Pages

Tuesday, September 15, 2009

Jangan ikut aku cuti wehh...

Bunyinya cam best jer - aku start cuti esok. Tapi boleh tak aku cakap aku punyer cuti nih illegal? Pelik? Memang pelik... Pelik sebab bos aku dengan sengaja telah tidak approvedkan cuti yang aku apply. Alasannya? Tak payah la korang tau. Yang penting konpem bukan salah aku. Opss... Ok3. Ok la... Aku mengaku. Memang ada sikit salah aku. Sikit jer tau... Selebihnya salah bos aku! Hahaha... Boleh lak gitu ek :P Tapi tak kiralah. Approved ke tidak, aku nekad gak nak bercuti esok! Ish2... Degil tol aku nih ek. Tapi tak kisahla. Yang penting aku berani tuntut hak aku untuk bercuti. Erm... Takper2... Masuk jer keje nanti aku akan terus setelkan cuti aku nih ASAP supaya gaji aku tak kena potong.

Sebenarnya tadi aku ada kes ngan bos aku. Aku tau memang tak bagus lawan cakap bos. Lagi tak bagus kalau gaduh ngan bos. Ditambahkan pulak bulan puasa macam sekarang nih. Tapi nak buat camana... Kedegilan aku yang nth apa2 nih menyebabkan aku tak kisah semua tu. lagipun nih bukan kejadian yang pertama. Tapi apa2pun aku harap ini yang terakhir. Sebabnya tadi aku dapat berita. Aku ditukarkan dan tak akan berada lagi kat bawah bos aku sekarang nih. Leganyer sebab aku dapat tukar. Aku dah dapat surat pertukaran tadi. Aku akan start dengan bos baru pada 1 Oktober nanti.

Tak ramai yang tau pasal nih. Ada sorang budak team aku kata, aku buat keputusan terburu2 untuk tukar. Aku sengih jer. Memang nampak terburu2. Tapi aku dah lama pertimbangkannya. Dan dah setiap tahun aku mintak kat management untuk tukar. So, bila dah dapat hari nih, dah tentu la aku hepi.

Esok aku ingat nak balik pagi2 morning. Nak drive ikut jalan lama. Kena cut cost skit sekarang nih. Erm.. korang jeles sebab aku dah mencutikan diri ek? Hahaha.. Tak yah la korang jeles sebab Jumaat nih aku balik sini balik. Erm... Baguskan aku nih.... Hehehe..

Salam aidilfitri...


Tak lama lagi dah nak raya. Aku takut tak sempat nak wish kat korang. So, kat sini aku nak wish kat korang kat selamat hari raya. Mintak maap atas segala salah dan silap aku selama nih. Terlebih terkurang kira 0-0 la ek. Hehehe...
Apa-apa pun selamat balik kampung. Make sure korang berhati2 kat jalan raya. Bak kata kempen - pandu cermat jiwa selamat. :D
Bagi mana2 member yang nak datang beraya kat umah aku, meh ler... Tapi call aku dulu ek... :)

Sunday, September 13, 2009

Bersiap sedia nak raya

Raya tinggal lagi beberapa hari jer. So, camana persiapan korang? Baju, beg, kasut bla.. blaa... blaaa... dah beli ker? Ataupun korang sajer nak lengah2 gi shopping kot. Maklum ler... Kata orang, kalau beli masa malam raya, harga barang jadik murah giler. Ehh... yer ker? Leh caya ker? Hehehe..

Tak tau naper raya tahun ni aku tak rasa kemeriahannya. Aku rasa cam hari2 biasa jer. Setakat pagi nih takde mender yang aku buat. Baju raya? Erm... Ada hari tu aku beli sehelai. Itupun yang murah dan cikai jer. Jadiklah daripada takde langsung :). Yang lain2 apa pun aku tak beli.

Biskut raya aku memang tak beli. Tapi aku dah ada dua jenis biskut orang kasi; tat dengan batang buruk. Mak aku bising suruh aku balik cepat nolong dia buat biskut raya. Ala... Memang boleh dikatakan tiap2 tahun dia cakap macam tu. Tapi cam biasa la jugak... Bila aku balik jer, semua tu dah siap. Mak aku buat ngan adik dia.

Kali nih aku ingat nak bercuti lama sikit. Aku dah apply. Tapi tak tau la approve ke tidak. Tahun nih gak aku nak declare yang aku tak kasi duit raya kat saper2 pun kecuali mak bapak ngan opah aku. Yang lain sori arr... Takde masuk dalam list. Hehehe... Aku rasa raya kali nih aku memang kopak. Bukan sebab aku belanja sakan. Tapi sebab duit aku banyak abih bayar utang. Erm... Tu la... Padan ngan muka aku. Lain kali berutang la lagi ek! :P

Erm... Okeh la. Ngantuk arr.. nak gi tido dulu. Adioss...

Thursday, September 10, 2009

Sambungan resipi kerepek & kekacang 2

(resipi dibuat oleh Noraini Adnan - dicilok daripada mag aku tahun 2005)

7-KEREPEK MANIS GULA SERBUK

Bahan:
230 g. tepung serbaguna
125 ml. santan pekat
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula kaster
Gula serbuk secukupnya
Minyak untuk menggoring

Cara membuat:
1 Gaulkan tepung, santan, garam dan gula.
2 Apabila sebati dan telah menjadi doh yang lembut, canai dan potong persegi kecil yang sama besarnya.
3 Biarkan selama 1-2 jam.
4 Panaskan sedikit minyak dan goring garing.
5 Toskan minyak dan apabila menghidang, taburkan gula serbuk dan ratakan.
6 Simpan kedap udara atau hidang.

8-KEREPEK CENDAWAN

Bahan:
345 g. tepung serbaguna
180 ml. santan pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil rempah kari atau rempah kurma
1 sudu kecil perisa ayam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
60 g. hirisan cendawan kering (dibersihkan)
Minyak untuk menggoring

Cara membuat:
1 Uli tepung bersama santan dan semua perasa hingga menjadi doh lembut.
2 Ambil sedikit doh dan gulung. Hiris nipis dan ketepikan.
3 Panaskan minyak dan goring hirisan doh hingga keemasan.
4 Alihkan dari api dan toskan minyaknya.
5 Cendawan juga digoring garing dan digaul bersama kerepek tadi dan hidang sebagai pembuka selera.

9-KEREPEK TOMATO DAN ROSEMARY JEJARI PINTAL

Bahan:
230 g. tepung serbaguna
125 ml. santan pekat
Sedikit garam
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar herba rosemary kering (ada dijual dipasaraya)
Minyak untuk menggoring

Cara membuat:
1 Tuang santan kedalam tepung dan masukkan sedikit garam, sos tomato, rosemary dan uli hingga menjadi doh lembut. Tambah sedikit tepung atau santan jika perlu.
2 Canai nipis dan potong jejari panjang. Pintal jejari ini dan keringkan diatas dulang pembakar.
3 Panaskan minyak dan goring hingga keemasan.
4 Alihkan dari minyak dan toskan minyaknya.
5 Hidang didalam bekas panjang atau simpan kedap udara.

10-KUDAPAN PITA BEREMPAH

Bahan:
3 keping roti pita
1 sudu besar rempah kari serbuk
1 sudu besar perisa ayam serbuk
½ sudu besar bawang putih serbuk
½ sudu besar cili serbuk
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoring

Cara membuat:
1 Roti pita dibelah dua dan dipotong ‘wedges’ kecil.
2 Panaskan minyak dengan api sederhana dan goring roti pita hingga keemasan.
3 Toskan minyak dan ketepikan.
4 Campurkan semua rempah, garam dan serbuk lada sulah.
5 Taburkan keatas roti pita dan gaul rata.
6 Simpan kedap udara atau hidang sebagai pembuka selera.

11-KEREPEK PAPRIKA PEDAS

Bahan:
345 g. tepung serbaguna
180 ml. santan pekat
1 sudu kecil garam
2 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos cili
Minyak untuk menggoring

Cara membuat:
1 Masukkan semua bahan kecuali minyak kedalam tepung dan gaul serta uli rata hingga menjadi doh yang lembut.
2 Gulung sedikit doh dan hiris nipis.
3 Panaskan minyak dan goring hingga garing dan keemasan.
4 Simpan kedap udara atau hidang segera.

12-KRIPI PARSLI HIJAU

Bahan:
230 g. tepung serbaguna
125 ml. santan pekat
Sedikit garam2
tangkai daun parsli
1 sudu kecil serbuk kurma
½ sudu kecil serbuk perasa
½ sudu kecil serbuk keju

Cara membuat:
1 Uli tepung, santan, garam dan semua bahan kecuali minyak.
2 Canai nipis dan hiris halus.
3 Panaskan minyak dan goring hirisan tepung hingga garing dan keemasan.
4 Toskan minyak dan hidang sebagai makanan ringan atau simpan kedap udara.

Resipi kerepek & kekacang

Atas permintaan Jepun.... Kat sini aku paste resipi kerepek dan kekacang. :)
(resipi dibuat oleh Noraini Adnan - dicilok daripada mag aku tahun 2005)

1-KACANG HAZEL DAN PAF PUDINA

Bahan :
120 g. kacang hazel tanpa kulit
40 g. marjerin
½ sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil serbuk jintan manis
Sedikit garam
40 g. paf pudina (ada dijual dipasaraya dan pelbagai rasa)

Cara membuat:
1 Cairkan marjerin dan masukkan serbuk cili, serbuk jintan dan garam.
2 Masukkan kacang hazel dan kaup balikkan. Ratakan diatas dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga keemasan.
3 Alihkan dari ketuhar dan biar sejuk.
4 Apabila menghidang gaulkan paf pudina kedalamnya.
5 Simpan kedap udara.

2-KACANG MEDLEY TIGARASA

Bahan:
50 g. kacang walnut
50 g. badam
50 g. kacang tanah
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 biji cili hijau (dikisar halus)
¼ sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil gula perang
Sedikit garam
2 sudu besar minyak jagung
3 sudu besar bawang goring
3 sudu besar ceri merah (dibelah dua)

Cara membuat:
1 Bersihkan kacang dan jika dibasuh, dikeringkan rapi.
2 Campurkan minyak, serbuk kunyit, cili hijau, serbuk jintan, gula perang dan sedikit garam dan gaul rata.
3 Masukkan kekacang dan gaul sebati.
4 Bakar didalam ketuhar dengan kepanasan 180ºC selama 15 minit hingga kekacang berwarna emas dan wangi baunya.
5 Masukkan bawang goring dan ceri merah dan gaul rata.
NOTA: bolih juga digoring didalam minyak sederhana panasnya dan toskan minyak selepas digoring. Masukkan bawang goring dan ceri merah selepas minyak ditoskan.

3-BADAM MENTEGA

Bahan:
240 g. badam berkulit
6 sudu besar mentega
1 sudu kecil cili pes
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Sedikit garam

Cara membuat:
1 Bersihkan badam dan basuh, kemudian dikeringkan dengan kertas tisu.
2 Cairkan mentega dan masukkan cili pes, bawang putih, serbuk ketumbar dan garam.
3 Masukkan badam dan gaul rata.
4 Ratakan badam diatas dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga garing.
5 Keluarkan dari ketuhar dan biar sejuk sebelum dihidang.

4-KEKACANG CERI HIJAU DAN SOS UDANG KERING

Bahan:
100 g. kacang tanah tanpa kulit
60 g. kacang pine
50 g. kacang hazel tanpa kulit
4 sudu besar ceri hijau (dipotong kiub)
1 tangkai daun kari2 sudu besar gula kasar
½ sudu besar serbuk halia
2 sudu besar sos atau serbuk udang kering
1 sudu kecil garam ikut rasa
Parutan kulit oren
Minyak untuk menggoring

Cara membuat:
1 Panaskan minyak dan goring kacang hingga keemasan dengan menngunakan api yang sederhana.
2 Masukkan daun kari dan gula dan biar rata.
3 Alihkan dari api dan masukkan semua bahan yang lain dan kaup balikkan.
4 Biar sejuk dan hidang didalam kulit oren atau simpan kedap udara.

5-KACANG GAJUS BERTIH BERAS KARAMEL

Bahan:
200 g kacang gajus
5 sudu besar bertih beras (dibuat sendiri atau dibeli dari pasaraya)
3 sudu besar madu2 sudu besar gula perang
100 g. marjerin
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil esen ros

Cara membuat:
1 Cairkan marjerin dan masukkan madu dan gula, soda bikarbonat dan esen.
2 Masukkan kacang gajus dan gaul rata.
3 Bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga gajus keemasan dan berkilat.
4 Alihkan dari api dan gaulkan bertih beras kedalamnya.

6-WALNUT KETUMBAR PEDAS

Bahan:
200 g. kacang walnut
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk bawang putih
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
Garam dan serbuk lada hitam

Cara membuat:
1 Bersihkan kacang walnut dan goring tanpa minyak hingga garing.
2 Buangkan kulitnya dan gaulkan dengan bahan yang lain dan bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga keemasan.
3 Keluarkan dari ketuhar dan biar sejuk.
NOTA: bolih juga digoring bersama hirisan daun ketumbar untuk rasa yang lebih enak.

