadaan, lebih tersusun, lebih berdisiplin, lebih bagus dan bla... bla... Tapi betul ke itu matlamatnya yang sebenar? Kalau itulah tujuannya peraturan dan prosedur dibuat, ia sepatutnya tidak akan menyusahkan orang, lebih praktikal, lebih sistematik. Dan pada masa yang sama, orang terbabit kena bersedia menerima teguran dan berani melakukan perubahan selagi matlamat tersebut tidak berjaya dicapai. Tapi, kalau ini semua tidak berlaku, baru ditegur sedikit sudah melenting seolah2 dialah bagus dalam serba-serbi, itu tandanya syok dan perasan sendiri. Boleh jadi, dia juga mewujudkan peraturan dan prosedur itu kerana ada agenda yang tersirat ataupun sengaja mahu meraih populariti.
Aku juga musykil dengan beberapa golongan yang 'lurus bendul' yang kononnya tidak berani mengubah hanya kerana itu atas arahan bos. Bukankah bos itu juga manusia? Kalau kita berjumpa dia dan memberikan sebab kenapa kita mencadangkan sesuatu itu diubah, tentu dia akan menerimanya jika ia relevan. Kalau dia menolak, itu tak mengapa. Sekurang2nya kita dah meluahkan pendapat kita. Tapi kalau kita cuma berdiam diri dan mengikut, erm... entahlah... aku tak nampak di mana letaknya tahap kepuasan kita bekerja. Dalam melakukan sesuatu, kita harus membebaskan diri daripada hanya berada dalam satu skop atau ruang kecil kepada yang lebih luas supaya kita lebih kreatif. Dan bagi orang yang menerima idea, cubalah lihat dengan fikiran yang lebih terbuka. Bukalah luas2 empati diri anda...
Sunday, January 10, 2010
Mana peginya idea? Blurrr...
Bermula dari Januari nih, keje aku kat opis memang berlambak. Kalau dulu, kol 6 lebih skit jer, sure aku dah blah tinggalkan opis. Tapi sekarang nih kol 7 lebih aku masih lagi tercangak kat opis. Lagi lambat bila aku kena dok check layout dan mengedit kat grafik macam last week. Sangat letih dan sangat stress! Tapi takper la. Yang penting hasil yang dah diprint nanti (yang akan korang tengok nanti) lebih baik daripada 1st edition yang dah kitorang keluarkan bulan Disember tahun lepas.
Erm... Tak sabar nak bercuti. Aku nak balik kampung! Aku nak rehat!! Nak relax puas2... Erm... Tapi leh ker??? :(
Wednesday, January 6, 2010
Gud nite lagi...
Lately banyak mender yang kena aku pikir dan jugak yang kena aku setelkan. Adess... Poning kepalo den. :( Harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Aminnn....
Erm... Dah start ngantok dah mata nih. So, aku gi tido dulu ek. Gud nite semua... :)