Pages

Saturday, February 22, 2014

Tamat dah.. :D

Alhamdulillah berakhir juga akhirnya selepas dua tahun dok layan tensen, stress dan pening kepala. La ni dok pikir langkah yang seterusnya. Terpikir gak nak sambung. Tapi masih konpius nak buat mender yang mana satu. Tapi belum pon decide apa2, dah dapat warning lak. Hahah... potong stim btol tukang bagi warning tu. :D
Apa-apapun, tetap mendoakan semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua. Amin... :)

Saturday, January 25, 2014

Welcome to February...

Lagi seminggu nak masuk Februari. Cepatnya masa berlalu. Tak sabar pulak rasanya. Macam-macam perasaan ada. Teruja, berdebar-debar, gementar... tak tau nak cerita macam mana. Apa-apa pun dah tentu saya mengharapkan sesuatu yang baik dan menyeronokkan walaupun mungkin tidak terlalu sempurna. Semoga ia menjadi permulaan terbaik dalam hidup saya. Amin...  :)

Thursday, December 26, 2013

Cedok dan upah

Saya taklah bagus mana. Kadang-kadang hasil kerja yang saya buat agak 'hampeh' dalam pandangan mata saya sendiri. Tapi mungkin juga kerana sudah terbiasa, keaslian mesti diberi keutamaan. Saya ingat lagi sekitar tujuh atau lapan tahun dulu, artikel yang saya tulis pernah dicedok hampir 100 peratus oleh rakan saya sendiri dengan namanya sebagai byline. Waktu tu, saya memang rasa tersinggung, marah, geram dan macam-macam lagi. Dia bukan saja melanggar etika, tapi juga tak jujur dengan saya, kawannya sendiri. Sebenarnya, boleh aje kalau nak cedok. Tapi ada caranya.

Seorang kawan saya yang sudah pun dapat master pernah mencedok research orang lain semata-mata nak menyiapkan tesisnya. Katanya itu kerja cepat dan senang. Disebabkan tak betul cara mencedok, level plagiatnya menjadi terlalu tinggi. Kalau dah lebih 30 %, pihak U akan tolak. Pening dia memikirkan macam mana nak kurangkan. Tapi, nasib dia baik. Sipi-sipi nak cecah deadline, dia berjaya juga. Cuma apa yang saya dengar, ayat dan grammarnya  agak bercelaru. Mungkin berlaku masa dia olah balik level plagiat. Dalam hati saya terfikir, bukan senang nak senang. Tapi nak susah memang cukup senang.

Saya ada seorang lagi kawan. Tapi ceritanya lain sikit. Dia tak mencedok research orang lain. Tapi dia upah orang untuk siapkan tesisnya. Tapi macam saya bagi tau tadi. Bukan senang nak senang. Masalah kawan saya ni berlaku bila orang yang diupahnya tak berapa nak komited. Plagiat melebihi 30%, format berterabur, dan macam-macam lagi. Bila dia call orang yang diupah, susah betul nak jawab talipon. Dalam hal kawan saya ni, saya belajar dua perkara. Satu, bukan semua orang yang ambil upah daripada kita boleh buat kerja yang kita suruh, apa lagi kalau dia kurang kelayakan atau kurang kesungguhan atau jenis yang suka buat ala kadar aje. Dua, kalau mengupah orang boleh buat kita serabut dan pening kepala berganda-ganda, lebih baiklah buat sendiri.

Bagi saya, tak ada jalan singkat kalau kita nak capai sesuatu yang bagus, berkualiti dan kita puas hati. Jalan pintas memang sentiasa ada. Tapi kalau tak betul gaya, akan makan diri kita balik. Dalam apa jua keadaan, saya percaya menggunakan jalan yang 'betul' adalah yang terbaik. Wallahua'lam

Thursday, December 5, 2013

Rehat sat

Dah lama badan dan otak tak rasa letih dan stress macam ni. Tido tak cukup, makan tak menentu. Harap2 leh slim sikit la lepas ni. Hehehe.. Apa2 pun keje mesti kasi siap jugak. Jom sambung! :)

Wednesday, November 20, 2013

Si polan

Yang dah berlalu biarlah berlalu. Pahit dan sakit macam mana pun, kita takkan mampu mengubah masa silam. Bagi saya yang penting adalah hari ini dan masa depan. Bukan sesuatu yang telah pun menjadi kenangan.

Saya sedar ada seorang hamba Allah yang begitu membenci dan berdendam dengan saya selama bertahun-tahun. Dan saya juga mengakui yang saya turut membencinya. Aneh, saya tak pernah mengenali dia secara personal, apalagi nak berborak mesra dengannya. Tapi pelik apabila banyak betul perkara dan peristiwa yang berlaku antara kami, dan sudah tentu semuanya itu membabitkan perkara-perkara yang amat tidak menyenangkan.

Sejujurnya, saya amat marah sewaktu pertama kali mendengar namanya dan tahu tentu kewujudannya. Mungkin dia pun begitu juga. Tapi saya percaya permusuhan ini patut dihentikan segera kerana ia tidak membawa ke mana-mana. Dia juga patut berhenti daripada membuat apa jua bentuk serangan kepada saya kerana ia langsung tidak menguntungkan dirinya. Malah, dia cuma menambah dosa, membuang masa dan tenaga memikirkan sesuatu ataupun merencanakan sesuatu yang langsung tidak perlu, apalagi berbaloi untuk dilakukannya.

Permusuhan dan dendam ini tak akan membawa sebarang kebaikan, ketenangan dan kebahagiaan. Walau apa pun bentuk serangan yang dia buat, percayalah saya tidak akan membalas mengikut cara yang sama yang dilakukannya. Dengan kata lain, saya berlindung dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Dan saya serahkan sahaja kepada Allah kerana Dia lebih berkuasa dan Maha Mengetahui. Kalau Dia mengizinkan serangan itu kena tepat atau sipi pada diri saya, saya reda dan berserah kepadanya. Jika tersasar, alhamdulillah. Namun, walau apa pun keadaannya, selagi berkesempatan untuk memperbetulkan keadaan, atau setidak-tidaknya menghentikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, lebih baik peluang itu digunakan sebaik mungkin sebelum ia diambil semula oleh Allah.

Kepada si polan, percayalah bahawa saya tidak berminat lagi hendak bermusuh dengan anda, apalagi hendak menyematkan terus nama anda dalam kotak ingatan saya. Saya sebenarnya tidak nampak mengapa permusuhan ini perlu diteruskan kerana rancangan pertama anda telah pun berjaya beberapa tahun yang lalu. Ia jelas sudah meletakkan satu nokhtah dalam hidup saya dan pada masa yang sama sudah tentu memberikan kemenangan besar kepada anda. Anda boleh teruskan hidup dengan kemenangan itu tanpa perlu mengaitkannya lagi dengan saya kerana hasrat dan keinginan saya untuk menggagalkan impian besar anda sudah lama berkubur. Biarkan saya menjalani kehidupan saya, dan anda dengan kehidupan anda. Tak perlu lagi anda kaitkan saya dengan kehidupan anda, kerana saya benar-benar tidak mahu lagi ada nama anda tertulis dalam memoir hidup saya bermula hari ini. Teruskan sahaja misi anda dengan tenang kerana saya bukan lagi menjadi penghalang anda. Kepada si polan, selamat berjaya. Cuma ingatlah seperkara, apa sahaja jalan yang anda pilih, Allah sentiasa tahu tentangnya. Wallahua'alam..




Thursday, November 14, 2013

Positif, positif dan positiffff... :D

Sejak kebelakangan ni saya sibuk sikit. Kerja banyak lagi yang pending. Deadline pulak dah tak sampai sebulan lagi. Aduhai... rasa stress pun ada. Orang lain dah nak siap. Tapi saya masih terkial-kial. Memang dugaan betul. Tapi tak apalah. Bak motto sekolah rendah dulu - usaha tangga kejayaan. Kalau tak diusahakan, mana nak tau sempat ke tak siap sebelum deadline. Betol tak? Lagipun kalau orang lain leh siap dalam tempoh 'kecemasan', takkan saya tak leh buat. Hahaha...Kena kasi semangat kat diri sendiri - think positive ek -  :)

Target Januari khatam. Insya-Allah. :D

Monday, October 28, 2013

Saya...

Orang melihat saya dengan pelbagai pandangan dan persepsi. Ada yang melihat saya sebagai 'bukan siapa-siapa'. Ada yang melihat saya sebagai 'seseorang'. Ada yang melihat saya hanya semasa berkeperluan. Dan tak kurang juga yang melihat saya sebagai 'musuh'' yang perlu dikalahkan, atau barangkali mungkin patut 'dihapuskan'. Namun, walau bagaimana cara sekali pun orang 'melihat' saya, itu bukanlah isu besar. Dan selagi ia tidak memberikan 'kesan' kepada saya, saya benar-benar tak kisah. Ini negara demokrasi. Buatlah apa yang nak dibuat. Human rightlah katakan... Cuma berpada-padalah supaya jangan sampai mengancam human security orang lain.

Saya selalunya berpegang pada konsep - 'ambil tahu hanya pada perkara yang dirasakan perlu, berkaitan dan relevan', dan 'beritahu dan berkongsi hanya tentang perkara yang dirasakan perlu, berkaitan dan relevan'. Disebabkan itu ramai yang kata saya selalu 'tak tau apa-apa', tak prihatin dan tak ambil berat pasal orang di sekeliling. Dan ramai juga yang cakap saya terlalu berahsia. Saya tak marah, apalagi nak tersentap. Mungkin betul juga kata mereka. Tapi, hakikatnya itulah saya. Dan saya percaya dengan cara begitu tak ada sebab saya boleh bermusuh dengan orang atau orang bermusuh dengan saya. Tapi rupa-rupanya saya silap kerana akhirnya saya dianiaya oleh orang yang namanya tak pernah tertulis dalam senarai orang yang pernah saya bersemuka ataupun orang yang saya kenali.

Aneh. Tapi itulah hakikatnya. Sama juga anehnya apabila si polan menjawab tidak tahu apabila saya bertanya kenapa anda tidak menyukai saya. Dan sama juga peliknya apabila si polan mengatakan saya 'alien', tetapi pada masa yang sama menafikan dia baru saja mengatakan saya 'alien'. Mungkin betul... Sebab saya mungkin saja dilihat, dikata atau dilayan  begitu kerana tindakan, pemikiran dan idea saya yang ada masanya atau selalunya tak selari dengan mereka. Tapi seperti yang disebutkan tadi... saya tidak kisah. Berbahagialah dengan apa saja yang hendak dilakukan asalkan sahaja tidak 'menikam' atau 'bermain kotor' di belakang saya kerana percayalah bahawa kebahagiaan akan menjadi hambar dan hilang kenikmatannya di saat kita menganiaya orang.

Tapi walau apa pun, saya tau kawan-kawan saya kebanyakannya baik belaka. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya yang baik... Dan maafkan saya atas segala kesilapan dan kekurangan saya sebagai kawan. :)

Monday, September 30, 2013

Dia dalam kenangan

Syamsina, kawan saya masa form six dulu. Orangnya baik, mesra, ceria dan disenangi ramai. Hubungan kami biasa-biasa aje - baik tapi tak terlalu rapat. Jarang berhubung, apalagi bersua. Tapi kalau dah sekali berjumpa, gamat terus jadinya. Dapat pulak kalau ada yang lain join sekali. Semua pakat gelak tak ingat dunia. Memang seronok.
Tapi la ni semua tinggal kenangan. Syam meninggal dunia pada Sabtu 28 September sekitar jam 12.30 tengah hari. 
Berita kematian Syam tak sepatutnya mengejutkan saya. Keadaan kesihatan Syam memang teruk, sampaikan akhirnya saya ambil keputusan secara tiba-tiba untuk pergi menjenguk Syam di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Saya betul-betul bimbang kalau-kalau tak sempat jumpa Syam. Rupa-rupanya memang betul umurnya tak panjang. Syam meninggal 13 hari selepas kami berjumpa. Cuma saya langsung tak menyangka ia begitu cepat berlaku. Jauh di sudut hati saya ketika kami bejumpa, saya mengharapkan sesuatu yang berlainan daripada itu sebaik saja dia bersetuju untuk mendapatkan rawatan di hospital. Namun, ternyata Allah maha agung dan maha mengetahui. Allah menarik semua penderitaan dan kesakitan Syam di dunia. Barangkali Allah dah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuknya di alam yang satu lagi.
Insys -Allah saya tak mungkin lupa pertemuan terakhir dengan Syam. Saya juga tak mungkin lupa dengan kata-kata, riak wajah dan gerak tubuhnya yang menahan sakit. Semoga roh Syamsina Abd Rani ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat selalu. Amin...

Wednesday, September 18, 2013

Tiba-tiba teremosi skit... heheh..

Nak ditegur salah. Nak dibiarkan, rasa makin meluatlah pulak. Bukannya budak kecil. Tapi dah ada anak pon. Cuma blom ada cucu aje lagi. Belajar bukan main tinggi. Tapi pemikiran dan kata-kata tak macam orang berpelajaran.

Tak kisahlah siapa pun... Cukup-cukuplah... Tak payah nak petik api kemarahan orang dengan provokasi yang melampau. Tak payah nak gelar sesiapa pun dengan panggilan pencacai segala bagai. Apa faedahnya buat semua tu? Cubalah jadik matang selari dengan umur yang makin tua. Kita nak aman damai, bukan nak bergaduh sesama sendiri. Nak luahkan apa yang bersarang kat kepala otak... silakan. Nak kongi idea dan pemikiran pun, buatlah. Tapi apa-apapun fikir dulu sebelom bertindak. Orang kata, ikut rasa alamatnya binasa. Ikut hati jawabnya mati. Jangan terlalu obses, jangan terlalu emosi, jangan terlalu perasan pandai sangat, jangan terlalu perasan bagus sangat. Dan kena ingat gak, bukan semua benda kita boleh hebohkan kat orang. Sebab itulah orang surat khabar pakai sistem gatekeeper - nak elak orang daripada bergaduh tak tentu hala.

Memanglah kita amalkan kebebasan bersuara. Tapi tak ada apa pun dalam dunia ni yang bebas secara mutlak. Sebab itu Islam suruh umatnya bersederhana dalam serba-serbi. Dan yang paling penting sebelom mengata orang bersalah macam-macam, gi dok berdiri depan cermin. Belek diri sendiri. Pandai mengata orang tak amanahlah, penipulah, aniaya oranglah... diri sendiri pun sama gak.

Hahaha...  Marah tol la. Rasa cam nak luku jer kepala orang yang berkaitan biar kasi benjol. Kalau boleh nak tempek jer post ni kat facebook dia. Tapi kalau dia reti bahasa tak per gak. Kira ada gak berbaloi. Tapi kalau dah spesis tak paham bahasa dan memanjang pikir yang orang lain tak leh buat salah kecuali dia, tampal post ni kat dahi dia macam citer hantu cina zaman dolu-dolu pun tak kan bawak apa-apa paedah. Heheh... Apapun, harap saya dilindungi Allah daripada melakukan perkara yang sama. Amin... Kepada semua.... Sorry ek... :

Friday, August 23, 2013

Kak Molee

Setiap orang ada rezeki masing-masing yang telah ditetapkan Allah sama ada ketika masih bernyawa atau sebaliknya. Cuma terserah kepada kita bagaimana hendak menikmatinya khususnya bagi kita yang masih hidup-reda dan bersabar atau kita boleh saja marah dan menyalahkan takdir. Namun seperkara yang kita tak harus lupa ialah cara kita menerimanya akan menentukan ganjaran yang bakal dianugerahkan Allah kepada kita pada bila-bila masa yang Dia mahukan.

Umumnya ramai yang melihat rezeki lebih kepada wang dan harta semata-mata. Tapi saya melihat rezeki Allah dalam skop yang lebih luas. Jodoh, kesihatan, keselamatan dan macam-macam lagi adalah rezeki. Dan rezeki itu tidak semestinya yang baik, yang indah, yang bagus ataupun yang hebat belaka. Kadang-kadang rezeki yang sebegitu , lebih-lebih lagi tanpa kesyukuran akan membawa kita kepada musibah atau keadaan yang lebih buruk. Kadang-kadang rezeki Allah yang dianggap 'kurang' atau tidak seindah yang diharapkan rupa-rupanya membawa kita ke arah yang lebih baik jikalau kita menerimanya dalam keadaan insaf, reda dan bersyukur. Pendek kata, pokok pangkalnya adalah cara penerimaan kita terhadap apa jua yang kita terima dalam kehidupan ini.

