Baru2 ni masa aku pegi ke Singapore, aku betul2 rasa Malaysia lagi best. Memang aku akui kat sana dengan kat sini tak banyak beza (melainkan mata wang mereka yang lagi tinggi dari kita). Bahkan masa kat sana, aku tak rasa pun macam aku berada kat luar negara.
Masa mula2 aku naik MRT (tengah hari) aku rasa Singapore macam sunyi sepi. Tak nampak padat pun. Tapi bila start petang sampailah ke malam, baru aku dapat rasa yang Singapore memang padat. Masa tu kat tepi jalan, shopping complex ngan stesen MRT penuh ngan orang. Kepadatannya memang mengalahkan kita kat sini sampaikan aku rasa naik rimas. Dan mender yang paling aku tak suka ialah cara dia melayan orang kita masa kat imegresen - kasar dan tak bersopan. Malah driver bas yang nak cross dari sana ke sini pun sangat teruk. Orang yang jaga bas tu pun sama gak. Masa aku nak naik bas 950 dari sana ke sini, aku tak dibenarkan naik bas dengan alasan aku salah tempat Q. Dia bukan sahaja tak nak bagi aku naik, tapi dia bercakap dengan cara yang sangat kurang ajar. Lepas tu bila aku dah lepas kat imegresen M'sia, lagi sekali aku tensen bila bas 950 tu tak datang2. Ada sorang aunty (orang S'pore) cakap, bas tu dah dua kali lalu, tapi tak nak berenti bagi dia naik. Hangin tol aku ngan bas tu. Dah la bayar mahal, tak pasal2 aku kena amik bas lain dan beli tiket bas baru. So, kalau korang nak naik bas, jangan naik bas 950!

Kat sana aku banyak menghabiskan masa kat Orchard Road. Situ memang ada banyak shopping complex. Tapi dah tentulah harganya mahal2. Memang tak sesuei orang macam aku nak gi shopping kat situ. Heheh... Masa jalan2 kat situ, aku ada try ais krim dia (jual kat tepi jalan je). Harga untuk satu potong cuma S$1 jer. Saiznya lebih kurang sama besar dengan hp Nokia E72. Tapi tebal. Bahagian depan ngan belakangnya diletakkan dengan biskut nipis. Ada banyak perisa dan memang sedap. Member aku cukup giler ngan aiskrim nih. Dan cam biasa, bila dia beli, sure aku akan cilok sikit. hehehe...

Kat shopping complex area Orchard Road memang susah nak jumpa surau. Rasa2 aku memang takde kot. Jenuh berpusing mencari surau, akhirnya aku semayang kat Masjid al Falah. Masjid tu tak macam masjid biasa. Ia bersambung dengan bangunan lain. Kalau tengok kat luar tanpa baca signboard, mungkin kita tak perasan itu adalah masjid. Lepas tu, aku pegi tempat lain lak. Aku tak tau area mana. Aku main ikut jer member aku bawak. Last sekali sebelum balik member aku bawak gi Jalan Sultan - pekena murtabak. Boleh tahan gak rasanya. Kedai yang aku makan tu betul2 berdepan ngan masjid. Kat jalan Sultan tu banyak kedai kain.

Ada dua perkara lagi yang aku suka pasal S'pore. Esculatornya laju2 belaka. So, kalau korang nak naik ke atau nak turun kena careful. takut terjatuh. :) Lepas tu tiket MRT tu kita boleh jual balik. Satu tiket tu leh dapat S$1. Kira ok la tu kan? Hehehe.. Kat sana pun agak susah nak mencari makanan halal melainkan kalau pegi ke kawasan orang Islam macam Jalan Sultan.
Ok la. Dah panjang dah aku membebel. Lain kali sambung lagi. Adiossss...
2 comments:
napak sedap tul aiskrim tu. Tsskk.. iyer, sy juga adalah penggemar aiskrim..kat umah sentiasa ada aiskrim dlm freezer
memang sedap weii.. nanti ko ajak arr husband ko gi jalan2 kat sana. leh makan aiskrim sedap. hehehe..
Post a Comment