Saya taklah bagus mana. Kadang-kadang hasil kerja yang saya buat agak 'hampeh' dalam pandangan mata saya sendiri. Tapi mungkin juga kerana sudah terbiasa, keaslian mesti diberi keutamaan. Saya ingat lagi sekitar tujuh atau lapan tahun dulu, artikel yang saya tulis pernah dicedok hampir 100 peratus oleh rakan saya sendiri dengan namanya sebagai byline. Waktu tu, saya memang rasa tersinggung, marah, geram dan macam-macam lagi. Dia bukan saja melanggar etika, tapi juga tak jujur dengan saya, kawannya sendiri. Sebenarnya, boleh aje kalau nak cedok. Tapi ada caranya.
Seorang kawan saya yang sudah pun dapat master pernah mencedok research orang lain semata-mata nak menyiapkan tesisnya. Katanya itu kerja cepat dan senang. Disebabkan tak betul cara mencedok, level plagiatnya menjadi terlalu tinggi. Kalau dah lebih 30 %, pihak U akan tolak. Pening dia memikirkan macam mana nak kurangkan. Tapi, nasib dia baik. Sipi-sipi nak cecah deadline, dia berjaya juga. Cuma apa yang saya dengar, ayat dan grammarnya agak bercelaru. Mungkin berlaku masa dia olah balik level plagiat. Dalam hati saya terfikir, bukan senang nak senang. Tapi nak susah memang cukup senang.
Saya ada seorang lagi kawan. Tapi ceritanya lain sikit. Dia tak mencedok research orang lain. Tapi dia upah orang untuk siapkan tesisnya. Tapi macam saya bagi tau tadi. Bukan senang nak senang. Masalah kawan saya ni berlaku bila orang yang diupahnya tak berapa nak komited. Plagiat melebihi 30%, format berterabur, dan macam-macam lagi. Bila dia call orang yang diupah, susah betul nak jawab talipon. Dalam hal kawan saya ni, saya belajar dua perkara. Satu, bukan semua orang yang ambil upah daripada kita boleh buat kerja yang kita suruh, apa lagi kalau dia kurang kelayakan atau kurang kesungguhan atau jenis yang suka buat ala kadar aje. Dua, kalau mengupah orang boleh buat kita serabut dan pening kepala berganda-ganda, lebih baiklah buat sendiri.
Bagi saya, tak ada jalan singkat kalau kita nak capai sesuatu yang bagus, berkualiti dan kita puas hati. Jalan pintas memang sentiasa ada. Tapi kalau tak betul gaya, akan makan diri kita balik. Dalam apa jua keadaan, saya percaya menggunakan jalan yang 'betul' adalah yang terbaik. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment