Pages

Wednesday, July 7, 2010

Nak cuti!

Jumaat nih ramai pakat nak amik cuti. Bila dengar camtu, aku pun terpikir - aku nak amik cuti gak la.. hahaha... menyebok jer aku nih! Aku cuma plan jer. Buat lom tentu lagi. Macam biasa la. Lagipun aku ada satu lagi page tak setel. So, kena setelkan tu dulu before lunch. Dah setel baru leh amik cuti. Tapi kalau aku amik cuti pun, aku tak tau nak gi mana. Ermm... PD? Saper nak ikut jom! Hehehe... Iyo2 jer.. Bagi aku kalau nak gi lepak kat pantai, better pegi weekdays. Kalau weekend, baik tak yah. Ramai orang! Kalau aku kat Ipoh, dah tentu aku pilih Teluk Batik (walaupun tak berapa nak best).
Erm... Ok la. Aku dah takde mender nak taip. Adios...

Tuesday, July 6, 2010

Sabarlah...

Hidup ini banyak dugaan. Antara sedar dengan tak. Dan antara terima dgn tidak... Itulah hakikat hidup. Ada masanya apabila kita kurang reda, kita akan rasa terbeban. Kita akan tertanya2 - kenapa kita? Kenapa tak orang lain? Menghadapi dugaan allah tidak semudah mengucap perkataan 'sabarlah...' . Percayala, org yg sedang berhadapan dengan masalah tidak begitu memerlukan perkataan itu. Yg penting baginya ialah ada yang memahami dan ada yang bagi sokongan. Sesiapa pun tahu perkataan sabar. Tapi bak kata orang. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul...

Monday, June 21, 2010

Aku melalut lagi

Ada banyak mender yang nak aku taip. Tapi nthla... Yang aku tau, lebih banyak yang tidak boleh ditaip daripada yang boleh ditaip. Jadiknya, aku tak jadik menaip semua tu. Teringat lagi istilah 'gatekeeper' yang aku belajar dulu. Dan sekarang nih, aku la 'gatekeeper'nya. Hahaha.... Tiba2 lak aku mengarut ke situ!

Cuma kat sini aku nak bagi tau - aku sangat lega bila amanah yang aku pegang lebih seminggu dah aku pulangkan balik pada tuannya. Sangat2 lega. Sekurang2nya ringan skit kepala otak aku. Aku tak yah dah pikir pasal nak jaga hati orang, nak mengarah orang, nak atur keje2 orang, dan bla... bla... blaa.... Aku sangat seronok! Dan kalau ditakdirkan aku kena pegang balik amanah yang sama, aku tak pasti masa tu aku akan mengangguk setuju. Nthla... Aku tak rasa sesuai untuk semua tu. Dan aku tak suka semua tu. Cukup2lah apa yang dah berlaku. Selama lebih seminggu. aku rasa aku bukan aku. Aku dah jadik macam orang lain - mengong, blur plus hampeh!

Tapi kat situ aku belajar banyak mender. Dan aku juga dapat banyak pengalaman. Buat saper2 yang tak puas hati kat aku, aku mintak maap. Dan buat yang maki hamun aku, terima kasih banyak2. Terima kasih sebab tunjukkan saper sebenarnya diri korang kat aku :)

Saturday, June 19, 2010

Yuhuu....

Salam buat semua....
Dah lama aku tutup blog aku. Tapi hari nih aku rasa macam nak bukak balik pulak. Korang jangan tanya kenapa dan mengapa. Sebab tak penting mana pon jawapan aku. Dan jangan pulak korang buat spekulasi sesuka hati. tak baik woo... Hahaha...
Apa2 pun semoga hari nih membawa keceriaan buat semua. Aminnn... :)

Monday, May 31, 2010

Salam....

Salam semua...

Erm... Lama dah aku tak update. Bukannya sebab takde masa. Tapi sebab aku takde mood dan takde citer. Rasanya lepas nih aku dah malas nak tulih apa2 kat dalam blog nih. Kalau rajin, aku akan biar jer blog nih. Kalau aku malas, aku kunci jer. So, takde saper2 dah boleh bukak. Kalau aku terlebih rajin, aku delete jer terus. Hehehe...

So, sementara berkesempatan nih, aku nak mintak maap kat semua kengkawan. Mana tau kot ada yang tersinggung hati ngan tulisan aku kat sini. Terlebih terkurang kira 0-0 la ek... :)

Wassalam....
~kopiehitam~

Wednesday, May 12, 2010

Kisah aku ngan seorang cikgu...

Semalam semasa aku menggodek facebook, tiba2 sahaja aku rasa cam terdetik untuk menaip satu nama di bahagian search. Hasilnya – nama tu takdepun tersenarai dalam facebook. Tapi ada satu link yang namanya ada kat situ.
Orang tu baik ngan aku. Dia cikgu praktikal masa aku darjah 4. Selain aku, ada lagi dua orang member aku yang baik gak ngan dia. Tapi, yang paling baik dan paling manja ngan dia dah tentulah aku. Hehehe... Dulu banyak kali gak dia datang makan kat umah aku ngan sorang lagi member dia yang jugak cikgu praktikal.
Aku panggil dia Cikgu Rosli. Dia tak lama kat sekolah aku. Lepas dia tamat praktikal, aku masih lagi contact dia sampailah aku masuk tingkatan 1. Kami ada gak berbalas surat. Tapi tak selalu. Aku tak ingat isi surat terakhir yang aku terima dari dia. Tapi dia kasi aku gambar kawin dia. Sebelum dia kawin, memang dia ada datang jemput aku satu famili. Tapi sebab jauh, maka tak dapek la kami nak pegi.
Aku ingat lagi, Cikgu Rosli nak bawak aku ngan dua member aku gi jalan2 kat Taman Tasik SM Noor, Batu Gajah. Jadi, dia bagi alasan kat mak ngan bapak aku kononnya dia nak buat kelas tuisyen kat umah salah seorang member aku ni. Bila dah dengar reason camtu, maka mereka pun bagilah kebenaran. Aku ingat lagi - kami study kejap jer. Lebih kurang setengah jam. Lepas tu kitorang terus cabut gi taman tasik tu naik bas. Memang best betol waktu tu. Tak banyak yang aku ingat. Maklumlah dah 2 dekad pun. Nth2 dia pun dah tak berapa ingat kat aku. Hehehe... Antara yang aku ingat, kitorang berempat naik ala2 basikal (tak ingat nama sebenarnya) kat atas tasik, jalan2 kat atas titi, melepak kat gua kecik...

Masa aku tengok gambar Cikgu Rosli kat dalam blog dia semalam, mukanya memang tak banyak yang berubah. Aku agak, umur dia sekarang lebih kurang 40 tahun. Anak2nya pun mesti dah besar sebab dia kawin masa umurnya awal 20an.

Teringinnya aku nak jumpa dia... :)

Sunday, May 9, 2010

Melayu ke?

Setelah sekian lama aku idup, baru jap tadi ada orang bertanya kat aku - aku nih betul ker orang Melayu? Hahaha... Tergelak aku kejap. Ntah aper2 jer la mamat sorang nih... :P

Jawapan aku senang jer - memang aku orang Melayu. Cuma nak kata aku betul2 pure orang Melayu tidak la. Aku rasa kat dalam Malaysia nih, amat susah nak jumpa orang yang betul2 Melayu. Rata2nya bercampur. Maklum ler dulu2 kan banyak berlaku penghijrahan. Contohnyer la... orang Siam datang pindah ke sini. Orang sini lak pindah ke Siam. Kalau tak pun orang Indon datang ke sini. Atau orang sini datang ke Indon. Macam korang pun, boleh jadik gak korang pun mix.

Jadi, isu sama ada Melayu pure atau tak, bagi aku tak patut timbul pun. Melainkan kalau aku atau korang nih sorang public figure. :)

Tuesday, May 4, 2010

Tok

Masa aku kecik2 dulu. Aku rapat ngan arwah tok aku. Aku memang manja ngan dia. Selalu teman dia kat surau (sebenarnya kacau dia jer yang lebih :) ) bersama ngan kakak dan sepupu aku yang lain. Main air surau. Ketuk kantung sesuka hati. Bila aku terluka, tok akan datang kat aku. Masa aku menangis teruk, dia pun usap tempat luka aku sambil mulutnya terkumat-kamit. Konon2nya baca jampi supaya luka aku baik cepat.

Dulu tok buat dangau kecik kat dusun durian dekat ngan umah dia. Dia buat bukan setakat untuk jadi tempat dia menunggu durian, tapi jugak tempat kitorang bermain pada waktu siang. Mula2 dangau tu dia buat betul2 kat dalam dusun. Tapi lepas tu dia pindah kat tepi jalan nak masuk ke rumah dia. Mungkin tujuan dia adalah untuk menyenangkan dia, opah ataupun mak bapak kami memantau kami yang suka main kat situ. Sebenarnya dah banyak kali tok pindahkan dangau tu. Tapi dangau yang terakhir memang betul2 kat tepi jalan. Kalau kitorang balik kampung, dah tentu kitorang lalu kat dangau tu dulu sebelum sampai kat laman rumah tok ngan opah. Sekarang kat dusun tu dah takde dangau. Buah durian pun dah makin sikit. Agaknya sebab tok dah takde nak teman pokok2 tu kot. Bila tiba musim durian, kalau tak opah, tok la yang akan bukak buah tu untuk aku. Bestnyer masa tu.

Dulu tok suka buat asam keping sendiri. Dia akan petik buah tu dari pokok. Lepas dah cerai2kan (aku sebenarnya tak berapa ingat cara tok buat), dia akan jemur kat depan umah. Dan aku adalah antara orang yang jadik tukang jaga asam keping tu. Bila tok jemur padi, aku pun jadik tukang jaga gak. Bila nampak ayam datang, terus aku kejar. Kesian ayam tu. Naik mengah dia lari. Hehehe...

Sebut pasal ayam, aku ingat lagi dulu2 tok la tukang sembelih ayam. Pernah sekali dia sembelih ayam, ayam yang dah separuh nyawa tu sempat kejar aku ngan sepupu aku sebelum mati. Apa lagi, lintang-pukang la kitorang lari. Memang kelakar tol masa tu.

