Pages

Thursday, September 10, 2009

Bukak poser

Aku baru jer balik dari Hilton KL. Ada majlis bukak poser ngan Datuk Seri Shahrizat. Memang boleh dikatakan setiap tahun dia akan buat majlis bukak poser ngan press, kecuali last year. Tempat fav nya dah tentu Hilton KL. Biasa kalau aku pegi, makanan memang best. Banyak dan sedap. Tapi tadi makanan tak berapa sedap. Jumlah makanan pun tak sebanyak tahun2 lepas. Tapi tak kisahlah kan... Dah ada orang nak jamu makan pun dah kira ok. Hehehe...

Kalau aku nih jenis suka bukak poser kat luar (hotel etc) FOC, memang banyak majlis bukak poser yang aku boleh pergi. Tapi nthla, dari dulu sampai sekarang aku memang kureng skit. Dapat pulak tempat tu kat KL. Memang aku tak rajin. Tapi majlis bukak poser ngan Datuk Seri Shahrizat nih memang aku suka pegi. So, kalau ada invitation seboleh2nya aku tak nak miss. Aku jugak suka gi makan kat Ikea. Tapi tahun nih aku tak rasa diorang akan invite media cam dulu2. Lagipun aku paham... Banyak yang tengah cut cost sekarang nih. Bukak poser kat Bluewave pun best gak. Tahun nih aku bukak poser kat sana masa 1st week Ramadan. Masa tu diorang buat majlis bukak poser ngan budak2 tahfiz dan anak yatim. Memang best. Lauknya banyak giler. Tahun lepas aku makan sampai 2 round. Tapi tahun nih aku buat 3 round lak. Hahaha... Bunyi cam kuat makan jer aku nih. Hehehe.. Aku ingat lagi, aku lepak kat situ mengadap makanan dari start bukak poser sampai kol 9.30pm. So, mesti korang boleh imagine camana aku boleh melantak sampai 3 round. Hahaha... (pstt... Jangan bagi tau kat orang. Malu wooo... :D)

Aku ingat Sabtu nih nak gi bukak puasa kat Ikea. Tu pun kalau takde hal la. Makanannya ala buffet. Aku tak tau la tahun nih makanannya banyak ke tak. Tapi last year not bad la. Padan la dengan harganya. Kalau tak silap aku sorang tak sampai RM20. Tapi better korang double check balik. Takut aku silap. Cuma kalau korang nak makan kat sana, make sure korang datang awal. Kalau kol 6.30pm baru korang terhegeh2 nak masuk tempat makannya, baiklah tak yah. Sebab lom tentu korang boleh masuk. :)

Beberapa hari sudah (aku tak ingat bila) aku gi makan kat William area KJ. Kat situ more to western food. Tapi aku memang kureng skit bab2 makanan Barat nih. Tak tau la naper, perut aku tak berapa nak terima sangat makanan camtu. Kalau Chinese food, still consider ok lagi. Oleh kerana perut aku nih perut Melayu, so aku pun order la nasi goreng tomyam ayam pandan. Sedap gak. Korang gi la try. Hehehe...

Apa la aku nih. Dari tadi asyik mempromote tempat makan jer. :P Meh citer lain pulak...

Sebenarnya sepanjang bulan poser nih, aku lebih banyak masak dari membeli kat pasar Ramadan. Bukannya aku rajin. Kalau ikutkan aku amat malas giler nak masak. Tapi memandangkan masa sahur pun nak kena makan gak, terpaksa la aku masak. Kalau beli makanan kat pasar Ramadan tu, aku takut tak tahan sampai sahur. Alah... Aku masak pun simple2 jer. Setakat makan berdua, apa lah sangat...

Sebut pasal pasar Ramadan, aku cuma pernah pegi kat 3 tempat jer; sekali kat sec 18, 2 kali kat stadium, dan 3-4 kali kat sec 19. Aku tak berkenan pasar Ramadan kat sec 18. Pening aku! Tempatnya kecik. Orang pulak berdoyon2. Kat stadium pulak kena rajin pusing dan pandai pilih. Hari tu beli roti john kat situ harganya rm3.50. Tapi takde letak sayur pun. Nth apa2 betul! Kalau kat sec19, leh dapat roti john yang sedap hanya dengan rm3. Kat sec 19 tak banyak orang menjual. Tapi makanannya ok la. Orang kata putu bambu kat situ sedap. Memang aku tengok putu bambu kat gerai tu laku giler. Aku pernah gak beli. Tapi mungkin sebab aku nih bukan penggemar kuih termasuk putu bambu, so aku tak reti nak komen sedap ke tak.

Aiseh... bila dah tang hujung baru aku perasan aku telah mempromote pasar Ramadan lak. hehehe... Tak leh jadik nih. Kena stop dulu. Nanti karang nth apa2 lagi yang aku promote lepas nih. So, adios semua... :)

No comments: