Sajer nak citer pasal pengalaman semalam... :)
Semalam aku gi hospital kat kl. Jenguk member sakit. Aku pegi numpang member aku yang lain. Masa aku cakap nak numpang, dia kata okeh. Tapi sebelum kluar tiba2 dia cakap minyak kena tong2.
Terkejut gak aku sebab tempatnya takde la jauh mana. Dan keta yang dia pakai pon setahu aku bukanlah jenis yang kuat makan minyak. Kalau jauh, istilah tong2 tu takde la mengejutkan aku. Nih sebab tempat tu dekat. Lagipun kalau dia tak cakap camtu pun, aku memang dah terpikir nak bayar duit tol ke parking ker... Takde la sampai aku nak numpang free. Tapi bila dia cakap camtu, sikit sebanyak aku terasa la jugak. Bila dah balik opis, aku bagi la dia duit minyak. Tapi dia tolak sebab dia kata banyak sangat. Dia mintak aku bagi selepas dia kira balik berapa yang aku sepatutnya kena bayar kat dia. Lagi sekali aku terkejut. Macam nih pun boleh jadik jugak ker?
Seriously, aku tak suka cara camtu dan itu bukan cara aku. Sebab itu jugaklah aku suruh dia amik jer duit yang aku kasi tu. Kalau aku... memang aku tak kuasa nak mengira. Sebab aku memang malas bab2 mengira nih. Lagipun bagi aku, dalam hidup kita nih, ada masanya kita tak perlu nak berkira sangat terutama untuk perkara baik. Tapi dalam keadaan ini aku takde la menuduh dia berkira dengan aku. Mungkin gak ini memang dah cara dia. :)
2 comments:
betul tu azni..takkan la nak kira setiap liter sen minyak tu kut kan..aiyarkk..org cenggitu pun ada ka... Nati lenkali org pun da malas nak naik ngan dia.
yelah..kalau akak pun xreti nak berkira dgn kwn2..tp dh sikap/sifat dia camtu..ermm..terima jelah dia seadanya..kalau camtu akak nak claimed ah semua duit2 selama awk nek kete "BMW" akak tu..hahahaha..
bila nak mai umah..jom akak bwk gi makan ikan bako..freee jerkk..
Post a Comment