Bukak poser

Aku baru jer balik dari Hilton KL. Ada majlis bukak poser ngan Datuk Seri Shahrizat. Memang boleh dikatakan setiap tahun dia akan buat majlis bukak poser ngan press, kecuali last year. Tempat fav nya dah tentu Hilton KL. Biasa kalau aku pegi, makanan memang best. Banyak dan sedap. Tapi tadi makanan tak berapa sedap. Jumlah makanan pun tak sebanyak tahun2 lepas. Tapi tak kisahlah kan... Dah ada orang nak jamu makan pun dah kira ok. Hehehe...

Kalau aku nih jenis suka bukak poser kat luar (hotel etc) FOC, memang banyak majlis bukak poser yang aku boleh pergi. Tapi nthla, dari dulu sampai sekarang aku memang kureng skit. Dapat pulak tempat tu kat KL. Memang aku tak rajin. Tapi majlis bukak poser ngan Datuk Seri Shahrizat nih memang aku suka pegi. So, kalau ada invitation seboleh2nya aku tak nak miss. Aku jugak suka gi makan kat Ikea. Tapi tahun nih aku tak rasa diorang akan invite media cam dulu2. Lagipun aku paham... Banyak yang tengah cut cost sekarang nih. Bukak poser kat Bluewave pun best gak. Tahun nih aku bukak poser kat sana masa 1st week Ramadan. Masa tu diorang buat majlis bukak poser ngan budak2 tahfiz dan anak yatim. Memang best. Lauknya banyak giler. Tahun lepas aku makan sampai 2 round. Tapi tahun nih aku buat 3 round lak. Hahaha... Bunyi cam kuat makan jer aku nih. Hehehe.. Aku ingat lagi, aku lepak kat situ mengadap makanan dari start bukak poser sampai kol 9.30pm. So, mesti korang boleh imagine camana aku boleh melantak sampai 3 round. Hahaha... (pstt... Jangan bagi tau kat orang. Malu wooo... :D)

Aku ingat Sabtu nih nak gi bukak puasa kat Ikea. Tu pun kalau takde hal la. Makanannya ala buffet. Aku tak tau la tahun nih makanannya banyak ke tak. Tapi last year not bad la. Padan la dengan harganya. Kalau tak silap aku sorang tak sampai RM20. Tapi better korang double check balik. Takut aku silap. Cuma kalau korang nak makan kat sana, make sure korang datang awal. Kalau kol 6.30pm baru korang terhegeh2 nak masuk tempat makannya, baiklah tak yah. Sebab lom tentu korang boleh masuk. :)

Beberapa hari sudah (aku tak ingat bila) aku gi makan kat William area KJ. Kat situ more to western food. Tapi aku memang kureng skit bab2 makanan Barat nih. Tak tau la naper, perut aku tak berapa nak terima sangat makanan camtu. Kalau Chinese food, still consider ok lagi. Oleh kerana perut aku nih perut Melayu, so aku pun order la nasi goreng tomyam ayam pandan. Sedap gak. Korang gi la try. Hehehe...

Apa la aku nih. Dari tadi asyik mempromote tempat makan jer. :P Meh citer lain pulak...

Sebenarnya sepanjang bulan poser nih, aku lebih banyak masak dari membeli kat pasar Ramadan. Bukannya aku rajin. Kalau ikutkan aku amat malas giler nak masak. Tapi memandangkan masa sahur pun nak kena makan gak, terpaksa la aku masak. Kalau beli makanan kat pasar Ramadan tu, aku takut tak tahan sampai sahur. Alah... Aku masak pun simple2 jer. Setakat makan berdua, apa lah sangat...

Sebut pasal pasar Ramadan, aku cuma pernah pegi kat 3 tempat jer; sekali kat sec 18, 2 kali kat stadium, dan 3-4 kali kat sec 19. Aku tak berkenan pasar Ramadan kat sec 18. Pening aku! Tempatnya kecik. Orang pulak berdoyon2. Kat stadium pulak kena rajin pusing dan pandai pilih. Hari tu beli roti john kat situ harganya rm3.50. Tapi takde letak sayur pun. Nth apa2 betul! Kalau kat sec19, leh dapat roti john yang sedap hanya dengan rm3. Kat sec 19 tak banyak orang menjual. Tapi makanannya ok la. Orang kata putu bambu kat situ sedap. Memang aku tengok putu bambu kat gerai tu laku giler. Aku pernah gak beli. Tapi mungkin sebab aku nih bukan penggemar kuih termasuk putu bambu, so aku tak reti nak komen sedap ke tak.

Aiseh... bila dah tang hujung baru aku perasan aku telah mempromote pasar Ramadan lak. hehehe... Tak leh jadik nih. Kena stop dulu. Nanti karang nth apa2 lagi yang aku promote lepas nih. So, adios semua... :)

Sunday, September 6, 2009

Apa yang aku ngomel daa...

Masuk hari nih dah 2 minggu aku bersusah payah memerah otak untuk buat cerpen pasal remaja. Jumlah page yang aku kena buat semuanya 15. Tapi yang baru berjaya aku siapkan setakat petang tadi hanya 6. Adess... Nih la masalah aku dari dulu sampai sekarang. Sepanjang hidup aku setelah aku meninggalkan sekolah, aku cuma pernah menyiapkan 2 cerpen sahaja. Yang lain2 tu semua sangkut tengah jalan. Dan ada satu lagi yang dah sipi2 nak siap.Tapi dah dekat 3 tahun, tetap tak siap2. Hahaha... Entah apa2 jer aku nih. Tapi apa2 pun, aku kena siapkan gak yang ini. Kalau tidak, ada la 2 orang hamba Allah tu yang akan pelangkong aku nanti. Hehehe... Ngeri tu beb!

Bunyinya memang pelik. Tapi tu la hakikatnya. Aku bukan seorang yang perfectionist mana pun. Kalau diikutkan dalam banyak hal, aku hentam keromo ajer. Tapi bila bab menulih, serius aku amat cerewet. Aku akan tukar, tukar dan tukar sampai aku puas hati. Tak kisahlah dari segi jalan cerita, penggunaan ayat atau apa sahaja. Tapi masalahnya, belum sempat aku puas hati, rasa bosan dah sampai dulu kat aku. Jadik, mender tu pun sangkut. Hahaha... Itulah aku... :) Mungkin gak korang kata nih semua jadik sebab aku tak plan jalan cerita sebelum aku mula menaip. Sebenarnya, takde bezapun aku dah plan atau tak. Sebabnya ia tetap akan berlaku kerana aku akan dengan sesuka hati akan mengubah jalan cerita yang dah aku buat sebelum tu.

Cerpen pertama yang berjaya aku siapkan, amik masa berbulan2 gak. Erm... jap! Kalau tak silap aku, aku buat masa form six kot. Ehhh... Masa part 1 kat ITM la. Adess... kena double cek balik nih. Lupa dah... Cerpen tu pernah kluar kat Mingguan Wanita. Tapi aku tak puas hati sebab ending citer tu telah ditukarkan sewenang2nya oleh budak wartawan yang incharge bahagian cerpen masa tu. Sangat2 aku tak puas hati sebab bila aku baca ending yang dah diubah, ayatnya tak ubah macam rencana. Tapi apa2 pun aku tak marah budak wartawan tu sebab aku tau naper dia buat camtu. Cuma aku ralat sebab ia dah jadik cam hampeh!

Cerpen aku yang kedua, ada aku letak kat dalam blog aku nih. Aku tak anggap ia cerpen yang bagus atau berkualiti. Sebab aku terpaksa menyiapkannya dalam tempoh tak sampai seminggu. Dan cerpen tu pun leh tahan gak kena kutuk ngan Zaharah Nawawi. Masa kena kutuk tu pun, takde la aku terkejut sebab aku memang dah jangka mender camtu berlaku. So, aku tak kisah pun. Hehehe... Cuma cerpen tu bermakna buat aku sebab arwah Dahlia adalah kawan baik aku.

Bagi aku, antara cerpen ngan rencana (story), tulih rencana jauh lebih mudah. Sebabnya, masa buat story tu, aku tak perlu banyak main imaginasi. Dan aku pun tak boleh memandai2 ubah jalan citer ikut kepala otak aku. Sebab semuanya kena berlandaskan fakta. Jadik, aku akan cepat untuk menyiapkan story aku tu. Tapi jangan korang tak tau. Kalau pun aku tak boleh ubah jalan citer, aku akan ubah ayat2 aku sampai aku puas hati. Jadiknya, akulah orang yang selalu jadik paling akhir submit story kat bos. Tapi walaupun aku paling lembab, kualiti tetap jaga beb! Cehh... konon! :P

Erm... Dah cukup tu. Aku nak sambung balik sebelum aku terlentok. So, adioss... :)

Let's say sori!

Bila korang bersalah, adakah korang sudi dan berani minta maap? Erm... Aku rasa korang pun tau, antara banyak2 mender yang paling susah orang nak cakap ialah 'saya mintak maap'. Kenapa? Sebab ego? Malu? Sombong? Angkuh? Dan bla.. blaa... blaa.... Atau barang kali jugak sebab rasa ia tak perlu untuk diucapkan.

Dalam hal nih, aku tak kata aku seorang yang berani mintak maap. Aku memang takut. Ada masanya bila aku nak cakap perkataan tu, aku rasa cam gabra giler. Dapat pulak kalau aku dah buat silap besar kat orang. Tapi bila aku berjaya mengeluarkannya, aku rasa sangat2 lega. Rasa cam kurang satu beban. Ringan betul bahu dibuatnya. Gabra pun hilang entah ke mana. Korang pulak macam mana?

Bila kita cakap mintak maap, kesannya bukan takat pada kita. Tapi jugak kat pihak lagi satu. Iyer la... Cuba korang bayangkan, bila orang yang bersalah datang mintak maap ngan korang cara baik. Apa perasaan korang? Kalau aku... Rasa marah aku akan reda skit. Perasaan2 lain macam kecik hati, tersinggung dan bla... blaa.... blaaa.... pun akan berkurang.

Bila kita amalkan budaya mintak maap dan memaapkan orang, kita sebenarnya mengajar diri kita supaya membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Kalau kita betul2 iklas dengannya, hati kita juga akan jauh dari dendam.

Memandangkan mintak maap nih suatu perkara yang susah, jadik kalau kita berjaya melakukannya, itu adalah tanda keberanian kita. Jadik, mengapa kita menolak dan juga malu untuk menjadi orang yang berani? Tak kiralah kepada orang yang jauh lebih muda daripada kita termasuklah anak2, kita tak patut menafikan hak kita untuk meminta maaf dan jugak hak pihak satu lagi untuk mendengar perkataan mintak maap dari kita. So, kat sini aku nak ingatkan diri aku (terutamanya) dan korang jugak supaya bersikap lebih berani. So, gud luck! :)

Thursday, September 3, 2009

Malam...

Jam dah pun kol 2.37 pagi. Tak sangka time macam nih pun aku lom tido2 lagi. Erm... Nih disebabkan penangan nescafe ker atau aku yang sajer2 mencelikkan mata? Hahaha... mana2 pon boleh la... :)

So, kepada semua... Selamat tidur. Semoga mimpi yang indah2...

:)

Really2 sori...

Welkem to September!

Erm... Cepat tol masa berlalu. Tapi cam biasa la, hidup aku tak berubah apa pun. Tahap degil aku tetap sama cam dulu. Begitu jugak ngan tahap malas ngan 'begik' aku. Tapi dalam bulan yang amat mulia nih, aku amat berharap dan berdoa supaya iman aku yang menipis makin menebal; jadik makin kukuh dan tak mudah goyah. Aminn...

Kalau diikutkan banyak mender aku nak tulih. Dan sebenarnya dah ada pun yang aku taip separuh jalan. Cuma aku tak publishkan saja. Naper? Sebab aku rasa ia tak patut dipublishkan. Bagi aku, memadailah kalau ia hanya disavekan sebagai draft – hanya untuk bacaan aku sorang jer . Hahah... Cam kedekut lak aku nih. Hehehe...

Kalau korang tengok, aku mula2 buat post kat sini pada bulan 10 2007. Sebenarnya sebelum tu pun aku dah tulih blog. Aku tak ingat apa nama blog tu. Cuma beberapa orang member aku jer yang tau pasal kewujudan blog tu. Apa yang aku tulih kat dalam blog tu tak macam apa yang aku tulih kat dalam blog nih. Cuma yang samanya ngan blog nih, postingnya tak banyak. Dalam blog tu, aku tak citer pun perihal kehidupan harian aku. Dan aku tak berciter langsung tentang ketensenan yang melanda kepala otak aku. Apa yang aku tulih adalah apa yang aku fikir dan apa yang aku lalui (pengalaman). Tapi tak tau la naper sampai satu waktu, aku tiba2 telah memutuskan untuk mendelete terus blog tu. Lama jugak lepas tu, barulah aku buat blog nih. Sama macam aku mendelete previous blog, aku jugak tak tau naper aku buat blog nih.