Saya melihat rezeki Kak Molee cukup baik. Walaupun arwah menderita sakit, tapi dia cukup tenang. Tak pernah sekali pun saya dengar dia mengeluh, apalagi menyalahkan takdir. Bibirnya selalu tersenyum, meskipun dengan air mata yang bergenang. Alhamdulillah, ramai juga yang sudi menghulurkan wang untuk membantu kos rawatan perubatannya. Saya yakin, cara dia menerima rezeki dan dugaan yang diberikan Allah dengan cukup baik menjadikan urusan kematiannya sehinggalah dikebumikan ke liang lahad dipermudahkan Allah. Ramai yang datang menziarah jasadnya di Masjid Nurul Yakin, Kelana Jaya. Malah ramai juga yang tidak ketinggalan menunaikan solat jenazah sekali gus mengiringnya hingga ke Tanah Perkuburan Kiara.

Sebelum jenazah Kak Molee disembahyangkan, saya sempat melihat wajahnya - bersih, tenang dan damai dengan senyuman masih seperti selalu. Namun kali ini dia seolah-olah sedang tidur nyenyak tanpa ada lagi garis-garis kerut menahan sakit. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin...


Thursday, August 22, 2013

Kehilangan...

Akhirnya Kak Molee meninggal dunia pada 5.32 pagi tadi. Saya tak terkejut sebab dari awal lagi saya dah dapat mengagak. Keadaan Kak Molee memang dah teruk. Cuma hati saya sebak. Mungkin sebab saya dah kehilangan seorang kawan yang tabah, cekal dan baik hati.

Saya ingat lagi beberapa hari sebelum saya resign, Kak Molee datang ke ofis dengan wheelchair. Walaupun sakit dan lemah dengan mata yang berair, dia tetap tersenyum. Kak Molee cerah orangnya. Tapi masa tu saya perasan kulitnya lebih cerah berbanding biasa. Dan yang paling saya tak boleh lupakan ialah wajah pucatnya yang berseri-seri, malah lebih cantik dari sebelum ni. Mengalir juga air mata saya masa tu.

Semoga Kak Molee bahagia di alam baru. Semoga segala kesakitan, penderitaan dan kesabarannya menempuh ujian Allah selama ni dibalas dengan jutaan rahmat, keberkatan dan kebaikan dari Allah. Amin.... al Fatihah buat Mollee Kamal...

Wednesday, August 21, 2013

Skrip

Beberapa hari selepas saya hantar surat resign, tiba2 jer saya terpikir pasal script writing. Sebelom ni saya dah pernah tulis kat suratkhabar, majalah dan buku citer kanak2. Mungkin elok juga saya cuba suatu yg baru, tapi masih lagi dlm dunia penulisan.
Jadik saya called ex ofismate saya yang la ni jadik script writer. Ayat pertama dia bila saya tanya pasal tu ialah - "Bukan senang dik. Kwn kita si polan yg novelis tu pon sampai skrg proposalnya x pernah lulus."
Terlopong saya kejap. Apa kaitan tulis skrip ngan proposal? Terus saya teringat research proposal saya yang kena rejek dek lecturer sebelom ni. Hehehe...
"Ko gi amik kursus la dik. Akak nak citer pun susah."
Jawapan sempoi member saya tu menyebabkan saya tergerak untuk berjumpa dgn si polan novelis yang dimaksudkan oleh member saya ni.
"Ko lambat. Patutnya dari hari aku suruh ko amik kursus skrip dulu (beberapa bulan sblom sy resign), ko dah pegi," jawab si novelis.
"Mana sempat nak gi sblom ni. Kelas lagi... asaimen lagi... keje opis lag." Saya jawab sambil tersengih macam kerang busuk. Biasa la... alasan konkrit mesti ada.. heheh...
Lepas dok sembang ngan dia kejap barulah saya tau. Sblom nak buat dan jual skrip, rupa2nya kena buat proposal bagi kat producer. Lepas tu kena pitching. Dah dapat 'surat niat' baru leb buat skrip. Banyk tol cengkadaknya. Hahah....
So la ni saya dok berkira2.... ok x klu ssya cuba? :D

