Pages

Friday, August 21, 2009

Ngomel sorang2

Cam tak caya jer dah nak pose balik. Rasa cam cepat tol masa berlalu. Dalam sedar tak sedar, umur aku pun dah makin tambah. Tapi, dah bertambah pun, aku tetap rasa muda. Hehehe... Jangan jeles :P

Dah makin ramai yang kena virus H1N1. Jumlah yang mati pun dah makin bertambah. Naik risau gak aku dibuatnya. Paling aku risau sekali ialah mak ngan ayah aku kat kampung. Maklumlah... Selain budak2 ngan pregnant woman, orang2 tua terutama yang memang dah ada penyakit macam asma etc, pun berisiko gak. Tadi ayah aku cakap, orang kat ngan area umah aku kat kampung tu pun dah meninggal sorang sebab virus tu. Harap2 Allah menjauhkanlah mak, ayah, aku, adik beradik aku, suku sakat aku, kawan2 aku dan semua orang daripada penyakit tu. Dan aku harap2 gak virus nih cepat2 stop dari terus merebak.

Selain virus nih, ada lagi satu gak masalah lain yang makin ketara dan cam tak terkawal gak iaitu MASK. Sekarang nih susah tol nak cari mender alah tu. Pelik tol. Erm... Mungkin gak kehabisan stok. Tapi, bagi aku, alasan tu tak berapa sesuai untuk diterima pakai. Iyerla... Virus bukannya baru sehari dua. Dah lama dah. Orang yang kena pun dah beribu2. Patutnya penghasilan mask perlu diperbanyakkan. Takkan jumlah yang dikeluarkan masih nak sama ngan yang sebelumnya. Lagi satu, naper la kejam sangat diorang nak naikkan harga mask tu. Mentekedarah sungguh! Kalau dalam Islam, amik untung lebih 100% kira haram tau! Tapi sekarang nih, aku tak tau orang kedai jual berapa ringgit sekeping. Masih mahal lagi ke atau dah murah balik sebab ia dah jadik barang kawalan. Erm... ntah... Aku tak tau sebab aku dok cari kat kedai lom jumpa lagi. Mak aku cakap kat Ipoh pun susah nak cari sebab banyak habis. Maybe jual kat farmasi jer kot. Sebab masa aku beli hari tu, aku beli kat Guardian kalau tak silap aku. Tapi KALAU betulla cuma leh dapat kat farmasi jer, aku rasa ia tak patut berlaku. Sepatutnya ia dijual kat banyak tempat dan kedai supaya senang orang nak beli.

Tutup citer pasal tu, aku nak citer pasal lain lak. Dah 3 hari aku kena selesema. Maybe sebab jerebu, tido malam pasang kipas kuat plus aku makan langsat banyak sangat hari tu. Tu pasal aku kena selesema. Masa mula2 kena tu, tekak aku punyer la sakit. Time tu aku dah risau gak. Aku terkena virus tu ke? Cepat2 aku makan ubat batuk plus minum air banyak. Masa tu aku tak gi klinik pun. Orang ramai, jadik aku malas nak beratur nunggu turn. Masuk hari kedua ngan ketiga, aku masih selesema. Tapi sakit tekak dah tak sangat. Malam tadi, ada orang offer diri bawak aku gi klinik. Time tu dah kol 10 lebih, tapi still ramai orang. Alhamdulillah doktor kata aku takde apa2. Tapi dengan selamba aku sajer mintak MC sebab aku malas nak gi opis esok dan aku malas nak buat agar2 milo. Hahaha... Leh ke bagi alasan camtu kat doktor? :) Mula2 doktor cam malas nak bagi. Tapi sebab aku selesema dan dia tak nak orang lain kena jangkit sama, dia pun bagi aku cuti. Eeee... bestnyer.. Jangan jeles! Hahah...

Sebut pasal agar2 milo... sebenarnya esok team aku ngan beberapa team lain nak buat pot luck. Mula2 diorang suruh aku buat sambal. Tapi aku cakap betul la.. aku memang tak terer buat sambal banyak2. Kalau setakat bawak ulam ok jer. Time pagi dalam kol 10am aku leh ngelat jap gi pasar. Alah... Bukannya jauh. Dekat jer. So, memandangkan esok aku MC, takdela dapat aku join diorang. Dengan kata lain, tak yah la aku buat agar2 milo. Erm... Sure diorang ngomel pasal aku - cam sajer2 jer nak ngelat dari pot luck. :P

Ok la. Dah nak kol 1 nih. Time to sleep. Gud nite semua... Adios! :)

1 comment:

kie said...

salam..
tulah makan langsat sorang2..dah selsema..pastu pat MC kesian..sure wat muka ala2 demam pastu biarkan ingus meleleh..siap ugut dr ti nak sebarkan virus..hehehe..jgn mara..selamat menjalani ibadah berpuasa..