Ada beberapa orang member aku kata, aku cukup berahsia, kedekut nak letak gambar sendiri dan bla... blaa... Aku tak kisah. Terserah apa korang atau orang lain nak bercakap. Aku bukan nak jadik manusia misteri. Aku bukan jugak nak jadik manusia yang begitu menonjol. Aku menulis blog... bercerita sedikit tentang aku dan apa yang hendak aku luahkan. Semuanya bukan kerana hendak apa2. Cuma sajer suka2; sementara aku masih hendak melakukannya. Dan kalau ditakdirkan suatu hari nanti blog nih tiba2 tak wujud, ia bukanlah suatu kejutan. Tapi lebih kepada suatu keputusan di mana bagi aku ia tidak perlu ada lagi dalam dunia blog nih. Jadik, kalau korang tanya kenapa aku tak letak gambar aku, dan menerangkan siapa aku seperti kebanyakan blogger lain – jawapannya cukup ringkas. Aku tak mahu orang tahu siapa aku. Memadailah kalau orang hanya kenal aku. Tetapi bagi korang yang memang kawan aku, aku rasa ‘penerangan’ siapa aku di sini sudah tentu bukan suatu keperluan. :)

Jadik kepada kengkawan lain, aku amat berharap. Kalau aku sendiri tidak meletakkan gambar aku di sini, aku jugak berharap korang tidak meletakkan gambar aku di dalam blog korang. Bukan aku berlagak. Bukan aku sombong. Tapi aku memang tak selesa bila gambar aku ditayangkan kepada umum. Dan pada member2 yang meletakkan gambar aku kat facebook, aku masih boleh berkata ok (tapi kalau korang bertanya terus kat aku, dah tentu aku cakap jangan letak. hehehe...). Tapi kalau nak letakpun kat facebook tu, tak yah la sampai melabelkan nama aku kat situ. Ikhlas... Aku memang betul2 rasa tak selesa.

Kepada korang yang mana terasa ngan tulisan aku kali nih, aku betul2 mintak maap. Bukan aku nak menyinggung korang. Niat aku cuma nak berterus-terang....

Wednesday, August 26, 2009

Tong2!

Sajer nak citer pasal pengalaman semalam... :)

Semalam aku gi hospital kat kl. Jenguk member sakit. Aku pegi numpang member aku yang lain. Masa aku cakap nak numpang, dia kata okeh. Tapi sebelum kluar tiba2 dia cakap minyak kena tong2.

Terkejut gak aku sebab tempatnya takde la jauh mana. Dan keta yang dia pakai pon setahu aku bukanlah jenis yang kuat makan minyak. Kalau jauh, istilah tong2 tu takde la mengejutkan aku. Nih sebab tempat tu dekat. Lagipun kalau dia tak cakap camtu pun, aku memang dah terpikir nak bayar duit tol ke parking ker... Takde la sampai aku nak numpang free. Tapi bila dia cakap camtu, sikit sebanyak aku terasa la jugak. Bila dah balik opis, aku bagi la dia duit minyak. Tapi dia tolak sebab dia kata banyak sangat. Dia mintak aku bagi selepas dia kira balik berapa yang aku sepatutnya kena bayar kat dia. Lagi sekali aku terkejut. Macam nih pun boleh jadik jugak ker?

Seriously, aku tak suka cara camtu dan itu bukan cara aku. Sebab itu jugaklah aku suruh dia amik jer duit yang aku kasi tu. Kalau aku... memang aku tak kuasa nak mengira. Sebab aku memang malas bab2 mengira nih. Lagipun bagi aku, dalam hidup kita nih, ada masanya kita tak perlu nak berkira sangat terutama untuk perkara baik. Tapi dalam keadaan ini aku takde la menuduh dia berkira dengan aku. Mungkin gak ini memang dah cara dia. :)

Sunday, August 23, 2009

Selamat berpose

Dah masuk hari kedua pose. Tapi baru hari nih aku nak wish kat korang selamat berpose. Sorila kengkawan sebab lambat. Nthla.. Tak tau naper. Aku malas betol dan tak de mood nak update blog. Korang tak yah la tanya naper. Sebab kalau korang tanya pun, memang aku takkan citer apa2. Sebab aku malas nak bercerita.

Apa2pun aku ucapkan selamat menyambut Ramadan. Kalau ada yang terlebih dan terkurang, aku dah singgung hati korang, aku dah terkata atau terumpat korang, aku dah teramik hak korang dan bla... bla.... blaa.... aku mintak maap bebanyak. Dan aku mintak halal dari korang. Semoga Ramadan kali ini menjadi saat yang paling istimewa dan penuh barakah dalam hidup kita semua. Aminn....

Friday, August 21, 2009

Ngomel sorang2

Cam tak caya jer dah nak pose balik. Rasa cam cepat tol masa berlalu. Dalam sedar tak sedar, umur aku pun dah makin tambah. Tapi, dah bertambah pun, aku tetap rasa muda. Hehehe... Jangan jeles :P

Dah makin ramai yang kena virus H1N1. Jumlah yang mati pun dah makin bertambah. Naik risau gak aku dibuatnya. Paling aku risau sekali ialah mak ngan ayah aku kat kampung. Maklumlah... Selain budak2 ngan pregnant woman, orang2 tua terutama yang memang dah ada penyakit macam asma etc, pun berisiko gak. Tadi ayah aku cakap, orang kat ngan area umah aku kat kampung tu pun dah meninggal sorang sebab virus tu. Harap2 Allah menjauhkanlah mak, ayah, aku, adik beradik aku, suku sakat aku, kawan2 aku dan semua orang daripada penyakit tu. Dan aku harap2 gak virus nih cepat2 stop dari terus merebak.

Selain virus nih, ada lagi satu gak masalah lain yang makin ketara dan cam tak terkawal gak iaitu MASK. Sekarang nih susah tol nak cari mender alah tu. Pelik tol. Erm... Mungkin gak kehabisan stok. Tapi, bagi aku, alasan tu tak berapa sesuai untuk diterima pakai. Iyerla... Virus bukannya baru sehari dua. Dah lama dah. Orang yang kena pun dah beribu2. Patutnya penghasilan mask perlu diperbanyakkan. Takkan jumlah yang dikeluarkan masih nak sama ngan yang sebelumnya. Lagi satu, naper la kejam sangat diorang nak naikkan harga mask tu. Mentekedarah sungguh! Kalau dalam Islam, amik untung lebih 100% kira haram tau! Tapi sekarang nih, aku tak tau orang kedai jual berapa ringgit sekeping. Masih mahal lagi ke atau dah murah balik sebab ia dah jadik barang kawalan. Erm... ntah... Aku tak tau sebab aku dok cari kat kedai lom jumpa lagi. Mak aku cakap kat Ipoh pun susah nak cari sebab banyak habis. Maybe jual kat farmasi jer kot. Sebab masa aku beli hari tu, aku beli kat Guardian kalau tak silap aku. Tapi KALAU betulla cuma leh dapat kat farmasi jer, aku rasa ia tak patut berlaku. Sepatutnya ia dijual kat banyak tempat dan kedai supaya senang orang nak beli.

