Orang melihat saya dengan pelbagai pandangan dan persepsi. Ada yang melihat saya sebagai 'bukan siapa-siapa'. Ada yang melihat saya sebagai 'seseorang'. Ada yang melihat saya hanya semasa berkeperluan. Dan tak kurang juga yang melihat saya sebagai 'musuh'' yang perlu dikalahkan, atau barangkali mungkin patut 'dihapuskan'. Namun, walau bagaimana cara sekali pun orang 'melihat' saya, itu bukanlah isu besar. Dan selagi ia tidak memberikan 'kesan' kepada saya, saya benar-benar tak kisah. Ini negara demokrasi. Buatlah apa yang nak dibuat. Human rightlah katakan... Cuma berpada-padalah supaya jangan sampai mengancam human security orang lain.
Saya selalunya berpegang pada konsep - 'ambil tahu hanya pada perkara yang dirasakan perlu, berkaitan dan relevan', dan 'beritahu dan berkongsi hanya tentang perkara yang dirasakan perlu, berkaitan dan relevan'. Disebabkan itu ramai yang kata saya selalu 'tak tau apa-apa', tak prihatin dan tak ambil berat pasal orang di sekeliling. Dan ramai juga yang cakap saya terlalu berahsia. Saya tak marah, apalagi nak tersentap. Mungkin betul juga kata mereka. Tapi, hakikatnya itulah saya. Dan saya percaya dengan cara begitu tak ada sebab saya boleh bermusuh dengan orang atau orang bermusuh dengan saya. Tapi rupa-rupanya saya silap kerana akhirnya saya dianiaya oleh orang yang namanya tak pernah tertulis dalam senarai orang yang pernah saya bersemuka ataupun orang yang saya kenali.
Aneh. Tapi itulah hakikatnya. Sama juga anehnya apabila si polan menjawab tidak tahu apabila saya bertanya kenapa anda tidak menyukai saya. Dan sama juga peliknya apabila si polan mengatakan saya 'alien', tetapi pada masa yang sama menafikan dia baru saja mengatakan saya 'alien'. Mungkin betul... Sebab saya mungkin saja dilihat, dikata atau dilayan begitu kerana tindakan, pemikiran dan idea saya yang ada masanya atau selalunya tak selari dengan mereka. Tapi seperti yang disebutkan tadi... saya tidak kisah. Berbahagialah dengan apa saja yang hendak dilakukan asalkan sahaja tidak 'menikam' atau 'bermain kotor' di belakang saya kerana percayalah bahawa kebahagiaan akan menjadi hambar dan hilang kenikmatannya di saat kita menganiaya orang.
Tapi walau apa pun, saya tau kawan-kawan saya kebanyakannya baik belaka. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya yang baik... Dan maafkan saya atas segala kesilapan dan kekurangan saya sebagai kawan. :)
No comments:
Post a Comment