Atas permintaan Jepun.... Kat sini aku paste resipi kerepek dan kekacang. :)
(resipi dibuat oleh Noraini Adnan - dicilok daripada mag aku tahun 2005)
1-KACANG HAZEL DAN PAF PUDINA
Bahan :
120 g. kacang hazel tanpa kulit
40 g. marjerin
½ sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil serbuk jintan manis
Sedikit garam
40 g. paf pudina (ada dijual dipasaraya dan pelbagai rasa)
Cara membuat:
1 Cairkan marjerin dan masukkan serbuk cili, serbuk jintan dan garam.
2 Masukkan kacang hazel dan kaup balikkan. Ratakan diatas dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga keemasan.
3 Alihkan dari ketuhar dan biar sejuk.
4 Apabila menghidang gaulkan paf pudina kedalamnya.
5 Simpan kedap udara.
2-KACANG MEDLEY TIGARASA
Bahan:
50 g. kacang walnut
50 g. badam
50 g. kacang tanah
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 biji cili hijau (dikisar halus)
¼ sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil gula perang
Sedikit garam
2 sudu besar minyak jagung
3 sudu besar bawang goring
3 sudu besar ceri merah (dibelah dua)
Cara membuat:
1 Bersihkan kacang dan jika dibasuh, dikeringkan rapi.
2 Campurkan minyak, serbuk kunyit, cili hijau, serbuk jintan, gula perang dan sedikit garam dan gaul rata.
3 Masukkan kekacang dan gaul sebati.
4 Bakar didalam ketuhar dengan kepanasan 180ºC selama 15 minit hingga kekacang berwarna emas dan wangi baunya.
5 Masukkan bawang goring dan ceri merah dan gaul rata.
NOTA: bolih juga digoring didalam minyak sederhana panasnya dan toskan minyak selepas digoring. Masukkan bawang goring dan ceri merah selepas minyak ditoskan.
3-BADAM MENTEGA
Bahan:
240 g. badam berkulit
6 sudu besar mentega
1 sudu kecil cili pes
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Sedikit garam
Cara membuat:
1 Bersihkan badam dan basuh, kemudian dikeringkan dengan kertas tisu.
2 Cairkan mentega dan masukkan cili pes, bawang putih, serbuk ketumbar dan garam.
3 Masukkan badam dan gaul rata.
4 Ratakan badam diatas dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga garing.
5 Keluarkan dari ketuhar dan biar sejuk sebelum dihidang.
4-KEKACANG CERI HIJAU DAN SOS UDANG KERING
Bahan:
100 g. kacang tanah tanpa kulit
60 g. kacang pine
50 g. kacang hazel tanpa kulit
4 sudu besar ceri hijau (dipotong kiub)
1 tangkai daun kari2 sudu besar gula kasar
½ sudu besar serbuk halia
2 sudu besar sos atau serbuk udang kering
1 sudu kecil garam ikut rasa
Parutan kulit oren
Minyak untuk menggoring
Cara membuat:
1 Panaskan minyak dan goring kacang hingga keemasan dengan menngunakan api yang sederhana.
2 Masukkan daun kari dan gula dan biar rata.
3 Alihkan dari api dan masukkan semua bahan yang lain dan kaup balikkan.
4 Biar sejuk dan hidang didalam kulit oren atau simpan kedap udara.
5-KACANG GAJUS BERTIH BERAS KARAMEL
Bahan:
200 g kacang gajus
5 sudu besar bertih beras (dibuat sendiri atau dibeli dari pasaraya)
3 sudu besar madu2 sudu besar gula perang
100 g. marjerin
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil esen ros
Cara membuat:
1 Cairkan marjerin dan masukkan madu dan gula, soda bikarbonat dan esen.
2 Masukkan kacang gajus dan gaul rata.
3 Bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga gajus keemasan dan berkilat.
4 Alihkan dari api dan gaulkan bertih beras kedalamnya.
6-WALNUT KETUMBAR PEDAS
Bahan:
200 g. kacang walnut
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk bawang putih
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
Garam dan serbuk lada hitam
Cara membuat:
1 Bersihkan kacang walnut dan goring tanpa minyak hingga garing.
2 Buangkan kulitnya dan gaulkan dengan bahan yang lain dan bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga keemasan.
3 Keluarkan dari ketuhar dan biar sejuk.
NOTA: bolih juga digoring bersama hirisan daun ketumbar untuk rasa yang lebih enak.
4 comments:
Ni apa takat tulis kat sini je??? Buat la, saya nak rasa ni!!!
aikk... baru letak dah ada orang komen ker? hahaha...
nak rasa ek? ok jer... amik resipi nih. lepas tu try buat kat umah ek :P
Apa lah... mana best rasa sendiri punya masakan. Nak rasa orang yang rajin sangat tulis resipe ni. Hehehe.. Dah la tak ajak pegi Williams. :(
ehh... tak ajak ek?? heheh... sedappp.. ada orang belanja. :)
Post a Comment