Tuesday, July 30, 2013

slmt berpuasa plus slmt hari raya

Mlm ni tiba2 jer x leh tido. X tau nak buat apa. Jd taip ajer la kat sini. Lg pun dah lama x update blog ni.
Masuk hari ni, genap 2 minggu sy x bekerja slps berkhidmat selama 10 thn 1 bulan dan 1 minggu. Mula2 rasa best. Tp lama2 boring la plak. Heheh... Sebenarnya kat kepala ni byk benda dah plan. Tp asyik tersadai aje disbbkan halangan2 tertentu termasuk mls. Tp insya allah usaha akan diteruskan. :)
Sejak masuk bulan pose ni, sy diserang penyakit mls yg kritikal. Sbb tu sepanjang berminggu2 ni, br 2 company yg sy antar resume. Tu pun nth melekat nth tidak. Apa2pun sy doakan supaya sy dpt keje baru cpt2. Lama2 dok umh leh bikin sy gemok.  heheh...
Sblom terlupa... sy amik kesempatan ni utk mengucapkan slmt berpuasa dan selamat hari raya. Maaf zahir  batin. Doakan sy dpt keje baru cpt2 ek... heheh... TQ..:D
Babai.. assalamuslaikum... :)

Thursday, June 13, 2013

Citer sy hari ni...

Saya memohon sesuatu. Dikatakan permohonan saya itu amat pelik dan amat sukar untuk ditunaikan. Teringin juga saya katakan kepada orang itu, manusia yang membuat sistem. Bukan sistem yang membuat manusia. Saya juga ingin katakan kepadanya, ada masanya sesuatu yang pelik itu bukanlah suatu yang sukar untuk dilaksanakan. Yang menyukarkan adalah alasan yang sengaja diciptakan. Tetapi, kata-kata itu cuma mampu bergema di dalam hati kerana saya percaya bahawa ada masanya berdiam itulah yang terbaik.
Niat saya bukan untuk mendesak. Niat saya adalah untuk memperjuangkan sesuatu yang saya yakini saya berhak untuk memilikinya. Tetapi seandainya saya tidak berjaya, tak mengapa. Sekurang-kurangnya saya kalah setelah mencuba. Dan mungkin juga dengan kekalahan itu Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik iaitu pengalaman, pengajaran dan kematangan.
Saya mengakui permohonan saya memang pelik. Tak mustahil, sayalah orang pertama dalam sejarah yang membuat permohonan seperti itu. Dan tidak mustahil juga orang-orang terbabit akan membuat pelbagai andaian dan tanggapan terhadap saya. Walau apa pun yang bermain di fikiran mereka, saya yakin mereka tidak akan melupakan saya; setidak-tidaknya mereka akan ingat nama saya kerana sayalah insan yang begitu selamba menuntut sesuatu di luar jangkaan mereka sekali gus menyebabkan mereka pening kepala. Meskipun saya tidak berjaya, saya berharap apa yang saya perjuangkan akan memberikan manfaat kepada orang lain. Insya-Allah.

Wednesday, June 5, 2013

dlm mode ngantok

Aduhai... lately ni otak sy x brp nak berjln elok. Nak kata berserabut x jugak. Nak kata nak lyn sedih sgt pun x jugak. Cuma sy xde mood. Smgt sy plak dah mcm kena kuarantin. Hahah.. Tak sangka kuat btol virus yg serang smgt sy. :D
Tapi hari ni ada sesuatu yg baik allah berikan kpd sy. Allhamdulillah, allah dgr permohonan sy. Dan kpd big boss, terima kasih sbb sudi mendengar. :)

Monday, June 3, 2013

Gitu ler alkisahnya...

Ada org kata bnyk btol dugaan sy. Sy cuma senyum aje. Memang la bunyi mcm x best jer. Tapi sy percaya setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya. Ada juga org ckp dugaan itu kifarah. Sy senyum lagi. Bukan semua dugaan itu kifarah allah. Ada masanya dugaan itu sbnrnya tanda allah sygkan kita sbb bila kita dilanda kesusahan, masa itulah kita akan rpt dgn allah. Dan sy percaya kerana allah sygkan sy, allah berikan sy mcm2 dugaan. Alhamdulillah, allah juga bagi jln keluar kpd sy. Sbb tu sy kata allah syg sy. Dan sy juga syg dan cintakan allah. Hanya dgn Allah sy berlindung, dan hanya dgn Allah sy berserah dan bertawakal.

Insya allah bermula Julai nanti kehidupan sy akan berubah. Semoga perubahan itu akan nanti membawa lbh bnyk rahmat, kebaikan, keberkatan dan kebahagiaan kpd sy sekeluarga. Dan kpd insan2 yg bersusah payah menjatuhkan sy, terima kasih dan sy maafkan anda semua. :)

Tuesday, May 14, 2013

Hudud pas

Semalam semasa berjumpa dengan Tan Sri Musa Hassan, saya bertanya kepada beliau, "Tan Sri, hudud dah ada dalam enakmen negeri Kelantan kan? Tapi kenapa kerajaan Pas tak laksanakan hudud?"
Tan Sri Musa tersenyum.
"Memang dah ada. Pas boleh laksanakan bila-bila masa," balas beliau.
"Betul ke Pas tak buat sebab diugut Tun Dr. Mahathir?"
"Taklah sebab itu bawah bidang kuasa kerajaan negeri."
"Dah tu, kenapa tak laksanakan?"
"Dulu Pas minta polis yang laksanakan. Tapi polis tolak sebab polis bukan berada di bawah kerajaan negeri. Hudud di bawah syariah. Pas boleh minta orang jabatan agama islam. Tapi hudud hanya boleh di Kelantan saja. Lagi satu, undang-undang yang ada dalam hudud sama dengan penal code."
Saya terangguk-angguk mendengar kata-kata beliau. Macam tu rupanya.Erm... nak buat seribu daya, tak nak seribu dalih.Kalau nak buat dah lama Pas cari formula nak laksanakan hudud. So, meh la kita pikir sama-sama.. :)

Monday, May 6, 2013

pru13

Ada something wrong dalam PRU13 kali ni. Saya tak maksudkan pengundi hantu ataupun dakwat kekal yang tak berapa nak kekal. Tapi saya maksudkan racist yang begitu ketara hasil daripada usaha keras pihak tertentu. Kalau perkara ni tak dibendung dan Melayu masih tak sedar diri, natijahnya dah tentu akan buruk sekali. Dan yang menerima akibatnya anak cucu kita nanti. Wallahu'alam...

Friday, April 26, 2013

Kakak cleaner

Seorang kakak cleaner baik dengan saya. Dia tak banyak cakap. Tapi bila dia datang dekat dengan meja saya, kitorang selalu juga berbual. Tapi sepanjang saya kenal dia, tak ada pula dia rajin bercerita pasal orang lain. Pada suatu hari, tiba-tiba ada cleaner lain gantikan dia. Saya ingat dia cuti. Tapi bila dah lama sangat tak nampak dia, saya bertanya dengan seorang cleaner. Pendek saja soalan saya. Tapi jawapannya terlalu panjang. Dia kata kakak cleaner tu dah kena buang sebab jahat mulut. Banyak kali dia ulang perkataan jahat. Saya cuma angguk dan senyum dengar dia bercakap. Tapi saya waswas dengan cerita dia. Jadi saya bertanya kepada cleaner lain. Rupa-rupanya dia bukan dibuang kerja, tapi dia berhenti kerja serta-merta selepas bergaduh dengan seseorang. Kononnya gaduh yang memang teruk. Saya dapat mengagak siapa lawan gaduhnya.
Moral of the story, kena berfikir sebelum terima cerita bulat-bulat. Jangan mudah percaya dengan orang, apalagi kalau kita dah sedia maklum atitudenya yang suka mengata orang dan seumpamanya walaupun dia bercakap dengan penuh kesungguhan. Kadang-kadang bila kita terlalu asyik sangat mengata orang, kita tak sedar sebenarnya kita dah menunjukkan kepincangan diri kita. Wallahua'lam... :)

Monday, April 22, 2013

Ketayap

Hari ni perut tak berapa sihat. Tapi bila nampak kuih ketayap, teringin pulak rasanya.
Waktu kecil dulu masa lepak di kampung, saya selalunya jalan kaki dengan arwah opah ke pasar sehari. Kitorang panggil Pekan Khamis. Kalau tak silap saya jarak dari rumah opah ke sana lebih kurang 1.5 kilometer. Nak ke sana kami kena lalu alur air, kemudian kubur. Biasanya saya teman opah beli barang basah. Tapi opah tak pernah lupa bawak saya pegi beli kuih ketayap kat satu gerai ni. Biasanya opah akan belikan saya dua jenis kuih yang memang saya suka sangat dulu - ketayap dan koci.
Tiba-tiba rindu pulak kat arwah opah...