Tok paling suka minum air kopi ngan makan kuih cakoi. Tak lama sebelum dia meninggal dunia, aku ingat lagi tok bersungguh2 nak minum kopi. Tapi balance kopi kat dalam tin sikit sangat. Sebab kesian kan tok, opah terpaksa kikis serbuk kopi yang melekat kat tepi2 dinding tin tu. Daripada serdak tu opah bancuhkan kopi untuk tok.

Mata tok rabun. Bila ada orang ketipkan kuku dia, dia mesti suruh orang tu ketip sampai ke dalam. Kadang2 dia berkeras nak buat sendiri sampaikan berdarah jari kaki atau tanganya. Tok suka bersembang ngan kitorang. Tapi tok tak suka marah2 atau berleter. Tok baik sangat. Beberapa bulan sebelum meninggal, tok banyak citer pasal zaman dulu2nya dan asal-usulnya.

Tapi sedihnya masa tok meninggal, aku tak tau langsung. Aku tak dapat tengok tok buat kali terakhir. Aku cuma tau seminggu selepas tu. Ralat dan kesal betul aku. Tapi nak buat camana. Benda dah berlalu. Aku harap, arwah tok berbahagia dan cucuri rahmat hendaknya. Amin...

Monday, May 3, 2010

Terkilan

Pagi nih aku berasa agak terkilan. Erm... Bukan agak, tapi sangat terkilan. Aku bukan hendak menyebok sebab selama nih pun aku bukan amik heran sangat pasal orang. Tapi dia kawan baik aku. Sangat2 baik ngan aku. Aku tak mau dia menyesal sorang2. Dan aku pun tak mahu menyesal hanya kerana aku buat bodoh macam selalu. Dan statement kawan aku yang lagi sorang betul2 buat aku tersinggung. Nthlah... Terserahlah kat korang. Aku dah buat apa yang boleh. Lepas nih kalau aku lepas tangan, maapkan aku. Cuma apa yang aku nak pesan, hargailah dan jagalah apa yang kita ada sekarang. Jangan bila sudah hilang, baru kita menangis kerana kehilangannya. Kita bukan doktor, jadi janganlah sesuka hati buat andaian sendiri.

Saturday, May 1, 2010

Musykil nihh!

Baru2 nih aku agak rajin pegi kedai perabot. Konon2nya nak menengok sofa L shape. Bukannya aku membeli pun. Sajer nak survey plus cuci mata. Cuma aku agak hairan. Dalam banyak2 kedai yang aku masuk, tak nampak pun kedai yang ownernya adalah orang Melayu. Kalau kedai Cina, adalah sebuah je. Lepas tu pulak, pekerja2 kat kedai2 perabot tu rata2nya orang luar macam Bangla ngan Pakistan. Ada tu, cakap Melayu pun tak berapa nak reti. Musykil gak aku. Mana pegi orang kita nih ekk???

Wednesday, April 28, 2010

Schedule 4 tuesday :)

Apa yang aku buat hari nih??
8.30 pagi -8.20 malam = opis
8.30 malam - 10.30 malam = assignment
10.45 malam = sampai opis - amik keta
11 malam = baru sampai kedai makan + makan sekali
11.50 malam = sampai umah + mandi + semayang
12.45 - sekarang = nengok naomei + tower 13 + mr.mama
2.10 pagi = tido

ish... cam tak menarik jer! ermm... esok???

Tuesday, April 27, 2010

Makan, makan dan makan...

Sekarang nih aku makin sebok. Sebok ngan macam2 mender. Paling menyebokkan aku ialah keje opis. Adess... boring sungguh arrr!!! Aku dah plan nak cuti dua minggu. Bos kata boleh. Tapi kena buat advance. Adusss... Masak aku cenggini!!

Minggu depan ada free trip gi Kuala Selangor. Nengok kelip2. Aku teringin gak nak pegi. Bos aku pun kata – jom la pegi! Aku sebenarnya bukan kisah sangat ngan kelip2 tu sebab sebelum nih pun aku dah pernah gi sana. Yang aku kisahkan ialah menu malam tu – IKAN BAKAR. Aduhai... Tergoda aku kejap. Nak jer aku bagi nama aku kat minah sorang tu. Tapi bila dipikir2kan balik masa yang sangat terhad, terpaksa la aku melupakan ikan bakarku. Alahai... Ruginya!! Iskk...

Tapi takper... Yang penting minggu sudah aku dah melantak hidangan yang memang sedap – chinese food. Dah lama giler aku tak makan shark fin soup. Jadi bila dah ada mender kat depan mata, makan ler puas2. Dua kali aku tambah. Makan cam tak ingat dunia jer. Tapi makanannya memang best! Cuma aku betul2 rugi bila tak dapat pegi naik belon panas kat padang belakang Bluewave Sabtu lepas. Leh naik free tu beb! Naik keta antik pun boleh! Tapi nak buat camana. Dah takde rezeki. Next time la ek...

Ishh... Aku nih asyik dok berciter pasal makan jer. Nampak benar aku nih kuat makan! Hahaha... Meh tutup muka skit mehhh.... :P

Friday, April 23, 2010

Selamat malam....

Pada waktu ini, masa ini dan jam ini... Aku masih lagi mencelikkan mata yang agak layu - mengetuk story yang sepatutnya aku siapkan pada jam 8 malam tadi. Adess... Apa nak jadik la ngan aku nih??

Erm... Takper la. Korang semua gi tido dulu ek. Jap gi aku menyusul lak...

Selamat malam semua.... gute nacht! :)

Monday, April 19, 2010

Peringatan Untuk Aku!

Last week aku berasa sangat2 tensen sampaikan aku kena migrain dua, tiga hari. Perutpun aku pun jadik senak sampaikan nak makan pun rasa cam nak terkeluar balik. Memang pressure giler masa tu. Tapi yang bagusnya aku belajar beberapa perkara:
1. Jangan amik jalan shortcut atau dengan kata lainnya nak senang! :P
2. Kalau reti buat, maka buatlah sendiri. Jangan ngada2 nak mintak tolong orang buat!
3. Kalau nak serahkan satu2 tugas kat seseorang, jangan main bagi jer. Cek betol2, dia tu bertanggungjawab ker tidak? Jangan nanti, keje tu terbeban lak kat orang lain. Menyusahkan orang jer!
4. Jangan amik mudah apa2pun. Dan bila buat satu2 mender, cek banyak kali. Sampai 100 kali pun takper!

Pssttt..... peringatan ini adalah khusus untuk aku jer! :P

Masjid


Last week, one of the board director bagi suggustion untuk next topic for our mag - masjid sebagai tempat orang kawin. Tapi bos aku kata, skop tu kecik sangat. So, dia suruh team aku cover pasal masjid dari macam2 angle selain daripada bab kawin. Erm... aku ok jer. :)

Sebut pasal bab kawin di masjid, aku teringat citer pasal tok kadi kat area umah aku kat ipoh. Macam2 citer aku dengar pasal dia - cerewet, banyak songeh, kerek, susah nak jumpa dan bla.. blaa... blaaa.... Yang citer pasal dia bukan sorang dua, tapi ramai. Kat sini aku bukan nak spesifik pasal dia. Cuma apa yang nak aku timbul kat sini, kenapa bab nikah kawin perlu dikomplikatedkan? Ia sepatutnya dipermudahkan. Bagi yang memegang amanah, kenalah tunaikan. Sebabnya tak amanah tu ciri2 orang munafik. Dan bagi orang yang berdepan dengan masalah tok kadi macam tu, janganlah komplen dan cakap belakang2. Gi la pejabat agama dan komplen kat situ. Kan lagi berbaloi!

Erm... Melayu... Melayuuu... Musykil kejap!

Monday, April 5, 2010

Sajer nak bagi tau! Hehehe...

Sekarang nih aku sangat2 sibok. Sibok ngan macam2 mender. Bab keje opis tu tak yah nak citer arr... Aku sekarang nih dah takde banyak masa sangat cam dolu. Kepala otak pun banyak mender kena pikir. Rasa cam nak stress pon ada nih. Takper2... Cuba bawak bertenang ek... Hehehe..

Ok lah. Tak leh nak tulih pepanjang. Seblum aku terlentok depan laptop nih, baik aku setelkan keje aku nih kejap. Nanti pending susah. Babai... Adios!!

Monday, March 29, 2010

Betul2 takde mood...


Pesta buku tahun nih dah berakhir. Tapi tahun nih aku langsung tak gi melawat booth saper2. Aku malas dan aku takde mood. Dok kat booth sendiri pun aku takde mood. Nthlah... Rasa meluat pun ada bila menengok perangai bebudak tu. Aku tak paham kenapa la diorang ditakdirkan bersebelah ngan kitorang. Dan aku jugak tak paham kenapalah presiden yang konon2nya hebat tu tak brief dan tak ajar betul2 anak buahnya. Kan tak pasal2 sorang budak tu kena sound ngan aku. Tu pun mujur sekali jer. Niat di hati macam nak sound berkali2 jer... Dan aku tak paham gak, kenapa team aku tak boleh jual produk sendiri? Biasnya...

Tuesday, March 16, 2010

Malam

Aku ngantuk. Mata aku dah berair2. Mulut pun dah banyak kali menguap. Tapi still aku tak leh tido. Maka terkebil2 la aku menengok siling yg hitam dek gelap malam.

Naper aku tak leh tido? Nth! Dah beberapa hari aku camni tanpa sbb yg jelas. Kalau gini slalu, leh stress nih!

Aduhai mata... Tidola sayang...

Si Polan...

Beberapa bulan sebelum ini, aku betul2 excited. Banyak mender yang menarik perhatian aku. Dan banyak mender jugak yang aku nak buat. Pendek kata memang aku seronok dan enjoy. Tapi itu dulu. Sekarang bila aku dah mula rasa ada campur tangan satu pihak (yang tidak sepatutnya), aku rasa macam tak best. Aku rasa tak bebas. Dan kadang2 aku rasa macam hampeh! Sampaikan sampai satu tahap, aku rasa nak berenti.

Bila setiap kali nama si polan disebut, aku rasa hangin ya amat. Bila setiap kali ada citer pasal dia, aku tau dah tentu itu citer yang tak best. Kalau diikutkan, mau ajer aku nak berterus terang ngan dia. Teringin jer aku nak suruh dia 'pi main jauh2'. Tapi takat manalah aku boleh bersuara bila suara aku sendiri tenggelam dek sesuatu yang amat sukar aku nak kalahkan. Memang sepatutnya aku puji dia sebab dia pandai amik peluang. Tapi hati aku berkeras kata yang dia tak layak dipuji. Sebab bagi aku, orang yang patut dipuji bukan hanya pandai amik peluang, tetapi juga tau menilai sama ada peluang itu wajar diamik atau tidak. Jangan kerana dek ketamakan dan kerakusan, kita sanggup menyusah dan menjatuhkan orang. Jangan kerana sedikit kelebihan yang Allah berikan, kita terlupa di mana kedudukan kita.

Apabila tiba masanya nanti, Insya Allah aku akan terus terang dengan dia. Kalau pun dia tak nak berubah, terserah.... Yang penting aku tak nak terus menerus bercakap belakang. Sebab aku tau cakap belakang tidak akan mengubah apa2.

Sunday, March 14, 2010

Blog

Aku tengok ramai orang yang menggunakan blog sebagai tempat bercerita dan meluahkan perasaan (termasuk juga aku kadang2). Dan aku tengok juga ada yang terlalu tidak bertapis sampaikan boleh menyinggung hati dan perasaan orang. Kadang2 secara tak sengaja juga boleh menyebabkan orang lain membuat silap tafsiran.

Memang betul, menulis blog tak seperti kita menulis dalam majalah atau suratkhabar. Tak ada editor yang akan tolong cek apa yang kita tulis. Tak ada gatekeeper untuk mengatakan bahawa sesuatu itu boleh dipublishkan ataupun tidak. Semuanya bergantung kepada yang empunya blog. Ini bermakna penulis dan pemilik blog bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang ada kat blog tersebut. Tapi adakah korang rasa camtu?

Apabila kita menulis tentang seseorang (lebih2 lagi kalau jelas siapa orang itu) dan pada masa yang sama ia berkaitan sesuatu yang tidak baik, adalah lebih baik kita berhati2 sebab kita ada harapan akan disaman. Kita kena ingat, nilai saman bukannya sekupang dua. Sekarang nih orang suka menyaman sampai beratus atau berjuta ribu. Paling koman pun mungkin ribu atau puluh ribu. Dengan duit saman tu jer, ada orang boleh jadik orang kaya dengan cepat. Kalau orang tu jenis yang materialistik, dah tentu dia suka. Tapi, masalahnya kalau kita yang kena saman, mampu ke kita bayar?

Kalau korang amik gambar saper2 yang korang jumpa kat internet, lepas tu sesuka hati letak kat blog korang, tu pun leh kena saman gak. Apalagi kalau dah terang2 ada copyright. Kalau gambar tu orang negara luar yang punyer, mungkin tuan empunya tak perasan ada orang lain pakai gambar dia tanpa kebenaran. Tapi, kalau orang tu pun orang Malaysia camana?

Apa yang aku perasan, kita selalu menulis (blog) tanpa berfikir. Dan kita publishkan hasil tulisan kita tu pun tanpa berfikir. Bagi aku, itu bahaya. Aku ingat lagi sorang pompuan telah kena berenti kerja gara2 statement dalam blognya. Kalau korang perasan, ada juga penulis blog yang sekarang tak ubah macam pelarian gara2 tulisannya jugak. Jadik, nasihat aku pada korang dan diri aku jugak - berhati2lah... :)

Friday, March 12, 2010

Klinik kesihatan

Ada beberapa perkara yang bermain di fikiran aku masa aku pegi ke klinik kesihatan last week.

Klinik kesihatan di Shah Alam sangat ramai orang. Nak dapat parking pun skit punyer sesak dan susah. Kalau nak amik HIV test lagi teruk. Setiap hari hanya 40 orang jer boleh amik. Tu pun kena datang kol 2pm. Kalau lambat, err... mintak maap ek. Sila datang lain hari. Aku ingat lagi sorang member aku nak cabut gigi kat situ. Tunggu turn skit punyer lama. Last2 kena datang the next day. Sian kat dia tak leh nak tido malam gara2 menahan sakit gigi.

Klinik kesihatan Kelana Jaya tak sesesak kat Shah Alam. Nak amik HIV test pun tak yah ada kuata. Yang penting datang sebelum pukul 4. Cuma aku agak musykil dengan prosedur kat klinik tu. Sepatutnya masa nak register ngan sebelum amik darah untuk HIV test, staff kat klinik tu kena nengok IC. Bila tengok, staff akan tau sama ada orang yang amik darah adalah orang yang sama daftar ngan diorang. Kalau diorang tak nengok IC, bermakna orang2 yang ada HIV (atau mungkin ada) bolehlah gunakan orang lain untuk cover diorang supaya diorang disahkan bebas HIV. Kan ini boleh membahayakan orang lain. Ish... Naper diorang boleh tak amik berat mender camni? Musykil tolll...

Wednesday, March 3, 2010

3 cita2

Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu. Bila masuk jer sesi persekolahan (sek. rendah), ada beberapa perkara yang cikgu akan tanya. Dan jawapannya nanti akan dimasukkan ke dalam rekod pelajar. Rekod pelajar tu seingat aku ada beberapa warna. Antaranya ialah warna kuning dan merah jambu. Rupanya pulak tak ubah macam kertas manila kad yang kemudiannya dilipat2 sampai menjadi tiga muka surat.


Memang banyak yang cikgu akan tanya dan tulis kat dalam kad tu. Tapi satu yang paling aku tak leh lupa ialah cita2. Bila cikgu panggil, aku dan bebudak lain kena nyatakan tiga cita2. Dan masa tu aku dengan excitednya akan bagi tau dia cita2 aku tanpa sikit pun terlintas nak tanya - kenapa cikgu nak tau dan kenapa nak tiga? Dan mungkin juga kerana aku bukan seorang cikgu, sampai sudah aku masih tak nampak dan tak tau apa rasionalnya cikgu nak tau cita2 aku masa tu.

Zaman sekolah rendah dah lama sangat berlalu. Jadi tak hairanlah kalau aku tak dapat nak ingat sejak dari darjah berapa aku kena bagi tau cikgu cita2 aku. Agak aku, mungkin mula dari darjah tiga. Tapi yang memang aku tak leh lupa ialah tiga cita2 aku yang sejak dari mula cikgu tanya sampailah aku darjah enam - cikgu, ustazah dan doktor. Bagi korang yang kenal aku, mungkin korang akan tergelak bila baca cita2 aku masa dulu. Alah... Tak payah tunggu korang, aku sendiri pun awal2 lagi dah gelak sorang2. Hehehe...


Kalau korang nak tau, tiga pekerjaan tu sebenarnya tak melekat pun kat dalam hati aku nih. Tapi kenapa aku letakkan itu sebagai cita2 aku? (Errr... Boleh tak kalau aku kata, cita2 tu hanya sekadar nak mengisi ruang kosong kat dalam kad tu?)


Mak bapak dulu ngan sekarang tak sama. Mak bapak dulu tak ramai yang mengatur cita2 anak. Bagi diorang, yang penting anak2 pegi sekolah dan belajar rajin2 sampai pandai. Sebab tu masa zaman aku dulu, aku ngan kawan2 yang lain kebanyakannya akan menjadikan pekerjaan cikgu sebagai salah satu cita2 kami. Sebabnya mudah ajer. Masa kami banyak dihabiskan kat sekolah dengan cikgu - lima hari dalam seminggu iaitu dari pagi sampai tengah hari ataupun kadang2 sampai ke petang. Sebab itu kami lebih nampak keje cikgu daripada keje2 lain.


Ini dah tentu berbeza ngan mak bapak sekarang. Anak2 sekarang, belum masuk sekolah, tapi ada antara mak bapak yang dah rancang apa bidang yang akan dipelajari dan diceburi anak nanti. Dan biasanya dah tentu kebanyakan mereka nak anak2 mereka amik bidang dan keje macam diorang. Kalau mak bapak tu seorang jurutera misalnya, anak pun sejak dari awal akan dididik ke arah tu. Sebab itu anak2 sekarang bila ditanyakan tentang cita2, kerja yang akan disebutnya banyak yang gempak dan hebat!


Dulu, apabila sakit jer, mak bapak aku akan cepat2 antar aku gi jumpa doktor. Dan setiap kali jumpa doktor, doktor akan bagi aku gula2, rasuah supaya aku tak menangis masa dia merawat aku. Oleh kerana aku rasa doktor nih baik orangnya, maka aku pun terlintaslah untuk menjadi seorang doktor gak macam dia. Hahaha...


Kenapa aku letak ustazah sebagai salah satu daripada cita2 aku dulu? Haa... yang nih jawapannya simple jer. Dulu mak aku seorang ustazah. Memandangkan aku bersama mak aku tiap2 hari, jadik aku pun terpikir - okeh gak kalau satu hari nanti aku keje sama macam mak aku. Sempoi kan??? Hehehe...


Tapi semua tu hanya sampai darjah enam. Bila masuk sekolah menengah, semuanya dah berubah. Takde satu pun yang tinggal. Aku tak nak jadik cikgu atau ustazah sebab aku tak suka mengajar orang. Aku tak nak jadik doktor sebab hari2 mengadap ubat dan orang sakit adalah perkara yang membosankan.


Masuk tingkatan 1, aku mula fikirkan 3 cita2 yang baru. Dan cita2 tu maintain sampai tamat sekolah menengah - wartawan, pemberita (tv) dan deejay radio. Hehehe...


Sejak aku kecik sampailah sekarang, aku suka menulis, berangan dan tak reti dok diam. Aku suka nak luahkan apa yang terbuku kat hati aku, pendapat aku... Aku mahu orang dengar suara hati aku. Sebab itu aku nak jadik wartawan. Lagipun keje wartawan susah dan mencabar. Dan kebetulan pulak pakcik ngan makcik aku dulu bekerja sebagai wartawan. Aku suka bercakap dan bercakap.... Dan itulah antara sebab aku bercita2 nak jadik pemberita dan deejay radio. Lagipun pakcik aku, selepas berhenti jadik wartawan, dia jadik pembaca berita kat tv3 pulak.


Walaupun aku suka nak jadik pemberita dan deejay, tapi ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak jadik nak teruskan hasrat aku.

- aku tak suka bergaya dan bermekap

- aku tak suka amik tau pasal artis, penyanyi dan pemuzik.


Jadik akhirnya aku memilih wartawan sebagai cita2 aku.


Maka, jadiklah aku seorang wartawan... :)


Begitulah alkisahnya.


Jadik wartawan memang seronok. Tapi bila sampai satu tahap, aku berasa sangat, sangat dan sangat letih. Kenapa ek? Penuaan? Uiksss...


Wednesday, February 24, 2010

Putih atau kuning?

Baru2 nih masa gi umah member kat Nilai, kitorang ada citer pasal bab kawin. Dan dia tanya kat aku - aku pilih cincin emas putih atau emas kuning? Kalau korang, apa pilihan korang? :)

Dulu masa kawan aku kawin, dia pilih cincin emas kuning. Aku tanya kenapa? Jawabnya mudah ajer. Kalau emas kuning, sentiasa laku. Bila2 masa leh jual balik. Tapi kalau emas putih tak.

Bila dia jawab camtu, aku diam jer. Malas nak balas balik. Tapi dalam kepala otak aku nih dah tentu la bercakap jugak. Aku tahu jawapan itu logik. Cuma aku agak kurang paham. Kenapa jawapan itu yang dijadikan alasan?

Kalau korang pun memberikan jawapan ataupun alasan yang sama, meh sini aku nak tanya. Apa sebenarnya tujuan cincin kawin @ tunang dibeli? Adakah kerana ia hendak dijadikan sebagai perlaburan jangka panjang (untuk dijual semula) ataupun ia sebenarnya menjadi simbol ikatan, hadiah, kasih sayang dan penghargaan buat korang? Apa pun jawapannya, terserah kat korang.

Cuma bagi aku, tak sepatutnya timbul isu sama ada ia boleh dijual semula atau tak. (Ini tak kisahlah emas jenis apa sekalipun). Sebabnya cincin risik, tunang mahupun nikah adalah hadiah dan pemberian daripada orang yang cukup istimewa dalam hidup kita. Ia adalah tanda kasih sayang dan penerimaannya kepada kita. Jadi, ia tak harus dijual. Dan kalaulah belum apa2 kita dah pikir tentang 'jual', adakah itu tanda kita betul2 sayang dan menghargai pasangan kita? Atau adakah kita ingin menunjukkan bahawa nilai cincin itu sama seperti nilai cinta kita yang boleh dijual beli? Adakah tergamak untuk kita menjual sesuatu yang menjadi petanda bahawa dia telah memilih kita? Erm... Entahlah... Tepuk dada, tanyalah selera... :)

Monday, February 22, 2010

Tak abih2 deadline!!!

Selasa nih deadline. Selasa depan dan lagi, lagi, lagiiii.... depan pun deadline gak. Adess... Makin lama aku rasa macam makin desperado la pulak. Kepala otak aku pun dah macam makin sengal. Hahaha... Padan ngan muka aku! Tu ler... Elok2 buat monthly, lepas tu gatal nak tukar buat weekly. Meh aku gelak lagi sekali kat diri aku... Hahaha...

Korang nak tau tak satu perkara... (off the record ek... heheheh... - poyo lak aku! :P) aku sebenarnya dah bosan idup macam nih. Aku dah bosan idup mengikut rentak orang. Aku dah bosan terpaksa buat keje bila mana aku sepatutya tengah tidur dan bermimpi yang best2 ataupun bila mana aku sepatutnya tengah bersantai @ bercuti tanpa pikir apa2 pasal story dan deadline. Aku memang betul2 dah bosan!

Lepas deadline bulan 5 nih nanti, aku nak plan something. Something untuk aku... :) Nak tau apa? Hehehe....

Aiseh... kena sambung ketuk story daa... :(

Friday, February 19, 2010

Dulu dan sekarang

Kelmarin aku bagi tau bos cadangan aku nak berenti keje. Hahaha... Cuak dia kejap! (Tapi takde la secuak masa member aku lagi sorang dulu nak berenti keje. Lagipun dia tau aku takkan berenti sekarang. Hehehe... )

Semalam dan kelmarin, aku ngan beberapa bebudak mag aku yang lain menggelabah giler nak kejar deadline PDF. Sampaikan nak lunch pun tak sempat. Patutnya kalau ikutkan belah editorial, editor aku yang patut fully incharge mender tu. Tapi sebab dia ada kursus dua hari, terpaksa la aku ngan member2 aku berkorban skit. Takper la. Bukan selalu kot. Hehehe... Tapi masa tu aku terpikir gak satu mender - kalaulah team aku nih ada assistant editor kan senang. Bila editor takde jer, dia yang akan take over. Dan aku plak leh lepak depan laptop ngan jayanya (dan konon2 buat keje :p).

Aku ingat lagi masa kat mag lama. Aku amat jarang pening kepala pasal mender nih. Yang aku aku kena make sure ialah story aku siap on time. Dan bila tiba masanya, aku akan cek layout (atas paper) lak dan buat payment. Kalau aku terlebih rajin, aku akan gi kat tempat grafik, dan cek layout kat pc budak grafik. Selebihnya aku memang tak amik tau. Bos aku dulu selalu bising sebab aku tak rajin nak amik tau pasal schedule, client dan bla... blaa.... blaaa... Assistantnya pulak bising kat aku sebab aku tak pernah ingat page berapa aku punyer kolum. Hahaha... Memang teruk betul aku masa tu! :P

Tapi masa tu aku boleh buat camtu sebab bos aku ada assistantnya. Bos aku yang sekarang pulak kena buat keje sorang2 sampaikan dia tak menang tangan nak buat semua tu dalam satu masa sebab takde assistant. Aku nak buat perangai cam dulu pun jadik tak sampai hati. Budak2 dalam team aku sekarang nih banyak budak baru. Yang lama aku ngan sorang lagi mamat. Jadik nak tak nak aku ngan mamat tu la yang kena banyak tolong bos aku nih. Tapi mujur gak ada lagi sorang budak team aku nih, walaupun baru dah banyak pengalaman. Jadik, dia pun banyak gak back up kitorang satu team.

Erm... Dah nak kol 12pm nih. Deadline untuk next issue hari selasa depan. Tapi satu story pun aku tak buat lagi. So, aku beransur dulu arr... Adios semua! :)

Saturday, February 13, 2010

Sebelum ayam berkokok!

Serabut! Aku memang tengah serabut. Banyak mender nak kena pikir. Banyak mender nak kena buat. Lepas raya cina nih aku akan start ngan weekly deadline. Adesss... Leh mengah aku camni!

Esok pagi2 morning sebelum ayam berkokok, aku akan balik Ipoh. First time dalam sejarah hidup aku, aku balik time camtu. Pecah rekod nih. Hehehe... Dan pecah rekod gak tadi, aku stay back sampai kol 9 lebih sebab nak siapkan keje. Rajinnyer aku. Cam tak caya jer! Hehehe... Err... Leh ker aku bangun awal nih??? Musykil kejap.... :(

Erm... okehla... Nak bersiap2an untuk gi beradu. So, gute nacht everybody! :)

Monday, February 8, 2010

Resign!

Lately ada satu mender yang asyik dok menyinggah kat kepala otak aku - berenti keje! Errr... Leh ker aku pikir gitu?? Hehehe...

Kalau diikutkan hati, mau ajer aku antar surat resign sekarang. Tapi aku masih ingat lagi pesan orang2 tua - ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadik kesimpulannya idak ler aku jadik aku berenti. Iyer la... Kalau aku berenti, camana la aku nak bayar utang aku yang keliling pinggang tu ek. :D

Tapi apa pun, kalau tak leh nak resign sekarang, suatu hari nanti aku tetap akan resign gak. Tak tau bila... Ujung tahun nih kot. Kalau tak pun, anjak jer la tahun depan. Kalau tak pun, tahun lagi2 depan. Uikss... Sesuka hati aku jer... Hahaha... Belasah jer lahhh! :P

Monday, February 1, 2010

Susah bercakap dengan enggang!

Sebenarnya ada banyak mender aku tak puas hati tentang sesuatu. Kalau ikutkan hati, aku nak cakap terus-terang. Aku nak bagi tau kat dia betapa dia sebenarnya sedang menempah @ mencari masalah. Aku nak bagi tau kat dia yang kalau dia terus leka, padahnya bukan sahaja kat dia. Tapi padahnya akan menimpa gak kat aku ngan kawan2 aku. Aku tau dia sayangkan orang tu. Tapi kalau orang yang disayang dah mula amik kesempatan, wajarkah dibiarkan? Tak bolehkah dia bukak mata luas2. Tengok balik hidden agenda orang tersayang. Tak bolehkah dia nampak yang orang tu sudah mula susun strategi? Tak nampakkah dia satu persatu tembelang orang tersayang? Kalau pun betul matanya buta kerana cinta, tak bolehkah mata hatinya melihat sesuatu yang semakin jelas. Alahai... Susahnya nak bercakap apabila berada di level yang berbeza. Erm... Bilalah agaknya si enggang sudi mendengar bicara si pipit ek? :(

Friday, January 29, 2010

Lepak :)

Malam tadi aku lepak2 ngan Zawie, Mennie dan Khairil kat Old Town White Coffee kat Sunway. Ralit bersembang, tak sedar dah nak kol 11pm. Lama dah aku tak jumpa Mennie ngan Khairil. So, bila dapat bersembang, maka panjangla citernya. Yang sadisnya bila aku nak balik, keta aku kena block ngan van. Jenuh aku dok tekan hon. Lama gak la. Naik panas hati aku dibuatnya. Mujur si Zawie nemankan aku. Kalau tak, tak tau ler aku nak buat apa sorang2 menekan hon. Hehehe..
okeh la... dah lewat nih. Nak gi tido. Adios :)

Wednesday, January 27, 2010

Cuti ~ letih!

4 hari aku bercuti. Tapi sepanjang 4 hari, aku tak rasa bercuti pun. Letih arr... Memanjang jer dalam keta sampaikan lenguh dah pinggang aku nih hah. Nih pun kepala kena pikir bab keje opis yang tak siap. Adess... leh pressure ini macam!

Tapi alhamdulillah, aku sempat setelkan beberapa perkara. Kurang skit beban kat kepala otak aku nih.

Erm... Ngantuk arr... Gud nite :)

Friday, January 22, 2010

Cikguku... :)

Tadi cikgu sekolah rendah call aku. Terkejut tol aku. Tak sangka dia ingat lagi kat aku. Bayangkanlah.. Masa dia ajar aku, waktu itu umur aku baru 11, 12 tahun. Sekarang nih umur aku dah pun 30. Uishh... Memang terharu tol aku. Mana taknya, cikgu yang mengajar aku masa sekolah menengah pun dah lupa kat aku. Add aku kat facebook pun tak sudi. Tapi takper. Yang penting aku masih diingati orang, lebih2 lagi orang tu adalah cikgu yang memang baik ngan aku, ngajar aku sampai aku betul2 paham, tak anggap aku nih bodoh dan menyusahkan dan dia memang betul2 seorang cikgu. Tak macam beberapa orang cikgu lain yang nama jer cikgu tapi tak serupa cikgu! Uikss.... cam berpusing2 lak ayat aku nih!! Hahahaha....

Okeh... Nak blah dulu. Banyak mender nak buat lepas nih. Adioss... :D

Tuesday, January 19, 2010

Horoskop

Korang percaya pada horoskop?

Siang tadi sorang kawan aku menyuruh aku baca horoskop. Dengan horoskop dia kata kita boleh mengenal orang. Dan kita jugak boleh tau sejauh mana keserasian kita dengan seseorang. Korang percaya?

Sejak zaman budak sampai la sekarang, aku tak pernah percaya horoskop. Dulu masa sekolah aku suka gak baca. Tapi bukan aku percaya pun. Sajer suka2. Sebenarnya kawan aku tu bukan orang yang pertama. Ada lagi beberapa orang kawan aku yang lain mencadangkan aku perkara yang sama - baca horoskop! Entahlah... Banyak sebab sebenarnya aku tak berapa nak layan horoskop. Dan kadang2 aku rasa horoskop mengarut. Tapi bagi orang yang percaya ngan horoskop dah tentu tak setuju ngan pendapat aku.

Mengenali dan memahami personaliti seseorang memang suatu perkara yang patut dibuat. Tapi menggunakan horoskop sebenarnya tak begitu tepat. Dan kalau terlalu percaya sangat dengan horoskop pun tak elok juga. Cubalah korang nilai betul2 - sejauh mana horoskop korang sama ngan korang? :)

Saturday, January 16, 2010

Panjang tol aku membebel.. Musykil nih!

Siang tadi masa aku buat story tentang cinta siber, terus aku teringat masa zaman muda belia dulu. Nak kata aku ketagih chatting masa tu, tak jugak. Biasanya aku chat masa buat assignment kat CC. Kira macam selingan la. Dengan kata lain menjadi tempat aku melepaskan boring, tension dan blur. Hehehe..

Selalunya aku guna nick yang langsung takde ciri feminin. Tapi bila tiba masa aku dah betul2 tak leh nak buat keje, boring plus blur, konfem aku guna nick pompuan. Masa tu berebut2 la lelaki satu malaya menegur sapa aku. Kalau diikutkan aku sebenarnya tak kisah pun borak ngan lelaki ke pompuan ker. Mana2 pun boleh. Cuma aku rasa layan pompuan bersembang nih kadang2 cam boring skit. Satu yang aku perasan (masa tu) - kebanyakan pompuan bila borak ngan lelaki, ayatnya cukup membosankan. Jiwang karat... cam baik... cam bersopan...pendek kata, diorang nih suka kontrol ayu. Bila dapat tau jer aku pompuan, terus senyap tak nak layan aku sembang dah. Nth apa2 jer. Lelaki pulak lain skit. Ngan sesama lelaki pun diorang leh berborak. Cuma cara borak dan topik yang disembangkan tak sama dengan kalau diorang sembang ngan pompuan (nih pemerhatian aku pada masa tu sahaja). Tapi satu mender yang paling aku tak suka masa berchatting bila pihak lagi satu bertanya - asl. Ish.. Meluat tol aku nak jawab! Cam takde soalan lain! Biasanya kalau orang tanya camtu, aku buat tak tau jer. Padan muka! Hehehe..

Dolu2 aku nih agak nakal skit. Bila chat ngan lelaki, kadang2 aku akan mintak nombor talipon mamat tu. Lepas tu aku akan talipon dan kacau dia. Cam biasa la. Mamat tu konfem ayat aku. Dan aku pun layan la dia. Kasi dia syok skit. Tapi selalunya lepas tu aku dah tak talipon dia dah. Tapi bukan semua nombor yang aku amik tu aku akan talipon.Ikut mood aku gak. Bila aku rasa boring, takde mender nak buat, masa tu la aku start kacau orang. Tapi bukanlah tiap2 hari. Lagipun aku buat mender tu pun sajer suka2. Apa yang mamat2 tu cakap pun bukannya masuk kat kepala aku. Sebab tu diorang ayat aku camana dasat pun, aku tak cair.

Selalunya aku guna public phone. Masa bercakap ngan mamat tu semua, aku pakai nama lain. Lokasi sebenar aku pun aku kelentong. Tak kuasa aku nak jadik orang jujur masa tu. Dulu2 bila ada orang mintak nombor talipon, aku memang tak bagi. Lagi pulak dulu aku memang takde handphone. Tapi kalau dah orang tu mengada2 sangat, nak gak nombor, aku pun bagi la satu nombor nih. Nombor tu sebenarnya bukan untuk bergayut. Tapi just tempat nak tinggalkan masej. So, ramai la mamat yang menalipon nombor tu. Semuanya tensen sebab setiap kali talipon jer, suara operator yang kluar. Sian diorang. Hehehe... Seingat aku, aku pakai handphone masa hujung part 2. Tu pun bersebab. Lepas aku pakai hp, ada gak la aku bagi nombor tu kat orang yang aku chat. Tapi tak semua. Dan aku tak bagi terus masa tu pun. Biasanya bila orang tu memang leh ngam dan boleh dipercayai sebagai kawan, baru la aku kasi number tu. Tu pun leh dibilang ngan jari.

Ada gak budak2 chatting yang aku pernah jumpa. Dan ada gak antaranya yang aku pernah jumpa sekali jer dan lepas tu aku tak hingin nak jumpa dia dah. Biasanya orang2 camni memang takkan tau nama betul dan nombor talipon aku. Tapi ada gak antara mereka yang jadik kawan baik aku. Tapi sayang, lepas sorang2 lost contact ngan aku terutama lepas aku tukar nombor. Ada beberapa orang yang aku masih ingat sampai sekarang. Paling baik ngan aku ialah Azam. Lepas tu Mael. Mael nih pun rapat gak ngan aku. Kadang2 aku rasa cam dia nih abang aku lak. Lepas tu Firdaruddin (ish.. betulker ejaan aku nih?). Dia pun baik gak ngan aku. Sangat baik... Ada gak beberapa nama lain. Tapi aku tak berapa nak ingat dah. Lama sangat... Semuanya tu masa zaman aku tengah study. Habih study, aku dah tak rajin nak berchatting kat internet. Kalau chat pun, aku dah tak rajin nak jumpa2 semua. Aku malas dan tak berminat!

Dalam tahun 2005 atau 2006 kot (tak sure), aku selalu masuk alamak. Masa tu aku tak rajin pun chat. Aku masuk situ setakat nak ilangkan bosan - baca sembang mengarut (selalunya kelakar) bebudak kat situ, kemudian aku gelak sorang2. Letih gelak, aku sambung balik buat keje. Tapi ada gak sesekali aku menyebok kat situ. Sekadar nak ilangkan bosan. Tapi walaupun aku jarang bersembang kat situ, aku ada geng aku sendiri kat situ. Dulu aku pernah gak melepak ngan diorang gi minum ngan jalan2. Masa tu memang best. Tapi lepas aku dah dapat memo daripada opis pasal alamak, aku dah stop. Hubungan aku ngan bebudak tu pun renggang. Kemudian aku masuk TDC lak. Yang nih memang aku tak aktif. Hehehe...

Kadang2 bila aku nengok berita pasal citer budak pompuan kena rogol atau kena tipu ngan kawan internet, aku rasa cam sedih pulak. Naper leh jadik camtu? Sedangkan dulu pun aku pernah gak buat camtu. Erm.. Nih cuma pendapat peribadi aku jer la.... Budak2 zaman sekarang nih walaupun dah ramai yang bijak dari segi IQ, tapi dia lemah dari segi lain. Sebab dia pikir dia pandai, jadik apa yang dia buat semuanya dipikirkan betul. Dia tak pikir panjang dan tak cuba belajar macam mana nak menilai ataupun nak meletakkan kepercayaan pada seseorang. Diorang nampak matang, tapi sebenarnya masih kebudak2an. Bagi yang kurang kasih sayang keluarga pulak, bila disogok dengan ayat2 lentok oleh lelaki, dia mula mudah lentok. Siannya aku ngan diorang.

Erm... panjangnya aku membebel malam nih. Err... Kalau ada yang tiba2 terasa hati, aku mintak maap ek. Okeh la. Masuk tido dulu. Gud nite bebeh... Hehehe...

Wednesday, January 13, 2010

Quit! Not quit?

Awal tahun nih ramai budak kat opis aku yang berenti keje. Ada antaranya yang memang aku dah sedia maklum akan sebabnya. Apa pun aku harap diorang hepi dengan apa pun keputusan yang diorang amik. Dan aku pulak... Tempoh maksimum lima tahun yang pernah aku letak dulu dah lama berlalu. Dan setiap kali ada staff yang berenti terutama yang baik ngan aku, tentu aku akan rasa jeles. Aku akan bertanya kat diri aku – Kenapa aku tak berhenti macam diorang? Kenapa aku tak amik keputusan camtu? Kenapa aku tak dapat peluang sebaik diorang? Apa jadik ngan cita2 aku? Adess... Bila timbul soalan2 camni, aku mula sakit hati ngan tensen.


Aku pernah cakap ngan seseorang pasal mender nih. Dan dia kata kat aku, kalau ada rezeki dan izin Tuhan, dia akan realisasikan cita2 aku. Erm... Bunyinya cam best jer. Tapi masalahnya, itu cita2 aku. Bukannya cita2 dia. Kenapa aku perlu bergantung harap pada orang lain semata2 nak jadikkan impian aku satu kenyataan? Erm... Tapi masalahnya sekarang, aku masih lagi di sini. Aku masih tak berusaha ke arah tu. Naper ek??


Erm... kalaulau impian aku tercapai... :)


Tuesday, January 12, 2010

Lagi aku mengomel...

Dalam banyak2 jalan untuk ke satu tempat, mengapa perlu mengikut jalan yang bengkang-bengkok dan bersimpang-siur kalau sudah ada jalan lurus yang lapang? Adakah dengan memilihnya, itu menunjukkan kita ini seorang yang hebat, berani dan bijak? Tidak mengapa kalau kita memilihnya hanya kerana kita tidak tahu jalan yang lain. Tapi, kalau sudah tahu, kenapa masih mahu menyusahkan diri dan juga orang lain. Bukankah itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran kita?

Kadang2 orang tertentu sengaja mereka2 peraturan atau prosedur yang tak perlu. Kononnya memudahkan keadaan, lebih tersusun, lebih berdisiplin, lebih bagus dan bla... bla... Tapi betul ke itu matlamatnya yang sebenar? Kalau itulah tujuannya peraturan dan prosedur dibuat, ia sepatutnya tidak akan menyusahkan orang, lebih praktikal, lebih sistematik. Dan pada masa yang sama, orang terbabit kena bersedia menerima teguran dan berani melakukan perubahan selagi matlamat tersebut tidak berjaya dicapai. Tapi, kalau ini semua tidak berlaku, baru ditegur sedikit sudah melenting seolah2 dialah bagus dalam serba-serbi, itu tandanya syok dan perasan sendiri. Boleh jadi, dia juga mewujudkan peraturan dan prosedur itu kerana ada agenda yang tersirat ataupun sengaja mahu meraih populariti.

Aku juga musykil dengan beberapa golongan yang 'lurus bendul' yang kononnya tidak berani mengubah hanya kerana itu atas arahan bos. Bukankah bos itu juga manusia? Kalau kita berjumpa dia dan memberikan sebab kenapa kita mencadangkan sesuatu itu diubah, tentu dia akan menerimanya jika ia relevan. Kalau dia menolak, itu tak mengapa. Sekurang2nya kita dah meluahkan pendapat kita. Tapi kalau kita cuma berdiam diri dan mengikut, erm... entahlah... aku tak nampak di mana letaknya tahap kepuasan kita bekerja. Dalam melakukan sesuatu, kita harus membebaskan diri daripada hanya berada dalam satu skop atau ruang kecil kepada yang lebih luas supaya kita lebih kreatif. Dan bagi orang yang menerima idea, cubalah lihat dengan fikiran yang lebih terbuka. Bukalah luas2 empati diri anda...

Sunday, January 10, 2010

Mana peginya idea? Blurrr...

Aku nak tulih something kat sini. Tapi aku takde idea. Idea aku dah kering kontang. Mungkin sebab aku dah banyak sangat perah kepala otak last week kot. Ataupun mungkin gak aku takde idea sebab kepala otak aku nih dah letih sangat dan berserabut dengan macam2 mender.

Bermula dari Januari nih, keje aku kat opis memang berlambak. Kalau dulu, kol 6 lebih skit jer, sure aku dah blah tinggalkan opis. Tapi sekarang nih kol 7 lebih aku masih lagi tercangak kat opis. Lagi lambat bila aku kena dok check layout dan mengedit kat grafik macam last week. Sangat letih dan sangat stress! Tapi takper la. Yang penting hasil yang dah diprint nanti (yang akan korang tengok nanti) lebih baik daripada 1st edition yang dah kitorang keluarkan bulan Disember tahun lepas.

Erm... Tak sabar nak bercuti. Aku nak balik kampung! Aku nak rehat!! Nak relax puas2... Erm... Tapi leh ker??? :(

Wednesday, January 6, 2010

Gud nite lagi...

Beberapa hari pertama pada Januari 2010 tak ada banyak yang menarik. Cuma yang ketaranya aku makin sibuk. Sangat2 sibuk ngan keje opis yang menimbun. Semalam ngan hari ini aku menghabiskan masa dari pagi sampai petang kat tempat bebudak grafik. Esok pagi lepas meeting jap ngan bos dan bebudak lain, aku akan melepak semula kat tempat grafik. Sambil2 tu melayan mamat dua orang tu bersembang. Ok gak tu... At least kurang skit ketensenan aku mengadap skrin monitor nih hah. Hehehe...

Lately banyak mender yang kena aku pikir dan jugak yang kena aku setelkan. Adess... Poning kepalo den. :( Harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Aminnn....

Erm... Dah start ngantok dah mata nih. So, aku gi tido dulu ek. Gud nite semua... :)

Monday, January 4, 2010

:)

Hepi birthday mak... :)

Wednesday, December 30, 2009

Selamat tahun baru :)

Esok last day sebelum tahun baru. So far aku belum ada perancangan lagi. Mak aku suruh aku balik. tapi minggu ketiga bulan Januari nanti aku kena balik gak. Erm... Aku lom decide lagi. Tengok la macam mana. Masih ada masa lagi untuk plan something.

2009 banyak dugaan untuk aku. Tapi takper la. Dugaan memanglah susah untuk kita hadapi. Tapi dugaan itu penting untuk mewarnai kehidupan kita, supaya kita lebih matang, bijak dan pandai menghargai. Malah, ada kalanya pengakhir dugaan itu akan menyebabkan kita lebih tersenyum manis. Sebab kita tahu pengakhirnya adalah suatu yang terbaik untuk kita - hadiah dari Allah SWT. :)

Seperti biasa, aku memang tak rajin mencipta azam. Memang kadang2 azam itu penting sebagai cara untuk kita memotivasikan diri. Tapi kalau azam cuma sekadar hangat2 tahi ayam (macam yang selalu berlaku dulu kat aku), baiklah tak payah. Buat letih jer. Hehehe... Cuma aku kena akur. Banyak pengorbanan yang kena aku buat pada 2010. Dan pada masa yang sama, banyak jugak mender yang aku kena plan secara proper. Tak leh tibai cam aku buat selalu. Apa2 pun aku akan cuba buat yang terbaik...

Kepada kawan2 semua, aku ucapkan selamat tahun baru. Semoga 2010 menjadi tahun yang cukup bermakna dan membahagiakan buat kita semua. Amin...

Tuesday, December 29, 2009

Kenal diri guna fingerprint

Banyak cara nak mengenal diri. Dulu aku pernah belajar guna Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Sebelum tu ada yang ajar aku guna kekuatan tangan. Ada jugak yang cuba2 nak kenal diri melalui macam2 cara seperti yang pernah dibagi tau oleh Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah. Misalnya tarikh lahir etc. Antara banyak2 cara tu, aku rasa MBTI antara yang paling relevan (nih pendapat aku sendiri) :)

Baru jap tadi, aku jumpa ngan orang2 dari Airborne Discovery Sdn Bhd. Diorang perkenalkan satu lagi kaedah yang (mungkin) lebih praktikal dan (mungkin) boleh dipercayai. (aku letak mungkin sebab aku tak tau sejauh mana ketepatannya). Kaedah yang digunakan ialah fingerprint analysis. Menggunakan satu gadget dan special software, kita hanya perlu scan cap jari semua jari kita. Lepas tu ia akan dianalisis untuk melihat siapa kita - kekuatan, bakat etc. Ia dikatakan bukan ramalan tetapi lebih kepada analisis genetik. Dikatakan jugak, resultnya 80 peratus tepat dan relevan seumur hidup.

Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang tengok la kat website nih. www.airbornediscovery.com. (Aku sendiri pun lom sempat tengok. Hehehe..)

Jalan2 kat negeri orang...

Baru2 ni masa aku pegi ke Singapore, aku betul2 rasa Malaysia lagi best. Memang aku akui kat sana dengan kat sini tak banyak beza (melainkan mata wang mereka yang lagi tinggi dari kita). Bahkan masa kat sana, aku tak rasa pun macam aku berada kat luar negara.

Masa mula2 aku naik MRT (tengah hari) aku rasa Singapore macam sunyi sepi. Tak nampak padat pun. Tapi bila start petang sampailah ke malam, baru aku dapat rasa yang Singapore memang padat. Masa tu kat tepi jalan, shopping complex ngan stesen MRT penuh ngan orang. Kepadatannya memang mengalahkan kita kat sini sampaikan aku rasa naik rimas. Dan mender yang paling aku tak suka ialah cara dia melayan orang kita masa kat imegresen - kasar dan tak bersopan. Malah driver bas yang nak cross dari sana ke sini pun sangat teruk. Orang yang jaga bas tu pun sama gak. Masa aku nak naik bas 950 dari sana ke sini, aku tak dibenarkan naik bas dengan alasan aku salah tempat Q. Dia bukan sahaja tak nak bagi aku naik, tapi dia bercakap dengan cara yang sangat kurang ajar. Lepas tu bila aku dah lepas kat imegresen M'sia, lagi sekali aku tensen bila bas 950 tu tak datang2. Ada sorang aunty (orang S'pore) cakap, bas tu dah dua kali lalu, tapi tak nak berenti bagi dia naik. Hangin tol aku ngan bas tu. Dah la bayar mahal, tak pasal2 aku kena amik bas lain dan beli tiket bas baru. So, kalau korang nak naik bas, jangan naik bas 950!

Kat sana aku banyak menghabiskan masa kat Orchard Road. Situ memang ada banyak shopping complex. Tapi dah tentulah harganya mahal2. Memang tak sesuei orang macam aku nak gi shopping kat situ. Heheh... Masa jalan2 kat situ, aku ada try ais krim dia (jual kat tepi jalan je). Harga untuk satu potong cuma S$1 jer. Saiznya lebih kurang sama besar dengan hp Nokia E72. Tapi tebal. Bahagian depan ngan belakangnya diletakkan dengan biskut nipis. Ada banyak perisa dan memang sedap. Member aku cukup giler ngan aiskrim nih. Dan cam biasa, bila dia beli, sure aku akan cilok sikit. hehehe...

Kat shopping complex area Orchard Road memang susah nak jumpa surau. Rasa2 aku memang takde kot. Jenuh berpusing mencari surau, akhirnya aku semayang kat Masjid al Falah. Masjid tu tak macam masjid biasa. Ia bersambung dengan bangunan lain. Kalau tengok kat luar tanpa baca signboard, mungkin kita tak perasan itu adalah masjid. Lepas tu, aku pegi tempat lain lak. Aku tak tau area mana. Aku main ikut jer member aku bawak. Last sekali sebelum balik member aku bawak gi Jalan Sultan - pekena murtabak. Boleh tahan gak rasanya. Kedai yang aku makan tu betul2 berdepan ngan masjid. Kat jalan Sultan tu banyak kedai kain.

