Tuesday, October 20, 2009
Spesel date :)
13 Oktober 09 - hari aku terlupa something ;)
18 Oktober 09 - tarikh istimewa untuk aku (jumpa apek jual buah) Hehehe...
28 Oktober 09 - nih lak tarikh keramat buat aku. Sangat penting nih! :D
Sembang Apek :)
Friday, October 16, 2009
lagi ngomel!
Walau apapun aku tetap bersyukur kepada Allah. Sebab aku masih lagi panjang umur. Leh nafas... Dan aku jugak sangat2 bersyukur sebab bulan nih Allah memberikan aku banyak mender. Alhamdulillah....
Sejak aku masuk kat team baru nih, makin banyak mender yang aku kena buat. Memang letih. Tapi so far aku rasa ok jer. Maleh aku nak pikir2 sangat. Cuma banding ngan dulu, sekarang nih banyak mender yang aku kena belajar. Dan banyak mender yang aku kena buat.
Aku suka dengan meja aku sekarang. Agak isolated. Lebih privacy. Dan jugak aman. Aircond betol2 dekat ngan kepala aku. Jadiknya, tugas aku dari pagi sampai petang ialah on dan offkan aircond tu. Sekejap aku naikkan suhu, sekejap lagi turunkan suhu. Kadang2 aku rasa cam aircond tu aku sorang yang punyer. Tapi yang tak bestnyer, aku kena share line talipon ngan sorang mamat dan sorang minah nih. Dan yang paling2 tak best bila ada orang call aku dan diorang yang jawab, dengan selambanya diorang akan cakap - salah nombor! Cisss... Betol2 buat aku hangin satu badan.
Esok aku akan balik Ipoh. Dah beli tiket bas pun. Lama dah tak naik bas. Rupa2nya harganya dah naik sampai RM17 lebih sekarang. Sabar jer la... Aku ingat lagi masa aku mula2 nak balik dari KL ke Ipoh, tiketnya cuma RM9 lebih. Lepas tu naik pulak jadik RM11 lebih. Kalau tak silap aku lepas tu jadik RM13. Tapi aku tak sure pulak. Nampak sangat aku dah lama tak naik bas. Hehehe...
Dulu2 aku memang suka gamble jer kalau bab balik Ipoh nih. Dari zaman aku study sampaila sebelum aku ada keta. Pernah gak aku tak dapat tiket nak balik Ipoh. Tapi, nak seribu daya kan... Jadik, aku pun dengan penuh nekad dan bersemangatnya pergila bila tiket bas buruk. Punyer la sempit. Tapi sebab keras kepala punyer pasal, aku tak peduli. Yang penting aku sampai Ipoh dengan jayanya. Aku ingat lagi aku pernah gaduh ngan orang bas (bukan bas ekspres, tapi bas tambahan bodo!). Cam tak caya jer aku leh jadik betol2 benkeng masa tu. Tapi orang bas tu memang salah. Konfem salah! Hahaha... (Mana leh kata aku yang salah. Tol tak? Hehehe..)
Erm... ngantuk la. Tido dulu. Adios :)
Thursday, October 15, 2009
Nite...
Monday, October 5, 2009
Bencana
Walaupun dalam kejadian tu lebih daripada 40 orang mati, tetapi Pos Dipang dah banyak berubah selepas tu. Kemudahan infrastruktur pun dah bertambah. Begitu jugak dari segi pendidikan dan kesihatan pun dah naik taraf. Cuma terdetik gak dalam hati aku, adakah bencana dan kematian itu merupakan satu bayaran untuk mendapatkan perubahan dan kemajuan? Wallahu’alam. Aku tak tau... Yang pasti, bagi orang2 kat sana, walau apa pun perubahan yang berlaku, trauma tetap ada. Kehilangan orang2 yang tersayang dalam keadaan menyayat hati tetap tak akan dilupakan.
Kejadian Pos Dipang dah lama berlaku. Dan sekarang semua orang tengah sibuk tentang gempa bumi kat Sumatera Barat. Memang menyedihkan. Dan aku baca berita, dijangka akan ada tsunami di Padang nanti. Erm... Harap2 taklah... Nih dah masuk hari ke lima. Dan dah makin banyak mayat yang dijumpai. Pada masa yang sama, masih banyak jugak yang belum dapat bantuan yang sepatutnya menyebabkan ada orang yang menjadi begitu terdesak sampaikan sanggup mencuri bekalan yang sepatutnya diagih2kan.
Nthlah... Dalam keadaan macam tu memang biasanya ramai yang terdesak. Tapi ada masanya aku terfikir jugak; dalam keadaan terdesak itu, ramai yang sanggup membiarkan orang lain ‘mati’ supaya dia boleh ‘hidup’ walaupun pada hakikat sebenarnya dia tak perlu buat macam tu. Sebenarnya ini tak hanya terjadi ketika berlaku bencana. Tetapi jugak boleh terjadik dalam kehidupan harian. Sebabnya bagi orang2 yang bersifat ‘keakuan’ mengutama dan menyelamatkan diri dalam apa jua keadaan sekali pun adalah perkara paling atas yang mesti diutamakan.
Sebut pasal bantuan, aku takdelah nak menyalahkan 100% orang yang mencuri. Bagi aku, pihak yang bagi bantuan tu pun terutamanya pihak berkuasa kenalah adil. Janganlah hanya bagi pada orang ataupun kawasan tertentu sahaja yang dah memang jadik tumpuan. Kesian orang2 yang tak berapa nak dapat bantuan macam kat kawasan pedalaman yang kena bencana.
Erm.. Kisah ‘menyapu bersih’ orang Malaysia kat Indon gara2 tarian Pendet tu aku ingat dah berakhir. Tapi rupa2nya tak. Pelik sungguh aku dengan orang2 Indon (yang terbabit). Naper la camtu sekali teruk dan ceteknya pemikirannya diorang. Dangkal sungguh! Tak reti berterima kasih pulak tu. Bayangkanlah, dalam orang kita yang ramai tengah dok tolong mangsa2 kat Sumatera Barat, mereka nih pulak masih lagi nak menyebok2kan diri ‘menyapu’ orang kita. Agak2nya apalah yang ada kat dalam hati dan kepala otak diorang sekarang nih ek? Ish... diorang tak terpikir ke. Kalau orang kita kat Malaysia nih ‘menyapu’ orang2 Indon kat sini, camana? Diorang kena ingat, orang Malaysia kat sana tak sebanyak orang Indon kat sini. Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri. hehehe..
Uiks... Panjangnya aku membebel. Cam tak caya jer... Hahaha... Tapi apa2pun, dalam keadaan banyak tempat sekarang nih ditimpa bencana alam seperti Filipina, Samoa etc, aku berdoa agar Malaysia dijauhkan daripadanya. Dan buat orang Malaysia termasuklah aku, jangan sangka kita berada di zon selamat. Sebab apa2 sahaja boleh berlaku walaupun ia mungkin adalah sesuatu yang mustahil :)
Saturday, October 3, 2009
Tukang jaga meja aku...
Tak tau nak panggil apa mender nih. Aku beli lama dah masa final year kat itm dulu. Masa dulu2 aku cukup suka main mender nih. Buat dia pusing2. Bila dah lama sangat berpusing, aku yang nengok pun jadi berpusing. Hahaha... Nth apa2 jer aku nih.
Dulu bila aku tengah tensen plus boring, aku suka pusing2kan mender nih. Kadang2 sampai terpelanting aku buat. Kalau tak pun, aku akan angguk2kan dia ala2 cam woodywoodpecker. Erm... Tapi kan... Bila dipikirkan balik, rasa cam pelik pun ada. Apa kejadahnya aku buat camtu ek? Konpius lak aku jap. Hahaha... Tapi sekarang nih aku dah tak buat camtu dah. Aku parkingkan dia kat atas meja aku. Biar dia jadik guard kat situ. Hehehe...
Friday, October 2, 2009
Buka buku baru
Ada member aku tanya sekarang aku kat mag mana. Erm... Aku malas nak citer lagi. Sebab mag tu masih belum kluar lagi kat kedai. Sebenarnya mag yang aku nak buat nih lain daripada previous mag. Lain bukan setakat dari segi konsep dan rupa, tapi jugak sebab dia berbentuk tabloid. kalau korang pernah nengok The Edge, korang mungkin boleh agak camana rupanya mag aku nanti. Aku rasa lebih sesuai kot kalau dipanggil news magazine. :) Sekarang nih kitorang tengah sibok buat mock up. Kalau big bos kata dah ok, so leh la buat yang betul2nyer.
Ada gak budak opis tanya kat aku, naper aku sanggup masuk kat mag yang baru jer nak dibuat? Weekly lak tu! Kan lagi senang dok kat mag yang dah establish, yang mana aku tak perlu nak pikir pasal circulation, advertising, content, house style dan bla... blaa.... Cam biasa la.. sebelum aku jawab, aku mesti sengih dulu. Hehehe... Buat mender yang baru memang susah. Hala tuju masih blur. House style pun lom konfem lagi. Layout cam kucar kacir jer. Tu belum masuk lagi bab nak mempublisitikan mender alah tu. Memang payah. Tapi bagi aku, itulah peluang aku nak belajar balik macam2 mender. Dan aku amik tu sebagai satu challenge. Yang lepas biar lepas. Dan sekarang aku nak buka buku baru.
Team aku sekarang nih masih baru. So far cuma ada beberapa kerat jer - editor dan 2 wartawan termasuk aku. Dengar citer isnin next week ada sorang budak akan masuk. Erm.. Kira ok la tu kan. Hehehe... Sebenarnya masih awal lagi untuk aku cakap sama ada aku akan serasi ke tidak dengan team kali ni. Tapi apa2 pun aku tak kisah. Sebab bagi aku keserasian boleh dibentuk selagi orang dalam team tu hendakkan itu berlaku. Kebetulan pulak editor tu lebih kurang baya aku jer. Dan kitorang memang dah baik sejak awal aku keje kat sini lagi. So, aku anggap itu sebagai satu advantage untuk aku :)
Tuesday, September 29, 2009
Erm...
Sunday, September 27, 2009
Syukur...
Saturday, September 19, 2009
Jalan jem daa..
Erm... Aku pulak, masih lagi kat Shah Alam. Insya Allah petang nih aku akan balik semula ke Ipoh. Aku cadang nak ikut jalan lama. Sebab highway gerenti jem giler hari nih. Semalam masa aku balik ke sini dari Ipoh pun, aku dah tengok jalan nak ke utara boleh tahan gak jemnyer. Dapat pulak masa tu hujan lebat. Tapi masa tu aku cuma ikut highway dari Slim River sampai Shah Alam. Tak tahu la macam mana keadaannya kalau dari Slim River terus ke utara. Tapi ada gak aku dengar citer yang jalan memang jem. Erm... Biasala kan.. Nama pun cuti raya. Tapi aku ingat lagi ada satu waktu dulu aku pernah stuck kat highway PLUS dekat 6 jam. Lama giler sehh... Naik sengal kaki aku dok asyik nekan brek ngan minyak. Mujurla keta aku nih auto. Hehehe...
Pelik tapi benar. Tahun nih memang aku tak rasa macam nak raya. Bulan poser nih pun aku tak terasa sangat. Pelik lak. Ish... Tanda2 penuaan kot. Tapi bila masa lak aku tua? Aku muda lagi aper... Hahaha... Lupa lak nak bagi tau. Tahun nih aku buat 2 jenis biskut raya. Satu sedap. Tapi lagi satu kureng skit sebab berlaku kesilapan teknikal skit. So, saper2 yang nak merasa biskut aku, meh ler datang ke rumah. Selagi stok masih ada. Hahaha... Cam best jer aku nih :P
Lupa nak bagi tau next week aku akan bercuti secara sah. So, meh ler datang beraya umah aku :)
Tuesday, September 15, 2009
Jangan ikut aku cuti wehh...
Sebenarnya tadi aku ada kes ngan bos aku. Aku tau memang tak bagus lawan cakap bos. Lagi tak bagus kalau gaduh ngan bos. Ditambahkan pulak bulan puasa macam sekarang nih. Tapi nak buat camana... Kedegilan aku yang nth apa2 nih menyebabkan aku tak kisah semua tu. lagipun nih bukan kejadian yang pertama. Tapi apa2pun aku harap ini yang terakhir. Sebabnya tadi aku dapat berita. Aku ditukarkan dan tak akan berada lagi kat bawah bos aku sekarang nih. Leganyer sebab aku dapat tukar. Aku dah dapat surat pertukaran tadi. Aku akan start dengan bos baru pada 1 Oktober nanti.
Tak ramai yang tau pasal nih. Ada sorang budak team aku kata, aku buat keputusan terburu2 untuk tukar. Aku sengih jer. Memang nampak terburu2. Tapi aku dah lama pertimbangkannya. Dan dah setiap tahun aku mintak kat management untuk tukar. So, bila dah dapat hari nih, dah tentu la aku hepi.
Esok aku ingat nak balik pagi2 morning. Nak drive ikut jalan lama. Kena cut cost skit sekarang nih. Erm.. korang jeles sebab aku dah mencutikan diri ek? Hahaha.. Tak yah la korang jeles sebab Jumaat nih aku balik sini balik. Erm... Baguskan aku nih.... Hehehe..
Salam aidilfitri...
Sunday, September 13, 2009
Bersiap sedia nak raya
Raya tinggal lagi beberapa hari jer. So, camana persiapan korang? Baju, beg, kasut bla.. blaa... blaaa... dah beli ker? Ataupun korang sajer nak lengah2 gi shopping kot. Maklum ler... Kata orang, kalau beli masa malam raya, harga barang jadik murah giler. Ehh... yer ker? Leh caya ker? Hehehe..
Tak tau naper raya tahun ni aku tak rasa kemeriahannya. Aku rasa cam hari2 biasa jer. Setakat pagi nih takde mender yang aku buat. Baju raya? Erm... Ada hari tu aku beli sehelai. Itupun yang murah dan cikai jer. Jadiklah daripada takde langsung :). Yang lain2 apa pun aku tak beli.
Biskut raya aku memang tak beli. Tapi aku dah ada dua jenis biskut orang kasi; tat dengan batang buruk. Mak aku bising suruh aku balik cepat nolong dia buat biskut raya. Ala... Memang boleh dikatakan tiap2 tahun dia cakap macam tu. Tapi cam biasa la jugak... Bila aku balik jer, semua tu dah siap. Mak aku buat ngan adik dia.
Kali nih aku ingat nak bercuti lama sikit. Aku dah apply. Tapi tak tau la approve ke tidak. Tahun nih gak aku nak declare yang aku tak kasi duit raya kat saper2 pun kecuali mak bapak ngan opah aku. Yang lain sori arr... Takde masuk dalam list. Hehehe... Aku rasa raya kali nih aku memang kopak. Bukan sebab aku belanja sakan. Tapi sebab duit aku banyak abih bayar utang. Erm... Tu la... Padan ngan muka aku. Lain kali berutang la lagi ek! :P
Erm... Okeh la. Ngantuk arr.. nak gi tido dulu. Adioss...
Thursday, September 10, 2009
Sambungan resipi kerepek & kekacang 2
7-KEREPEK MANIS GULA SERBUK
Bahan:
230 g. tepung serbaguna
125 ml. santan pekat
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula kaster
Gula serbuk secukupnya
Minyak untuk menggoring
Cara membuat:
1 Gaulkan tepung, santan, garam dan gula.
2 Apabila sebati dan telah menjadi doh yang lembut, canai dan potong persegi kecil yang sama besarnya.
3 Biarkan selama 1-2 jam.
4 Panaskan sedikit minyak dan goring garing.
5 Toskan minyak dan apabila menghidang, taburkan gula serbuk dan ratakan.
6 Simpan kedap udara atau hidang.
8-KEREPEK CENDAWAN
Bahan:
345 g. tepung serbaguna
180 ml. santan pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil rempah kari atau rempah kurma
1 sudu kecil perisa ayam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
60 g. hirisan cendawan kering (dibersihkan)
Minyak untuk menggoring
Cara membuat:
1 Uli tepung bersama santan dan semua perasa hingga menjadi doh lembut.
2 Ambil sedikit doh dan gulung. Hiris nipis dan ketepikan.
3 Panaskan minyak dan goring hirisan doh hingga keemasan.
4 Alihkan dari api dan toskan minyaknya.
5 Cendawan juga digoring garing dan digaul bersama kerepek tadi dan hidang sebagai pembuka selera.
9-KEREPEK TOMATO DAN ROSEMARY JEJARI PINTAL
Bahan:
230 g. tepung serbaguna
125 ml. santan pekat
Sedikit garam
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar herba rosemary kering (ada dijual dipasaraya)
Minyak untuk menggoring
Cara membuat:
1 Tuang santan kedalam tepung dan masukkan sedikit garam, sos tomato, rosemary dan uli hingga menjadi doh lembut. Tambah sedikit tepung atau santan jika perlu.
2 Canai nipis dan potong jejari panjang. Pintal jejari ini dan keringkan diatas dulang pembakar.
3 Panaskan minyak dan goring hingga keemasan.
4 Alihkan dari minyak dan toskan minyaknya.
5 Hidang didalam bekas panjang atau simpan kedap udara.
10-KUDAPAN PITA BEREMPAH
Bahan:
3 keping roti pita
1 sudu besar rempah kari serbuk
1 sudu besar perisa ayam serbuk
½ sudu besar bawang putih serbuk
½ sudu besar cili serbuk
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoring
Cara membuat:
1 Roti pita dibelah dua dan dipotong ‘wedges’ kecil.
2 Panaskan minyak dengan api sederhana dan goring roti pita hingga keemasan.
3 Toskan minyak dan ketepikan.
4 Campurkan semua rempah, garam dan serbuk lada sulah.
5 Taburkan keatas roti pita dan gaul rata.
6 Simpan kedap udara atau hidang sebagai pembuka selera.
11-KEREPEK PAPRIKA PEDAS
Bahan:
345 g. tepung serbaguna
180 ml. santan pekat
1 sudu kecil garam
2 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos cili
Minyak untuk menggoring
Cara membuat:
1 Masukkan semua bahan kecuali minyak kedalam tepung dan gaul serta uli rata hingga menjadi doh yang lembut.
2 Gulung sedikit doh dan hiris nipis.
3 Panaskan minyak dan goring hingga garing dan keemasan.
4 Simpan kedap udara atau hidang segera.
12-KRIPI PARSLI HIJAU
Bahan:
230 g. tepung serbaguna
125 ml. santan pekat
Sedikit garam2
tangkai daun parsli
1 sudu kecil serbuk kurma
½ sudu kecil serbuk perasa
½ sudu kecil serbuk keju
Cara membuat:
1 Uli tepung, santan, garam dan semua bahan kecuali minyak.
2 Canai nipis dan hiris halus.
3 Panaskan minyak dan goring hirisan tepung hingga garing dan keemasan.
4 Toskan minyak dan hidang sebagai makanan ringan atau simpan kedap udara.
Resipi kerepek & kekacang
(resipi dibuat oleh Noraini Adnan - dicilok daripada mag aku tahun 2005)
1-KACANG HAZEL DAN PAF PUDINA
Bahan :
120 g. kacang hazel tanpa kulit
40 g. marjerin
½ sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil serbuk jintan manis
Sedikit garam
40 g. paf pudina (ada dijual dipasaraya dan pelbagai rasa)
Cara membuat:
1 Cairkan marjerin dan masukkan serbuk cili, serbuk jintan dan garam.
2 Masukkan kacang hazel dan kaup balikkan. Ratakan diatas dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga keemasan.
3 Alihkan dari ketuhar dan biar sejuk.
4 Apabila menghidang gaulkan paf pudina kedalamnya.
5 Simpan kedap udara.
2-KACANG MEDLEY TIGARASA
Bahan:
50 g. kacang walnut
50 g. badam
50 g. kacang tanah
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 biji cili hijau (dikisar halus)
¼ sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil gula perang
Sedikit garam
2 sudu besar minyak jagung
3 sudu besar bawang goring
3 sudu besar ceri merah (dibelah dua)
Cara membuat:
1 Bersihkan kacang dan jika dibasuh, dikeringkan rapi.
2 Campurkan minyak, serbuk kunyit, cili hijau, serbuk jintan, gula perang dan sedikit garam dan gaul rata.
3 Masukkan kekacang dan gaul sebati.
4 Bakar didalam ketuhar dengan kepanasan 180ºC selama 15 minit hingga kekacang berwarna emas dan wangi baunya.
5 Masukkan bawang goring dan ceri merah dan gaul rata.
NOTA: bolih juga digoring didalam minyak sederhana panasnya dan toskan minyak selepas digoring. Masukkan bawang goring dan ceri merah selepas minyak ditoskan.
3-BADAM MENTEGA
Bahan:
240 g. badam berkulit
6 sudu besar mentega
1 sudu kecil cili pes
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Sedikit garam
Cara membuat:
1 Bersihkan badam dan basuh, kemudian dikeringkan dengan kertas tisu.
2 Cairkan mentega dan masukkan cili pes, bawang putih, serbuk ketumbar dan garam.
3 Masukkan badam dan gaul rata.
4 Ratakan badam diatas dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga garing.
5 Keluarkan dari ketuhar dan biar sejuk sebelum dihidang.
4-KEKACANG CERI HIJAU DAN SOS UDANG KERING
Bahan:
100 g. kacang tanah tanpa kulit
60 g. kacang pine
50 g. kacang hazel tanpa kulit
4 sudu besar ceri hijau (dipotong kiub)
1 tangkai daun kari2 sudu besar gula kasar
½ sudu besar serbuk halia
2 sudu besar sos atau serbuk udang kering
1 sudu kecil garam ikut rasa
Parutan kulit oren
Minyak untuk menggoring
Cara membuat:
1 Panaskan minyak dan goring kacang hingga keemasan dengan menngunakan api yang sederhana.
2 Masukkan daun kari dan gula dan biar rata.
3 Alihkan dari api dan masukkan semua bahan yang lain dan kaup balikkan.
4 Biar sejuk dan hidang didalam kulit oren atau simpan kedap udara.
5-KACANG GAJUS BERTIH BERAS KARAMEL
Bahan:
200 g kacang gajus
5 sudu besar bertih beras (dibuat sendiri atau dibeli dari pasaraya)
3 sudu besar madu2 sudu besar gula perang
100 g. marjerin
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil esen ros
Cara membuat:
1 Cairkan marjerin dan masukkan madu dan gula, soda bikarbonat dan esen.
2 Masukkan kacang gajus dan gaul rata.
3 Bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga gajus keemasan dan berkilat.
4 Alihkan dari api dan gaulkan bertih beras kedalamnya.
6-WALNUT KETUMBAR PEDAS
Bahan:
200 g. kacang walnut
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk bawang putih
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
Garam dan serbuk lada hitam
Cara membuat:
1 Bersihkan kacang walnut dan goring tanpa minyak hingga garing.
2 Buangkan kulitnya dan gaulkan dengan bahan yang lain dan bakar didalam ketuhar bersuhu 180ºC selama 15-20 minit hingga keemasan.
3 Keluarkan dari ketuhar dan biar sejuk.
NOTA: bolih juga digoring bersama hirisan daun ketumbar untuk rasa yang lebih enak.
Bukak poser
Kalau aku nih jenis suka bukak poser kat luar (hotel etc) FOC, memang banyak majlis bukak poser yang aku boleh pergi. Tapi nthla, dari dulu sampai sekarang aku memang kureng skit. Dapat pulak tempat tu kat KL. Memang aku tak rajin. Tapi majlis bukak poser ngan Datuk Seri Shahrizat nih memang aku suka pegi. So, kalau ada invitation seboleh2nya aku tak nak miss. Aku jugak suka gi makan kat Ikea. Tapi tahun nih aku tak rasa diorang akan invite media cam dulu2. Lagipun aku paham... Banyak yang tengah cut cost sekarang nih. Bukak poser kat Bluewave pun best gak. Tahun nih aku bukak poser kat sana masa 1st week Ramadan. Masa tu diorang buat majlis bukak poser ngan budak2 tahfiz dan anak yatim. Memang best. Lauknya banyak giler. Tahun lepas aku makan sampai 2 round. Tapi tahun nih aku buat 3 round lak. Hahaha... Bunyi cam kuat makan jer aku nih. Hehehe.. Aku ingat lagi, aku lepak kat situ mengadap makanan dari start bukak poser sampai kol 9.30pm. So, mesti korang boleh imagine camana aku boleh melantak sampai 3 round. Hahaha... (pstt... Jangan bagi tau kat orang. Malu wooo... :D)
Aku ingat Sabtu nih nak gi bukak puasa kat Ikea. Tu pun kalau takde hal la. Makanannya ala buffet. Aku tak tau la tahun nih makanannya banyak ke tak. Tapi last year not bad la. Padan la dengan harganya. Kalau tak silap aku sorang tak sampai RM20. Tapi better korang double check balik. Takut aku silap. Cuma kalau korang nak makan kat sana, make sure korang datang awal. Kalau kol 6.30pm baru korang terhegeh2 nak masuk tempat makannya, baiklah tak yah. Sebab lom tentu korang boleh masuk. :)
Beberapa hari sudah (aku tak ingat bila) aku gi makan kat William area KJ. Kat situ more to western food. Tapi aku memang kureng skit bab2 makanan Barat nih. Tak tau la naper, perut aku tak berapa nak terima sangat makanan camtu. Kalau Chinese food, still consider ok lagi. Oleh kerana perut aku nih perut Melayu, so aku pun order la nasi goreng tomyam ayam pandan. Sedap gak. Korang gi la try. Hehehe...
Apa la aku nih. Dari tadi asyik mempromote tempat makan jer. :P Meh citer lain pulak...
Sebenarnya sepanjang bulan poser nih, aku lebih banyak masak dari membeli kat pasar Ramadan. Bukannya aku rajin. Kalau ikutkan aku amat malas giler nak masak. Tapi memandangkan masa sahur pun nak kena makan gak, terpaksa la aku masak. Kalau beli makanan kat pasar Ramadan tu, aku takut tak tahan sampai sahur. Alah... Aku masak pun simple2 jer. Setakat makan berdua, apa lah sangat...
Sebut pasal pasar Ramadan, aku cuma pernah pegi kat 3 tempat jer; sekali kat sec 18, 2 kali kat stadium, dan 3-4 kali kat sec 19. Aku tak berkenan pasar Ramadan kat sec 18. Pening aku! Tempatnya kecik. Orang pulak berdoyon2. Kat stadium pulak kena rajin pusing dan pandai pilih. Hari tu beli roti john kat situ harganya rm3.50. Tapi takde letak sayur pun. Nth apa2 betul! Kalau kat sec19, leh dapat roti john yang sedap hanya dengan rm3. Kat sec 19 tak banyak orang menjual. Tapi makanannya ok la. Orang kata putu bambu kat situ sedap. Memang aku tengok putu bambu kat gerai tu laku giler. Aku pernah gak beli. Tapi mungkin sebab aku nih bukan penggemar kuih termasuk putu bambu, so aku tak reti nak komen sedap ke tak.
Aiseh... bila dah tang hujung baru aku perasan aku telah mempromote pasar Ramadan lak. hehehe... Tak leh jadik nih. Kena stop dulu. Nanti karang nth apa2 lagi yang aku promote lepas nih. So, adios semua... :)
Sunday, September 6, 2009
Apa yang aku ngomel daa...
Bunyinya memang pelik. Tapi tu la hakikatnya. Aku bukan seorang yang perfectionist mana pun. Kalau diikutkan dalam banyak hal, aku hentam keromo ajer. Tapi bila bab menulih, serius aku amat cerewet. Aku akan tukar, tukar dan tukar sampai aku puas hati. Tak kisahlah dari segi jalan cerita, penggunaan ayat atau apa sahaja. Tapi masalahnya, belum sempat aku puas hati, rasa bosan dah sampai dulu kat aku. Jadik, mender tu pun sangkut. Hahaha... Itulah aku... :) Mungkin gak korang kata nih semua jadik sebab aku tak plan jalan cerita sebelum aku mula menaip. Sebenarnya, takde bezapun aku dah plan atau tak. Sebabnya ia tetap akan berlaku kerana aku akan dengan sesuka hati akan mengubah jalan cerita yang dah aku buat sebelum tu.
Cerpen pertama yang berjaya aku siapkan, amik masa berbulan2 gak. Erm... jap! Kalau tak silap aku, aku buat masa form six kot. Ehhh... Masa part 1 kat ITM la. Adess... kena double cek balik nih. Lupa dah... Cerpen tu pernah kluar kat Mingguan Wanita. Tapi aku tak puas hati sebab ending citer tu telah ditukarkan sewenang2nya oleh budak wartawan yang incharge bahagian cerpen masa tu. Sangat2 aku tak puas hati sebab bila aku baca ending yang dah diubah, ayatnya tak ubah macam rencana. Tapi apa2 pun aku tak marah budak wartawan tu sebab aku tau naper dia buat camtu. Cuma aku ralat sebab ia dah jadik cam hampeh!
Cerpen aku yang kedua, ada aku letak kat dalam blog aku nih. Aku tak anggap ia cerpen yang bagus atau berkualiti. Sebab aku terpaksa menyiapkannya dalam tempoh tak sampai seminggu. Dan cerpen tu pun leh tahan gak kena kutuk ngan Zaharah Nawawi. Masa kena kutuk tu pun, takde la aku terkejut sebab aku memang dah jangka mender camtu berlaku. So, aku tak kisah pun. Hehehe... Cuma cerpen tu bermakna buat aku sebab arwah Dahlia adalah kawan baik aku.
Bagi aku, antara cerpen ngan rencana (story), tulih rencana jauh lebih mudah. Sebabnya, masa buat story tu, aku tak perlu banyak main imaginasi. Dan aku pun tak boleh memandai2 ubah jalan citer ikut kepala otak aku. Sebab semuanya kena berlandaskan fakta. Jadik, aku akan cepat untuk menyiapkan story aku tu. Tapi jangan korang tak tau. Kalau pun aku tak boleh ubah jalan citer, aku akan ubah ayat2 aku sampai aku puas hati. Jadiknya, akulah orang yang selalu jadik paling akhir submit story kat bos. Tapi walaupun aku paling lembab, kualiti tetap jaga beb! Cehh... konon! :P
Erm... Dah cukup tu. Aku nak sambung balik sebelum aku terlentok. So, adioss... :)
Let's say sori!
Dalam hal nih, aku tak kata aku seorang yang berani mintak maap. Aku memang takut. Ada masanya bila aku nak cakap perkataan tu, aku rasa cam gabra giler. Dapat pulak kalau aku dah buat silap besar kat orang. Tapi bila aku berjaya mengeluarkannya, aku rasa sangat2 lega. Rasa cam kurang satu beban. Ringan betul bahu dibuatnya. Gabra pun hilang entah ke mana. Korang pulak macam mana?
Bila kita cakap mintak maap, kesannya bukan takat pada kita. Tapi jugak kat pihak lagi satu. Iyer la... Cuba korang bayangkan, bila orang yang bersalah datang mintak maap ngan korang cara baik. Apa perasaan korang? Kalau aku... Rasa marah aku akan reda skit. Perasaan2 lain macam kecik hati, tersinggung dan bla... blaa.... blaaa.... pun akan berkurang.
Bila kita amalkan budaya mintak maap dan memaapkan orang, kita sebenarnya mengajar diri kita supaya membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Kalau kita betul2 iklas dengannya, hati kita juga akan jauh dari dendam.
Memandangkan mintak maap nih suatu perkara yang susah, jadik kalau kita berjaya melakukannya, itu adalah tanda keberanian kita. Jadik, mengapa kita menolak dan juga malu untuk menjadi orang yang berani? Tak kiralah kepada orang yang jauh lebih muda daripada kita termasuklah anak2, kita tak patut menafikan hak kita untuk meminta maaf dan jugak hak pihak satu lagi untuk mendengar perkataan mintak maap dari kita. So, kat sini aku nak ingatkan diri aku (terutamanya) dan korang jugak supaya bersikap lebih berani. So, gud luck! :)
Thursday, September 3, 2009
Malam...
So, kepada semua... Selamat tidur. Semoga mimpi yang indah2...
:)
Really2 sori...
Erm... Cepat tol masa berlalu. Tapi cam biasa la, hidup aku tak berubah apa pun. Tahap degil aku tetap sama cam dulu. Begitu jugak ngan tahap malas ngan 'begik' aku. Tapi dalam bulan yang amat mulia nih, aku amat berharap dan berdoa supaya iman aku yang menipis makin menebal; jadik makin kukuh dan tak mudah goyah. Aminn...
Kalau diikutkan banyak mender aku nak tulih. Dan sebenarnya dah ada pun yang aku taip separuh jalan. Cuma aku tak publishkan saja. Naper? Sebab aku rasa ia tak patut dipublishkan. Bagi aku, memadailah kalau ia hanya disavekan sebagai draft – hanya untuk bacaan aku sorang jer . Hahah... Cam kedekut lak aku nih. Hehehe...
Kalau korang tengok, aku mula2 buat post kat sini pada bulan 10 2007. Sebenarnya sebelum tu pun aku dah tulih blog. Aku tak ingat apa nama blog tu. Cuma beberapa orang member aku jer yang tau pasal kewujudan blog tu. Apa yang aku tulih kat dalam blog tu tak macam apa yang aku tulih kat dalam blog nih. Cuma yang samanya ngan blog nih, postingnya tak banyak. Dalam blog tu, aku tak citer pun perihal kehidupan harian aku. Dan aku tak berciter langsung tentang ketensenan yang melanda kepala otak aku. Apa yang aku tulih adalah apa yang aku fikir dan apa yang aku lalui (pengalaman). Tapi tak tau la naper sampai satu waktu, aku tiba2 telah memutuskan untuk mendelete terus blog tu. Lama jugak lepas tu, barulah aku buat blog nih. Sama macam aku mendelete previous blog, aku jugak tak tau naper aku buat blog nih.
Ada beberapa orang member aku kata, aku cukup berahsia, kedekut nak letak gambar sendiri dan bla... blaa... Aku tak kisah. Terserah apa korang atau orang lain nak bercakap. Aku bukan nak jadik manusia misteri. Aku bukan jugak nak jadik manusia yang begitu menonjol. Aku menulis blog... bercerita sedikit tentang aku dan apa yang hendak aku luahkan. Semuanya bukan kerana hendak apa2. Cuma sajer suka2; sementara aku masih hendak melakukannya. Dan kalau ditakdirkan suatu hari nanti blog nih tiba2 tak wujud, ia bukanlah suatu kejutan. Tapi lebih kepada suatu keputusan di mana bagi aku ia tidak perlu ada lagi dalam dunia blog nih. Jadik, kalau korang tanya kenapa aku tak letak gambar aku, dan menerangkan siapa aku seperti kebanyakan blogger lain – jawapannya cukup ringkas. Aku tak mahu orang tahu siapa aku. Memadailah kalau orang hanya kenal aku. Tetapi bagi korang yang memang kawan aku, aku rasa ‘penerangan’ siapa aku di sini sudah tentu bukan suatu keperluan. :)
Jadik kepada kengkawan lain, aku amat berharap. Kalau aku sendiri tidak meletakkan gambar aku di sini, aku jugak berharap korang tidak meletakkan gambar aku di dalam blog korang. Bukan aku berlagak. Bukan aku sombong. Tapi aku memang tak selesa bila gambar aku ditayangkan kepada umum. Dan pada member2 yang meletakkan gambar aku kat facebook, aku masih boleh berkata ok (tapi kalau korang bertanya terus kat aku, dah tentu aku cakap jangan letak. hehehe...). Tapi kalau nak letakpun kat facebook tu, tak yah la sampai melabelkan nama aku kat situ. Ikhlas... Aku memang betul2 rasa tak selesa.
Kepada korang yang mana terasa ngan tulisan aku kali nih, aku betul2 mintak maap. Bukan aku nak menyinggung korang. Niat aku cuma nak berterus-terang....
