Pages

Monday, September 30, 2013

Dia dalam kenangan

Syamsina, kawan saya masa form six dulu. Orangnya baik, mesra, ceria dan disenangi ramai. Hubungan kami biasa-biasa aje - baik tapi tak terlalu rapat. Jarang berhubung, apalagi bersua. Tapi kalau dah sekali berjumpa, gamat terus jadinya. Dapat pulak kalau ada yang lain join sekali. Semua pakat gelak tak ingat dunia. Memang seronok.
Tapi la ni semua tinggal kenangan. Syam meninggal dunia pada Sabtu 28 September sekitar jam 12.30 tengah hari. 
Berita kematian Syam tak sepatutnya mengejutkan saya. Keadaan kesihatan Syam memang teruk, sampaikan akhirnya saya ambil keputusan secara tiba-tiba untuk pergi menjenguk Syam di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Saya betul-betul bimbang kalau-kalau tak sempat jumpa Syam. Rupa-rupanya memang betul umurnya tak panjang. Syam meninggal 13 hari selepas kami berjumpa. Cuma saya langsung tak menyangka ia begitu cepat berlaku. Jauh di sudut hati saya ketika kami bejumpa, saya mengharapkan sesuatu yang berlainan daripada itu sebaik saja dia bersetuju untuk mendapatkan rawatan di hospital. Namun, ternyata Allah maha agung dan maha mengetahui. Allah menarik semua penderitaan dan kesakitan Syam di dunia. Barangkali Allah dah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuknya di alam yang satu lagi.
Insys -Allah saya tak mungkin lupa pertemuan terakhir dengan Syam. Saya juga tak mungkin lupa dengan kata-kata, riak wajah dan gerak tubuhnya yang menahan sakit. Semoga roh Syamsina Abd Rani ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat selalu. Amin...

Wednesday, September 18, 2013

Tiba-tiba teremosi skit... heheh..

Nak ditegur salah. Nak dibiarkan, rasa makin meluatlah pulak. Bukannya budak kecil. Tapi dah ada anak pon. Cuma blom ada cucu aje lagi. Belajar bukan main tinggi. Tapi pemikiran dan kata-kata tak macam orang berpelajaran.

Tak kisahlah siapa pun... Cukup-cukuplah... Tak payah nak petik api kemarahan orang dengan provokasi yang melampau. Tak payah nak gelar sesiapa pun dengan panggilan pencacai segala bagai. Apa faedahnya buat semua tu? Cubalah jadik matang selari dengan umur yang makin tua. Kita nak aman damai, bukan nak bergaduh sesama sendiri. Nak luahkan apa yang bersarang kat kepala otak... silakan. Nak kongi idea dan pemikiran pun, buatlah. Tapi apa-apapun fikir dulu sebelom bertindak. Orang kata, ikut rasa alamatnya binasa. Ikut hati jawabnya mati. Jangan terlalu obses, jangan terlalu emosi, jangan terlalu perasan pandai sangat, jangan terlalu perasan bagus sangat. Dan kena ingat gak, bukan semua benda kita boleh hebohkan kat orang. Sebab itulah orang surat khabar pakai sistem gatekeeper - nak elak orang daripada bergaduh tak tentu hala.

Memanglah kita amalkan kebebasan bersuara. Tapi tak ada apa pun dalam dunia ni yang bebas secara mutlak. Sebab itu Islam suruh umatnya bersederhana dalam serba-serbi. Dan yang paling penting sebelom mengata orang bersalah macam-macam, gi dok berdiri depan cermin. Belek diri sendiri. Pandai mengata orang tak amanahlah, penipulah, aniaya oranglah... diri sendiri pun sama gak.

Hahaha...  Marah tol la. Rasa cam nak luku jer kepala orang yang berkaitan biar kasi benjol. Kalau boleh nak tempek jer post ni kat facebook dia. Tapi kalau dia reti bahasa tak per gak. Kira ada gak berbaloi. Tapi kalau dah spesis tak paham bahasa dan memanjang pikir yang orang lain tak leh buat salah kecuali dia, tampal post ni kat dahi dia macam citer hantu cina zaman dolu-dolu pun tak kan bawak apa-apa paedah. Heheh... Apapun, harap saya dilindungi Allah daripada melakukan perkara yang sama. Amin... Kepada semua.... Sorry ek... :