Pages

Monday, December 7, 2009

Natrah

Aku rasa sure ramai yang tau pasal Natrah -perempuan Belanda yang dulunya pernah dibesarkan oleh seorang perempuan Melayu di Kemaman, Terengganu. Kemudian dia berkawin dengan Mansor Adabi pada umur 13 tahun sebelum dibawa balik secara paksa oleh mak bapak kandungnya ke Belanda.

Sebenarnya aku malas nak bercerita pasal dia. Kat sini aku cuma nak citer pasal teater bertajuk Natrah yang aku tengok hari Sabtu malam Ahad lepas.

Sebelum aku gi tengok, ada gak aku tanya komen member aku. Diorang kata syok. Lepas tu bila aku baca review dari paper, nampak cam best jer. Jadiknya aku dengan tak sabarnya pergi la nengok kat Istana Budaya. Tapi sayangnya, teater tu betul2 tak macam yang aku harapkan.

Nih pendapat peribadi aku:
Jalan citer dan plotnya slow. Monolog Sofea Jane sebagai Natrah berumur 70 sebagai pembuka citer sangat bosan dan mengelirukan disebabkan terlalu panjang berjela2. (Kat situ pun aku sempat menguap beberapa kali.). Banyak scene yang tak perlu (dan kelihatan sangat berlebihan) seperti waktu Maya Karin (Natrah umur 13 tahun) di gereja. Aku tak nampak apa keperluan scene tu dan apa gunanya mengeluarkan lagu (mungkin lagu di gereja) berserta tanda salib yang besar dan petikan dari bible. Dan endingnya pun bagi aku nth apa2. Citer nih langsung tak menyentuh hati aku, hambar, kaku dengan kesinambungan scene yang kurang mantap. Aku tak tau apa sebenarnya yang hendak disampaikan. Jadik kat sini aku rasa tak salah aku katakan yang matlamat dan masejnya tak kesampaian. Aku tau teater nih try untuk berdiri di atas pagar. Tapi masalahnya aku tak nampak kejayaannya berbuat macam tu. Malah, aku rasa penulis dan pengarahnya seperti kurang peka dengan agama lain. Atau dengan kata lain, seperti tidak menghormati agama Kristian. Memang aku bukan Kristian. Aku orang Islam. Selaku orang Islam, dah tentu aku amat sensitif dengan agama aku. Jadi, sebagaimana aku, orang yang beragama Kristian pun mesti begitu juga. Melihatkan citer tu, tak mustahil orang Kristian yang menengoknya akan tersinggung. Dalam pada itu, banyak benda2 kecil yang kurang diberi perhatian. Contohnya penggunaan tutup kepala semasa mengaji Quran dan pembacaan al Quran yang juga salah. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak komen. Tapi mata aku dah ngantuk. So, aku nak gi tido dulu.

Bagi sesiapa yang tak setuju, harap tak amik hati. Seperti yang aku bagi tau tadi, nih hanya personal opinion dari aku :)

No comments: