Sejak dua tiga menjak nih jadual idup aku memang padat. Tak tau la naper. Tapi tak kisah la. Cuma masalahnya keje yang patut aku siapkan, sampai sekarang lom lagi siap2. Teruk tol aku nih.
Ada orang tanya kat aku, ke mana sebenarnya aku pegi weekend lepas. Sebenarnya aku tak gi jauh mana pun. Aku gi penang jer. Hehehe… Ingat nak gi lagi jauh. Tapi ongkosnya tak cukup. Bukan apa. Kena berjimat sebab esok aku nak gi berpoya2. Hahaha… Lepas tu konon2nya nak singgah umah mak bapak aku kat Ipoh. Tapi diorang lak takde. Aku gerak dari Shah Alam ke Penang kol 1 am. Bestnyer tido. Sedar2 jer dah sampai Butterworth kol 5am. Member2 aku semua pakat makan nasi kandar. Tapi aku makan roti canai jer. Nth. Tak selera lak aku nak makan berat2 time camtu. Ngalahkan bulan puasa lak. Sampai jer kat Penang aku buat keje opis skit. Lepas t uterus sambung tido sampai kol 10 am. Petang dalam kol 4 lebih, gi makan nasi kenduri. Nih kali kedua aku makan nasi kenduri kat Penang dengan memakai jeans ngan blaus. Orang lain nengok aku pelik jer sebab diorang semua pakai baju kurung. Tapi gasaklah… Aiman tak kisah. Yang penting perut kenyang. Lepas tu bermula la aktiviti berjalan2. Alah… Bukan gi mana2 pun. Petang tu lepak jap kat depan Queens Bay. Kat situ kan ada macam laut skit. Lama gak lepak situ. Tapi aku betul2 tak puas hati. Ramai tol yang selamba badak buang sampah. Ish… Memang buruk tol perangai diorang. Rasa cam nak pelangkong jer orang tu. Keluar dari situ, kitorang ramai2 gi ronda town. Makan Pasembor. Lepas tu gi lepak kat Padang Kota Lama. Lama gak lepak situ. Lepas tu balik. Dalam kol 1 lebih keluar balik sebab nak makan char kuew tiaw. Dan keesokan harinya aku bangun lambat lagi. Hahaha… tak senonoh tol aku nih!
Seperti tahun2 lepas, tahun nih pun aku ada dapat tiket wayang free dari GSC. Jenuh aku dok pikir nak nengok citer apa. Last2 aku nengok citer Papadom. Kira ok la. Sepanjang nengok asyik dok gelak jer.
Erm… Okeh la. Nak sambung buat keje. Lepas tu tido. Adios…
1 comment:
epas tu balik. Dalam kol 1 lebih keluar balik sebab nak makan char kuew tiaw. Dan keesokan harinya aku bangun lambat lagi. Hahaha… tak senonoh tol aku nih!
Tau tak per....!!!!
Post a Comment