Masuk hari nih dah 2 minggu aku bersusah payah memerah otak untuk buat cerpen pasal remaja. Jumlah page yang aku kena buat semuanya 15. Tapi yang baru berjaya aku siapkan setakat petang tadi hanya 6. Adess... Nih la masalah aku dari dulu sampai sekarang. Sepanjang hidup aku setelah aku meninggalkan sekolah, aku cuma pernah menyiapkan 2 cerpen sahaja. Yang lain2 tu semua sangkut tengah jalan. Dan ada satu lagi yang dah sipi2 nak siap.Tapi dah dekat 3 tahun, tetap tak siap2. Hahaha... Entah apa2 jer aku nih. Tapi apa2 pun, aku kena siapkan gak yang ini. Kalau tidak, ada la 2 orang hamba Allah tu yang akan pelangkong aku nanti. Hehehe... Ngeri tu beb!
Bunyinya memang pelik. Tapi tu la hakikatnya. Aku bukan seorang yang perfectionist mana pun. Kalau diikutkan dalam banyak hal, aku hentam keromo ajer. Tapi bila bab menulih, serius aku amat cerewet. Aku akan tukar, tukar dan tukar sampai aku puas hati. Tak kisahlah dari segi jalan cerita, penggunaan ayat atau apa sahaja. Tapi masalahnya, belum sempat aku puas hati, rasa bosan dah sampai dulu kat aku. Jadik, mender tu pun sangkut. Hahaha... Itulah aku... :) Mungkin gak korang kata nih semua jadik sebab aku tak plan jalan cerita sebelum aku mula menaip. Sebenarnya, takde bezapun aku dah plan atau tak. Sebabnya ia tetap akan berlaku kerana aku akan dengan sesuka hati akan mengubah jalan cerita yang dah aku buat sebelum tu.
Cerpen pertama yang berjaya aku siapkan, amik masa berbulan2 gak. Erm... jap! Kalau tak silap aku, aku buat masa form six kot. Ehhh... Masa part 1 kat ITM la. Adess... kena double cek balik nih. Lupa dah... Cerpen tu pernah kluar kat Mingguan Wanita. Tapi aku tak puas hati sebab ending citer tu telah ditukarkan sewenang2nya oleh budak wartawan yang incharge bahagian cerpen masa tu. Sangat2 aku tak puas hati sebab bila aku baca ending yang dah diubah, ayatnya tak ubah macam rencana. Tapi apa2 pun aku tak marah budak wartawan tu sebab aku tau naper dia buat camtu. Cuma aku ralat sebab ia dah jadik cam hampeh!
Cerpen aku yang kedua, ada aku letak kat dalam blog aku nih. Aku tak anggap ia cerpen yang bagus atau berkualiti. Sebab aku terpaksa menyiapkannya dalam tempoh tak sampai seminggu. Dan cerpen tu pun leh tahan gak kena kutuk ngan Zaharah Nawawi. Masa kena kutuk tu pun, takde la aku terkejut sebab aku memang dah jangka mender camtu berlaku. So, aku tak kisah pun. Hehehe... Cuma cerpen tu bermakna buat aku sebab arwah Dahlia adalah kawan baik aku.
Bagi aku, antara cerpen ngan rencana (story), tulih rencana jauh lebih mudah. Sebabnya, masa buat story tu, aku tak perlu banyak main imaginasi. Dan aku pun tak boleh memandai2 ubah jalan citer ikut kepala otak aku. Sebab semuanya kena berlandaskan fakta. Jadik, aku akan cepat untuk menyiapkan story aku tu. Tapi jangan korang tak tau. Kalau pun aku tak boleh ubah jalan citer, aku akan ubah ayat2 aku sampai aku puas hati. Jadiknya, akulah orang yang selalu jadik paling akhir submit story kat bos. Tapi walaupun aku paling lembab, kualiti tetap jaga beb! Cehh... konon! :P
Erm... Dah cukup tu. Aku nak sambung balik sebelum aku terlentok. So, adioss... :)
2 comments:
azni..utk magazine ko ker cerpen 15 pages nih..nak la baca..lama tak bc cerpen ko..masih skolah2 dulu slalu bc cerpen ko..bes!
bukan untuk mag aku. tapi member aku mintak tolong. tak sempat aku nak siapkan lagi :)
Post a Comment