Pages

Thursday, April 30, 2009

Alkisahnya...

Aku sebenarnya baru jer terjaga dari tidur. Semalam tido awal sangat. Jadik bila dah terjaga, memang la mata aku nih dah majok tak mau tido balik. Hehehe... Sian dia...

Petang nih aku ingat nak amik half day. Bebaru ni yang aku kata nak cuti tu tak jadi. Bos aku tak kasi. Memang hangin tol aku waktu tu. Aku ingat petang nih nak gi bengkel jap. Lepas tu cuci keta. Nanti adik aku balik je dari keje, kitorang terus blah balik ipoh. Erm... Aku leh imagine, sure banyak keta karang nih...

Kalau ikutkan bulan nih dua kali la aku balik ipoh. Jumaat last week pon aku balik gak. Itupun sebab Sham kawin. Masa tu aku ingat nak balik naik tren. Tapi, aku tersilap catu masa daa... Aku tertinggal tren dan terpaksala aku drive ke sana. Memang history tol la. First time aku drive dari sini kol 12am. Hahaha.... Masa hari wedding, Roslina ngan member dia dera aku drive ke Kuala. Cisss.... Kijam sungguh arr engkorang. Mujurlah minah nih belanja aku aiskrim (yang tak berapa nak sedap). Hehehe... Kat wedding tu aku jumpa Lan ngan Daman. Lama dah aku tak jumpa ngan mamat2 nih. Azfa pun aku jumpa gak. Siap lepak kat umah dia lagi (kat dalam MCKK tu... Hahaha!)

Erm.... Ahad hari tu moyang aku sakit teruk. Sebelum balik sini sempat gak aku ziarah dia... mintak maap ngan dia. Mana ler tau kot ada dosa2 kering aku ngan dia. Tak tau ler dia cam mana sekarang. Semalam mak cakap dia dah ok sikit. Apa2 pun aku doakan semoga dia sejahtera selalu dunia dan akhirat. Aminn...

Wednesday, April 29, 2009

Cameron Highland

Semalam aku dok sibuk nak book hotel kat cameron. Ntah apa2 jer aku nih. Jumaat nih aku nak pegi, selasa baru la terhegeh2 nak mencari. Padan ngan muka aku sebab hotel dah penuh. Tapi takper.. Apa2pun, plan nak ke sana tetap gak jalan walaupun terpaksa balik hari. Dah nekad nih... Hehehe...

Masa aku surf kat internet, aku adalah bukak website satu hotel kat cameron nih. Bila nengok jer website tu, teringat aku ngan sorang mamat Negeri Sembilan nih. Tak tau la naper. Dalam aku hangin giler ngan dia, aku leh pulak la dok berdating ngan dia kat luar hotel tu beberapa tahun sudah. Dah la malam tu sejuk betul. Erm... tapi mungkin gak aku setuju lepak ngan dia masa tu sebab aku tau itu adalah date aku ngan dia yang terakhir. Aku ingat lagi, bila aku masuk jer kat dalam hotel tu, semua bebudak opis aku nengok kitorang semacam (masa tu gi sana ramai2 atas urusan keje.). Ada yang nak tanya, tapi segan2. ada gak yang tak abih2 bagi hint suruh aku citer. Tapi cam biasa la. Aku buat bodo jer... Aku tau diorang pelik; apa hubungan aku ngan mamat tu? Dan sampai sekarang pun, diorang memang tak tau dan tak akan tahu. Jangan harap aku nak citer ngan diorang. Nanti kantoi beb! Hehehe...


Tapi ada satu pengalaman yang memang aku tak leh lupa - aku ngan segerombolan yang lain (beberapa tahun sebelum tu) numpang mandi plus semayang kat balai polis cameron highlands. Aku tak tau la saper punyer idea tu. Tapi memang bestt! Rasa cam nak kasi tabik spring jer kat orang tu! Hahahahh....

Aku ingat minggu lagi depan aku nak gi bukit tinggi lak. Tapi tu pun blom konfem lagi. Sebab sehari sebelum tu aku kena keje sehari suntuk kat nikko. Adess... sure letih. Mesti banyak mender nak kena jaga. Almaklum ler... permaisuri agong ada masa event kat nikko tu nanti. Masa meeting semalam, aku nengok bos aku dah cam gabra jer. Berpeluh tu beb... Hehehe... kalau aku jadik dia pun aku gabra gak. Banyak protokol kena jaga tu. Silap sikit pon kalau ikutkan tak boleh. Lupa lak. Aku nak pakai baju apa ek masa event tu nanti? Adess... poning kepala aku. Bab nih la yang paling aku menyampah! Ok la ek. Time to go home. Adioss...

Tuesday, April 21, 2009

Aku yg letih daaa...

Adesss.. Letih tol badan ni. Rasa cam dah lama sgt x rehat. Esok aku ingat nak bersantai jer kat opis sambil2 cek layout. Esok gak aku kena call afida es. Nak konfem date plus mintak cd ngan tanya nama betol dia. X leh lambat sbb event lagi 2 minggu lebih je. Kalau makcik tu tau aku lom buat follow up, konfem dia akan berleter. Isnin depan aku amik cuti. Aku tak kira. makcik nak kasi ke tidak aku tetap amik cuti. Hahaha... Lusa ari khamis. Aku ingat nak gi pwtc la. Cam tak molek lak kalu tak pegi. Almaklumler... Sabtu ngan ahad nanti aku tak pegi. .ok la. Blah dulu. Adiosss...

Friday, April 17, 2009

Windunya sekolah rendah...

Lately nih aku rasa letih sangat. keje pun malas aku nak buat. kepala otak aku dok pikir satu benda tu je. aku harap2 sangat la menjadi. dah lama dah aku dok pikir. dari dua tahun sudah lagi. cuma aku jer rasa cam tak bersedia. ujung tahun nih aku nekad. dah tak leh nak delay lagi nih. melainkan kalau aku direject... adess... sedih lak bila sebut perkataan reject tu! hehehe... tapi insya allah... niat aku baik. insya-allah tuhan tolong :) erm... aku dah ajak kak rusni sekali. tapi biasa la dia punyer jawapan: 'aku malas daa..'. ish... nth apa2 je kak rusni nih. rasa cam nak repot jer kat njang. padan ngan muka dia! hahaha....

esok aku keje. lusa aku keje. tulat pun keje.... memanjang jer keje.... esok ngan lusa sure letih giler. duty untuk next week, awal2 lagi aku dah mintak pelepasan. another next week aku cuti. tak tau nak gi mana. tapi sabtu minggu lepas tu aku kena keje lagi. ada big event kat kl. erm... lupa lak. nanti aku ada cuti ganti 2 hari. ish... aku nak amik bila ek. erm.. takper2... leh dipikirkan kemudian. heheh...

aku sebenarnya dah nak stop menaip. tapi tetiba jer aku teringat kenangan dulu2 masa kat skpp. aku tak tau naper, dulu aku memang tak berkenan sangat orang cakap tahniah kat aku. aku sendiri rasa pelik. naper la agaknya ek. tapi memang aku tak suka. adess.. nth apa2 jer aku. hehehe... dulu cikgu usop paling suka cakap tahniah kat aku. walaupun aku tak berkenan, tapi aku tetap sengih sebab dia cikgu yang paling best dan paling kamceng ngan aku! hahaha... lamanya tak jumpa ngan dia. agaknya dia dah pencen kot. tapi paling aku tak leh lupa cikgu zainab. dialah cikgu yang paling aku tak suka. tapi dalam aku tak suka, aku tetap respek dan sayang dia. sebab aku tau walaupun dia cukup bengken plus cenge ngan aku, akulah budak kelas dia yang paling dia sayang. dia jugaklah orangnya yang bersungguh2 ajar aku jahit crosstich. dan bila aku dapat tau dia meninggal dunia, aku rasa sedih sangat2. paling aku terkilan sebab aku tak sempat bagi tau dia apa perasaan aku kat dia. agaknya betul kata azam. aku nih... bila kat depan mata aku tak pandai hargai. bila dah takde kat depan mata barulah nyesal tak sudah. erm... apa2pun aku tetap doakan semoga rohnya dirahmati allah hendaknya. amin...

Thursday, April 16, 2009

Pesta buku

hari nih hari bz aku. dah berbulan2 tak pakai high heel. so, bila pakai hari nih, kaki pun mula la sakit. huhh... padan ngan muka aku. dah tau kena jalan banyak, mengada2 ngan high heel!

takde mende menarik sebenarnya yang leh aku story. hari2 aku kena buat keje yang sama jer.. boring tol!

this coming sabtu ngan ahad aku kena keje: jadik tukang pacak kat pesta buku kat pwtc. so, kengkawan... saper2 yang nak ziarah aku, leh ler datang ke pesta buku nanti ek. tapi idakler aku ada setiap hari kat sana. nak datang nanti kasi inform aku ek.. heheh...

ok la. nak sambut buat keje. adioss...

Sunday, April 12, 2009

ketentuan

terima hakikat...
bunyinya macam mudah. tapi betul ke mudah?

ada masanya aku rasa menerima hakikat takdelah sesusah mana. senang jer. walau sepahit mana pun, ada masanya aku masih boleh terima sambil tersenyum. tapi sayangnya ia tak boleh berlaku setiap masa. dan bila masa ia tak berlaku, tuhan saja yang tahu betapa sengsaranya aku.

jepun... aku tak sekuat yang ko sangkakan. aku pun lemah gak... :)

aku selalu berdoa pada Allah. kalau ketentuan dia untuk yang satu itu tak menyebelahi aku, aku harap aku akan dapat terimanya sekuat yang mungkin. dan aku juga berharap ketentuannya itu jauh lebih baik dari apa yang aku harap dan impikan selama ini. sebab aku yakin, setiap yang direncanakan Allah adalah yang terbaik untuk aku. bukankah dia maha mengetahui... :)

Citer hantu yang kelakau...

semalam aku gi lepak2 ngan hasri. lama dah kitorang tak lepak sama2. tapi jahat betol la dia tu! ada ke patut dia dera kaki aku suruh jalan jauh2. ooo... nak kasi aku slim sikit ek.. mentang2 la aku dah makin berisi nih! cisss... tersinggung aku, tau!! hehehe.... semalam kitorang gi pc fair. adess... letih tol aku. ramai giler orang kat sana. dah la letih, ngantuk lak tuh! nih semua gara2 bergayut ngan jepun sampai kol 3am. jepun, ko memang berdosa ngan aku! baik ko mintak maap ngan aku cepat2! hahahah.... semalam sempat gak la tengok citer jangan tegur. kelakau lak aku rasa. patutnya orang menjerit nengok citer tu. tapi kitorang kat dalam panggung wayang tu tak habih2 tergelak. nth apa2 jer... citer hantu jadik citer kelakau... hehehe..

rabu last week lepas keje aku gi jumpa siti kejap. lama dah aku tak jumpa minah nih. aku nengok dia dah slim sikit. ishh.. berat aku gak yang dah naik.. tak boleh jadik nih. kena amalkan diet gak lepas nih!(iyo sangat la tu... :p hahaha...) erm... cam best jer aku dengar dia amik master. aku pun teringin gak la. tapi....

adess... tetiba lak aku teringat keje opis yang menimbun nih. erm... isu tak dapat lagi. aisehhh... mana aku nak cekau nih ek. ok la ek. nak sambung buat keje opis.. adiosss...

Friday, April 3, 2009

Dendam...

Tadi aku jumpa ngan dr. mariani. (opss... actually prof.madya. dr. mariani. heheh...)lama dah aku tak jumpa ngan dia. tak tahu naper. tapi aku memang suka sembang ngan dia compare ngan yang lain2. tadi kitorang sembang pasal dendam. ermm... langsung aku teringat masa kat chulan dulu. :D

dolu2 ada sorang budak chulan nih selalu cakap aku nih pendendam. tak tahu la naper dia cakap camtu. dulu banyak kali gak aku berpikir, apa yang aku dah buat sampai dia kata aku camtu? memang la dulu2 banyak mende yang aku dah pernah kena... erm... kena fitnah, kena kutuk, kena caci, kena aniaya dan ntah apa2 lagi... aku pun dah terlupa. (actually malas nak ingat sebenarnya. hehehe...)tapi sesedar aku la, aku tak balas apa2 pun kat orang tu. aku buat bodo jer... memang aku sakit hati. standard la tu. kita kan manusia.. aku ingat lagi azam pernah cakap ngan aku, biar orang buat kita, jangan kita balas balik. sebab secara tak sengaja, kita sebenarnya meletak dan menjadikan diri kita sama seperti orang tu. erm... tak berbaloikan buat macam tu, kan? heheh... tapi kepada mana2 kengkawan yang terasa aku pernah buat camtu kat dia, aku mintak maap sangat2. sejujurnya, aku betul2 tak berniat dan tak sengaja. sori sangat2 ek... kosong2 tau! :D

sambung balik pasal sembang aku ngan dr. mariani... ramai orang sebenarnya tak sedar dia sebenarnya seorang pendendam. dan ramai orang tak sedar gak yang sebenarnya sifat dendam nih boleh timbul sejak zaman budak2 lagi. cuma bila budak2 kecik ada menunjukkan sifat2 itu, biasanya ibu bapa malas nak layan. dan ayat yang selalu keluar ialah : 'biasalah, budak2...' dengan kata lain, orang dewasa menganggap budak2bebas daripada sifat dendam ataupun takde istilah dendam dalam diri budak2. kata dr. mariani, budak2 memang bukan pendendam. tapi kalau tidak dimonitor, ia sebenarnya boleh tertanam dalam diri budak2 terutamanya di kalangan kanak2 yang egocentrik plus pemarah.

memendam perasaan marah dan tidak puas hati boleh membawa kepada dendam. tetapi orang itu hanya boleh dipanggil pendendam kalau ia melakukan sesuatu dengan niat untuk menyakitkan orang. contohnya, apabila A terasa dirinya disakiti oleh B, A akan melakukan sesuatu untuk menyakiti B dengan tujuan 'membalas'. itulah yang dipanggil pendendam. kalau setakat menyimpan dan mengenangkannya hanya di dalam hati tanpa berbuat apa2, bagi aku ia bukanlah pendendam. tetapi lebih layak dipanggil memendam :D hehehe...

kepada kengkawan semua... tolong maapkan segala keterlanjuran aku...