Pages

Thursday, June 13, 2013

Citer sy hari ni...

Saya memohon sesuatu. Dikatakan permohonan saya itu amat pelik dan amat sukar untuk ditunaikan. Teringin juga saya katakan kepada orang itu, manusia yang membuat sistem. Bukan sistem yang membuat manusia. Saya juga ingin katakan kepadanya, ada masanya sesuatu yang pelik itu bukanlah suatu yang sukar untuk dilaksanakan. Yang menyukarkan adalah alasan yang sengaja diciptakan. Tetapi, kata-kata itu cuma mampu bergema di dalam hati kerana saya percaya bahawa ada masanya berdiam itulah yang terbaik.
Niat saya bukan untuk mendesak. Niat saya adalah untuk memperjuangkan sesuatu yang saya yakini saya berhak untuk memilikinya. Tetapi seandainya saya tidak berjaya, tak mengapa. Sekurang-kurangnya saya kalah setelah mencuba. Dan mungkin juga dengan kekalahan itu Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik iaitu pengalaman, pengajaran dan kematangan.
Saya mengakui permohonan saya memang pelik. Tak mustahil, sayalah orang pertama dalam sejarah yang membuat permohonan seperti itu. Dan tidak mustahil juga orang-orang terbabit akan membuat pelbagai andaian dan tanggapan terhadap saya. Walau apa pun yang bermain di fikiran mereka, saya yakin mereka tidak akan melupakan saya; setidak-tidaknya mereka akan ingat nama saya kerana sayalah insan yang begitu selamba menuntut sesuatu di luar jangkaan mereka sekali gus menyebabkan mereka pening kepala. Meskipun saya tidak berjaya, saya berharap apa yang saya perjuangkan akan memberikan manfaat kepada orang lain. Insya-Allah.

No comments: