Semalam aku tertengok sebuah rancangan tv ala2 dokumentari. Ceritanya adalah tentang Pos Dipang. Aku tak tau sama ada korang ingat lagi ke tak pasal tragedi yang pernah menimpa kawasan perkampungan orang Asli tu. Ia dah berlaku lama dah. Masa tu aku kat tingkatan 5. Dan seingat aku, ada sedara seorang budak sekolah aku yang sama terbabit dalam kejadian tu. Sebelum ni aku tak begitu membayangkan betapa teruknya kejadian tu. Tapi semalam bila aku nengok sendiri, aku rasa cam sedih dan tersentuh sangat.
Walaupun dalam kejadian tu lebih daripada 40 orang mati, tetapi Pos Dipang dah banyak berubah selepas tu. Kemudahan infrastruktur pun dah bertambah. Begitu jugak dari segi pendidikan dan kesihatan pun dah naik taraf. Cuma terdetik gak dalam hati aku, adakah bencana dan kematian itu merupakan satu bayaran untuk mendapatkan perubahan dan kemajuan? Wallahu’alam. Aku tak tau... Yang pasti, bagi orang2 kat sana, walau apa pun perubahan yang berlaku, trauma tetap ada. Kehilangan orang2 yang tersayang dalam keadaan menyayat hati tetap tak akan dilupakan.
Kejadian Pos Dipang dah lama berlaku. Dan sekarang semua orang tengah sibuk tentang gempa bumi kat Sumatera Barat. Memang menyedihkan. Dan aku baca berita, dijangka akan ada tsunami di Padang nanti. Erm... Harap2 taklah... Nih dah masuk hari ke lima. Dan dah makin banyak mayat yang dijumpai. Pada masa yang sama, masih banyak jugak yang belum dapat bantuan yang sepatutnya menyebabkan ada orang yang menjadi begitu terdesak sampaikan sanggup mencuri bekalan yang sepatutnya diagih2kan.
Nthlah... Dalam keadaan macam tu memang biasanya ramai yang terdesak. Tapi ada masanya aku terfikir jugak; dalam keadaan terdesak itu, ramai yang sanggup membiarkan orang lain ‘mati’ supaya dia boleh ‘hidup’ walaupun pada hakikat sebenarnya dia tak perlu buat macam tu. Sebenarnya ini tak hanya terjadi ketika berlaku bencana. Tetapi jugak boleh terjadik dalam kehidupan harian. Sebabnya bagi orang2 yang bersifat ‘keakuan’ mengutama dan menyelamatkan diri dalam apa jua keadaan sekali pun adalah perkara paling atas yang mesti diutamakan.
Sebut pasal bantuan, aku takdelah nak menyalahkan 100% orang yang mencuri. Bagi aku, pihak yang bagi bantuan tu pun terutamanya pihak berkuasa kenalah adil. Janganlah hanya bagi pada orang ataupun kawasan tertentu sahaja yang dah memang jadik tumpuan. Kesian orang2 yang tak berapa nak dapat bantuan macam kat kawasan pedalaman yang kena bencana.
Erm.. Kisah ‘menyapu bersih’ orang Malaysia kat Indon gara2 tarian Pendet tu aku ingat dah berakhir. Tapi rupa2nya tak. Pelik sungguh aku dengan orang2 Indon (yang terbabit). Naper la camtu sekali teruk dan ceteknya pemikirannya diorang. Dangkal sungguh! Tak reti berterima kasih pulak tu. Bayangkanlah, dalam orang kita yang ramai tengah dok tolong mangsa2 kat Sumatera Barat, mereka nih pulak masih lagi nak menyebok2kan diri ‘menyapu’ orang kita. Agak2nya apalah yang ada kat dalam hati dan kepala otak diorang sekarang nih ek? Ish... diorang tak terpikir ke. Kalau orang kita kat Malaysia nih ‘menyapu’ orang2 Indon kat sini, camana? Diorang kena ingat, orang Malaysia kat sana tak sebanyak orang Indon kat sini. Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri. hehehe..
Uiks... Panjangnya aku membebel. Cam tak caya jer... Hahaha... Tapi apa2pun, dalam keadaan banyak tempat sekarang nih ditimpa bencana alam seperti Filipina, Samoa etc, aku berdoa agar Malaysia dijauhkan daripadanya. Dan buat orang Malaysia termasuklah aku, jangan sangka kita berada di zon selamat. Sebab apa2 sahaja boleh berlaku walaupun ia mungkin adalah sesuatu yang mustahil :)
No comments:
Post a Comment