Ada dua perkara lagi yang aku suka pasal S'pore. Esculatornya laju2 belaka. So, kalau korang nak naik ke atau nak turun kena careful. takut terjatuh. :) Lepas tu tiket MRT tu kita boleh jual balik. Satu tiket tu leh dapat S$1. Kira ok la tu kan? Hehehe.. Kat sana pun agak susah nak mencari makanan halal melainkan kalau pegi ke kawasan orang Islam macam Jalan Sultan.

Ok la. Dah panjang dah aku membebel. Lain kali sambung lagi. Adiossss...

Tuesday, December 15, 2009

Sekadar memberi pendapat

Malam beberapa hari lepas, ramai yang datang ke rumah aku di Ipoh. Antaranya termasuklah beberapa orang yang memang berkhidmat dalam bidang agama. Macam biasa, bila berjumpa kami mulalah bersembang2. Dan sudah tentulah ia ada berkaitan dengan agama termasuklah tentang Dr. Asri dan Wahabi.

Sebelum nih pun masa aku menjual majalah aku (tabloid) yang kebetulan ada gambar Dr. Asri, ada public (terutamanya golongan pakcik2) yang tak nak beli. Diorang bukan sahaja sinis, tapi menolak dengan alasan dalam tu ada Dr. Asri yang Wahabi. Menggeleng aku dibuatnya. Alahai... Kenapalah dangkal dan emosionalnya manusia bernama Melayu nih?

Aku bagi tau diorang, Dr. Asri menafikan dia orang Wahabi. Balas mereka pulak, Dr. Asri menafikan sebab dia sendiri tak sedar yang dia dah mengikut Wahabi. Bila diorang jawab macam tu, aku pun terdiam. Maklumlah... Kalau nak dibandingkan dengan diorang, pengetahuan agama aku tak banyak mana pun. Apa aku cakap pun, bukan ada yang nak mendengar sangat.

Sebenarnya kat sini aku bukan nak bercerita pasal Dr. Asri. Dan aku pun bukan penyokong dia. Cuma yang aku nak timbulkan kat sini ialah kenapa kita dengan senangnya membuat satu kesimpulan mudah?

Rata2 kita semua tau, orang Melayu Islam secara turun temurun. Sebab itu banyak perkara tentang agama seperti bab semayang dan puasa yang kita tahu dan lakukan adalah bermula daripada ikut2an. Kalau korang tak percaya, korang boleh lihat secara psikologinya dalam masyarakat kita terutamanya bagi korang yang ada anak atau adik kecik dalam umo antara 3 dengan 5 tahun. Masa korang semayang, masa tu la si kecik tu nak menyebok semayang sekali. Korang tak payah suruh pun, dia sendiri akan nak buat tanpa dia tahu apa tujuan dan falsafah sebenar di sebalik semayang.

Apabila kita lebih kepada Islam turun-temurun dan ikut2an, kita kurang terdorong untuk belajar lebih lanjut tentang agama kita sendiri. Kita juga kurang membuat research menyebabkan apabila ada seorang guru yang kita percaya dan yakin bercakap tentang sesuatu, kita terus menerimanya dengan mudah tanpa berfikir, menilai dan mencari sumber lain. Sebab itu apabila ada pihak lain yang menyatakan sesuatu dengan hujah yang berbeza atau bercanggah dengan tok guru tersebut, kita akan mudah melatah. Dan akhirnya dengan mudah kita melabelkan orang tersebut sesat.

Macam kita, guru agama atau ulama pun orang biasa. Dia tak sempurna dan pengetahuannya bukan menyeluruh. Mungkin dia tahu tentang sesuatu perkara, tetapi tidak beberapa perkara lain. Sebab itu apabila timbul sesuatu isu tentang agama, orang2 berkaitan tidak harus hanya berusaha untuk menegakkan pendapat sendiiri. Tetapi cuba lihat pendapat yang lain dengan cara berbincang dan berdebat. Pada masa yang sama, ia kenalah disertakan dengan hujah2 yang tepat dan bukti yang sahih seperti hadis etc. Bukalah minda agar kita lebih matang, bijak dan berilmu. Tak rugi sebenarnya kita cuba menerima pandangan orang. Yang baik dan betul kita terima. Tapi yang tak betul dan tak baik kita janganlah pula ambil. Bukankah itu lebih baik daripada masing2 bertelagah tak tentu kira macam orang dungu?

Maap kalau aku tersalah tulis ataupun ada yang tersinggung hati. Ini cumalah pendapat peribadi aku - orang yang masih cetek ilmu :)

Monday, December 14, 2009

Kisah beberapa hari lepas

Beberapa hari lepas...

Keta aku telah diceroboh oleh seorang minah gila (meroyan) yang diescort oleh seorang lagi lelaki gila lain di Ipoh dan pada masa yang sama aku ada kat dalam keta tu. Cara orang gila tu betul2 buat aku cuak, takut dan agak menggelabah. Alhamdulillah aku berjaya mintak minah gila tu keluar daripada keta aku secara baik walaupun setelah dia mengancam dan mengugut aku. Terima kasih kawan, guard dan beberapa orang lain yang telah cuba tolong aku yang sedang terperangkap dalam keta sendiri. Cuma moral of the story kat sini, bila nak kluar jer dari keta tak kiralah driver ataupun mana2 passenger di mana2 pun, make sure tengok dulu kat luar. Jangan main kluar sesuka hati jer sebab any time orang jahat mahupun orang yang tak berapa betul serbu masuk kat dalam keta cam aku kena. Dan kalau berdepan dengan gila, jangan cepat panik dan melatah... :)

Aku jugak telah ternampak ternampak seseorang baru2 nih, tapi aku tak nak tegur dia. Banyak sebab sebenarnya naper aku tak nak tegur dia. Tapi alasan yang paling mudah dan selamat, aku tak tegur dia sebab tempat dan masa yang tak berapa nak kena. Leh gitu? Cam hampeh jer alasan aku tu! Hehehe... Masa tu hati aku 50-50 nak tegur dia ke tak. Dan masa tu gak terdetik kat hati aku - adakah dia masih anggap aku seorang kawan dan adakah dia akan menegur aku kalau dia ternampak aku dulu? Erm... Aku takde jawapan. Tapi bila masuk dalam keta, aku mula mengutuk balik perangai aku. Kenapa la aku buat camtu? Cam bukan aku jer... Ish.. Musykil tol! Takper2 lepas nih elakkan daripada buat perangai yang sama. Tak baik cekk... Korang pun jangan ikut perangai tak elok aku tu :)

Tuesday, December 8, 2009

Rasa kagum jap!

Rasa cam tak caya jer aku leh edit blog masa nih. Facebook pun boleh. Kagum jap aku! Hehehe...

Sebenarnya aku tak kisah pun leh bukak facebook ngan blog ke tidak masa opis hour. Tak leh bukak pun takper. Takde hal. Sebab aku pun bukannya sorang yang aktif facebook. Cuma blog jer aku rajin skit. Tapi tetap tak rajin mana pun. Hehehe...

Okeh la... Just nak citer tu jer. Nak sambung buat keje balik.

Adios! :)

Khat


Khat dari ust. Baki :)

Monday, December 7, 2009

Natrah

Aku rasa sure ramai yang tau pasal Natrah -perempuan Belanda yang dulunya pernah dibesarkan oleh seorang perempuan Melayu di Kemaman, Terengganu. Kemudian dia berkawin dengan Mansor Adabi pada umur 13 tahun sebelum dibawa balik secara paksa oleh mak bapak kandungnya ke Belanda.

Sebenarnya aku malas nak bercerita pasal dia. Kat sini aku cuma nak citer pasal teater bertajuk Natrah yang aku tengok hari Sabtu malam Ahad lepas.

Sebelum aku gi tengok, ada gak aku tanya komen member aku. Diorang kata syok. Lepas tu bila aku baca review dari paper, nampak cam best jer. Jadiknya aku dengan tak sabarnya pergi la nengok kat Istana Budaya. Tapi sayangnya, teater tu betul2 tak macam yang aku harapkan.

Nih pendapat peribadi aku:
Jalan citer dan plotnya slow. Monolog Sofea Jane sebagai Natrah berumur 70 sebagai pembuka citer sangat bosan dan mengelirukan disebabkan terlalu panjang berjela2. (Kat situ pun aku sempat menguap beberapa kali.). Banyak scene yang tak perlu (dan kelihatan sangat berlebihan) seperti waktu Maya Karin (Natrah umur 13 tahun) di gereja. Aku tak nampak apa keperluan scene tu dan apa gunanya mengeluarkan lagu (mungkin lagu di gereja) berserta tanda salib yang besar dan petikan dari bible. Dan endingnya pun bagi aku nth apa2. Citer nih langsung tak menyentuh hati aku, hambar, kaku dengan kesinambungan scene yang kurang mantap. Aku tak tau apa sebenarnya yang hendak disampaikan. Jadik kat sini aku rasa tak salah aku katakan yang matlamat dan masejnya tak kesampaian. Aku tau teater nih try untuk berdiri di atas pagar. Tapi masalahnya aku tak nampak kejayaannya berbuat macam tu. Malah, aku rasa penulis dan pengarahnya seperti kurang peka dengan agama lain. Atau dengan kata lain, seperti tidak menghormati agama Kristian. Memang aku bukan Kristian. Aku orang Islam. Selaku orang Islam, dah tentu aku amat sensitif dengan agama aku. Jadi, sebagaimana aku, orang yang beragama Kristian pun mesti begitu juga. Melihatkan citer tu, tak mustahil orang Kristian yang menengoknya akan tersinggung. Dalam pada itu, banyak benda2 kecil yang kurang diberi perhatian. Contohnya penggunaan tutup kepala semasa mengaji Quran dan pembacaan al Quran yang juga salah. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak komen. Tapi mata aku dah ngantuk. So, aku nak gi tido dulu.

Bagi sesiapa yang tak setuju, harap tak amik hati. Seperti yang aku bagi tau tadi, nih hanya personal opinion dari aku :)

Tuesday, December 1, 2009

...

Aku sebenarnya lapar. Tapi aku takde selera nak makan. Aku rasa cam nak tidur. Biar aku lebih waras dan bertenang. Tapi kat mana aku nak tido kat dalam opis nih? Takkan bawah meja kot! Dah jadik macam tikus mondok lak. Hehehe..

Hari nih aku telah hilang RM300 lebih. Memang menyedihkan. Erm... Tapi sebenarnya ada mender lain yang lebih menyedihkan aku hari ini. Dan sebabkan tu aku betul2 merajuk hati.

Bagi korang yang betul2 kenal aku, tentu korang tau aku jenis yang macam mana. Korang kutuk aku ker, ngata aku, usik aku ker dan bla... blaa.... memang aku tak rajin amik hati. Hangin ker, merajuk ker semuanya kejap jer. Kalau majok pun, tak yah susah2 pujuk aku sebab aku akan baik sendiri. Tapi hari nih lain. Sangat2 lain...

Memang aku degil dan keras hati. Tapi seperkara yang aku pegang, benda2 yang dah lepas tu udahlah. Tapi aku tau tak semua orang pikir camtu. Macam 'dia'. Tapi sampai bila dia nak buat camtu kat aku? Setelah aku pergi pun, dia masih nak macam tu. Kadang2 aku tertanya sorang2, sampai bila? Adakah dia berdendam? Adakah ego dan statusnya tercabar sangat dengan aku? Tak apalah. Kalau itu yang boleh membahagiakan hidup dia, terserah. Teruskan selagi boleh.

Dan kalau RM300++ tu adalah harga untuk aku 'keluar', aku reda. Kalau duit tu memang hak aku, Insya-Allah Allah tentu akan pulangkan. Aku yakin tentang itu. Sebab Allah maha agung.

Moga2 Allah akan tabahkan aku. Amin....

Buat dia...

Ada sesuatu yang aku nak katakan pada dia (walaupun aku tahu dia takkan baca...)

'Aku cuba tak nak amik hati. Tapi maap... Aku tak mampu.
Aku cuba juga untuk berdepan. Tapi mintak maap gak. Aku takde kekuatan untuk itu.
Aku tak tau sampai bila. Sebab selama ini aku tak pernah rasa macam ni.
Tapi aku berdoa dan berharap, luka nih akan cepat sembuh. Supaya bila kita berjumpa nanti, senyum aku tidak lagi sekelat sekarang dan hati aku tidak lagi sepedih ini.
Maafkan aku...'

Wednesday, November 18, 2009

Boikot!

Pernah ker korang memboikot? Apa yang korang boikot dan kenapa korang memboikot? Sebagai manusia, bukanlah suatu yang menghairankan apabila kita buat macam tu. Tapi, kalau nak buatpun biarlah sebabnya jelas dan wajar. Macam orang lain, aku pun pernah memboikot jugak. Terbaru aku telah memboikot seorang minah model sebab menjaja cerita tentang aku yang jugak melibatkan orang lain yang langsung takde kaitan pun. Sian kat orang yang lagi sorang. Takde kaitan pun leh kena tempias.

Dan sekarang nih pulak, aku seakan2 sedang diboikot 0leh satu grup yang dulu pernah bersusah senang dengan aku. Sebenarnya aku tak berapa paham kenapa diorang boikot aku (kalau betul). Lagipun aku tak nampak sebab yang munasabah. Mungkin keputusan dan tindakan yang dah aku buat tempoh hari menjadi penyebab. Tapi tetap aku tak nampak di mana kewajarannya. Sepatutnya diorang lega dengan keputusan aku.

Walau apapun keadaannya, aku tak berdendam dengan diorang. Dan aku takkan boikot saper2 pun antara mereka. Cuma aku sedih jer la. Tu jer...

Apa2pun aku tetap doa diorang bahagia dan ok selalu. Amin....

Wednesday, November 11, 2009

Letih membebel!

Ada masanya aku rasa nak berterus-terang bukanlah suatu yang susah. Cakap dan luahkan saja. Kemudian buat muka bodo macam takde mender berlaku. Tapi ada waktunya aku rasa cam susah sangat. Dapat pulak orang tu ala2 cam kayu. Cakap camana pun cam takde paedah jer. Ibarat masuk telinga kiri, keluar balik telinga kanan. Akibatnya aku terpaksa membebel sorang2. Sebijik cam orang bodo yang tak berapa nak betul. Adess... Tensen tol! Dan itulah yang aku rasakan tadi. Disebabkan mender camtu, mender yang aku nak buat lom lagi sempat aku nak setelkan. Hangin tol!

Monday, November 9, 2009

Citer pagi tadi...

Pagi tadi masa nak breakfast, aku terjumpa lalat mati dalam ketiaw aku. Adess... potong tol la. Dah la lapar giler. Tak jadik makan! Sampai sekarang aku masih lagi menahan lapar. Takper2... consider diet jer. Hahaha... Tapi esok siaplah cafe kat bawah nih! Akan aku komplen ngan diorang. Biasa sangat tu!!!

Dalam menahan lapar, bos aku lak datang kat aku. “Jom meeting!” dia cakap sambil menyengih. Dan aku pun menyengih la balik. Hehehe... Dalam meeting dia remind kitorang – deadline rabu nih! So, apa lagi... Aku pun terus dok menyebokkan diri mengcontact ahli geologi dan meteorologi. Sebenarnya aku dah berjaya contact orang kat jabatan meteorologi dari last week. Cuma nak buat follow up sama ada leh interview ke tak. Surat aku dah email lama dah. Cuma masalahnya kat geologi nih hah. Susah tol nak dapatkan PRnya. Bila dah dapat, dia suruh aku contact orang lain. Mesti amik masa lagi. Iyer la... Nak kena buat surat la... Tu pun lom tentu dapat. Biasa la... Kalau nak deal ngan gomen memang leceh. Kena amik masa lama sebab banyak sangat prosedurnya. So, aku try kejar lecturer UM dalam bidang geologi lak. Tapi dah banyak kali gak aku call opis diorang. Tapi sampai sudah takde saper pun yang jawab call aku. Adess.. Agaknya memang lecturer nih ramai yang tak suka lekatkan opis kot. Erm... takper2. Nanti karang aku try lagi.

Okeh... nak gi lunch. Adios

Sunday, November 8, 2009

Mau tido!

Serius... Aku ngantuk sangat2. Tadi teringat gak nak tido awal sebenarnya. Tapi bila dah start buat keje, nih ler jadinya. kalau ikutkan aku nak sambung lagi. Tapi mata aku dah ngantuk. Dah tak tahan nak berjaga. Okeh ler. Gud nite...

Friday, November 6, 2009

Kepala mengong!

Dalam sibok2, sempat lak aku menukar template. Hahaha... Ntah apa2 jer aku nih. Sebenarnya kepala aku tengah berat nih. tak tau naper. Rasa cam mengong lak. Kalaulah ada orang tolong picitkan, sure best. Hehehe... Mengada2 lak aku nih. :P

Malam nih macam2 aku kena buat sebab esok schedule aku padat giler. Esok macam2 aku kena buat. Esok kena bangun awal sebab aku dah janji ngan makcik sorang tu. Aiseh... Lupa lak. Lusa pun aku kena bangun awal gak sebab dah janji gak ngan orang. Adess... Tak dapek la aku nak bangun lambat weekend nih :(

Erm.. Okehla. Nak sambung buat keje jap. Lepas tu setelkan kain yang dah berendam dari kol 7pm tadi.

Adioss...

Wednesday, November 4, 2009

Bizii...

Sebenarnya ada banyak mender aku nak citer terutamanya pasal pengalaman aku kat indon baru2 nih. Tapi aku betul2 tak dan nak nulih kat sini. Aku rasa lepas nih mungkin aku akan jarang2 update blog kot. Takper la. Tengok la camana. Kalau sempat dan takde aral aku akan tulih something. So, babaiii... :)

Monday, November 2, 2009

Thanks...

1hb November 09 - aku rasa letih sesangat. Tapi aku hepi. Sangat2 hepi....
Thanks... :)

Tuesday, October 27, 2009

Alkisahnyer...

Sejak dua tiga menjak nih jadual idup aku memang padat. Tak tau la naper. Tapi tak kisah la. Cuma masalahnya keje yang patut aku siapkan, sampai sekarang lom lagi siap2. Teruk tol aku nih.

Ada orang tanya kat aku, ke mana sebenarnya aku pegi weekend lepas. Sebenarnya aku tak gi jauh mana pun. Aku gi penang jer. Hehehe… Ingat nak gi lagi jauh. Tapi ongkosnya tak cukup. Bukan apa. Kena berjimat sebab esok aku nak gi berpoya2. Hahaha… Lepas tu konon2nya nak singgah umah mak bapak aku kat Ipoh. Tapi diorang lak takde. Aku gerak dari Shah Alam ke Penang kol 1 am. Bestnyer tido. Sedar2 jer dah sampai Butterworth kol 5am. Member2 aku semua pakat makan nasi kandar. Tapi aku makan roti canai jer. Nth. Tak selera lak aku nak makan berat2 time camtu. Ngalahkan bulan puasa lak. Sampai jer kat Penang aku buat keje opis skit. Lepas t uterus sambung tido sampai kol 10 am. Petang dalam kol 4 lebih, gi makan nasi kenduri. Nih kali kedua aku makan nasi kenduri kat Penang dengan memakai jeans ngan blaus. Orang lain nengok aku pelik jer sebab diorang semua pakai baju kurung. Tapi gasaklah… Aiman tak kisah. Yang penting perut kenyang. Lepas tu bermula la aktiviti berjalan2. Alah… Bukan gi mana2 pun. Petang tu lepak jap kat depan Queens Bay. Kat situ kan ada macam laut skit. Lama gak lepak situ. Tapi aku betul2 tak puas hati. Ramai tol yang selamba badak buang sampah. Ish… Memang buruk tol perangai diorang. Rasa cam nak pelangkong jer orang tu. Keluar dari situ, kitorang ramai2 gi ronda town. Makan Pasembor. Lepas tu gi lepak kat Padang Kota Lama. Lama gak lepak situ. Lepas tu balik. Dalam kol 1 lebih keluar balik sebab nak makan char kuew tiaw. Dan keesokan harinya aku bangun lambat lagi. Hahaha… tak senonoh tol aku nih!

Seperti tahun2 lepas, tahun nih pun aku ada dapat tiket wayang free dari GSC. Jenuh aku dok pikir nak nengok citer apa. Last2 aku nengok citer Papadom. Kira ok la. Sepanjang nengok asyik dok gelak jer.

Erm… Okeh la. Nak sambung buat keje. Lepas tu tido. Adios…