Welkem to September!
Erm... Cepat tol masa berlalu. Tapi cam biasa la, hidup aku tak berubah apa pun. Tahap degil aku tetap sama cam dulu. Begitu jugak ngan tahap malas ngan 'begik' aku. Tapi dalam bulan yang amat mulia nih, aku amat berharap dan berdoa supaya iman aku yang menipis makin menebal; jadik makin kukuh dan tak mudah goyah. Aminn...
Kalau diikutkan banyak mender aku nak tulih. Dan sebenarnya dah ada pun yang aku taip separuh jalan. Cuma aku tak publishkan saja. Naper? Sebab aku rasa ia tak patut dipublishkan. Bagi aku, memadailah kalau ia hanya disavekan sebagai draft – hanya untuk bacaan aku sorang jer . Hahah... Cam kedekut lak aku nih. Hehehe...
Kalau korang tengok, aku mula2 buat post kat sini pada bulan 10 2007. Sebenarnya sebelum tu pun aku dah tulih blog. Aku tak ingat apa nama blog tu. Cuma beberapa orang member aku jer yang tau pasal kewujudan blog tu. Apa yang aku tulih kat dalam blog tu tak macam apa yang aku tulih kat dalam blog nih. Cuma yang samanya ngan blog nih, postingnya tak banyak. Dalam blog tu, aku tak citer pun perihal kehidupan harian aku. Dan aku tak berciter langsung tentang ketensenan yang melanda kepala otak aku. Apa yang aku tulih adalah apa yang aku fikir dan apa yang aku lalui (pengalaman). Tapi tak tau la naper sampai satu waktu, aku tiba2 telah memutuskan untuk mendelete terus blog tu. Lama jugak lepas tu, barulah aku buat blog nih. Sama macam aku mendelete previous blog, aku jugak tak tau naper aku buat blog nih.
Ada beberapa orang member aku kata, aku cukup berahsia, kedekut nak letak gambar sendiri dan bla... blaa... Aku tak kisah. Terserah apa korang atau orang lain nak bercakap. Aku bukan nak jadik manusia misteri. Aku bukan jugak nak jadik manusia yang begitu menonjol. Aku menulis blog... bercerita sedikit tentang aku dan apa yang hendak aku luahkan. Semuanya bukan kerana hendak apa2. Cuma sajer suka2; sementara aku masih hendak melakukannya. Dan kalau ditakdirkan suatu hari nanti blog nih tiba2 tak wujud, ia bukanlah suatu kejutan. Tapi lebih kepada suatu keputusan di mana bagi aku ia tidak perlu ada lagi dalam dunia blog nih. Jadik, kalau korang tanya kenapa aku tak letak gambar aku, dan menerangkan siapa aku seperti kebanyakan blogger lain – jawapannya cukup ringkas. Aku tak mahu orang tahu siapa aku. Memadailah kalau orang hanya kenal aku. Tetapi bagi korang yang memang kawan aku, aku rasa ‘penerangan’ siapa aku di sini sudah tentu bukan suatu keperluan. :)
Jadik kepada kengkawan lain, aku amat berharap. Kalau aku sendiri tidak meletakkan gambar aku di sini, aku jugak berharap korang tidak meletakkan gambar aku di dalam blog korang. Bukan aku berlagak. Bukan aku sombong. Tapi aku memang tak selesa bila gambar aku ditayangkan kepada umum. Dan pada member2 yang meletakkan gambar aku kat facebook, aku masih boleh berkata ok (tapi kalau korang bertanya terus kat aku, dah tentu aku cakap jangan letak. hehehe...). Tapi kalau nak letakpun kat facebook tu, tak yah la sampai melabelkan nama aku kat situ. Ikhlas... Aku memang betul2 rasa tak selesa.
Kepada korang yang mana terasa ngan tulisan aku kali nih, aku betul2 mintak maap. Bukan aku nak menyinggung korang. Niat aku cuma nak berterus-terang....
2 comments:
hoho..seb bek la takde gmbr ko dlm gmbr ramai2 tu ari..kut tak kena la aku delete. ekekekek :P
by d way..gmbr ko msti ada dlm bumper raya thn ni kan?? (tetttt...aku tk sebut nama majalah tu..)
hehehe... memang la ada. tapi nth. tak berkenan aku nengoknyer.huduh arr... hahaha...
Post a Comment