Pages

Tuesday, December 15, 2009

Sekadar memberi pendapat

Malam beberapa hari lepas, ramai yang datang ke rumah aku di Ipoh. Antaranya termasuklah beberapa orang yang memang berkhidmat dalam bidang agama. Macam biasa, bila berjumpa kami mulalah bersembang2. Dan sudah tentulah ia ada berkaitan dengan agama termasuklah tentang Dr. Asri dan Wahabi.

Sebelum nih pun masa aku menjual majalah aku (tabloid) yang kebetulan ada gambar Dr. Asri, ada public (terutamanya golongan pakcik2) yang tak nak beli. Diorang bukan sahaja sinis, tapi menolak dengan alasan dalam tu ada Dr. Asri yang Wahabi. Menggeleng aku dibuatnya. Alahai... Kenapalah dangkal dan emosionalnya manusia bernama Melayu nih?

Aku bagi tau diorang, Dr. Asri menafikan dia orang Wahabi. Balas mereka pulak, Dr. Asri menafikan sebab dia sendiri tak sedar yang dia dah mengikut Wahabi. Bila diorang jawab macam tu, aku pun terdiam. Maklumlah... Kalau nak dibandingkan dengan diorang, pengetahuan agama aku tak banyak mana pun. Apa aku cakap pun, bukan ada yang nak mendengar sangat.

Sebenarnya kat sini aku bukan nak bercerita pasal Dr. Asri. Dan aku pun bukan penyokong dia. Cuma yang aku nak timbulkan kat sini ialah kenapa kita dengan senangnya membuat satu kesimpulan mudah?

Rata2 kita semua tau, orang Melayu Islam secara turun temurun. Sebab itu banyak perkara tentang agama seperti bab semayang dan puasa yang kita tahu dan lakukan adalah bermula daripada ikut2an. Kalau korang tak percaya, korang boleh lihat secara psikologinya dalam masyarakat kita terutamanya bagi korang yang ada anak atau adik kecik dalam umo antara 3 dengan 5 tahun. Masa korang semayang, masa tu la si kecik tu nak menyebok semayang sekali. Korang tak payah suruh pun, dia sendiri akan nak buat tanpa dia tahu apa tujuan dan falsafah sebenar di sebalik semayang.

Apabila kita lebih kepada Islam turun-temurun dan ikut2an, kita kurang terdorong untuk belajar lebih lanjut tentang agama kita sendiri. Kita juga kurang membuat research menyebabkan apabila ada seorang guru yang kita percaya dan yakin bercakap tentang sesuatu, kita terus menerimanya dengan mudah tanpa berfikir, menilai dan mencari sumber lain. Sebab itu apabila ada pihak lain yang menyatakan sesuatu dengan hujah yang berbeza atau bercanggah dengan tok guru tersebut, kita akan mudah melatah. Dan akhirnya dengan mudah kita melabelkan orang tersebut sesat.

Macam kita, guru agama atau ulama pun orang biasa. Dia tak sempurna dan pengetahuannya bukan menyeluruh. Mungkin dia tahu tentang sesuatu perkara, tetapi tidak beberapa perkara lain. Sebab itu apabila timbul sesuatu isu tentang agama, orang2 berkaitan tidak harus hanya berusaha untuk menegakkan pendapat sendiiri. Tetapi cuba lihat pendapat yang lain dengan cara berbincang dan berdebat. Pada masa yang sama, ia kenalah disertakan dengan hujah2 yang tepat dan bukti yang sahih seperti hadis etc. Bukalah minda agar kita lebih matang, bijak dan berilmu. Tak rugi sebenarnya kita cuba menerima pandangan orang. Yang baik dan betul kita terima. Tapi yang tak betul dan tak baik kita janganlah pula ambil. Bukankah itu lebih baik daripada masing2 bertelagah tak tentu kira macam orang dungu?

Maap kalau aku tersalah tulis ataupun ada yang tersinggung hati. Ini cumalah pendapat peribadi aku - orang yang masih cetek ilmu :)

No comments: