Akhirnya Kak Molee meninggal dunia pada 5.32 pagi tadi. Saya tak terkejut sebab dari awal lagi saya dah dapat mengagak. Keadaan Kak Molee memang dah teruk. Cuma hati saya sebak. Mungkin sebab saya dah kehilangan seorang kawan yang tabah, cekal dan baik hati.
Saya ingat lagi beberapa hari sebelum saya resign, Kak Molee datang ke ofis dengan wheelchair. Walaupun sakit dan lemah dengan mata yang berair, dia tetap tersenyum. Kak Molee cerah orangnya. Tapi masa tu saya perasan kulitnya lebih cerah berbanding biasa. Dan yang paling saya tak boleh lupakan ialah wajah pucatnya yang berseri-seri, malah lebih cantik dari sebelum ni. Mengalir juga air mata saya masa tu.
Semoga Kak Molee bahagia di alam baru. Semoga segala kesakitan, penderitaan dan kesabarannya menempuh ujian Allah selama ni dibalas dengan jutaan rahmat, keberkatan dan kebaikan dari Allah. Amin.... al Fatihah buat Mollee Kamal...
No comments:
Post a Comment