Tutup citer pasal tu, aku nak citer pasal lain lak. Dah 3 hari aku kena selesema. Maybe sebab jerebu, tido malam pasang kipas kuat plus aku makan langsat banyak sangat hari tu. Tu pasal aku kena selesema. Masa mula2 kena tu, tekak aku punyer la sakit. Time tu aku dah risau gak. Aku terkena virus tu ke? Cepat2 aku makan ubat batuk plus minum air banyak. Masa tu aku tak gi klinik pun. Orang ramai, jadik aku malas nak beratur nunggu turn. Masuk hari kedua ngan ketiga, aku masih selesema. Tapi sakit tekak dah tak sangat. Malam tadi, ada orang offer diri bawak aku gi klinik. Time tu dah kol 10 lebih, tapi still ramai orang. Alhamdulillah doktor kata aku takde apa2. Tapi dengan selamba aku sajer mintak MC sebab aku malas nak gi opis esok dan aku malas nak buat agar2 milo. Hahaha... Leh ke bagi alasan camtu kat doktor? :) Mula2 doktor cam malas nak bagi. Tapi sebab aku selesema dan dia tak nak orang lain kena jangkit sama, dia pun bagi aku cuti. Eeee... bestnyer.. Jangan jeles! Hahah...

Sebut pasal agar2 milo... sebenarnya esok team aku ngan beberapa team lain nak buat pot luck. Mula2 diorang suruh aku buat sambal. Tapi aku cakap betul la.. aku memang tak terer buat sambal banyak2. Kalau setakat bawak ulam ok jer. Time pagi dalam kol 10am aku leh ngelat jap gi pasar. Alah... Bukannya jauh. Dekat jer. So, memandangkan esok aku MC, takdela dapat aku join diorang. Dengan kata lain, tak yah la aku buat agar2 milo. Erm... Sure diorang ngomel pasal aku - cam sajer2 jer nak ngelat dari pot luck. :P

Ok la. Dah nak kol 1 nih. Time to sleep. Gud nite semua... Adios! :)

Friday, August 14, 2009

Teringat balik zaman mudo :)

Aku sebenarnya nak sambung naip story aku yang dah terbengkalai tu. Tapi bila dah baca blog si ida, tak jadik aku nak buat keje. Terus melencong masuk sini. Adess... Gerenti esok aku kena pelangkong ngan bos aku. Ish... ishh... saper nak jawab nih???

Semalam nengok gambar2 zaman tok kadok kat chulan dulu. Nth saper yang nempek kat facebook, aku tak ingat lak. Zawi kot. Hilang ingatan lak aku jap. Hahaha... Tapi yang aku tau gambar aku ada sekeping jer kot. Nak buat camana aku memang jarang bergambar ramai2 ngan diorang. Memanjang jer aku hilang. Ghaib ke mana masa tu, aku pun tak tau. Tapi nengok gambar member2 lain pon ok gak. Kasi refresh balik ingatan aku nih hah. Maklum ler... Dah lama sangat tak berjumpa. Jangan kata muka, nama diorang pun aku ingat2 lupa. Terok tol aku nih, kan? Tapi budak2 aspuri satu batch ngan aku konfem aku ingat. Setakat 8 orang. Melampau la kalau aku tak ingat, tol tak?? Hehehe...

Erm... Kalau dapat kumpul balik 8 orang kan best. Sure banyak citer. Zawie, apa kata ko jadik koordinator? Aku rasa ko, aku, ida, zirah ngan nezy takde masalah nak jumpa kat sini kot. Tapi kena tunggu cuti sekolah. Kalau tak, jangan harap cikgu Azfa nak datang sini menghadap muka kita yang lawa2 belaka kat sini nih hah. Hehehe... Cuma si Aida ngan Zurin nih jer susah tol nak dihubungi. Kalau nak jumpa ramai2 budak RK pun ok gak. Tapi cam biasa la, nak jumpa ramai2 satu masa memang susah giler.

Ok la. Nak sambung buat stori balik. Adios :)

Wednesday, August 12, 2009

Selamat pagi cikgu! Hehehe...

Agaknya sebab dah dua hari tak cukup tido, so semalam dekat2 kol 8pm aku dah tetido. Nth camana leh tetido, aku pun tak tau. Lepas tu terus aku dah tak sedar apa. Rasa cam tido mati lak depan tv. Hehehe...Tapi alhamdulillah, aku masih idup lagi. :) Kemudian aku tersedar kol 2am. Rasa cam tak puas tido lagi, so aku sambung terus sampai kol 4.30am. Lepas sedar, aku gi masak nasi (perut lapar giler sebab aku cuma makan aiskrim jer untuk bukak pose semalam) dan panaskan lauk kelmarin. Sementara nunggu nasi masak, aku gi la semayang isyak.

Sekarang dah kol 6am; baru jer lepas azan. Tapi belum apa2 lagi dah ngantuk balik. Ish... ishh... susah tol jadik orang kaki tido nih. Hahaha... Takper la. Aku nak gi mandi dan semayang jap supaya aku kembali fresh untuk mengadap keje2 yang berlambak. Korang pun apa lagi? Bangun2! Gi semayang subuh :)

Tuesday, August 11, 2009

Bingung!

Aku sebenarnya konpius. Sangat2 konpius. Konpius dengan statement kak Jem. Semua nih silap aku ke? Atau salah orang yang tersilap mentafsir aku? Atau memang berpunca dari perangai aku yang tak berapa nak amik berat dan suka ikut sesuka hati sendiri tanpa pikir kepala otak dan hati orang lain?

Erm... Aku selalu cakap ngan sorang mamat nih. Setiap kali dia bermasalah, masalah itu adalah masalah yang sama yang dicarinya sebelum2 nih. Cuma version jer dah upgrade sikit. Aku kutuk dia. Aku kata dia lari dari masalah yang diciptanya sendiri. Dan tadi bila aku termenung sorang2, aku teringat cakap kak Jem dan aku teringat gak orang2 (yang sebenarnya masih aku rindu dan mungkin gak sayang). Aku pandai kutuk mamat tu. Tapi aku sebenarnya terlupa yang aku pun macam tu gak. Tapi still dengan version yang tak sama.

