Pages

Monday, September 30, 2013

Dia dalam kenangan

Syamsina, kawan saya masa form six dulu. Orangnya baik, mesra, ceria dan disenangi ramai. Hubungan kami biasa-biasa aje - baik tapi tak terlalu rapat. Jarang berhubung, apalagi bersua. Tapi kalau dah sekali berjumpa, gamat terus jadinya. Dapat pulak kalau ada yang lain join sekali. Semua pakat gelak tak ingat dunia. Memang seronok.
Tapi la ni semua tinggal kenangan. Syam meninggal dunia pada Sabtu 28 September sekitar jam 12.30 tengah hari. 
Berita kematian Syam tak sepatutnya mengejutkan saya. Keadaan kesihatan Syam memang teruk, sampaikan akhirnya saya ambil keputusan secara tiba-tiba untuk pergi menjenguk Syam di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Saya betul-betul bimbang kalau-kalau tak sempat jumpa Syam. Rupa-rupanya memang betul umurnya tak panjang. Syam meninggal 13 hari selepas kami berjumpa. Cuma saya langsung tak menyangka ia begitu cepat berlaku. Jauh di sudut hati saya ketika kami bejumpa, saya mengharapkan sesuatu yang berlainan daripada itu sebaik saja dia bersetuju untuk mendapatkan rawatan di hospital. Namun, ternyata Allah maha agung dan maha mengetahui. Allah menarik semua penderitaan dan kesakitan Syam di dunia. Barangkali Allah dah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuknya di alam yang satu lagi.
Insys -Allah saya tak mungkin lupa pertemuan terakhir dengan Syam. Saya juga tak mungkin lupa dengan kata-kata, riak wajah dan gerak tubuhnya yang menahan sakit. Semoga roh Syamsina Abd Rani ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat selalu. Amin...

1 comment:

puanstoberi said...

Salam...
Aku rasa cam kenal gak la Syamsina ni walo tak form 6 skali korang..
apa pun, AlFatihah utk arwah.. mmg dia sakit yer..?