Seorang kakak cleaner baik dengan saya. Dia tak banyak cakap. Tapi bila dia datang dekat dengan meja saya, kitorang selalu juga berbual. Tapi sepanjang saya kenal dia, tak ada pula dia rajin bercerita pasal orang lain. Pada suatu hari, tiba-tiba ada cleaner lain gantikan dia. Saya ingat dia cuti. Tapi bila dah lama sangat tak nampak dia, saya bertanya dengan seorang cleaner. Pendek saja soalan saya. Tapi jawapannya terlalu panjang. Dia kata kakak cleaner tu dah kena buang sebab jahat mulut. Banyak kali dia ulang perkataan jahat. Saya cuma angguk dan senyum dengar dia bercakap. Tapi saya waswas dengan cerita dia. Jadi saya bertanya kepada cleaner lain. Rupa-rupanya dia bukan dibuang kerja, tapi dia berhenti kerja serta-merta selepas bergaduh dengan seseorang. Kononnya gaduh yang memang teruk. Saya dapat mengagak siapa lawan gaduhnya.
Moral of the story, kena berfikir sebelum terima cerita bulat-bulat. Jangan mudah percaya dengan orang, apalagi kalau kita dah sedia maklum atitudenya yang suka mengata orang dan seumpamanya walaupun dia bercakap dengan penuh kesungguhan. Kadang-kadang bila kita terlalu asyik sangat mengata orang, kita tak sedar sebenarnya kita dah menunjukkan kepincangan diri kita. Wallahua'lam... :)

No comments:
Post a Comment