Pages

Friday, October 2, 2009

Buka buku baru

Hari nih 2hb Oktober. Bermakna secara officialnya aku dah berada 2 hari kat meja dan mag baru. Tapi aku sebenarnya dah masuk sehari setengah lebih awal. Nthla... Mungkin sebab aku rasa tak selesa kot lama2 melepak kat mag lama sambil bergoyang kaki cam bos.

Ada member aku tanya sekarang aku kat mag mana. Erm... Aku malas nak citer lagi. Sebab mag tu masih belum kluar lagi kat kedai. Sebenarnya mag yang aku nak buat nih lain daripada previous mag. Lain bukan setakat dari segi konsep dan rupa, tapi jugak sebab dia berbentuk tabloid. kalau korang pernah nengok The Edge, korang mungkin boleh agak camana rupanya mag aku nanti. Aku rasa lebih sesuai kot kalau dipanggil news magazine. :) Sekarang nih kitorang tengah sibok buat mock up. Kalau big bos kata dah ok, so leh la buat yang betul2nyer.

Ada gak budak opis tanya kat aku, naper aku sanggup masuk kat mag yang baru jer nak dibuat? Weekly lak tu! Kan lagi senang dok kat mag yang dah establish, yang mana aku tak perlu nak pikir pasal circulation, advertising, content, house style dan bla... blaa.... Cam biasa la.. sebelum aku jawab, aku mesti sengih dulu. Hehehe... Buat mender yang baru memang susah. Hala tuju masih blur. House style pun lom konfem lagi. Layout cam kucar kacir jer. Tu belum masuk lagi bab nak mempublisitikan mender alah tu. Memang payah. Tapi bagi aku, itulah peluang aku nak belajar balik macam2 mender. Dan aku amik tu sebagai satu challenge. Yang lepas biar lepas. Dan sekarang aku nak buka buku baru.

Team aku sekarang nih masih baru. So far cuma ada beberapa kerat jer - editor dan 2 wartawan termasuk aku. Dengar citer isnin next week ada sorang budak akan masuk. Erm.. Kira ok la tu kan. Hehehe... Sebenarnya masih awal lagi untuk aku cakap sama ada aku akan serasi ke tidak dengan team kali ni. Tapi apa2 pun aku tak kisah. Sebab bagi aku keserasian boleh dibentuk selagi orang dalam team tu hendakkan itu berlaku. Kebetulan pulak editor tu lebih kurang baya aku jer. Dan kitorang memang dah baik sejak awal aku keje kat sini lagi. So, aku anggap itu sebagai satu advantage untuk aku :)

2 comments:

puanstoberi said...

owh...terjawab sudah persoalan ku. emm..btul tu, kalo g tpt baru kita semacam ada semangat baru utk buka buku baru dlm life kita..aku pun rasa aku perlu tpt baru gak

kOpiEhiTam said...

aku dah lama sgt kat mag sebelum nih. naik tepu aku. hehehe...