Agak2nya apa khabar ngan dia sekarang? Dan apa citer ngan yang lain2 yang dah lama aku tinggalkan (mungkin secara sengaja)? Sihat ker? Masih lagi cam dolu2? Aku sebenarnya teringin gak nak bertanya khabar, nak sembang2, nak melepak2. Tapi nthlah. Aku kena admit yang sebenarnya kadang2 aku takut dan was2. Sebab itulah kat dia aku cuma antar email tanya khabar. Dan lepas dia reply, aku terus tak reply balik sampailah pada satu masa aku akan ulang perkara yang sama – tanya khabar via email, dan lepas tu terus diam balik. Nthla... Mungkin bila aku tulih camni, akan ada orang kata yang aku nih buruk perangai, nth apa2, tak ingat orang la dan bla.. blaa... blaaa... Nth.. Terserahlah. Yang penting aku tahu apa yang aku buat nih ada sebabnya (selain takut dan was2 :) ) Mungkin ia baik hanya untuk orang, mungkin baik hanya untuk aku, mungkin baik untuk orang dan aku atau mungkin tak baik untuk saper2 pun. Pada orang2 yang berkaitan, aku mintak maap sangat2. Aku tau mungkin salah aku sebab memulakan. Tapi apa2 pun korang tetap dalam ingatan aku...

Monday, August 10, 2009

Slamat tito!

Sekarang dah pun kol 3.15 am. Biasanya time camni aku dah pun lena dibuai mimpi. Tapi la ni aku masih lagi berjaga - menyetelkan mender pending yang sepatutnya aku dah setelkan minggu sudah lagi. Bukan aku sajer nak biarkan mender tu pending. Tapi nak buat camana. Ilham lom sampai lagi. Dan malam nih setelah ilham sampai, akhirnya aku dengan jayanya dah pun buat keputusan. Harap ini yang terbaik. :)

La ni dah masuk kol 3.23am. Mata ngantuk giler. So, time to sleep. Tapi sebelum melentok, aku ingat nak bancuh milo jap. Dah lama aku tak minum milo. So, gud nite semua. Adios dari aku...

Salam...

Saturday, August 8, 2009

Astro

Harga Astro untuk channel bola dah naik. X paham aku. Kalau iyer pun nak naik, jgn la melampau sangat. Kalau setakat seringgit dua leh la diterima dek poket ataupun wallet. Tapi kalau dah lebih dari RM10, sori la... Tu namanya membazir. Walaupun setiap bulan bukan aku yang bayar, aku tetap tak setuju. Tadi aku call orang Astro sebab aku nak tutup Astro kat umah. Maka dengan jayanya aku bagi tau dia, aku tak nak Astro dah sebab channel bola dah mahal. Lepas tu pulak dengan bangganya dia suruh aku tukar pakej lain. Tak yah amik bola dah. Nth apa2 jer. Lepas aku cakap aku amik Astro hanya sebab bola, terus dia terdiam. Aku tau aku cakap camana pun, dia takkan turun harga hanya sebab aku mengomen. Tapi at least aku berterus-terang aku tak setuju dan sebab dia nak sangat duit lebih, dia dah hilang sorang customer iaitu aku. So, padan muka! Maka dengan ini bermula bula depan, umah aku dah takde Astro dah :(

Wednesday, August 5, 2009

Kisah makcik2

Aku jumpa ngan seorang makcik yang juga layak aku panggil nenek. Orangnya ramah. Pandai pulak speaking London sampaikan kawan aku pun tersipu malu bila dia cakap Melayu, tapi nenek cakap omputih. Semua orang kat situ gelak sakan termasuklah nenek. Dan aku pun sama gak. Hahaha.. Syoknyer aku gelakkan member aku yang dok tersengih2 control ayu tuh. :D

Untuk pengetahuan korang, aku jumpa nenek ni kat rumah orang2 tua. Masa tu dia tengah lepak atas katil. Nampak cam sihat. Tapi rupa2nya dia dah tak leh jalan gara2 terjatuh. Aku tanya dia, jatuh kat mana? Dan jawapannya memang sempoi. Makcik tak ingat daa.... Hehehe... Tapi tak kisahla tu. Sebabnya kat sini aku bukan nak menggelakkan dia. Cuma aku nak kongsi citer skit jer. Bukan setakat pasal makcik nih sajer. Tapi jugak makcik2 lain yang tinggal kat situ.

Erm... Meh sini aku nak citer dulu pasal makcik yang mula2 aku citer kat intro tadi. Aku lupa umur dia berapa. Tapi aku rasa umur dia dalam lingkungan 75 and above. Namanya tak yah la aku sebutkan ek sebab off the record. Hehehe.. Masa mudanya, makcik nih jadik pembantu umah kat umah orang India. Dia keje kat situ sampai la anak2 orang tu dah besar panjang. Kata makcik, dia berhenti umo 40an. Tapi aku tak berapa percaya. Erm... Tapi tak kisahlah kan. Yang menariknya kat sini ada dua perkara pasal makcik nih. Pertama walaupun bukan darah daging sendiri, anak orang India tu tetap datang jenguk makcik nih kat umah orang2 tua. Sebabnya makcik nih jaga diorang betul2 macam anak sendiri - penuh dengan kasih sayang. Dan aku salute ngan orang India tu. Walaupun tak sama bangsa, agama dan bukan darah daging, diorang tetap kenang jasa orang yang jaga diorang. Tapi kalau orang Melayu, aku agak was2. Boleh ker diorang buat macam tu? Dan perkara kedua yang menarik pasal makcik nih, dia masih lagi anak dara. Bukanlah aku tak pernah jumpa ngan orang pompuan yang tak kawin2 sampai tua. Cuma cara dia tu yang buat aku tertarik terutamanya masa dia jawab soalan aku:

"Naper tak kawin?"
"Makcik tak nak kawin."
"Naper tak nak kawin."
"Sebab makcik takut."

Bila makcik nih cakap takut, aku mula pelik. Apa yang dia takut? Aku korek lagi... Dia kata dia pernah ada kawan lelaki dolu2. Dan ada gak orang laki nak pinang dia. Tapi dia tolak. Sebabnya dia takut. Erm... Aku pun korek2 la lagi... (memang dah dasar reporter! Hahaha..) Rupa2nya dia takut ngan orang lelaki. Dia tak berapa percaya ngan lelaki mungkin disebabkan perangai lelaki sendiri dan boleh jadi gak dia tak rasa secure disebabkan perangai lelaki jugak. Erm... Nthlah... Aku tak tau apa yang dah berlaku sebenarnya dalam hidup dia. Tapi dia nasihatkan aku (yang masih anak dara nih... hehehe....) supaya berhati2 bila nak carik calon suami. Tengok dan pilih betul2. Erm... To be honest la, bila aku tengok dan sembang ngan dia, aku mula terpikir satu mender. Adakah aku akan habiskan sisa hidup zaman tua aku nanti macam dia? Tapi apa2pun, aku tetap berpegang pada satu perkara - setiap orang ada rezeki masing2. Kita mungkin sekarang berada di lorong yang sama. Tapi, penghujungnya mungkin berbeza. Namun, penutupnya tetap sama iaitu mati dan berjumpa Ilahi.

Okeh! Nak sambung pasal makcik yang kedua pulak. Aku cuba bercakap ngan dia. Tapi memang aku fail la. Sepatah haram dia cakap aku tak paham. Loghat Terengganu dia pekat giler. Nih ditambahkan lagi dengan sebutan yang tak berapa nak clear. Aku mintak member aku budak Terengganu tolong translatekan pun, still tak leh nak membantu aku. Jadi, aku pun mula mengorek citer dari orang yang mengasaskan rumah jagaan tu. Katanya makcik nih muda2 dulu lawa orangnya. Aasal usulnya orang kaya raya. Keta pun pakai drebar. Dia takde anak. Tapi dia bela 2 orang anak angkat. Kalau tak silap dia start bela masa budak tu baru beberapa hari dilahirkan. Sepanjang tempoh dia membesarkan anak2 angkatnya tu, aku tak tau apa yang berlaku. Cuma bila dia dah tua, seorang anak dia yang jaga dia. Lagi sorang tu kalau tak silap aku buat bodo jer kot. Yang sedihnya makcik nih ditinggalkan dalam sangkar yang muat2 badan. Makan, mandi, berak semuanya kat dalam bilik air. Bukannya dimandi dan dibersihkan betul2. Tapi cuma dicucur gitu2 jer. Baju pun dah macam kain buruk - koyak rabak. Masa dia dihantarkan ke rumah orang2 tua tu, keadaan dia memang kotor dan menyedihkan. Disebabkan dimasukkan dalam sangkar, makcik tu dah tak boleh nak duduk mahupun berdiri. Tulang kakinya patah. Satu tempurung lututnya dah takde. Dulu dia baring jer diam2. Tapi bila dah lama2 kat pusat jagaan tu, dia dah boleh la bergerak dan mengesot sendiri. Erm... Tak taula apa yang dah berlaku sebenarnya sampai anak angkat dia layan dia camtu punyer buruk.

Nih citer makcik yang ketiga lak. Makcik nih ada la beberapa orang anak. Semuanya lelaki. Dan dia ada jugak seorang anak angkat pompuan. Mula2 dia dijaga oleh seorang anak lelaki nih. Tapi nth camana isteri mamat nih kena strok. Jadik disebabkan percaya adik angkatnya yang pompuan tu leh jaga dengan lebih baik, dia pun mintaklah si adik tu jaga. Tapi tak lama lepas tu, anak angkat pompuannya nih telah meninggalkan makcik nih kat hospital. Dia memang betul2 lepas tangan. Lepas hantar kat hospital, dia terus buat senyap. Bila anak lelaki makcik tu datang nak tanya, dia tak cakap. Memang simpan rahsia sungguh. Mamat nih pulak jenuh la mencari emaknya yang hilang. Dan akhirnya mereka pun berjayala berjumpa semula. Untuk pengetahuan korang, husband kepada anak angkat pompuannya adalah seorang imam masjid. Korang bayangkanlah... Macam manalah seorang isteri imam tergamak buat camtu?

So, moral of the story kat sini, anak angkat tak akan sama ngan anak kandung walaupun korang bela dia dari umurnya sehari. Bila2 masa sahaja dia boleh lepas tangan jaga korang bila korang tua nanti dengan alasan mudah - korang bukan mak bapak dia dan syurga diorang takde kat bawak tapak kaki korang. Korang bayangkanlah, anak sendiri leh abaikan mak bapak. Apa lagi kalau anak angkat. Tapi bukan semua anak angkat camtu. Sebenarnya tak kiralah dia tu anak angkat ke tidak, didikan korang tu yang penting dan akan menentukan macam mana dia layan korang nanti. Dan lagi satu, tak yah la nak dibangga2kan sangat pasal harta dunia sebab ia takkan menjamin sepenuhnya kebahagiaan kita.

Bila2 dipikir2kan balik, aku rasa kita sebenarnya tak boleh nak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada anak2 kalau satu hari nanti kita diabaikan mereka. Sebabnya itu mungkin berpunca daripada salah kita sendiri. Apa yang kita lakukan dan buat pada hari ini, tak mustahil itulah yang akan berlaku balik pada kita. Bukankah kehidupan ini ada turun naiknya. Dan bukankah Allah itu maha agung yang mana dia boleh menghukum dosa2 kita sama ada semasa kita hidup ataupun sesudah mati? Wallahualam...

Monday, August 3, 2009

Nasib kena menunggu :(

Sekarang aku kat IJN. Menunggu orang yang sepatutnya aku jumpa pada kol 4.30 tadi. Dan sekarang dah pon kol 5 pm. Boringnya bila aku menunggu. Agaknya inilah perasaan orang yang terpaksa menunggu aku. Hahaha.. Siannya diorang. Dan sian gak kat aku. :p

Hal yg aku kena setelkan minggu lepas dah 99 peratus setel. Tinggal satu jer lagi - decision. Susahnya bila aku terpaksa buat keputusan. Dah dekat seminggu. Tapi aku still blur. Takperla. Nanti2 aku buat semayang istikharah lagi. Harap2 dapat petunjuk. :)

Ada masanya aku rasa cam susah sangat nak buat keputusan. Agaknya sebab aku takut kot. Erm... Penakut tol aku nih. Hahaha... Nth apa2 je aku nih. Tapi aku memang mengaku - aku takut. Aku takut buat keputusan terutamanya kalau ia melibatkan masa depan aku yang mana bila aku buat, aku tak mungkin boleh patah balik. Aku rasa bukan aku sorang jer macam tu. Boleh jadik korang pon cam aku. Tapi sebagai manusia, aku kena berani buat keputusan. dan paling penting, aku kena berani hadapi akibat daripada keputusan tu. Tapi bersediakah aku?