Pages

Wednesday, August 5, 2009

Kisah makcik2

Aku jumpa ngan seorang makcik yang juga layak aku panggil nenek. Orangnya ramah. Pandai pulak speaking London sampaikan kawan aku pun tersipu malu bila dia cakap Melayu, tapi nenek cakap omputih. Semua orang kat situ gelak sakan termasuklah nenek. Dan aku pun sama gak. Hahaha.. Syoknyer aku gelakkan member aku yang dok tersengih2 control ayu tuh. :D

Untuk pengetahuan korang, aku jumpa nenek ni kat rumah orang2 tua. Masa tu dia tengah lepak atas katil. Nampak cam sihat. Tapi rupa2nya dia dah tak leh jalan gara2 terjatuh. Aku tanya dia, jatuh kat mana? Dan jawapannya memang sempoi. Makcik tak ingat daa.... Hehehe... Tapi tak kisahla tu. Sebabnya kat sini aku bukan nak menggelakkan dia. Cuma aku nak kongsi citer skit jer. Bukan setakat pasal makcik nih sajer. Tapi jugak makcik2 lain yang tinggal kat situ.

Erm... Meh sini aku nak citer dulu pasal makcik yang mula2 aku citer kat intro tadi. Aku lupa umur dia berapa. Tapi aku rasa umur dia dalam lingkungan 75 and above. Namanya tak yah la aku sebutkan ek sebab off the record. Hehehe.. Masa mudanya, makcik nih jadik pembantu umah kat umah orang India. Dia keje kat situ sampai la anak2 orang tu dah besar panjang. Kata makcik, dia berhenti umo 40an. Tapi aku tak berapa percaya. Erm... Tapi tak kisahlah kan. Yang menariknya kat sini ada dua perkara pasal makcik nih. Pertama walaupun bukan darah daging sendiri, anak orang India tu tetap datang jenguk makcik nih kat umah orang2 tua. Sebabnya makcik nih jaga diorang betul2 macam anak sendiri - penuh dengan kasih sayang. Dan aku salute ngan orang India tu. Walaupun tak sama bangsa, agama dan bukan darah daging, diorang tetap kenang jasa orang yang jaga diorang. Tapi kalau orang Melayu, aku agak was2. Boleh ker diorang buat macam tu? Dan perkara kedua yang menarik pasal makcik nih, dia masih lagi anak dara. Bukanlah aku tak pernah jumpa ngan orang pompuan yang tak kawin2 sampai tua. Cuma cara dia tu yang buat aku tertarik terutamanya masa dia jawab soalan aku:

"Naper tak kawin?"
"Makcik tak nak kawin."
"Naper tak nak kawin."
"Sebab makcik takut."

Bila makcik nih cakap takut, aku mula pelik. Apa yang dia takut? Aku korek lagi... Dia kata dia pernah ada kawan lelaki dolu2. Dan ada gak orang laki nak pinang dia. Tapi dia tolak. Sebabnya dia takut. Erm... Aku pun korek2 la lagi... (memang dah dasar reporter! Hahaha..) Rupa2nya dia takut ngan orang lelaki. Dia tak berapa percaya ngan lelaki mungkin disebabkan perangai lelaki sendiri dan boleh jadi gak dia tak rasa secure disebabkan perangai lelaki jugak. Erm... Nthlah... Aku tak tau apa yang dah berlaku sebenarnya dalam hidup dia. Tapi dia nasihatkan aku (yang masih anak dara nih... hehehe....) supaya berhati2 bila nak carik calon suami. Tengok dan pilih betul2. Erm... To be honest la, bila aku tengok dan sembang ngan dia, aku mula terpikir satu mender. Adakah aku akan habiskan sisa hidup zaman tua aku nanti macam dia? Tapi apa2pun, aku tetap berpegang pada satu perkara - setiap orang ada rezeki masing2. Kita mungkin sekarang berada di lorong yang sama. Tapi, penghujungnya mungkin berbeza. Namun, penutupnya tetap sama iaitu mati dan berjumpa Ilahi.

Okeh! Nak sambung pasal makcik yang kedua pulak. Aku cuba bercakap ngan dia. Tapi memang aku fail la. Sepatah haram dia cakap aku tak paham. Loghat Terengganu dia pekat giler. Nih ditambahkan lagi dengan sebutan yang tak berapa nak clear. Aku mintak member aku budak Terengganu tolong translatekan pun, still tak leh nak membantu aku. Jadi, aku pun mula mengorek citer dari orang yang mengasaskan rumah jagaan tu. Katanya makcik nih muda2 dulu lawa orangnya. Aasal usulnya orang kaya raya. Keta pun pakai drebar. Dia takde anak. Tapi dia bela 2 orang anak angkat. Kalau tak silap dia start bela masa budak tu baru beberapa hari dilahirkan. Sepanjang tempoh dia membesarkan anak2 angkatnya tu, aku tak tau apa yang berlaku. Cuma bila dia dah tua, seorang anak dia yang jaga dia. Lagi sorang tu kalau tak silap aku buat bodo jer kot. Yang sedihnya makcik nih ditinggalkan dalam sangkar yang muat2 badan. Makan, mandi, berak semuanya kat dalam bilik air. Bukannya dimandi dan dibersihkan betul2. Tapi cuma dicucur gitu2 jer. Baju pun dah macam kain buruk - koyak rabak. Masa dia dihantarkan ke rumah orang2 tua tu, keadaan dia memang kotor dan menyedihkan. Disebabkan dimasukkan dalam sangkar, makcik tu dah tak boleh nak duduk mahupun berdiri. Tulang kakinya patah. Satu tempurung lututnya dah takde. Dulu dia baring jer diam2. Tapi bila dah lama2 kat pusat jagaan tu, dia dah boleh la bergerak dan mengesot sendiri. Erm... Tak taula apa yang dah berlaku sebenarnya sampai anak angkat dia layan dia camtu punyer buruk.

Nih citer makcik yang ketiga lak. Makcik nih ada la beberapa orang anak. Semuanya lelaki. Dan dia ada jugak seorang anak angkat pompuan. Mula2 dia dijaga oleh seorang anak lelaki nih. Tapi nth camana isteri mamat nih kena strok. Jadik disebabkan percaya adik angkatnya yang pompuan tu leh jaga dengan lebih baik, dia pun mintaklah si adik tu jaga. Tapi tak lama lepas tu, anak angkat pompuannya nih telah meninggalkan makcik nih kat hospital. Dia memang betul2 lepas tangan. Lepas hantar kat hospital, dia terus buat senyap. Bila anak lelaki makcik tu datang nak tanya, dia tak cakap. Memang simpan rahsia sungguh. Mamat nih pulak jenuh la mencari emaknya yang hilang. Dan akhirnya mereka pun berjayala berjumpa semula. Untuk pengetahuan korang, husband kepada anak angkat pompuannya adalah seorang imam masjid. Korang bayangkanlah... Macam manalah seorang isteri imam tergamak buat camtu?

So, moral of the story kat sini, anak angkat tak akan sama ngan anak kandung walaupun korang bela dia dari umurnya sehari. Bila2 masa sahaja dia boleh lepas tangan jaga korang bila korang tua nanti dengan alasan mudah - korang bukan mak bapak dia dan syurga diorang takde kat bawak tapak kaki korang. Korang bayangkanlah, anak sendiri leh abaikan mak bapak. Apa lagi kalau anak angkat. Tapi bukan semua anak angkat camtu. Sebenarnya tak kiralah dia tu anak angkat ke tidak, didikan korang tu yang penting dan akan menentukan macam mana dia layan korang nanti. Dan lagi satu, tak yah la nak dibangga2kan sangat pasal harta dunia sebab ia takkan menjamin sepenuhnya kebahagiaan kita.

Bila2 dipikir2kan balik, aku rasa kita sebenarnya tak boleh nak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada anak2 kalau satu hari nanti kita diabaikan mereka. Sebabnya itu mungkin berpunca daripada salah kita sendiri. Apa yang kita lakukan dan buat pada hari ini, tak mustahil itulah yang akan berlaku balik pada kita. Bukankah kehidupan ini ada turun naiknya. Dan bukankah Allah itu maha agung yang mana dia boleh menghukum dosa2 kita sama ada semasa kita hidup ataupun sesudah mati? Wallahualam...

3 comments:

Anonymous said...

eee sedihnyer cite2 ko azni..

kie said...

ermm...tu lah yg terjadi pada ibu ayah org kita yg ngaku dirinya Islam..buang mak ayah camtu je..xkisahlah angkat ke kandung..tp dia dh banyak berjasa pda kita..ermm..citer ni benar2 menginsafkan diri..sbb terpikir gak..pertama..cukup baikkah layanan kita pada kedua org tua kita sekarang?..kedua..masih adakah yg syg pda kita bila kita tua??..Waullahu aklam...tp citer ni mmg bwa msg yg berguna...ermm..awk takut ke nak kawen..hehhe(sje melawak)

kOpiEhiTam said...

sue, lagi sedih kalau ko tengok dan dengar sendiri dari mulut diorang.

kak kie, takut tu tak la sangat. tapi ngeri tu ada la.. hahaha...